Review Category : Antarabangsa

Ibu tunggal tunjuk isyarat lucah kepada Trump dipecat



VIRGINIA: Seorang wanita yang gambarnya viral selepas menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) telah dipecat dari kerja, lapor agensi berita AFP.

Ibu tunggal itu, Juli Briskman, menunjukkan isyarat tersebut ketika mengayuh basikal di Virginia bulan lalu sewaktu dia dipotong oleh konvoi kenderaan yang membawa Donald Trump.

“Ketika dia melewati, saya tiba-tiba naik darah.

“Dialah yang menyebabkan penerima program Daca dibuang. Dia juga yang menarik balik pendaftaran Obamacare. Hanya satu per tiga daripada Puerto Rico mempunyai kuasa. Saya berfikir, dia pasti menghabiskan masa di padang golf saja,” ujar Briskman.

Daca adalah program yang diperkenalkan Barack Obama pada tahun 2012 bagi membolehkan kanak-kanak yang dibawa masuk secara haram ke AS mendapat hak untuk tinggal, belajar dan bekerja di AS, manakala Obamacare adalah polisi insurans berkaitan rawatan kesihatan.

Aksi Briskman itu dirakamkan seorang jurugambar yang kebetulan menyertai konvoi Trump. Imej itu telah tersebar ke platform media sosial dengan pantas.

Ramai yang menyifatkan Briskman sebagai wira, termasuk ada yang berjenaka mengatakan dia layak untuk bertanding dalam pilihan raya tahun 2020.

Hos program komedi larut malam juga menyiarkan tentang berita tersebut.

Briskman bekerja sebagai pegawai pemasaran dan komunikasi di sebuah syarikat kontraktor di Virginia selama enam bulan.

Dia telah berhubung dengan jabatan sumber manusia syarikatnya itu mengenai kekecohan di media sosial, namun seterusnya telah dipanggil oleh majikannya.

“Mereka berkata: ‘Kami melepaskan anda’.

“Secara umumnya, anda tidak boleh meletakkan gambar lucah atau tidak senonoh di media sosial,” ujar Briskman.

Tambahnya, syarikat tersebut tidak bersetuju dengan tindakan Briskman menggunakan imej viral itu sebagai gambar profil di akaun Twitter dan Facebook miliknya.

Majikannya menegaskan bahawa perbuatan itu melanggar polisi media sosial serta merosakkan reputasi syarikat itu sebagai kontraktor kerajaan.

Berita tentang pemecatan Briskman juga tersebar dengan cepat, hingga mencetuskan kemarahan netizen yang mempertikaikan hukuman itu, sedangkan Briskman hanya mengekspresi kebebasan bersuara, seperti termaktub dalam perlembagaan AS.



Source link

read more

Daripada Diplomasi Panda ke Diplomasi Durian



NANNING (CHINA): Pepatah lama Cina menyatakan “One generation plants the trees; another gets the shade” (apa yang kita lakukan hari ini akan mengubah kehidupan generasi akan datang).

Frasa ini sesuai menggambarkan usaha yang amat besar dilakukan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengeratkan hubungan dua hala dengan kuasa ekonomi China.

Ia sesuatu yang tidak mudah walaupun sejarah menunjukkan hubungan unik itu bermula kira-kira 600 tahun yang lepas antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming, namun ia masih mengambil masa beberapa dekad untuk membina kepercayaan yang diperlukan antara kedua-dua negara yang mempunyai ideologi politik berbeza.

Untuk hubungan pascamoden, semuanya bermula dengan sepucuk surat diplomatik yang dihantar bapa Najib, Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak kepada Perdana Menteri Cina pada masa itu Zhou En Lai pada 1971, sebelum mengadakan hubungan diplomatik dua hala secara rasmi pada 1974, kepada ‘diplomasi panda’ – yang mana ‘Fu Wa’ dan ‘Feng Yi’ dihantar sebagai ‘simbol keamanan’ sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Kini, tumpuan diarahkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memulakan inisiatif Festival Durian Malaysia 2017 di Nanning, Wilayah Guangxi, sebagai langkah untuk mengukuhkan ‘Diplomasi Durian’.

Bagi menteri berusia 59 tahun itu, festival tiga hari yang diadakan itu adalah lebih daripada membawa durian terbaik di Malaysia (Musang King) serta produk berasaskan Malaysia yang lain seperti sarang burung, nanas, nangka dan banyak lagi, kerana ia merupakan langkah pelbagai untuk menembusi kemungkinan pasaran China yang menguntungkan.

Festival itu, yang pertama kali diilhamkan oleh Ahmad Shabery ketika pertemuannya dengan Naib Gabenor Wilayah Guangxi pada November tahun lepas, ternyata menjadi pendekatan luar biasa apabila masyarakat tempatan berpusu-pusu ke festival berkenaan, dan beratur untuk beberapa jam semata-mata mahu merasai keenakan ‘Mau Shan Wang’ atau Musang King yang terkenal itu.

Ada yang memberitahu pemberita mereka datang dari wilayah lain dan mengambil cuti hanya untuk menghadiri festival yang berakhir pada Ahad, dengan kira-kira 150,000 pengunjung memeriahkan festival yang terletak di hadapan Hang Yang City Mall yang popular itu.

Semasa dua pertemuan rasmi dengan Ketua Parti Komunis China (CPC) Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Peng Qinhua dan Setiausaha CPC Jawatankuasa Perbandaran Qinzhou, Wang Gebing beberapa hari lepas, Ahmad Shabery memilih untuk mendekati mereka dengan menonjolkan perjalanan penuh sejarah 200 buah kapal perang diketuai Laksamana Cheng Ho, kira-kira 600 tahun lampau.

Beliau menegaskan bahawa perjalanan itu yang melalui jalan laut Laluan Sutera, adalah lebih kepada mewujudkan hubungan dua hala berbanding menakluk negara berdaulat yang lain, dan Malaysia ingin menyanjung persahabatan yang lama terjalin dengan membalas budi.

Pendekatan beliau itu sebenarnya telah menyebabkan kedua-dua pemimpin itu merasa terharu apabila berkata bahawa mereka amat tersentuh dengan pengetahuan mendalam menteri Malaysia itu mengenai apa yang telah berlaku semasa perjalanan Cheng Ho, dan mereka memberi jaminan bahawa Malaysia akan sentiasa dianggap sebagai sahabat China.

Bercakap kepada wartawan Malaysia, Ahmad Shabery berkata pendekatan sedemikian bertujuan semata-mata untuk meyakinkan rakyat China bahawa Malaysia tidak mempunyai niat lain melainkan untuk memupuk persahabatan menerusi inisiatif ‘One Belt, One Road’.

“Saya telah bertemu dengan pemimpin mereka, ketua industri dan mereka semua berminat untuk membantu kita. Ini kerana kita harus faham bahawa walaupun mereka sangat terbuka dengan produk kita, kita perlu memastikan persediaan dilakukan dengan sewajarnya. Ini termasuk cara kita memasarkan, membungkusnya, jadi ia kelihatan elok buat mereka.

“Saya dimaklumkan bahawa saiz gudang mereka bersamaan dengan 10 padang bola, itulah sebabnya mereka sanggup menerima hampir semua produk kita. Saya memberitahu mereka bahawa kami memerlukan lebih banyak masa untuk menjadikannya mudah dipasarkan dan dipersembahkan ke pasaran mereka, dan saya membayangkan menjelang 2020, nilai perdagangan kita akan mencecah sekurang-kurangnya RM12 bilion,” tambahnya.

Ahmad Shabery berkata beliau sangat tersentuh kerana mengikut jadual asal, beliau sepatutnya bertemu Gabenor Wilayah Guangxi dan Datuk Bandar Qinzhou, bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa setiausaha CPC kawasan berkenaan, satu peringkat lebih tinggi daripada perwakilan kerajaan, bersetuju untuk bertemu beliau, menandakan rasa hormat yang diberi oleh CPC.

Mengenai isu mendapatkan kelulusan daripada kerajaan China untuk membawa masuk durian segar, berbanding isi dan pes durian sejuk beku, serta produk berasaskan Malaysia yang lain termasuk sarang burung bernilai tinggi, nangka dan nanas, Ahmad Shabery yakin Malaysia akan memperoleh kelulusan itu, berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang hadir pada festival berkenaan.

Semasa festival tiga hari itu, sebanyak tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara koperasi serta syarikat China dan Malaysia, yang mana kebanyakan objektifnya untuk menggalakkan pembangunan pertanian, ekonomi dan perdagangan serta untuk terus meneroka kerjasama perniagaan bagi peningkatan nilai.

Peringkat seterusnya, menurut Anggota Parlimen Kemaman itu, adalah menyediakan petani dan usahawan tempatan di bawah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan badan berkaitan lain di Malaysia bagi menghadapi permintaan tinggi serta mencapai sasaran RM12 bilion menjelang 2020.

Sehingga Julai tahun ini, jumlah nilai perdagangan antara dua negara mencecah RM4.66 bilion dan Malaysia kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN di China untuk lapan tahun berturut-turut.

Sepertimana bekas Duta China ke Malaysia Huang Huikang berkata bahawa hubungan Sino-Malaysia perlu meningkat dalam tempoh 40 tahun akan datang untuk mencapai kebergantungan bersama, strategi ekonomi oleh menteri ini dilihat sebagai sesuatu yang sempurna untuk menggalakkan hubungan dua hala dalam tempoh empat dekad lagi yang dikenali sebagai ‘The Diamond Era of China-Malaysia’.

— BERNAMA



Source link

read more

Netherlands sentiasa diancam banjir tapi ada kaedah untuk uruskan air


HANYA 50 peratus daripada tanah Netherlands berada di atas paras laut dan kejadian banjir yang besar sering berlaku sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Dengan mengambil kira aspek penerimaan hujan yang semakin banyak dan kenaikan paras air laut dunia akibat pemanasan global, orang Belanda kini mendahului dari aspek kejuruteraan pengurusan air, lapor portal PRI.org.

Seorang profesor dalam sistem urbanisasi dan pengurusan banjir dari IHE Delft Institute, Chris Zevenbergen berkata, Netherlands sedang dalam fasa transisi.

“Kita sedang berdepan dengan ketidakpastian dalam aspek perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi,” ujarnya yang menambah bahawa manusia tidak akan sentiasa dapat mengawal aturan alam semula jadi.

Sepuluh tahun lalu, Netherlands membangunkan konsep ‘ruang untuk sungai’.

Konsep yang disifatkan sebagai anjakan paradigma itu adalah dengan  memberi ruang yang lebih banyak untuk air dan membenarkan sungai untuk berkembang apabila air memasuki negara itu.

Sebelumnya, mereka hanya membina banyak sekatan sungai dan mengukuhkan benteng sepanjang sungai.

Maka, pendekatan terbaharu adalah ‘hidup bersama air, bukannya berlawan dengan air’.

Selain pembinaan sistem pintu masuk air, orang Belanda telah lama memikirkan kaedah terbaik dalam pelan tindak balas umum sekiranya berlaku banjir. - Foto: rijkswaterstaat.nl

Tanah rendah

Sebahagian besar Netherlands adalah kawasan tanah rendah yang ditambak dari laut dan dilindungi benteng penahan air. Kawasan-kawasan seumpamanya merangkumi bandar-bandar besar di negara itu.

Negara itu kini mempertimbangkan cara-cara untuk memperlahankan proses pembangunan di kawasan tanah rendah, seterusnya membangunkan sistem amaran yang lebih berkesan supaya orang awam serta pihak bertanggungjawab lebih bersedia sekiranya berlaku banjir sebenar.

“Kami sifatkan langkah itu sebagai perlindungan, pencegahan dan persediaan,” ujar Zevenbergen.

Bandar-bandar dunia kini menggunakan taman-taman dan ruang awam sebagai kawasan takungan setiap kali menerima hujan lebat. Bagi kenaikan air laut pula, mereka mengubah pendekatan – daripada sistem pertahanan, kepada kaedah yang bersedia untuk menampung kegagalan sistem-sistem awal itu.

Ia dinamakan sebagai ‘perlindungan pelbagai peringkat’.

Peringkat pertama adalah sistem perlindungan banjir yang meliputi sistem benteng pertahanan awal. Peringkat kedua adalah perancangan tindak balas umum.

Perancangan tindak balas umum digunakan orang awam dan sektor swasta untuk mempengaruhi pengurusan pergerakan penduduk dan aktiviti di ruang-ruang berskala besar. Secara ringkas, ia adalah koordinasi amalan dan polisi.

Netherlands telah membina sistem perlindungan banjir hingga ke tahap peluang kegagalan adalah satu dalam 10,000. Itu disifatkan Zevenbergen sebagai sistem paling ketat di planet ini.

Menurutnya, walaupun kemungkinannya agak rendah, namun kesannya amat besar memandangkan dua per tiga ekonomi Netherlands terletak di kawasan rendah yang boleh ditenggelami air tersebut.

Senario antarabangsa

Zevenbergen juga telah mengembara ke seluruh dunia, memberi khidmat nasihat kepada bandar-bandar utama dunia tentang kaedah menghadapi banjir. Begitupun, beliau mengenal pasti dua cabaran besar.

Pertama adalah memikirkan cara untuk melindungi bandar-bandar berpopulasi tinggi yang sedia wujud.

Sebagai contoh, di China, sementara kawasan baharu yang dibina semuanya berdepan masalah banjir, mereka mengembangkan mekanisme atau kaedah yang peka pada air. Ini memandangkan usaha transformasi ketahanan banjir di kawasan-kawasan urban yang sedia ada boleh mengambil tempoh sekurang-kurangnya satu hayat generasi.

Cabaran kedua terletak pada bandar-bandar bersaiz kecil dan sederhana di Afrika dan Asia.

“Semua bandar-bandar itu sedang membangun dengan pesat, namun tidak mempunyai kapasiti untuk membangun secara mampan, iaitu menumpukan tentang ancaman daripada sungai-sungai, kenaikan paras air laut dan curahan hujan,” jelas Zevenbergen.

Nasihat terbaik Zevenbergen untuk bandar-bandar yang berdepan ancaman banjir akibat hujan lebat, kenaikan air laut mahupun impak ribut adalah: “Beri perhatian serius pada situasi semasa dan sistem perlindungan.”

Ternyata di Netherlands, mereka tidak bertindak balas hanya apabila bencana banjir sudah berlaku. Sebaliknya, mereka membuat persiapan sepanjang masa untuk menjangkakan kejadian banjir.



Source link

read more

INTEGRITI kecam tindakan salah guna dana mangsa wabak ebola di Afrika Barat



KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) terkejut dengan pendedahan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) yang mendapati pekerja-pekerja badan itu dan beberapa pihak yang lain telah menyalahguanakan dana AS$6 juta (RM25 juta) yang diperuntukkan untuk melawan wabak Ebola di rantau Afrika Barat.

Menurut maklumat media, jumlah itu sebahagian daripada lebih AS$124 juta (hampir RM500 juta) yang disediakan, meliputi tempoh dari 2014 hingga 2016, bagi menangani wabak yang telah meragut lebih 11,000 orang di Sierra Leone, Liberia dan Guinea.

Pada pandangan INTEGRITI, pendedahan kemungkinan wujud ‘kolusi’ dan bersubahat, Sebagaimana disebutkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, dengan sendiri menunjukkan lemahnya budaya berintegriti dalam kalangan pihak-pihak yang terbabit dalam proses pengagihan dana yang diperuntukkan khusus untuk membantu mangsa wabak Ebola.

Ia dengan jelas menunjukkan ada pihak yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding dengan kepentingan kumpulan sasaran yang sebenar.

Kes melibatkan dana wabak Ebola ini satu contoh di mana dana untuk tujuan kemanusiaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran sepenuhnya dan secara menyeluruh. Perkembangan ini sesuatu yang menyedihkan kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu mangsa wabak merupakan satu tindakan yang keji dan tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak.

Dalam hal ini, INTEGRITI menyambut baik ketegasan kepimpinan Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang memutuskan untuk mengambil tindakan tegas bagi membendung isu ini.

Sebagaimana disebutkan oleh Dr Jemilah, dana yang disalurkan oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorangan seharusnya digunakan untuk tujuan kemanusiaan yang ditetapkan, dan jika tidak, ia akan memusnahkan kepercayaan orang ramai dan para penderma terhadap badan-badan seperti IFRC.

INTEGRITI percaya satu pendekatan menyeluruh bagi menangani salah guna dana perlu dikuatkuasakan oleh pertubuhan-pertubuhan ternama seperti IFRC. Ini termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika persekitaran malapetaka.

Selain itu pemupukan budaya berintegriti tinggi dalam kalangan pekerja dan sukarelawan serta pihak institusi kewangan dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pengagihan dana amat penting.

INTEGRITI menyambut baik usaha dan pendekatan yang diumumkan oleh Dr Jemilah bagi mengatasi isu ini.

INTEGRITI sedia berkongsi pengalaman dan amalan-amalan baik bagi mewujudkan persekitaran bebas salah guna kuasa, penipuan dan penyelewengan dalam soal pengagihan dana kemanusiaan.

Pihak berkuasa negara-negara yang dihimpit masalah kemanusiaan, seperti dalam kes wabak Ebola, juga sangat penting. Mereka yang terlibat dalam salah guna kuasa harus dikenakan tindakan undang-undang tegas yang sewajarnya.



Source link

read more

Bukan Salah tetapi betul | Astro Awani



BERITA penghijrahan penyerang Mohamed Salah dari kelab Roma ke Liverpool dengan nilai £39 juta (RM216 juta) pada Jun tahun ini dianggap satu pembaziran dan juga jenaka buat sesetengah pihak.

Antara alasan yang diberikan; Salah gagal menyerlah di Chelsea dengan hanya menjaringkan dua gol daripada 13 perlawanan semasa bersama kelab London itu dan liga Inggeris lebih mencabar berbanding liga Itali.

Bagaimanapun Salah yang dilihat sentiasa tersenyum dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya berjaya menutup mulut pengkritik tanpa perlu berbicara.

Statistik aksinya di padang serta larian dan kawalan bolanya di padang digeruni pihak lawan sehingga ada yang menyatakan pembelian Salah adalah satu keputusan yang terbaik dibuat Liverpool selepas Luis Suarez.

Setakat ini, Salah telah menjaringkan tujuh gol daripada 36 percubaan dalam Liga Perdana Inggeris (PL) dan empat gol dari 21 percubaan, selain empat gol dalam aksi liga juara-juara Eropah (UCL).

Pada musim 2013/2014, Suarez menjaringkan 31 gol untuk Liverpool dan sejak perpindahannya ke Barcelona, tiada seorang pemain Liverpool berjaya menjaringkan lebih daripada 14 gol yang dibuat Philippe Coutinho pada musim lepas.

Menurut laporan BBC, Salah sudahpun menjaringkan 12 gol sejak menyertai Liverpool dan jumlah tersebut lebih baik daripada Fernando Torres dan Suarez dalam 17 perlawanan pertama untuk the Reds.

Pada 2007, Torres menjaringkan 11 gol dalam tempoh yang sama sementara Suarez menjaringkan tujuh gol.

Salah juga muncul wira Mesir apabila menjaringkan lima gol dalam kempen kelayakan Piala Dunia termasuk dua gol ke atas Congo yang memastikan Mesir layak ke Rusia 2018 dengan kemenangan 2-1.

Kali terakhir Mesir layak ke Piala Dunia adalah pada 1990.



Source link

read more

Warga Malaysia jadi Emir daish baharu Asia Tenggara – Laporan



MANILA: Seorang warga Malaysia berusia 31 tahun kini mengetuai kumpulan militan daish di rantau Asia Tenggara.

Lapor portal The Straits Times, polis Filipina, mengesahkan Mohammad Amin Baco yang berasal dari Sabah dinamakan sebagai ‘Emir’ Asia Tenggara menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi.

Mohamad Amin dikatakan sebagai anggota militan paling berpengalaman dan bertanggungjawab membawa masuk pejuang militan ke Marawi sebelum ini.

Hasil risikan menyatakan, Mohamad Amin sebelum ini dilatih seorang lagi anggota militan warganegara Malaysia, Zulkifli Hir.

Ketika pertempuran selama lima bulan di Marawi, Mohammad Amin bersembunyi di kawasan pedalaman di Mamasapano, dalam wilayah Mindanao.

Selain operasi memburu Mohammad Amin, pihak berkuasa Filipina turut memburu seorang lagi rakyat Malaysia, Muhammad Joraime Awang Raimee berusia 42 dan seorang warga Indonesia.

Mereka dipercayai terbabit membantu Mohammad dalam merancang serangan.



Source link

read more

Paradise Papers dedah skandal cukai golongan atasan pemimpin negara



LONDON: Selepas pendedahan skandal Panama Papers, satu lagi skandal mengelak cukai melibatkan golongan atasan di United Kingdom didedahkan media negara berkenaan.

Pendedahan itu, yang dinamakan Paradise Papers mengandungi dokumen dari sebuah firma kewangan pesisir pantai.

Antara yang disebut dalam dokumen itu adalah Setiausaha Perdagangan Kabinet presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Wilbur Ross yang didakwa mempunyai kepentingan dalam firma Rusia yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Turut disebut dalam pendedahan itu adalah pembantu  utama perdana menteri Kanada, Justin Trudeau yang dikaitkan dengan skim luar pesisir yang melibatkan kerugian cukai jutaan dolar  kepada negara itu.

Di rantau Asia, turut disebut dalam skandal itu adalah anak bekas presiden Indonesia, Suharto, Tommy Suharto dan bekas jeneral Tentera Republik Indonesia, Prabowo.



Source link

read more

Sekurang-kurangnya 27 maut serangan gereja di Sutherland Springs Texas



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 27 orang awam terkorban manakala puluhan yang lain cedera dalam satu siri tembakan besar yang berlaku di sebuah gereja kecil di tenggara Texas, Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa dan laporan media.

Siri tembakan besar itu berlaku apabila seorang lelaki bersenjata memasuki gereja baptis pertama di Sutherland Springs di Wilson County kira-kira 65 kilometer (km) timur San Antonio.

Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian menaiki sebuah kenderaan tetapi dibunuh kira-kira 12 km dari Guadalupe County, menurut media tempatan dan Sarjan Robert Murphy, jurucakap Pejabat Sheriff Guadalupe County.

Tiada identiti suspek mahupun motif tembakan didedahkan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Presiden AS, Donald Trump yang dalam rangka lawatan 12 hari di Asia  berkata beliau memantau rapat keadaan itu dari Jepun.

“Semoga Tuhan bersama penduduk Sutherland Springs, Texas. Penguatkuasaan undang-undang dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berada di tempat kejadian,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.



Source link

read more

Netflix putus hubungan dengan Kevin Spacey berikutan dakwaan salah laku seksual



LOS ANGELES: Netflix Inc memutuskan kaitan dengan aktor Hollywood, Kevin Spacey, pada Jumaat berikutan siri dakwaan salah laku seksual pelakon itu, lapor Reuters.

Keputusan itu dibuat meskipun Spacey adalah antara bintang terbesar dan pelakon utama dalam drama popular House of Cards.

Syarikat penstriman itu menggantung produksi drama berkenaan awal minggu ini menjelang musim keenam dan terakhir siri drama politik itu.

Dalam siri drama tersebut, Spacey membawa watak sebagai Presiden Amerika Syarikat, Frank Underwood.

“Netflix tidak mahu terlibat dengan produksi lanjutan House of Cards yang membabitkan Kevin Spacey,” ujar kenyataan rasmi syarikat itu.

Buat masa ini, Spacey tidak mempunyai jurucakap atau pegawai perhubungan memandangkan individu yang menguruskan Spacey sebelum ini sudah mengundur diri.

“Sementara siasatan sedang dijalankan berkaitan dakwaan serius melibatkan kelakuan Spacey dalam set penggambaran House of Cards, beliau telah digantung serta-merta,” kata kenyatan daripada penerbit drama, Media Rights Capital (MRC).

Netflix pula akan memikirkan jalan terbaik dengan pihak MRC bagi menentukan masa depan drama berkenaan.

Spacey, yang telah meraih kejayaan dalam kerjaya perfileman, televisyen dan teater, adalah nama besar dalam industri hiburan yang terpalit skandal salah laku seksual selepas perkara yang sama dihadapi oleh penerbit filem, Harvey Weinstein.

Dakwaan salah laku seksual terhadap Spacey didedahkan oleh aktor Anthony Rapp, aktor Mexico Roberto Cavazos, serta pembikin filem Tony Montana.

Spacey telah memohon maaf atas dakwaan Rapp selain membuat pengakuan bahawa dirinya seorang gay, namun itu telah menilbulkan kemarahan pemerhati kontroversi itu, yang menganggap Spacey cuba mengalih perhatian umum.



Source link

read more

Pendakwa Raya rayu hukuman lebih berat ke atas Pistorius



JAGUH paralimpik Oscar Pistorius mungkin berdepan hukuman lebih berat selepas pendakwa raya mengemukakan rayuan supaya dia dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Pistorius, 30, kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Pretoria bermula Julai tahun lepas kerana membunuh teman wanitanya Reeva Steemkamp pada Hari Kekasih 2013.

Pada hari tersebut, Pistorius mendakwa dia mengesyaki kediamannya dipecah masuk dan bertindak menembak ‘penceroboh’ yang disangka berada di dalam bilik air rumahnya.

Pendakwa Raya bertegas hukuman enam tahun itu tidak setimpal dengan apa yang dilakukan Pistorius dan memohon hukuman penjara maksimum 15 tahun dikenakan ke atasnya.

Mereka mendakwa hakim yang terlibat dalam pendengaran kes tersebut tahun lepas terlalu bersimpati dengan Pistorius.

Pistorius pada mulanya hanya didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.

Pertuduhan itu kemudian ditukar kepada membunuh oleh Mahkamah Agung Rayuan pada bulan Disember 2015 dan dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Hakim Thokozile Masipa.

Namun pihak Pendakwa Raya yang diketuai peguam Andrea Johnson berkata hukuman yang dikeluarkan Masipa terlalu ringan dan ia kurang daripada hukuman minimum 15 tahun yang dikenakan atas kesalahan membunuh di Afrika Selatan.

Tambah Johnson Mahkamah Tinggi juga tidak menyatakan sebab hukuman penjara 15 tahun itu tidak dikenakan terutamanya selepas Pistorius tidak menunjukkan rasa kesal dengan perbuatannya itu.

Menurut peguam, Pistorius tidak sengaja membunuh teman wanitanya itu yang merupakan seorang model dan siswazah kelulusan undang-undang.

Barry Roux yang mengetuai barisan peguam bela berkata atlet itu mengalami kemurungan akibat daripada kejadian itu.

Mahkamah tidak menetapkan tarikh bagi pendengaran semula kes rayuan Pendakwa Raya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons