Review Category : Antarabangsa

21 maut 38 cedera dalam kemalangan bas di Cameroon



Dschang: 21 orang terbunuh manakala 38 cedera apabila sebuah bas hilang kawalan sebelum melencong dan terjatuh ke dalam gaung di barat Cameroon pada lewat Sabtu.

Bagaimanapun pemandu bas dan empat penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut gabenor wilayah barat, Awah Fonka angka kematian mungkin akan meningkat.

Kerajaan Cameroon berkata, bas yang tidak berdaftar membawa 70 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Dschang ke Douala di Wilayah Barat.

Punca kejadian masih disiasat dan kesemua penumpang yang cedera kini menerima rawatan di hospital tempatan.



Source link

read more

Kapal tangki Iran tenggelam 32 kru dipercayai mati



BEIJING: Sebuah kapal tangki minyak Iran tenggelam selepas terbakar selama lebih seminggu susulan perlanggaran pada 6 Jan lalu di Laut China Timur, menurut laporan media China pada Ahad.

Sejumlah besar minyak yang tumpah dilaporkan sedang terbakar di perairan sekitarnya.

Kapal tangki bernama Sanchi itu, yang hanyut dan terbakar selepas kemalangan dengan kapal pengangkut CF Crystal, “tiba-tiba menyala” pada sekitar tengah hari waktu tempatan, menurut China Central Television (CCTV).

“Pada masa ini, ia telah tenggelam,” kata CCTV, memetik pusat pencarian dan penyelamat maritim Shanghai.

Ia menyiarkan video yang menunjukkan asap hitam menjulang tinggi, dikatakan mencapai setinggi 1,000 meter dan api yang kelihatan di permukaan air.

BACA: Sanchi masih terbakar di Laut China

Kapal itu tenggelam sebelum pukul 5 petang waktu tempatan, stesen televisyen itu berkata.

Pasukan penyelamat China pada Sabtu menemui dua mayat dari kapal tangki itu.

Satu mayat lagi, dipercayai salah seorang kelasi Sanchi, dijumpai pada Isnin dan dibawa ke Shanghai untuk dikenal pasti.

Anak kapal Sanchi terdiri daripada 30 warga Iran dan dua warga Bangladesh.

Pihak berkuasa Iran berkata, baki 29 anak kapal dan penumpang kapal tangki itu dianggap terkorban dalam insiden itu.



Source link

read more

Pemanas air meletup ragut 8 nyawa 50 parah



TONDELA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 50 yang lain dilaporkan cedera parah selepas sebuah pemanas air meletup di Bandar Tondela di Utara Portugal pada Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan berada di dalam kediaman dua tingkat itu untuk menyaksikan pertandingan permainan daun terup.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum dapat memastikan punya sebenar pemanas air itu meletup sehingga mencetuskan kebakaran besar.

Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.



Source link

read more

Piala Dunia 2018 Rusia rancang beri dadah kepada pemain sendiri


LONDON: Rusia akan memberi dadah kepada semua pemain pasukan bola sepak kebangsaannya, dan beberapa langkah diambil bagi memastikan mereka tidak ditangkap ketika ujian doping, demikian dakwa seorang pembocor maklumat yang mendedahkan skala korupsi dalam sukan Rusia.

Menurut laporan portal berita antarabangsa, seseorang yang rapat dengan bekas ketua makmal anti-doping Moscow, Grigory Rodchenkov mendedahkan Rusia merancang untuk menukar sampel air kencing pada temasya Piala Dunia 2018 supaya pemain mereka boleh mengambil bahan terlarang sewenang-wenangnya, kaedah sama yang digunakan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi.

Rodchenkov yang kini diletakkan dalam program perlindungan saksi di Amerika Syarikat, turut mengemukakan bukti penggunaan dadah membabitkan ahli sukan lelaki dan wanita Rusia.

Namun, Pengarah Icarus, filem dokumentari yang merancang penerbangan Rodchenkov ke AS dan mendedahkan konspirasi doping Rusia, Bryan Fogel, telah memberi isyarat bahawa testimoni pengarah makmal itu terhadap bola sepak akan memberi kesan buruk sama seperti kepada sukan musim sejuk mahupun olahraga.

Ia bermakna Rusia yang juga tuan rumah Piala Dunia 2018 boleh disiasat dan kemungkinan tindakan disiplin akan diambil.

Pada masa sama Rusia mungkin kehilangan beberapa pemain, termasuk pasukan itu diharamkan daripada bertanding daripada Piala Dunia anjuran mereka sendiri sekiranya dakwaan itu benar.

Rusia berdepan pengharaman bertanding dalam Piala Dunia anjuran mereka sendiri sekiranya semua dakwaan didapati benar.

Fogel, yang menghabiskan masa dua tahun menyiasat kes doping dan mengenali Rodchenkov sebelum dia berlindung di AS, telah mendedahkan lebih banyak perincian tentang program doping bola sepak Rusia dan bagaimana ia didakwa dirancang oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko, yang bertanggungjawab menggendalikan Rusia 2018 sehingga bulan lepas.

“Apa yang saya tahu daripada Grigory, arahan daripada Mutko adalah ‘bola sepak mesti bersih’.

“Ia membawa maksud tidak akan ada laporan positif dadah, walaupun semua pemain di bawah program doping tajaan negara,” katanya.

Rodchenkov mendakwa ejen keselamatan kerajaan Rusia telah membantunya menipu dalam Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi dengan meluluskan sampel Rusia yang tercemar menerusi satu lubang pada dinding dalam makmal anti-doping, dengan menggantikannya dengan air kencing yang bersih.

Tekanan kini berada pada bahu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyoal siasat Rodchenkov.

Bagaimanapun, badan induk bola sepak dunia itu masih belum menghubunginya, selain memberi isyarat kepada perantara Agensi Anti Doping Dunia (WADA) yang mereka mahu berbuat demikian.

FIFA mendakwa mereka mahu menganalisa semua data yang telah diberikan untuk membenarkan soal siasat yang lebih terperinci dibuat ke atas Rodchenkov ‘dalam tempoh terdekat.’



Source link

read more

Bayi panda pertama di Perancis Yuan Meng buat penampilan sulung



PARIS: Bayi panda pertama yang dilahirkan di Zoo Parc de Beauval di Perancis membuat penampilan sulungnya kepada orang ramai pada Sabtu.

Beruang panda jantan berusia empat bulan itu dinamakan “Yuan Meng” yang bermaksud harapan dan impian.

Pada Disember lalu, upacara menamakannya merupakan satu momen diplomatik yang penting buat Perancis dan China.

Turut hadir pada acara tersebut ialah wanita pertama Perancis Brigitte Macron dan pegawai diplomatik dari China serta menteri luar negeri China, Zhang Yesui.

Ibu dan bapa Yuan Meng sebelum ini dipinjamkan dari China dan akan dihantar semula ke negara asalnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.



Source link

read more

Baju rasis Butik HM di Johannesburg digeledah



JOHANNESBURG: Gara-gara bengang dengan insiden tulisan “Coolest Monkey in the Jungle’ yang tertera pada baju jenama H&M yang tular sebelum ini, sebuah butik jenama tersebut di pusat beli-belah Sandton City and Menlyn jadi mangsa.

Menerusi portal Sandton Chronicles, butik yang terletak di pusat beli belah di Sandton City, Johannesburg itu telah dirosakkan oleh kumpulan Economic Freedom Fighters (EFF) di sana.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu, hampir kesemua bahagian yang terdapat di dalam butik tersebut digeledah.

Pakaian disepahkan di atas lantai, patung peraga turut menjadi mangsa protes sehingga memaksa pekerja meninggalkan butik tersebut.

Namun tiada sebarang kerosakan dilakukan di luar butik tersebut.

Naib presiden EFF Floyd Shivambu menerusi tweet yang dimuat naiknya memuji perlakuan berkenaan dan menyifatkan pihak H&M tidak sewajarnya menerbitkan gambar iklan yang rasis.

Shivambu turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan kemusnahan yang dilakukan oleh pengikutnya.

Netizen seluruh dunia sebelum ini mengutuk tindakan H&M yang memaparkan imej seorang kanak-kanak lelaki berkulit hitam yang mengenakan baju hoodie dengan tulisan “Coolest Monkey in the Jungle”.



Source link

read more

Pesawat terbabas ketika mendarat kesemua 162 penumbang dan kru selamat



TRABZON: Sebuah pesawat hampir masuk ke Laut Hitam selepas tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Trabzon, Turki pada Ahad.

Bagaimanapun kesemua 162 penumpang dan kru penerbangan berkenaan bernasib baik apabila pesawat itu tersangkut di lumpur.

Pesawat Boeing 737-800 milik Pegasus Airlines itu berlepas dari Ankara sebelum kejadian.

Gabenor Trabzon, Yucel Yavuz mengesahkan kesemua yang berada dalam pesawat berkenaan selamat.

Susulan insiden itu, lapangan terbang berkenaan ditutup sehingga jam 8 pagi waktu tempatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.



Source link

read more

Kerana nak kaya lelaki sanggup gali kubur rakan curi tali pocong



MISTERI sebuah kubur yang dikorek akhirnya terungkai selepas polis Indonesia menahan seorang lelaki di Ciputan, Tanggerang, Indonesia.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah menyelongkar kubur rakan karibnya sendiri semata-mata untuk mengambil tali pocong atau tali kain kafan.

Muhammad  Irpan, 34, percaya dengan memiliki tali kafan itu rezekinya akan melimpah-ruah.

Memetik laporan portal berita Detiknews, Irpan yang bekerja sebagai pemandu van penumpang dan rakan baiknya Suhendra hidup bergelandangan sejak empat bulan lalu dan menumpang teduh di masjid.

Bagaimanapun Suhendra meninggal dunia pada 28 Disember 2017 dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan masjid itu.

Namun beberapa hari kemudian penduduk gempar apabila mendapati kubur berkenaan diselongkar.

Tambah mengejutkan empat tali yang mengikat kafan jenazah didapati hilang.

Irpan yang ditahan pada 6 Januari lalu mengaku melakukan perbuatan itu.

Jelasnya lagi, dengan hanya menggunakan tangan dan sebatang kayu dia mula menggali kubur berkenaan pada jam 12 tengah malam dan mengambil masa tiga jam bagi mendapatkan apa yang dihajatinya.

Bagaimanapun tali pocong berkenaan tiada lagi padanya kerana telah dibuang ke sungai.

Dalam keterangannya kepada polis, Irpan menyatakan dia membuang tali kafan itu kerana ia tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Jelas Irpan ketika membawa tali berkenaan, dia gagal mendapatkan walau seorang pun penumpang.

Berang dengan keadaan itu dia bertindak membuang tali kafan itu ke sungai.

Rabu lalu, Kesemua tali kafan yang dibungkus dalam plastik hitam itu ditemui di dalam Sungai Pessangrahan, 750 meter dari lokasi ia dibuang.

Irpan bakal berdepan hukuman penjara maksimum setahun empat bulan atas perbuatannya itu



Source link

read more

Tunjuk perasaan berterusan di Kashmir



SRINAGAR: Satu insiden protes yang dianjur kumpulan pemisah di Kashmir memaksa pihak keselamatan yang dikuasai India melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan pada Sabtu.

Mereka yang merupakan penunjuk perasaan anti India melemparkan batu dan bom petrol ke arah tentera di Srinagar yang merupakan bandar utama di rantau tersebut.

Kashmir dikuasai dua negara iaitu India dan Pakistan.

Kumpulan pemisah di sana berjuang sejak 1989 bagi menuntut kemerdekaan dan menjadi sebahagian wilayah Pakistan.

Siri keganasan yang berlaku di sana pada tahun lalu telah mengorbankan lebih 200 anggota militan, 75 orang anggota polis dan hampir 40 orang tentera menjadikan angka korban paling dahsyat sejak 2010.



Source link

read more

Penduduk Hawaii panik terima mesej amaran serangan nuklear


HAWAII: Apa yang akan anda lakukan sekiranya menerima mesej amaran “PELURU BERPANDU BALISTIK SEDANG DALAM PERJALANAN, CARI PERLINDUNGAN SEGERA, INI BUKAN SATU LATIHAN,”?

Amaran sebegini sudah pasti mencetus panik, dan huru-hara.

Ini yang dihadapi penduduk Hawaii.

Pengguna telefon bimbit terima mesej berikut, yang menyebabkan penduduk panik.

Ketika penduduk sedang bersesak-sesak mencari perlindungan, mereka dimaklumkan pihak berkuasa tempatan, tiada sebarang ancaman berlaku, dan kesilapan menyebabkan mesej itu dihantar.

Mesej kedua memaklumkan tiada sebarang ancaman nuklear berlaku

Tentera Amerika Syarikat juga mengesahkan berlaku kesilapan hingga menyebabkan amaran itu dikeluarkan.

Ia kemudian umum siasatan penuh berhubung kejadian itu.

Sistem amaran ditempatkan di Hawaii, kerana ia berada dalam jarak serangan peluru berpandu Korea Utara.

Disember lalu, sistem amaran nuklear itu diuji, buat pertama kalinya sejak Perang Dingin.

Menurut agensi Associated Press, mesej amaran itu dihantar sekitar 8.07 pagi waktu tempatan.

Mesej kedua untuk membetulkan amaran itu dihantar 38 minit kemudian oleh Agensi Pengurusan Kecemasan (EMA).  

Gabenor Hawaii, David Ige memaklumkan, kesilapan manusia punca amaran itu dihantar.

“Berlaku kesilapan ketika proses standar pertukaran syif, dan petugas yang terlibat telah menekan butan yang salah,”kata beliau.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons