Review Category : Blog

AZMIN KESIPUAN, UNISEL PUN RUGI BERJUTA!!! ~ SEMUT HITAM


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hanya pemimpin retorik. Satu universiti yang dibawah kerajaan negeri pun tidak boleh jaga, ada hati hendak beri pendidikan percuma kepada semua dua puluh universiti awam di Malaysia. 

Apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 untuk kepentingan rakyat, Azmin pula sibuk bermain twitter dan perkecilkan pula usaha usaha yang dibuat kerajaan BN kepada rakyat.

Isu YAWAS berkaitan wang RM10 juta yang didakwa dibuka atas nama sembilan Ahli Parlimen pembangkang di sekitar Kuala Lumpur masih belum lagi dijawab Azmin Ali. Sibuk sangat bermain twitter semasa pembentangan bajet. 

Bila terkantoi dan tersilap tweet, enggan mohon maaf dan padam tweet. Azmin terkantoi taip angka yang salah bila menyatakan Bajet TVET hanya peruntukkan RM4.5 juta sahaja. Azmin kata di Selangor lebih banyak iaitu RM50 juta. 

Padahal angka sebenarnya dalam Bajet 2018 bukanlah RM4.5 juta tetapi keseluruhannya adalah bernilai RM4.9 billion.  Jauh berkali ganda lebih banyak dari bajet TVET di Selangor. 

Syed Saddiq terus padam tweet berkaitan TVET itu. Azmin Ali sampai ke sudah tidak padam tweet berkaitan TVET tersebut. Azmin Ali masih pertahankan kesilapan. Tidak malu sungguh. 

Bab pendidikan percuma juga Azmin telah kantoi. Dalam Bajet Alternatif DAP-Pakatan Harapan mereka mahu beri pendidikan percuma di semua universiti. Anggaran kos untuk beri pendidikan percuma di semua universiti itu mencecah hampir RM60 billion.

UNISEL yang di bawah kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin pun rugi teruk tiga tahun berturut-turut. Data menunjukkan, pada tahun 2014, UNISEL rugi RM10.6 juta. Tahun 2015 pula rugi RM16.6 juta dan tahun 2016, rugi lagi 4.01 juta. Kerugian terkumpul bernilai RM31.21 juta.

Hutang terkumpul di UNISEL pula sejumlah RM126 juta sejak 2014. Bagaimana Azmin dan rakan-rakannya bermegah mahu melakukan pendidikan percuma? Sedangkan satu universiti pun tidak boleh dijaga, macam mana hendak jaga 20 universiti awam? 




Source link

read more

ADUN SIBUK NAK DIIKTIRAF, KEBAJIKAN AHLI DIABAIKAN!!! ~ SEMUT HITAM


Huh! Memang dasar tak sedar diri sungguh Si ADUN DAPigs yang seorang ni. Masih ada hati lagi dia nak parti Komunis diberikan pengiktirafan oleh pihak Kerajaan Malaysia?

Jika sebelum ini, Si ADUN DAPigs ini juga pernah menghina khutbah sempena Hari Raya Aidil Adha dan juga mengugut untuk mengambil tindakan saman terhadap Mufti Negeri Pahang.

Sekarang dia sibuk pulak nak memperjuangkan parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) supaya ianya diiktiraf dengan alasan parti itu juga berjasa memperjuangkan Kemerdekaan Negara.

Dari satu sudut, tindakan Si ADUN DAPigs itu jelas membuktikan bahawa dia sedikit pun tidak mempedulikan sensitiviti rakyat di Malaysia dengan membuat desakan sedemikian.

Sebaliknya, Si ADUN DAPigs itu seolah – olah cuba membuatkan rakyat di Malaysia melupakan kesengsaraan serta penderitaan yang terpaksa ditanggung ketika Komunis berleluasa.

Sebagai rekod, sewaktu pemerintahan Komunis sebelum ini, mereka banyak melakukan pembunuhan dan menyiksa rakyat di Malaysia tanpa mempedulikan latar belakang mereka.

Namun semua itu jelas tidak dipedulikan oleh Si ADUN DAPigs yang pernah diugut oleh ahli partinya sendiri agar tidak merebut jawatan Pengerusi DAPigs Negeri Pahang sebelum ini.

Tambah memalukan ialah apabila Si ADUN DAPigs itu tidak pula sibuk membuat desakan kepada pucuk pimpinan parti agar memberikan perhatian kepada kebajikan ahli – ahli partinya sendiri.

Bahkan, Si ADUN DAPigs itu hanya mendiamkan diri, memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap penderitaan yang sedang dialami oleh Ahli Parlimen DAPigs Raub pada ketika ini.

Adakah Si ADUN DAPigs itu tidak menganggap penderitaan Ahli Parlimen DAPigs Raub itu sebagai satu keperluan untuk diperjuangkan? ATAU, adakah dia juga berpendapat bahawa penyakit rakan seperjuangannya itu tidak ada sebarang kaitan dengan kepentingan parti???




Source link

read more

PAS SINDIR REWCASTLE, BUAT FITNAH ATAS FITNAH!!! ~ SEMUT HITAM


Pemuda PAS menempelak tuntutan balas Clare Rewcastle yang mendakwa Hadi Awang berkomplot dengan YAB Perdana Menteri untuk mengeksploitasi satu kes mahkamah di London.

Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata editor Sarawak Report itu sepatutnya mendapatkan bukti kononnya PAS menerima RM90 juta daripada membuat dakwaan baru yang tidak sahih.

“Lebih baik mereka berusaha dapatkan bukti atas tuduhan mereka terhadap PAS yang dikatakan menerima RM90 juta sebelum daripada ini, daripada membuat dakwaan baru yang sudah tentu memerlukan kepada bukti pula,” katanya.

Ahmad berkata tuduhan terbaharu itu menunjukkan bahawa Sarawak Report sudah semakin terdesak dan hilang kredibiliti sebagai sebuah portal berita berdasarkan fitnah yang disebarkan.

“Sekiranya mereka tewas di dalam kes saman ini mereka sama sekali tidak akan dipercayai lagi selepas daripada ini. Ini termasuklah juga juak-juak mereka di Malaysia yang gemar bersandar kepada laman web ini untuk melakukan apa-apa tuduhan,” katanya.

Dalam laporan FMT, Clare mendakwa PAS berkomplot dengan Najib untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha untuk melepaskan Perdana Menteri daripada tuduhan.

Clare dalam tuntutan balas menjawab saman Hadi berkata mereka mahu mencemar nama baiknya serta laman portal Sarawak Report yang berkempen untuk membawa Najib ke mahkamah.

Claire juga turut menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 orang pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang berjumlah RM 90 juta yang disumberkan daripada 1MDB. 

Secara tidak lansung, tindakan Rewcastle itu menunjukkan bahawa dia sedang berada dalam keadaan yang semakin terdesak dan khuatir akan tewas dalam prosiding mahkamah yang sedang dibicarakan pada ketika ini!!!




Source link

read more

SUDAHKAH RAFIZI FAILKAN SAMAN TERHADAP RIZAL MANSOR??? ~ SEMUT HITAM


Kalau sebelum ini, bukan main lagi Si Rafizi tu membuat ugutan macam orang hilang akal nak memfailkan saman terhadap Datuk Rizal Mansor ekoran pendedahan yang dilakukannya.

Ugutan itu dibuat apabila Datuk Rizal Mansor mendedahkan derma dari rakyat yang telah disalah-gunakan oleh Rafizi untuk membayar kepada syarikat milik dirinya sendiri sebelum ini.

Ekoran pendedahan itu, Rafizi menerusi video sidang media atas talian selama satu jam setengah menyifatkan tindakan Datuk Rizal Mansor itu sebagai bodoh. Dan ianya diulang beberapa kali.

“Walaupun sebelum ini saya tidak pernah menyaman sesiapa pun. Cakaplah apa pun, saya buat hubungan seks dengan lelaki, kucing ke, binatang ke, saya tak pernah saman.

“Contohnya, Papagomo paling banyak hentam saya tapi saya tak pernah saman walaupun fitnah-fitnah yang Papagomo buat seperti dakwaan saya dipecat dari Petronas kerana mencuri wang tuntutan perbelanjaan, dia kata saya gay dan sebagainya, saya tidak pernah saman.

“Kerana apa (saya tak saman)? Sebab Papagomo bankrap. Miskin. Bukan boleh buat dapat duit pun. Buang masa sahaja.

“Tetapi kali ini lain, kerana saya ingat Datuk Rizal Mansor ini ada back up kuat. Dia mempunyai wang dan mempunyai back up dan dokongan wang yang besar. Ya lah, dia tolong bawak beg Rosmah Mansor. Dalam tu berapa banyak wang? Beg itu sahaja kalau dijual boleh bayar saman kami,” kata Rafizi.

Soalnya sekarang, adakah Si Rafizi itu sudah membuat laporan dan memfailkan saman terhadap pendedahan yang dilakukan oleh Datuk Rizal Mansor berhubung isu derma dari rakyat tersebut?

ATAU, adakah Si Rafizi tu hanya sekadar pandai meroyan macam budak kecik menerusi klip video yang disebarkan sebelum ini? Kalau dia setakat pandai bercakap je, baik tak payah. Buang masa je buat ugutan sedangkan dia sendiri Kecut Buah Kerandut!!!




Source link

read more

TIBA AMBIGA MASUK HOSPITAL SAKIT MULUT!!! ~ SEMUT HITAM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini mencabar mbiga Sreenevasan untuk mendedahkan sumber bersabit dakwaan dana 1MDB yang diterima PAS.

Abdul Rahman juga berkata langkah itu perlu bagi memastikan setiap tuduhan yang dibuat selama ini bersandarkan fakta, berbanding sekadar omong kosong demi mengelirukan rakyat.

“Bertahun lamanya kita tanya berulang kali kepada Clare Rewcastle-Brown (Editor Sarawak Report) mengenai sumber yang digunakan dalam siri penerbitan penulisan menerusi blog beliau.

“Kita bertanya kerana nak jalankan siasatan menyeluruh terhadap semua pertuduhan yang dilemparkan terhadap 1MDB, namun beliau berkeras untuk tidak dedahkan sumbernya.

“Tiba-tiba, beliau menamakan Ambiga sebagai sumber selepas diberi tekanan ketika sesi pertanyaan yang berlangsung di mahkamah,” kata Rahman yang dipetik oleh portal Ahli Majlis Parlimen BN (BNBBC).

Bagaimanapun, Rahman menyatakan keyakinan bahawa Ambiga akan terus berdiam diri, tanpa mendedahkan sumber atau fakta bagi menyokong dakwaan yang disebarkannya selama ini.

“Beliau tidak akan sesekali dedahkan kerana kita tahu ia (penyaluran dana 1MDB kepada PAS) palsu, malah sebab itu juga (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang bawa perkara ini ke mahkamah.

“Ustaz Hadi buat tindakan sedemikian kerana tuduhan seperti ini membabitkan reputasinya sebagai pemimpin, justeru saya menyangkal sebarang kemungkinan Ambiga akan tunjukkan bukti dan sumber beliau,” katanya.

Menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai “episod pembohongan”, Rahman berkata, Rewcasltle-Brown menggunakan Ambiga, manakala peguam itu mengemukakan sumber tidak rasmi bagi menampakkan setiap artikel dipaparkan Sarawak Report seperti berpaksikan fakta.

Editor Sarawak Report itu sebelum ini membuat dakwaan kononnya PAS telah menerima dana Politik daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah sebanyak RM90 juta.

Bukan itu sahaja Rewcastle-Brown juga mendakwa YAB Perdana Menteri telah memindahkan wang berjumlah lebih RM200 juta kepada Datuk Nasharudin Mat Isa sejak 2014.

Kononnya wang itu dikatakan digunakan untuk membiayai sebuah kumpulan dalam PAS. Susulan itu, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah memfailkan saman fitnah ke atas Rewcastle-Brown di mahkamah di UK.




Source link

read more

SOLAT HAJAT PAS “HARAM”, BAKAL CETUS HURU HARA!!! ~ SEMUT HITAM


PAS nak buat Solat Hajat pun PAN tak bagi? Wah! Hebat sungguh parti Ternakan DAPigs pimpinan Si Mat Sabu ni sampai tahap orang nak buat solat hajat pun nak dihalang secara terbuka.

Alasan yang diberikan PAN Kubang Kerian juga tidak masuk akal apabila mereka membuat dakwaan kononnya solat hajat yang dianjurkan oleh PAS itu hanya akan mencetuskan huru hara.

Bahkan, tambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila PAN Kubang Kerian turut membuat laporan Polis terhadap niat PAS yang mahu menganjurkan solat hajat didepan Wisma Tok Guru.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, sayap parti itu merancang mengadakan solat hajat di situ kerana mendakwa tanah dan bangunan Wisma Tok Guru adalah milik PAS Kelantan.

“Kami hanya akan mengadakan solat hajat di tanah milik kami yang dibeli secara sah mengikut undang-undang. Ia umpama kita solat di rumah kita sendiri, tiba-tiba ada jiran membuat laporan polis mengatakan akan berlaku huru hara. Ini agak menghairankan,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Difahamkan PAN Kubang Kerian telah membuat laporan polis berikutan hasrat DPPK itu yang mahu mengadakan solat hajat di Pejabat Pusat Khidmat DUN Salor di Kampung Pendek.

Ketua PAN Kubang Kerian, Fauzi Muhammad dilapor mendakwa, hasrat PAS itu hanya sekadar berbentuk provokasi yang boleh menggugat keamanan dan mencetuskan huru-hara. 

Menurut satu laporan yang disiarkan sebelum ini, hartanah yang menempatkan Pejabat Pusat Khidmat DUN Salor dan PAN di Mukim Pendek itu kini sudah dijual oleh pemilik asalnya.

Pemiliknya, isteri kepada Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, Datin Haripah Dollah katanya sudah menjualkan hartanah itu kepada seorang ahli PAS dengan harga RM700,000.

Urusan pindah milik selesai 18 September lalu, berikutan itu notis dikeluarkan pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosongkannya dalam tempoh sebulan. Notis pengosongan ditampal di pagar bangunan itu pada 12 Oktober lalu.




Source link

read more

ANAK RAJA MALUKAN SI BUDAK HINGUSAN!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Buat malu je Si Budak Hingusan tu mendabik dada mengaku kononnya dia seorang Pendebat yang hebat di Malaysia apabila dia dimalukan oleh seorang anak raja secara terbuka.

Perkara itu jelas apabila Si Budak Hingusan tu sampai hari ini masih gagal membuat sebarang laporan kepada SPRM berhubung wujudnya sogokan RM 5 juta yang didakwa sebelum ini.

Tampil memperlekehkan tindakan itu, anak kepada Raja Petra Kamaruddin, Raja Sara tetap mempertahankan pendiriannya yang turut mempertikaikan kredibiliti Ketua Armada PPBM itu.

Sebelum itu, Raja Sara telah memuat – naik rakaman video di Facebook terhadap Syed Saddiq berhubung isu yang sama dan mendakwa ianya hanya pandangan peribadinya sahaja.

“Saya tidak ada masalah dengan sesiapa. Cuma maksud saya, bila pihak sebelah (pembangkang) dah berlaku sesuatu, itu sebab saya tulis macam itu di Facebook,” katanya kepada MalaysiaGazette petang tadi.

Menurut Raja Sara, apa yang cuba dibangkitkan dalam rakaman itu adalah gesaan supaya Syed Saddiq supaya membuat laporan kepada SPRM jika berlaku unsur sogokan sepertimana yang didakwa.

“Kalau dia tahu ada rasuah berlaku dia patut buat laporan ke SPRM. Kalau tak buat laporan bermakna kamu selindung. Dengan undang-undang yang kita ada, kalau ada ugutan lapor kepada polis. Kalau dia buat laporan polis, SPRM tidak boleh bertindak. Jadi dia kena lapor ke SPRM,” tegasnya lagi.

Pada 4 Oktober lepas, Syed Saddiq dalam sidang medianya mendakwa diancam oleh individu yang mengugut keluarganya agar beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Armada dan politik .

Syed Saddiq turut membuat laporan polis terhadap ancaman yang dibuat terhadap diri dan ahli keluarganya oleh pihak yang menawarkan RM5 juta kepadanya untuk meninggalkan PPBM.

Namun tindakan yang mendakwa kononnya dia menerima ugutan dan melaporkannya kepada pihak Polis hanya dianggap sekadar taktik untuk mengelakkan diri dari membuat laporan kepada SPRM.

Bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan oleh Si Budak Hingusan itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti berhubung dakwaan kewujudan sogokan RM 5 juta seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons