Review Category : Blog

MANA NAMA DYANA??? ~ SEMUT HITAM


Heh! Ironik bukan? Kalau sebelum ini, bukan main lagi Si Dyana tu meroyan apabila dia didakwa hanya menjadi perkakas dalam DAPigs sedangkan itulah hakikat yang perlu diterima.

Pada ketika itu, Si Dyana ni bukan main bangga lagi mendakwa kononnya dia bijak kerana memilih DAPigs sebagai parti untuk disertai kerana parti itu memberi peranan yang besar kepadanya.

Malangnya, perkara itu tidak diterjemahkan dalam barisan kepimpinan DAPigs yang telah mengadakan pemilihan parti baru – baru ini. Bahkan nama dia pun lansung tidak dicalonkan.

Tambah memalukan ialah apabila calon dikalangan orang Melayu yang bertanding semuanya kalah dan hanya mampu mendapat undi tidak lebih dari 500 dari perwakilan parti itu.

Malah wakil dari kalangan wanita muda DAPigs juga hanya menyaksikan seorang sahaja wakil yang dipilih. Itu pun atas dasar kesian dan wakil itu merupakan pengampu kepada keluarga Dinasti Lim.

Seperti mana yang dibangkitkan sebelum ini, kenapa Si Dyana itu sendiri tidak diberikan peluang untuk menjadi sebahagian dari pemimpin dalam jawatankuasa CEC DAPigs yang baru?

Kenapa nama dia lansung tidak tersenarai? Tidakkah itu membuktikan bahawa DAPigs hanya sekadar menjadikan dia sebagai alat untuk dipergunakan semata – mata? Itu pun dia masih nak menafikannya?

Pokok pangkalnya, DAPigs hanya sekadar mempergunakan Si Dyana tu untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata – mata. Bukannya diorang betul – betul menghargai peranan yang dimainkan oleh Si Dyana tu secara terbuka!!!




Source link

read more

AHLI PPBM PAHANG DESAK PARTI DIHARAMKAN!!! ~ SEMUT HITAM


Bukan orang UMNO, bukan orang PAS dan bukan juga dari kalangan mereka yang tak setuju dengan perjuangan peribadi yang menjadi tunjang penubuhan PPBM yang buat desakan ini.

Tapi sebaliknya desakan agar RoS mengharamkan pendaftaran PPBM datangnya dari kalangan ahli parti itu sendiri. Ianya dibuat secara terang – terangan dan bukannya berselindung.

Jika sebelum ini, ramai yang berpendapat agar PPBM itu dimansuhkan dan semua ahli parti itu boleh menyertai DAPigs, PAN atau PKR sekiranya benar mereka mahu berjuang demi rakyat.

Kali ini, dikalangan ahli parti itu sendiri yang tampil membuat desakan agar RoS membatalkan pendaftaran PPBM kerana didakwa telah menipu ahli diperingkat akar umbi secara terbuka.

Katanya, ahli – ahli diperingkat akar umbi khususnya golongan muda berasa tertipu dan diperbodohkan tentang kewujudan sayap Bersatu yang tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Selain itu, ahli – ahli akar umbi PPBM juga turut hilang keyakinan kepada kepimpinan parti itu juga mendesak Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.

“Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Pengerusi Bersatu dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kamu sedar dipermainkan.

“Kami diakar umbi diperbodohkan dengan begitu mudah dan kami mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran Bersatu kerana mereka penipu danTun Dr Mahathir dan Syed Saddiq kena meletak jawatan,” katanya pada  sidang media di sini, hari ini.

Jelas salah seorang ahlinya berkata, ahli akar umbi berasa diperdaya oleh kepimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab  dengan baik dalam membela mereka.

Bahkan katanya, tindakan pengharaman parti itu oleh ROS adalah amat wajar dalam memberi pengajaran kepada kepimpinan parti berkenaan supaya bersikap bertanggungjawab.

“Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan kami ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir dan Syed Saddiq, kononnya Armada ini wujud sedangkan hakikatnya sayap imi haram dan tidak wujud di sisi ROS.

“Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan terus pendaftaran parti Bersatu sebagai pengajaran,” katanya.

Tindakan itu dibuat ekoran pendedahan RoS berhubung status sayap pemuda PPBM, Armada yang dikatakan tidak termaktub didalam perlembagaan parti dan tidak sah penubuhannya mengikut akta Pendaftaran Pertubuhan.




Source link

read more

BIJAKNYA DAPigs MENIPU PEMILIHAN CEC


Tetapi satu perkara yang penulis ‘kagum’ ialah kaedah regim DAPigs menenggelamkan elemen-elemen besar tersebut supaya ianya hilang dan tidak menjadi topik perbualan rakyat.

DAPigs telah menuding jari kepada semua pihak tentang apa sahaja perkara berbangkit. Isu-isu ini kemudiannya dijadikan berita-berita sensasi hingga menyebabkan rakyat tidak lagi mempersoalkan 3 elemen kotor dalam pemilihan semula CEC DAPigs.

Dan tempohnya begitu singkat. Hari ini (3 hari selepas pemilihan), tidak ada satu pun berita tentang CEC DAPigs. Lim Guan Eng dan bapanya boleh tidur nyenyak.

Satu perkara yang sangat jelas ialah calon-calon Melayu telah dimalukan dan dibuang oleh seluruh perwakilan DAPigs. Tidak ada satu pun calon Melayu yang dipilih.

Malah, Karpal Singh yang sudah meninggal dunia pun mendapat undi lebih banyak daripada kebanyakan calon Melayu yang bertanding. Bukankah itu petanda yang Melayu tidak mungkin akan dipilih ke dalam kepimpinan tertinggi?

Ini adalah rasis yang sangat melampau. Lebih-lebih lagi usia parti DAPigs yang menjangkau usia 51 tahun tetapi mereka masih gagal mencapai status parti berbilang kaum yang sebenarnya. Memalukan!

Seperkara lagi, undi yang diterima oleh Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng hanya sekitar 47% daripada jumlah perwakilan keseluruhannya (2,514 orang). Mana mungkin 47% boleh mewakili majoriti ahli-ahli parti tersebut?

Yang turut tidak masuk akal ialah :

  1. Tan Kok Wai (1,021 undi) yang menduduki tangga 9, memegang jawatan Pengerusi DAP.
  2. Manakala Gobind Singh Deo (1,198 undi) yang berada di tangga 2, hanya memegang Timbalan Pengerusi DAP dan bukannya Pengerusi DAP atau pun Setiausaha Agung DAP.
  3. Yang tidak tahu malu ialah Lim Guan Eng yang memegang jawatan terpenting parti iaitu Setiausaha Agung DAP walau pun beliau (1,180 undi) tersungkur di bawah Gobind Singh Deo.

Segalanya ini menunjukkan bahawa parti DAPigs tidak mengamalkan demokrasi suara ahli-ahli partinya sendiri dan masih ada orang yang percaya dengan parti rasis dan cauvinis ini seperti Tun Mahathir.

Hanya 53% (1,356 daripada 2,514) perwakilan yang hadir. Benarkah jumlah kehadiran tersebut atau terdapat pembohongan untuk mencukupkan kuota bermesyuarat?

Bagaimana pula dengan kaedah mengundi dan kertas undi tersebut? Bukankah kertas undi itu telah dipertikaikan kerana menimbulkan keraguan tentang kesahihannya?

Dalam masa yang sama, ianya satu tamparan hebat kepada DAPigs dan kepimpinan parti cauvinis itu sedang berdepan dengan masalah dalaman dan ditolak secara senyap oleh perwakilan DAPigs.

Dan sebenarnya, tidak ada satu pun parti politik di negara ini yang kehadirannya hanya 53% semasa pemilihan kepimpinan parti kecuali DAPigs.

Persoalannya, apakah ketidakhadiran perwakilan DAPigs ini akan diterjemahkan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong DAPigs tidak akan mengundi parti cauvinis itu lagi pada PRU14 nanti? Kita tunggu juga respons Pendaftar Pertubuhan (ROS).




Source link

read more

MEMANG SIA – SIA JE USAHA ADUN DAPigs NI!!! ~ SEMUT HITAM


Jawatankuasa CEC DAPigs yang baru selesai diadakan baru – baru ini memberikan mesej jelas membuktikan bahawa parti itu lansung tidak mengendahkan kepentingan orang Melayu.

Perkara itu dapat dilihat apabila keputusan jawatankuasa itu menyaksikan tidak seorang pun wakil orang Melayu yang dipilih oleh perwakilan. Sebaliknya, mereka hanya mendapat undian kurang dari 500.

Namun perkara itu bukan satu isu yang baru bahkan ianya sudah dijelaskan sebelum ini. Malah bukan sahaja diperingkat Pusat DAPigs menolak kepimpinan dikalangan orang Melayu ni.

Tapi diperingkat Negeri pun DAPigs tidak senang melihat orang Melayu menjadi pemimpin. Contohnya cukup jelas apabila ADUN DAPigs Mentakab diugut oleh ahli parti itu sebelum ini.

ADUN DAPigs itu suatu ketika dahulu pernah tampil menghina dan mengugut mahu memfailkan saman terhadap Mufti Pahang tetap tidak berjaya menarik perhatian ahli parti tersebut.

Sebaliknya, ADUN DAPigs Mentakab yang pernah mempertikaikan isi kandungan khutbah Aidil Adha itu juga turut pernah diberikan amaran supaya tidak bertanding.

Maka, dengan erti kata lainnya, usaha yang dilakukan oleh Si ADUN DAPigs Mentakab itu sebelum ini yang mahu parti Komunis diberikan pengiktirafan juga hanya sekadar sia – sia belaka.

Mungkin Si ADUN DAPigs Mentakab tu ingat dengan cara dia mendesak Kerajaan supaya memberi pengiktirafan kepada parti Komunis itu dapat melonjakkan nama dia dalam pemilihan semula kali ini.

Tapi malangnya, Si ADUN DAPigs itu perlu menerima hakikat bahawa DAPigs tetap mengamalkan Politik Chauvanist dan tidak mengiktiraf kepimpinan dikalangan orang Melayu secara terbuka. Bagi DAPigs, Melayu ni hanya layak jadi Barua mereka sahaja!!!




Source link

read more

ELOK BUBAR JE PPBM NI!!! ~ SEMUT HITAM


Lepas satu persatu masalah timbul, apa rasionalnya lagi untuk PPBM terus kekal wujud? Jika sebelum ini, isu kepimpinan parti itu telah menjadi diantara bahan bualan dikalangan rakyat.

Ramai yang mendakwa parti itu hanya diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan kemahuan individu tertentu sahaja. Parti itu kata mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Bahkan parti yang dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO itu rata – rata hanya sekadar mahu membalas dendam terhadap Perdana Menteri dan bukannya mahu berjuang untuk rakyat.

Malah dakwaan dan segala tuduhan yang dilemparkan selama ini hanya berdasarkan kepada andaian semata – mata. Tidak ada bukti kukuh pun pernah ditampilkan secara terbuka.

Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila ada kepimpinan parti itu yang membuat tuduhan dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin mereka sendiri secara terang – terangan.

Malangnya, tuduhan dan dakwaan itu tidak juga disokong dengan bukti yang sah sampai tahap apabila didesak agar dibuat laporan pun sehingga ke hari ini tiada yang berani tampil ke hadapan.

Yang paling terkini ialah mengenai pembubaran Bahagian parti itu dibeberapa kawasan yang secara tidak lansung menyaksikan kepincangan didalam parti itu semakin bertambah kronik.

Itu belum termasuk isu mengenai kewujudan sayap parti yang tidak ada didalam perlembagaan dan kisah mengenai Ketua Armadanya yang kuat menabur fitnah merata – rata.


Jadi, untuk apa lagi parti itu terus dikekalkan sedangkan banyak isu yang tidak dapat diselesaikan? Kenapa rakyat perlu menghabiskan masa dengan parti yang dicipta hanya untuk merosakkan Negara?

Kalau parti itu kata mereka mahu memperjuangkan kebajikan orang Melayu, mereka boleh masuk PAN kerana parti itu juga mendakwa mereka mahu menjaga kepentingan orang Melayu.

ATAU, kepimpinan parti itu boleh sahaja menyertai DAPigs yang sebelum ini pernah didakwa ‘Anti Melayu’ oleh Tun Mahathir tetapi kemudian mengubah pendirian selepas menyertai Pakatan.

Maka secara kesimpulannya, kewujudan PPBM itu jelas tidak memberi sebarang kesan siginifikan kepada Politik di Malaysia kerana kepimpinan parti itu tidak mempunyai sebarang hala tuju dan hanya ditubuhkan atas dasar syok sendiri!!!




Source link

read more

PKR DIDIK BANGSA YANG TAK RETI BERSYUKUR!!! ~ SEMUT HITAM


Exco Rejim DAPigs Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dibidas sebagai manusia yang tidak tahu menghargai jasa apabila mempersoalkan sumber dana bantuan disalurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu mangsa banjir.

Tindakannya itu mempamerkan sifat sebenar puak – puak Pakatan Haprak yang suka menjadikan semua perkara sebagai bahan modal Politik murahan biarpun dalam keadaan rakyat yang sedang ditimpa musibah.

Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan  mendakwa, Afif tidak sepatutnya mempersoalkan bagaimana sumber bantuan itu diperoleh.

“Dia sepatutnya menghargai kesungguhan yang diambil oleh badan bukan kerajaan itu yang tampil ikhlas menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada 8 November lalu.

“Nampaknya Afif lebih bimbang mengenai bagaimana dan kenapa bantal dan tilam mempunyai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak tahu berterima kasih mangsa negeri itu menerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Chandrakumanan,  Afif perlu menjaga adab dan sedar bahawa kerajaan pusat pimpinan BN telah turun padang membantu mangsa menerusi pelbagai agensi dan pemimpin PKR ini tidak seharusnya mempolitikkan usaha ikhlas mereka.

Katanya, bantuan BN semasa Kelantan ditenggelami banjir terburuk adalah contoh terbaik BN sentiasa mendahulu rakyat bukannya mempolitikkan segala keadaan seperti yang dilakukan Afif.

“Ini bermakna dia (Afif) resah melepaskan peluang untuk mencari sokongan politik dalam keadaan bencana dan dia seharusnya sedar bahawa niatnya tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Jika kamu menyoal bantuan NGO, kalau berani pergilah tanya kerajaan DAP negeri itu kenapa hanya RM5 juta diperuntukan untuk mangsa banjir sedangkan hasil kutipan dana bencana DAP yang dipungut ialah RM6.1 juta.

“Ini bermakna mana perginya wang RM1 juta lagi, minta DAP yang telus dan integriti jawab segera tanpa berselindung.

“”Saya juga ingin tanya bagaimana kerajaan DAP membelanjakan wang RM350 juta untuk kajian dan laporan terowong bawah laut Pulau Pinang tetapi mangsa banjir hanya menerima RM5 juta, sila jawab kalau kamu ini berani kerana benar,” tegasnya.

Apa yang pasti, pemimpin muda itu lebih berminat untuk menjadikan semua benda sebagai bahan modal Politik dan mengejar publisiti murahan demi kepentingan peribadi dia semata – mata. Bukannya dia sibuk nak menjaga kebajikan rakyat!!!




Source link

read more

PPBM PERAK BERKUBUR!!! ~ SEMUT HITAM


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah dibubarkan ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya hari ini.

Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana mere tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak bagi menggantikan Kak Midah sebelum ini.

Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak yang didakwa hanya menjadi kroni kepada Mukhriz Mahathir.

“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat ini empat Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak telah membuat keputusan untuk meninggalkan parti tersebut iaitu Bahagian Gopeng, Parit, Kuala Kangsar dan Batu Gajah.




Source link

read more

MUDAHNYA NURUL IZZAH BERI ALASAN NAK BEBASKAN ANWAR!!! ~ SEMUT HITAM


Amboi! Senang betul alasan Si Nurul Izzah ni nak desak Kerajaan suruh bebaskan Si Ketua Penipu tu ya. Dia ingat, undang – undang di Malaysia ni bapak dia yang buat ke? Suka – suka hati dia je.

Sebelum ini Si Nurul Izzah tu mendakwa tahap kesihatan Si Ketua Penipu itu perlu dijadikan sebagai peluang untuk mendesak Kerajaan membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara.

Kata Si Nurul Izzah, kesihatan bapanya tidak akan bertambah baik, jika Si Ketua Penipu itu yang baru selesai pembedahan bahu kanannya sebelum ini, menjalani proses pemulihan dalam penjara.

“Dalam keadaan sebegini, tolonglah kita ambil peluang desak beliau dibebaskan secepat mungkin.

“Tiada cara untuk beliau bertahan di penjara dengan kesakitan seperti itu,” katanya ketika berucap dalam majlis solat hajat dan tahlil sempena kejayaan pembedahan Anwar di kediaman rasmi menteri besar Selangor, malam ini.

Wah! Banyak cantik! Dah buat pendedahan pun masih lagi Si Nurul Izzah tu tak nak rasa bersyukur dan mahu menjadikannya sebagai alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Mana dia belajar undang – undang seperti itu? Kalau sebegitu mudah untuk pihak Kerajaan membebaskan seseorang penjenayah dari penjara, maka ramai la yang perlu diberi peluang yang sama.

Takkan hanya semata – mata kerana pembedahan bahu kanan Si Ketua Penipu tu melayakkan dia untuk dibebaskan dari kesalahan dan dibebaskan dari penjara begitu sahaja?

ATAU, adakah hanya kerana nama dia Anwar Ibrahim, maka dia perlu diberikan keistimewaan sedemikian rupa? Banduan lain macam mana? Kenapa Nurul Izzah tidak memperjuangkan hak mereka?

Dah diberi peluang untuk buat pembedahan tu pun dah cukup bagus. Secara tidak lansung itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Malaysia ni tidak se-Zalim seperti mana yang didakwa oleh keluarga Si Nurul Izzah tu sebelum ini!!!




Source link

read more

GUAN ENG MEROYAN PULAK TAK DAPAT BANTUAN!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Pandai pulak Si Lim Guan Eng ni berlakon kononnya Rejim DAPigs pimpinannya tak mendapat sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh zalim dan sebagainya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Lim Guan Eng tu mendakwa Kerajaan Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir.

“Selepas kunjungan beliau, beliau langsung tidak umumkan apa-apa untuk rakyat, baik dari segi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang, mahu pun bantuan secara langsung kepada mangsa banjir.

“Saya harap beliau dapat umum secepat mungkin kerana setakat ini, belum ada sebarang bantuan (daripada kerajaan Pusat) kepada Pulau Pinang. Kita semua masih tunggu,” katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Soalnya, salah siapa yang menyebabkan diorang tak dapat bantuan tersebut jika bukan salah mereka sendiri? Siapa suruh diorang berlagak sombong tak tentu arah sewaktu rakyat dilanda musibah?

Kalau tengok dari kenyataan salah seorang pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang tu sebelum ini, nampak sangat yang diorang tidak menghargai bantuan yang telah diberikan kepada mereka.

Salah satu contohnya ialah apabila pemimpin Rejim DAPigs itu dengan penuh rasa bongkak menyatakan bahawa mereka juga mampu untuk menyediakan bantuan sebanyak RM 150 juta.

Yang peliknya, kalau dah diorang mampu untuk menyediakan bantuan sebanyak itu, buat apa Si Lim Guan Eng tu merayu bantuan dari YAB Timbalan Perdana Menteri pada jam 3.30 pagi?

Tambah menghairankan ialah apabila orang yang sama membuat dakwaan kononnya mereka terpaksa tunggu 3 hari untuk tidur diatas tilam Najib Razak. Tidakkah itu sombong namanya?

Bahkan sebelum ini DAPigs cukup bangga apabila mereka mampu meraih kutipan derma sebanyak RM 5 juta untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Kalau dah mampu keluar belanja sebanyak itu, suruh la Lim Guan Eng tu beli tilam sendiri!!!




Source link

read more

AKHIRNYA HUSAM MENGAKU WISMA TOK GURU MILIK PAS!!! ~ SEMUT HITAM


Naib Presiden PAN, Husam Musa mendakwa PAS melanggar undang – undang syariah ketika membeli tanah menempatkan Wisma Tok Guru di Salor, Kelantan yang kini menjadi rebutan kedua-dua parti itu.

Adun Salor itu berkata, selepas pemiliknya, Datuk Rosli Ibrahim meninggal dunia, PAS membeli tanah itu dengan menawarkan RM700,000 kepada isteri arwah yang masih dalam tempoh edah.

“PAS bawa ADO (penolong pegawai daerah) dari pejabat Kota Bharu pergi ke rumah untuk ‘sign’ borang 14A, walaupun melanggar perintah pekeliling PTG (Pejabat Tanah dan Galian) Bil 5 yang menyatakan pegawai pejabat tanah tidak boleh pergi ke rumah orang tukar nama orang (pemilik) atau tukar nama tanah.

“Tetapi PAS sanggup buat macam tu dan beli tanah itu,” katanya dalam blognya hari ini.

Rosli meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Kota Bharu pada 27 Julai lalu, dipercayai akibat komplikasi paru-paru. Beliau memenangi kerusi DUN Salor atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Husam berkata, waris tanah pusaka itu belum ditentukan kerana perbicaraan hanya akan diadakan di Mahkamah Syariah pada 9 Januari 2018.

“Datuk Rosli dan isterinya tidak ada anak (oleh itu) adik-beradiknya layak menerima pusaka.”

Katanya, beliau sudah memfailkan injunksi di mahkamah sivil Ahad lalu bagi menghalang Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohamad Yasin Yusof dan PAS mengganggu pejabatnya di Wisma Tok Guru.

Wisma Tok Guru menempatkan pejabat Amanah Kelantan dan adun Salor daripada parti serpihan PAS itu. Bangunan itu menjadi rebutan apabila Yasin dikatakan membeli tanah bangunan itu daripada waris pemiliknya, Datuk Rosli Ibrahim.

IRONIKnya, sebelum ini Husam mendakwa dia memiliki Wisma Tok Guru itu secara sah. Namun kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa Wisma Tok Guru itu dimiliki oleh PAS.




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons