Review Category : Antarabangsa

Sekurang-kurangnya enam maut serangan bom kereta di Yaman



ADEN: Dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di selatan Aden, Yaman mengorbankan sekurang -kurangnya enam nyawa. Puluhan lagi mangsa kebanyakannya orang awam dilaporkan cedera.

Menurut saksi, berlaku letupan besar di daerah al-Mansoura yang memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan selain memecahkan tingkap beberapa bangunan berdekatan.

Kejadian berlaku di luar kem yang menempatkan pasukan keselamatan tempatan yang dikenali sebagai  ‘Security Belt’.

Ditubuhkan Emiriah Arab Bersatu ‘Security Belt’ berperanan membantu memulihkan keselamatan di bandar pelabuhan itu yang menjadi kota pentadbiran sementara kerajaan sejak kempen mengusir militan Houthi dari Aden yang diketuai Arab Saudi digerakkan pada 2015.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. Namun ia disyaki didalangi puak Houthi yang berdepan tekanan daripada kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Bosan itu baik ASEAN pada usia 50


ASEAN: bertemu Donald Trump.
Donald Trump: bertemu ASEAN.

Siapakah yang akan menang dalam pertembungan antara Pengganggu Besar dan kumpulan serantau paling membosankan dan patuh protokol?

Saya tidak bertaruh pada Trump.

Menghadiri suatu mesyuarat ASEAN adalah seperti berjalan dengan melangkah ke belakang melalui gula Melaka yang mendidih.

Beberapa ketika kemudian, anda putus harap dan mengikut saja arus….malah Rodrigo “Dirty Harry” Duterte perlu bertingkah laku yang baik ketika berada dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak berkesudahan dan membuat penyertanya tidur.

Hanya lebih setahun lalu, saya terfikir idea untuk melancarkan semula kolum saya — yang anda sedang baca sekarang — sebagai “Ceritalah ASEAN”.

Konsepnya — bertemu dan mewawancara orang biasa di seluruh rantau berpenduduk 650 juta orang ini — kelihatan suatu yang mengujakan.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte kelihatan bosan ketika sesi plenari Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos, Sept 6, 2016. REUTERS

Bagaimanapun, ketika mana saya melakukannya di peringkat bawah, mendengar para petani, pekerja pendatang, pemandu pelancong, buruh harian dan guru sekolah, dari Bassein, ke Na Dinh, Manado dan Bacolod, saya mula sedar bahawa saya telah melakukan sedikit kesilapan.

Asia Tenggara adalah rancak, seksi dan hidup.

ASEAN — sebagai pertubuhan supranasional — adalah kaku, sombong dan paling baik pun adalah berada dalam koma.

Hakikatnya, ASEAN adalah berlawanan dngan apa saja yang membuatkan Asia Tenggara menarik.
Jalan-jalannya bising. Ia tidak dijangkakan.

Bila dibandingkan, ASEAN adalah elitis. Ia paling selesa berada di hotel mewah, tempat peranginan dan pusat konvensyen. Mesyuaratnya adalah pesta kata-kata yang diatur dengan baik.

Jadi ketika mana saya masih amat kagum, malah mencintai rantau kita ini, orangnya dan kisahnya, saya dapati adalah sukar untuk meraup semangat dalam dewan-dewan yang dipenuhi dengan birokrat.

Saya masih fikir ekonomi Asia Tenggara yang besar dan berkembang (yang pada tahun 2013 memiliki gabungan GDP sebanyak AS2.4 trilion) — akan menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2050 menurut McKinsey — mempunyai potensi yang tidak ada hadnya.

Tetapi saya perlu jujur: ASEAN tidak mempunyai seni.

Kosong. Sifar.

Tidak terdapat hubungan emosi bersama — kecuali jika anda menganggap acara makan durian sebagai suatu bentuk kebersamaan.

Malah kebanyakan daripada apa yang disebut sebagai “ketidakbersetujuan” — kebanyakannya adalah mengenai Laut China Selatan — kini sudah boleh dijangkakan apabila pengaruh geopolitik dan ekonomi China ke atas rantau kita meningkat.

Malah, saya boleh mencadangkan sebarang buku (dan banyak lagi kolum) mengenai ASEAN yang boleh menjadi penawar bagi insomnia.

Lebih serius lagi: ASEAN tidak benar-benar membantu bagi menyediakan infrastruktur dan juga pekerjaan kepada banyak daripada 650 juta penduduknya yang amat memerlukannya. Tugas itu masih terletak di bahu setiap negara anggota.

Dan ia amat kurang melakukan usaha untuk melindungi orang yang paling terancam di kalangan 650 juta itu (antaranya saya temui ketika membuat kolum ini) dari penyelewengan, eksploitasi dan kesusahan — terutamanya pekerja pendatang rantau ini.

Sekali lagi, kosong.

Para hadirin mendengar ucapan pada mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN ke-47 di Malaysia, Ogos 2015. REUTERS

Inilah mengapa saya tidak boleh menimbulkan sebarang keterujaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Manila — walaupun ia merupakan ulang tahun ke-50 dan Trump kelihatannya akan hadir pada seluruh acara itu.

Mengantuk.

Memandangkan bahawa sidang-sidang ASEAN ini menidurkan — seseorang boleh merasakan bahawa beliau akan menyesal untuk menunjuk muka pun.

Terus terang — sebenarnya itu tidak menjadi hal, dalam pandangan yang luas, sama ada beliau berada di situ atau tidak.

Pengulas dasar luar akan berhujah bahawa kehadirannya itu adalah untuk meyakinkan rantau ini bahawa Amerika tidak “berundur dari Asia Pasifik/Dunia” — tetapi itukah apa yang berlaku?

Ukuran bagi kuasa dan pengaruh Amerika (dan dalam hal ini, juga China) ke atas rantau ini — tidak begitu bergantung sama ada pemimpinnya mendengar deretan ucapan yang membosankan dan mengambil “foto keluarga” dengan pakaian tradisi negara tuan rumah.

Orang akan kata  “tetapi ini adalah untuk persepsi.”

Percayalah pada saya: ini adalah satu kes di mana persepsi sebenar, sebenarnya tidak menjadi hal — sekurang-kurangnya pada jangka waktu panjang.

Mungkin sudah sampai masanya kita berhenti percaya bahawa keamanan, kemakmuran dan reputasi rantau kita ini adalah perkara genting pada setiap sidang kemuncak.

Tetapi mungkin saya terlalu keras terhadap ASEAN.

Lagipun, ia telah mencapai tujuannya untuk memelihara perdamaian dan keberkecualian Asia Tenggara dalam dekad-dekad sejak penubuhannya melalui Deklarasi Bangkok 1967.

Dan mungkin membosankan ADALAH baik — sekurang-kurangnya dalam hal agenda diplomatik ASEAN?

Ketika kumpulan itu mula ditubuhkan di kemuncak Perang Dingin, Asia Tenggara adalah kawah berisi ketidakpercayaan, kecurigaan dan kekerasan langsung di setiap sudutnya — dari Vietnam ke Kemboja, Malaysia dan Indonesia.

ASEAN menyediakan platform berkecuali yang membawa bersama negara-negara itu, untuk membina keyakinan dan kemesraan.

Ia merupakan proses panjang dan sukar, ternyata normalisasi Indonesia dan negara-negara Indochina adalah teras agendanya.

Obama menguap ketika sesi plenary Sidang Kemuncak ASEAN dan Asia Timur ke-21 di Phnom Penh, Nov 2012. - REUTERS

Proses ASEAN yang jelas menjenuhkan dan kaku — pernyataan dan ucapan yang berbentuk serupa — meletihkan pemimpin-pemimpin kita hingga menjadikan mereka selalunya tidak mempunyai tenaga atau minat untuk merancang atau berkomplot menentang satu sama lain.

Sebaliknya, mereka semua mahu melepaskan diri.

Dan mungkin, mungkin saja: itu sudah cukup bagi kita di rantau ini?

Kita boleh dan tentunya patut fokus pada membangun hubungan antara bisnes dengan bisnes, media dengan media dan rakyat dengan rakyat tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam ASEAN.

Integrasi serantau — terutamanya dalam Asia Tenggara mesti digerakkan dari bawah ke atas.

Jadi Donald, jangan cuba sekali-kali hendak jadi pandai.

ASEAN distrukturkan dan dibentuk untuk mengalahkan dan menelan penonjolan kehebatan dan peraihan markah.

Ambillah sebiji durian dan pergi ke kerusi sudut….



Source link

read more

Duterte akur arahan Trump nyanyi lagu cinta



MANILA: Presiden Amerika Syarikat sering didakwa menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk meminta negara-negara kecil agar akur dan patuh kepada permintaan beliau.

Kali ini, Presiden Donald Trump ‘memaksa’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menyanyikan lagu bergenre romantik berjudul “Ikaw” yang bermaksud “Kamu” dalam Bahasa Melayu.

Lagu itu pada asalnya dinyanyikan Pilita Corrales sempena majlis makan malam meraikan pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.


Source: YouTube AP Feed

Duterte kemudian berdiri dan mula menyanyi bersama-sama sehingga lagu itu habis.

Dengan nada berseloroh, Duterte berkata beliau menyanyikan lagu itu atas ‘arahan’ Presiden Trump.

Ini bukan kali pertama Duterte menyanyikan lagu berkenaan di khalayak ramai, malah beliau pernah menyanyikan lagu sama ketika lawatannya ke Kemboja sebelum ini.

Trump hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.

Malaysia diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Source link

read more

No Malaysians affected in Irans quake



KUALA LUMPUR: A 7.3 magnitude earthquake struck the Iran-Iraq border near the Kermashah province, 680 kilometres west of Tehran on 12 November 2017.

The Embassy of Malaysia in Tehran informed that no Malaysians were reported to be present at the earthquake hit area.

The Government and People of Malaysia express their condolences and sympathy to the family members of the victims.

The Ministry of Foreign Affairs through the Embassy of Malaysia in Tehran will continue to monitor the developments related to the incident.

For inquiries and information, please contact: Embassy of Malaysia, Tehran, 25, 2nd Alley, North Zarafshan St.Eyvanak Blvd., Phase 4 Shahrak Qods (Gharb) in Tehran, Iran. Telephone : (+9821) 8807 2444; (+9821) 8807 8606 or email at  [email protected]



Source link

read more

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi di Iran



KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi berskala 7.3 Richter telah berlaku di sempadan Iran-Iraq berdekatan wilayah Kermanshah, 680 kilometer dari barat Tehran pada 12 November.

Menerusi satu kenyataan media, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di kawasan gempa bumi itu.

Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan insiden tersebut dari semasa ke semasa.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Kedutaan Besar Malaysia, Tehran

No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St.
Eyvanak Blvd., Phase 4
Shahrak Qods (Gharb)
Tehran, Iran

Telefon : (+9821) 8807 2444

(+9821) 8807 8606

E-mel : [email protected]



Source link

read more

Merajuk dengan Kim Jong-un reputasi Trump tercalar lagi



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menjadi tumpuan dunia.

Seperti sebelum ini, dia sekali lagi mencipta kontroversi apabila memuat naik satu tweet berkenaan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un.

Dalam status itu, Trump seolah-olah ‘merajuk’ apabila mengetahui Jong-un memanggilnya dengan gelaran ‘orang tua’.

Kata Trump, dia tidak akan sekali-kali memberi gelaran yang tidak sepatutnya kepada pemerintah tertinggi Korea Utara itu.

“Saya tidak akan sekali-kali memanggilnya gemuk dan pendek.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi kawannya. Mungkin satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan,” tulis Trump.

Lebih menyedihkan, kata Trump, dia berusaha untuk menjalin persahabatan dengan Jong-un, namun reaksi sedemikian mengecewakannya.

Tweet berkenaan dianggap sangat melucukan malah ramai yang melihat ia tidak ubah seperti dua kanak-kanak yang sedang bergaduh.

Sabtu lalu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan mengecam kunjungan Trump ke Asia, dan menyifatkannya sebagai satu ‘lawatan si ketua peperangan’, selain menggelarkan Trump dengan gelaran dotard, satu istilah penghinaan yang turut membawa maksud ‘orang tua’.



Source link

read more

Gembira bertemu kawan saya Trump sekali lagi – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyuarakan kegembiraannya bertemu rakannya, Presiden Amerika Syarikat  Donald Trump.

Dalam satu muat naik di laman Twitternya hari ini, Najib menulis: “Mengalu-alukan Presiden Donald Trump hari ini, sebelum mesyuarat di Manila.”

Kedua-dua pemimpin itu bertemu sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila.

Dalam ucapan alu-aluan sempena Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS), Trump dilaporkan memuji Najib kerana kejayaan menyelaraskan dialog berkenaan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib atas tugas yang sangat baik yang telah anda lakukan sebagai penyelaras,” Trump dilaporkan.

Najib berada di Manila bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Wakil-wakil negara ASEAN yang turut hadir termasuk, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Presiden Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dan Myanmar diwakili Kaunselor Negara,  Aung Sun Suu-kyi.



Source link

read more

Bapa cuba bunuh bayi perempuan dua kali untuk pikat hati isteri



SEORANG bapa cuba membunuh bayi perempuannya sendiri yang berusia 18 bulan dalam usaha memikat kembali hati isterinya.

Lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu dilapor telah dua kali cuba menekap muka untuk melemaskan anak kecilnya itu dengan harapan tragedi akan membuatkan si isteri kembali kasih kepadanya.

Dalam prosiding di mahkamah keluarga di Blackburn, Lancashire, sidang turut dimaklumkan tentang kematian dua anak mereka yang lebih tua ketika masih bayi, lapor Mail Online.

Anak sulung pasangan itu dilapor meninggal dunia pada usia kurang sebulan disebabkan pneumonia.

Hakim Alan Booth turut dimaklumkan tentang anak ketiga pasangan itu yang mengalami insiden yang ‘hampir meragut nyawa’ pada usia empat bulan, tahun lepas.

Booth berkata lelaki itu, seorang yang pintar dan berkerjaya, sanggup melakukan apa saja dan disifatkan sebagai berbahaya.

Sidang turut dimaklumkan bahawa hubungan lelaki itu dengan isterinya berdepan masalah selepas kelahiran anak ketiga mereka. 

Namun kematian kedua-dua anak mereka yang lebih tua sebaliknya telah mendekatkan mereka.

Hakim bagaimanapun tidak memberitahu sama ada kes akan disiasat polis.



Source link

read more

Gempa Iraq Iran Lebih 100 terbunuh ratusan lagi cedera



BAGHDAD/ERBIL: Lebih 100 orang terbunuh, manakala ratusan lagi cedera di barat Iran apabila gempa 7.2 magnitud menggegarkan sempadan negara itu dengan Iraq lewat Ahad.

Stesen televisyen Iran melaporkan gempa menjejaskan sekurang-kurangnya 14 wilayah.

Reuters dalam laporannya meletakkan angka korban sekurang-kurangnya 129 orang.

Sebahagian besar mangsa merupakan penduduk bandar Sarpol E Zahab, yang terletak 15 kilometer dari sempadan.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya lapan perkampungan musnah.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa berpusat 32 kilometer ke bandar Halabja.

Ia turut mengeluarkan amaran peringkat jingga.

Iran terdedah kepada gempa setiap hari berdasarkan kedudukan geografinya.

Pada 2003, gempa 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah dan mengorbankan 26,000 nyawa.



Source link

read more

Wanita mati ditembak suami di depan anak pada majlis hari lahir



SEORANG wanita ditembak mati suaminya di hadapan anak mereka pada satu majlis hari lahir di sebuah pusat permainan di Minnesota, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Mangsa, Cheryl L Pilarowski, 32, ditembak ketika sedang meraikan hari lahir salah seorang anak mereka jam 5.30 petang di ‘Jump N Jam’ di Marysville.

Lebih tragis lagi, insiden itu berlaku di hadapan anak mereka yang berusia empat dan sembilan tahun.

“Suspek telah menembak mangsa pada jarak dekat,” kata Timbalan Pengarah Polis, Ron Buckmaster.

Menurut laporan Daily Mail UK yang memetik kenyataan polis, suspek kemudiannya pulang dan menembak dirinya sendiri di kediaman mereka di Kimball Township.

Insiden di pusat permainan tersebut telah menyebabkan kekecohan pada majlis yang dihadiri ramai kanak-kanak dan orang dewasa.

Mereka pada mulanya menyangkakan insiden itu satu rompakan apabila melihat wang yang bertaburan di keliling tubuh mangsa.

Menurut saksi, pasangan tersebut dilihat berbalah di tempat letak kereta pusat permainan itu beberapa jam sebelum kejadian.

Mangsa yang berkahwin pada April lepas dikatakan merancang untuk meninggalkan suaminya dalam masa terdekat.

Pilarowski disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya oleh doktor di Pusat Perubatan Lake Huron, Port Huron.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons