Review Category : Blog

LEPAS BAGI BONUS, REJIM AZMIN ROMPAK BALIK DUIT RAKYAT!!! ~ SEMUT HITAM


Tahniah! Sebaik sahaja Si Menteri Besar Selangor tu mengumumkan pemberian bonus 3 bulan (yang sebenarnya hanya SEBULAN), Rejim Pakatan Si Azmin tu kembali merompak duit rakyat.

Dilaporkan sebanyak 30 buah kenderaan peribadi milik penduduk di Taman Indah Perdana telah disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang dengan kompoun sebanyak RM1,000 setiap sebuah kereta.

Ini berikutan tindakan penduduk – penduduk di taman berkenaan yang meletakkan kenderaan nombor dua atau tiga mereka di kawasan lapang yang berhampiran dengan taman mereka.

“Langkah MPS ini harus dipuji dan perlu disanjung tinggi. Inilah Kerajaan yang penduduk taman idamkan dan undi merekalah yang memungkinkan kompoun RM1,000 ini dikenakan,” lapor CTS.

Lebih elok kalau kompoun berkenaan dinaikkan lagi. Waima mencecah sehingga RM5,000 pun tidak mengapa. Lagi banyak, lagi ramai yang suka dengan cara Rejim pentadbiran Si Azmin Ali ni.

Inilah salah satu kaedah Rejim Pakatan pimpinan Azmin Ali mengutip hasil agar tahun akan datang kakitangan di Selangor akan dapat menikmati bonus selama 6 bulan dan bukan lagi 3 bulan.

Cara ini baru kena dengan slogan Peduli Rakyat yang seringkali menjadi kebanggaan Rejim Azmin di Selangor. Kalau sebelum ini, duit hasil cukai dan premium tanah dijadikan sebagai sumber. Patutnya Azmin tukar slogan tu dan gantikan dengan “Dari Rakyat Kepada Rakyat”!!!




Source link

read more

MEMANG RAMAI YANG MAHU TUN M MASUK PENJARA!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Ini bukannya perkara baru. Tapi benda ini dah lama menjadi hasrat bagi sesetengah pihak yang sehingga ke hari ini mahu bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke dalam penjara.

Malah bukan hanya kerana isu menggelarkan bangsa Bugis itu sebagai lanun sahaja yang menjadi alasan untuk memasukkan Tun Mahathir ke dalam penjara seperti mana yang dinyatakan.

Menurut kata Tun Mahathir, kelantangan dia mengkritik kepimpinan Perdana Menteri hari ini telah menyebabkan pelbagai pihak yang mahu melihat dirinya dimasukkan ke penjara.

“Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai kuning itu, puas hatilah ramai orang. Dewan yang buat keputusan ini mungkin berminat untuk lihat gambar saya pakai baju lokap,” katanya dipetik menerusi rakaman tersebut.

Kenyataan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Dewan Diraja Selangor yang murka terhadap tindakan Tun Mahathir yang menghina bangsa Bugis.

Namun bekas Perdana Menteri itu lupa bahawa ramai lagi pihak lain yang masih mahu melihat dia dipenjarakan diatas kesalahan yang telah dilakukan selama memegang jawatan sebelum ini.

Bahkan, dikalangan rakan sekutu PPBM dalam Pakatan Haprak tu pun masih lagi mengharapkan agar bekas Perdana Menteri itu dihukum diatas kesalahan yang telah dilakukannya.

Sehingga ke hari ini, kepimpinan tertinggi PKR masih belum membuat pengampunan terbuka terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu.

Bagi mereka, Tun Mahathir masih dianggap sebagai seorang pemimpin Diktator yang bertindak Zalim dan Kejam dengan memecat Si Ketua Penipu dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah DAPigs juga masih tidak mengakui bahawa parti itu sedia memaafkan Tun Mahathir diatas tindakan yang telah dilakukan terhadap pemimpin parti itu selama 22 tahun dia memerintah.

Dalam erti kata lainnya, rakan sekutu Tun Mahathir dalam Pakatan hari ini juga masih menyimpan hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu dipenjara diatas kesalahan yang dilakukan. Itu satu hakikat yang Tun Mahathir sendiri pun tidak dapat menafikannya!!!




Source link

read more

BAPA ANGGAP ANAK BUKAN LAGI ISLAM YANG NORMAL!!! ~ SEMUT HITAM


Asiah Abd Jalil, yang dikatakan menjadi rakan kepada Mak Lampir Liberal DAPigs itu bukan lagi seorang Muslim yang normal kerana telah dengan sengaja meninggalkan solat fardhu.

Bapa kandung kepada wanita itu juga meminta agar mereka yang mengikuti laman sosial anaknya sudi mendoakan agar puterinya itu kembali menunaikan solat fardhu secepat mungkin.

Sebelum ini wanita telah mengumumkan untuk tidak lagi melaksanakan solat fardhu dan mahu menuntut cerai daripada suaminya kerana menuduhnya murtad berkawan dengan Siti Kasim.

Abdul Jalil Abd Rahman berkata, “Dalam keluarga Muslim yang setiap ahli keluarganya menjaga solat fardu 5 waktu sehari, jika salah seorang darinya cuma solat Maghrib dan Isya’ sahaja, maka ahli ini adalah dikira tidak normal.”

“Oleh itu bila Asiah meninggalkan kesemua solat fardu setiap hari maka itu adalah simptom bahawa beliau bukanlah lagi seorang Muslim yang normal,” menurutnya lagi.

Mendapati terdapat ramai yang tergamak menghasut anaknya untuk meneruskan niatnya untuk bercerai, Abdul Jalil menasihati mereka agar tidak lagi meneruskan perbuatan sedemikian.

Beliau berkata, “Membina sebuah masjid bukan satu kerja mudah. Tetapi nak meruntuhkannya walaupun masjid berjaya kekal 1000 tahun amatlah mudah. Contohnya, lihatlah apa yang berlaku di Syria.”

“Apa salahnya jika sama-sama berusaha menjaga agar masjid yang telah terbina dan telah mempunyai ahli jemaah yang agak ramai itu terus makmur.

“Acik yang terlibat cara langsung membina masjid tersebut tentulah amat menghargai setiap sentuhan yang ikhlas untuk mengukuhkan lagi masjid itu.”

“Kalau pun tak mampu memberi sentuhan positif semoga janganlah pula meniupkan udara negatif ke atas masjid tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, suami kepada anaknya itu adalah dianggap seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang, tidak sepertimana yang digambarkan oleh orang yang mempunyai “akal yang tak normal”.

Beliau juga menasihati agar mereka yang mengikuti tulisan anaknya di laman sosial agar bersikap rasional dan tidak terus menerima bulat-bulat segala dakwaan yang Asiah hamburkan di laman Facebooknya.




Source link

read more

PENDEDAHAN REWCASTLE DIANGGAP SERANGAN PERIBADI!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Kelakar juga cara Si Ambiga ni menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa hari lepas. Mungkin ubat pelali dia masa sakit mulut hari tu belum habis lagi.

Maka sebab itu dia mula bercakap tak tentu arah dan mendakwa kononnya pendedahan pengasas mazhab Sarawak Report yang dianuti Pakatan Haprak tu sebagai serangan peribadi.

Namun malangnya, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ambiga, dia tidak menafikan mahupun mengakui sama ada dia merupakan sumber kepada Si Rewcastle itu berhubung isu 1MDB.

Sebaliknya, Si Ambiga tu membuat dakwaan kononnya penglibatan dia dalam prosiding mahkamah yang sedang dihadapi oleh Rewcastle itu sebagai satu perkara yang sungguh ajaib.

Bekas Pengerusi Bershit itu tampil membidas pihak yang menyelarnya berikutan namanya disebut dalam prosiding mahkamah, susulan kenyataan balas yang dibuat oleh Rewcastle-Brown.

Ambiga berkata, di dalam kenyataan balas tersebut, namanya hanya disebut pada dua perenggan, namun diberi tumpuan begitu meluas di Malaysia dan disifatkan sebagai sangat luar biasa.

“Mengikut Mahkamah UK, mana-mana permintaan (tuntutan) dokumenn atau maklumat perlu dibuat. Tindak balas terhadap tuduhan serius terkandung di dalam pembelaan dan tuntutan balas perlu dikemukakan. Lagipun, perbicaraan di UK dan bukan di Malaysia.

“Adalah sangat janggal, mereka mahu jalankan perbicaraan mini atau pendakwaan di Malaysia berdasarkan dua perenggan pembelaan menyebut nama saya,” katanya.

Yang herannya, kenapa pulak Si Ambiga tu nak berasa pelik dengan desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak pada ketika ini sehingga dia meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal?

Bukan ke perkara itu satu benda yang tidak asing dan sering diamalkan oleh puak Pakatan Haprak kesayangan Si Ambiga tu selama hari ini? Takkan baru hari ini dia anggap ianya luar biasa?

Kot masa DOJ buat dakwaan terhadap 1MDB sebelum ini, bukan ke puak Pakatan Haprak tu juga yang sibuk mendesak agar YAB Perdana Menteri memberikan penjelasan secara terbuka?

Jadi, apa bezanya dengan kali ini? Rakyat hanya sekadar mahu menuntut penjelasan, sama ada betul atau tidak Si Ambiga tu terlibat mendedahkan isu 1MDB itu kepada Rewcastle. Itu sahaja. Bukannya suruh dia meroyan macam orang gila dalam longkang!!!




Source link

read more

TANGGUH MESYUARAT DEMI KEPENTINGAN KRONI??? ~ SEMUT HITAM


Kepemimpinan PPBM didakwa sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan parti supaya dapat mengekalkan kroni dalam jawatan tertinggi parti sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

Bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas, berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 September lepas.

“Penangguhan ini seolah-olah membuli ahli akar umbi supaya tidak dapat memilih sendiri calon yang mereka rasa layak mengisi jawatan dalam parti.

“Justeru, saya selaku ahli parti yang sah mendesak pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan secepat mungkin bagi membela nasib ahli parti yang ditindas kepemimpinan autokratik sebegini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malah Mohamad Taufik juga turut mendesak agar RoS bertindak dengan lebih cepat dan tegas kerana sudah terlalu banyak aduan rasmi dibuat berhubung isu status sayap pemuda parti itu.

Namun katanya, sehingga hari ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang makluman berkaitan dengan tindakan yang bakal diambil dan dilaksanakan oleh pihak RoS berhubung isu itu.

“Timbul khabar angin mengatakan ada beberapa pihak sudah berunding di belakang tabir untuk menutup kes ini. 

“Jika ini benar, saya melihat RoS sebagai tidak serius dan takut mengambil tindakan terhadap PPBM dan pemimpin-pemimpin parti yang terbabit dalam penipuan dan penindasan kepada ahli partinya sendiri,” katanya.

Pada 19 Oktober lalu, Mohamad Taufik bersama dua bekas EXCO Armada, Muhammad Syazwan Ahmad Zainal dan Wahazir Wahabi membuat aduan rasmi berkenaan penipuan dan penggunaan nama Armada yang tidak sah mengikut perlembagaan rasmi parti.




Source link

read more

PANDAI SI AZMIN ALI NI MENIPU DALAM BAJET 2018!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Selepas kantoi memalukan diri sendiri dalam status dilaman twitter berhubung isu peruntukan TVET baru – baru ini, Si Azmin Ali sekali lagi kantoi menipu dalam Bajet 2018 Selangor.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin membuat pengumuman mengenai Bonus untuk kakitangan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinannya sebanyak 3 bulan.

Padahal, bonus yang diumumkan untuk Bajet 2018 itu hanya sebulan sahaja kerana 2 bulan lagi sudah dibayar pada bulan Jun 2017 sebelum ini. Bijakkan Si Azmin Ali tu menipu rakyat?

Dalam erti kata mudahnya, Si Azmin tu cuba bermain kata – kata untuk menyedapkan teliga dengan memberikan gambaran kononnya Rejim Pakatan Selangor tu prihatin terhadap kakitangan awam.

Tambah memalukan ialah apabila dalam masa yang sama, Si Azmin tu juga turut memaklumkan bahawa duit bonus itu dibayar dengan menggunakan duit premium tanah dan hasil cukai tanah.

Maknanya, duit yang dibelanjakan oleh Si Azmin Ali itu datangnya dari poket rakyat yang membayar premiun serta cukai tanah kepada pihak pentadbiran Rejim Pakatan Haprak tu sendiri.

Dari satu sudut, tindakan Si Azmin Ali tu membelanjakan duit hasil kutipan dari rakyat melalui bayaran premium serta cukai tanah hanya menguntungkan kakitangan awam semata – mata.

Perkara itu jelas apabila peruntukan sebanyak RM 94.65 juta itu tidak melibatkan golongan petani, pesawah, pekerja swasta dan juga nelayan secara lansung yang turut membayar cukai yang sama.

Bak kata puak Pakatan Haprak tu juga, cukai ni semua orang kena bayar. Tapi yang mendapat keuntungan hanya sesetengah pihak. Maka secara kesimpulannya, bukan semua orang dapat bonus tiga bulan seperti yang dibanggakan sangat oleh Si Azmin Ali tu!!!




Source link

read more

REWCASTLE TERDESAK JUAL NAMA ORANG DAH MATI!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Bijak juga Si Rewcastle ni nak melepaskan diri dia dari menghadapi pertuduhan menabur fitnah secara berseorangan. Maka mula la dia menggelupor tak tentu arah mengaitkan nama orang lain.

Kalau sebelum ini, pengasas Mazhab Sarawak Report yang menjadi anutan puak Pakatan Haprak tu cuba memetik nama Ambiga, Pengerusi Bershit sebagai orang yang memberikan dia maklumat.

Tapi malangnya, Si Ambiga tu mula sesak nafas dan mengalami sakit mulut sehingga tidak mampu untuk memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Si Rewcastle.

Namun kali ini, Si Rewcastle tu menggunakan nama mendiang Kevin Morais, bekas Timbalan Pendakwaraya SPRM pula sebagai sumber yang membekalkan maklumat kepadanya.

Rewcastle-Brown mendakwa Morais telah menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri mengenai skandal 1MDB yang kemudian didakwa oleh pihak berkuasa sebagai palsu,.

Rewcastle-Brown juga turut membuat dakwaan kononnya menerima dokumen itu sehari selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat daripada jawatannya pada 27 Julai 2015.

“Defendan (Rewcastle-Brown) telah menerima draf pendakwaan dan maklumat berkaitan rancangan untuk mendakwa Najib dan pemecatan (Gani) pada hari setelah pemecatannya dari pendakwa raya, Kevin Morais,” demikian menurut pernyataan pembelaan itu.

Rewcastle-Brown mendakwa Morais telah memberikan maklumat mengenai siasatan SPRM terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan peguam itu merancang bertemu dengannya di London.

Dari satu sudut, tindakan Rewcastle itu seolah – olah merupakan satu penghinaan terhadap mendiang Kevin Morais yang digambarkan sebagai seorang penjawat awam pecah amanah dan tidak boleh dipercayai.

Secara tidak lansung, tindakan Si Rewcastle itu membuktikan bahawa dia sedang berada dalam keadaan terdesak. Maka terpaksa la dia jual nama mendiang Kevin Morais sebab dia tahu, orang yang dah meninggal dunia tak boleh bercakap!!!




Source link

read more

PAS DAKWA TUN M PUNCA PERPECAHAN MELAYU!!! ~ SEMUT HITAM


PAS secara terbuka mendakwa bahawa mereka tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman UMNO dan perpecahan dikalangan orang Melayu yang menandai zaman Tun Mahathir.

Menjawab tuduhan pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mendakwa Tun Mahathir sebagai punca sebenar perpecahan dikalangan orang Melayu.

“Zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan Perdana Menteri, 3 Timbalan Presiden UMNO terpelanting, lahir Semangat 46, Umno diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau,” kata Idris kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Selain itu, Idris menambah bekas Perdana Menteri itu cuba mengitar semula “benda” yang sama dan dia selaku seorang negarawan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Dia sebagai negarawan kadang-kadang pun bercakap tak macam seorang negarawan. Bercakap tentang Bugis, perompak, yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang negarawan.

“Kita sedia dikritik tapi biarlah dalam bentuk fakta, tidak ada emosi, jangan fitnah. PAS bukan maksum,” kata Idris, dan menambah partinya sedia menjawab kritikan berdasarkan prinsip Islam.

Tun Mahathir di blognya kelmarin menggesa agar Hadi Awang menarik balik amanat yang dikaitkan dengannya yang didakwa telah menyebabkan orang Islam di negara ini berpecah dan berpuak.

Antara lain, Tun Mahathir mendakwa perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam sehingga ada yang menafi keislaman ibu bapa mereka disebabkan Amanat Hadi.

“Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

“Ada yang bangunkan masjid berasingan sehingga sekarang ini pun. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” kata Dr Mahathir.

Pengerusi gabungan Pakatan itu membuat dakwaan sedemikian selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendesak supaya bekas Perdana Menteri itu kembali bertaubat kerana telah menjadi punca kepada kerosakan Negara pada ketika ini.




Source link

read more

GUAN ENG BAGI “GULA – GULA’ PANCING UNDI!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Kalau dilihat dari satu sudut, nampak sangat yang Si Lim Guan Eng ni hanya sekadar nak membazirkan duit rakyat tak tentu arah untuk menutup kemaluan yang telah dilakukannya.

Jika semalam, Si Guan Eng ni kantoi membentangkan Bajet Defisit walaupun selama hari ini dia sering mendabik dada mendakwa kononnya Rejim DAPigs tu dapat hasil berbillion ringgit.

Tapi terbukti bahawa kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu selama hari ini hanya sekadar omongan kosong semata – mata apabila dia gagal menterjemahkan keuntungan itu dalam bajet.

Maka untuk menutup kemaluannya dari terdedah, Si Guan Eng tu mula memancing rakyat dengan mengumumkan bantuan sebanyak RM 300 untuk mendapatkan khidmat perubatan.

Kata Si Guan Eng, keluarga di Pulau Pinang akan nikmati rawatan kesihatan percuma di klinik swasta bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada RM60 juta diperuntukkan dibawah Bajet 2018 negeri itu.

Katanya, faedah itu akan disediakan menerusi kad elektronik “I Love Penang” dengan nilai kredit RM300 yang boleh dituntut di semua klinik swasta untuk khidmat nasihat dan ubatan.

Soalnya, untuk apa Si Guan Eng tu nak menghabiskan duit rakyat sebanyak itu untuk membayar klinik swasta sedangkan rakyat boleh dapat perkhidmatan kesihatan di klinik Kerajaan?

Malah, bayaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dan ubatan di klinik kesihatan Kerajaan hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 1 seorang. Tak sampai pun RM 300.

Bagi sesetengah pihak, peruntukan sebanyak RM 60 juta itu hanya akan menguntungkan klinik swasta yang majoritinya dimonopoli oleh kaum DAPigs itu sahaja. Bukannya menguntungkan rakyat.

Tambah menghairankan ialah kenapa sehingga ke hari ini, DAPigs masih gagal untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang lebih baik untuk Ahli Parlimen Raub itu sendiri?

Secara tidak lansung, tindakan Lim Guan Eng mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM 60 juta dari peruntukan Bajet Pulau Pinang hanya sekadar RETORIK semata – mata dengan memberi rakyat Gula – Gula yang menguntungkan kroni – kroninya sendiri!!!




Source link

read more

WOW! TOL PUNYA PASAL SAMPAI AZMIN NAK KE MAHKAMAH??? ~ SEMUT HITAM


Heh! Herankan dengan Si Azmin Ali ni. Dia punya meroyan memang lain macam. Sampai tahap nak dibawa ke mahkamah bila isu konsesi tol yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor dibangkitkan?

IRONIKnya, yang bersuara tu bukannya orang lain. Tapi dikalangan rakyat Selangor sendiri. Pun Si Azmin tu nak bawa mereka ke mahkamah? Di mana slogan Peduli Rakyat yang dibanggakan oleh Azmin?

Kot kalau selama hari ini, puak Pakatan Haprak tu meroyan macam orang hilang akal pasal isu tol, takde pun orang ambik tindakan sampai nak mengheret mereka sehingga ke mahkamah. 

Kalau nak diikutkan, pihak konsesi tol yang nak didesak oleh puak Pakatan Haprak tu boleh je ambik tindakan sedemikian. Tapi bezanya diorang ni mempunyai akal dan fikiran yang waras.

Tak macam Si Azmin Ali ni yang secara terang – terangan mudah melatah tak tentu arah bila pelbagai pihak tampil mempertikaikan tindakan Rejim Pakatan yang enggan memansuhkan tol.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Azmin Ali tu beri alasan kononnya Rejim Pakatan Selangor tu hanya memiliki saham minoriti dalam konsesi tol KESAS dan SPRINT. 

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh Si Azmin Ali tu hanya sekadar retorik semata – mata. Malah tindak balas puak Pakatan Haprak tu mengenai isu tol pun dianggap ironik.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah membuat dakwaan yang bukan – bukan bila YAB Perdana Menteri umum pemansuhan 4 buah tol baru – baru ini.

Puak Pakatan Haprak tu cuba memberikan gambaran kononnya pemansuhan tol itu hanya akan membebankan rakyat apabila mereka didakwa akan menanggung kos pembayaran konsesi tol terbabit.

Padahal, dalam pembentangan Bajet Khayalan puak Pakatan Haprak tu secara terbuka menyebut kononnya diorang nak menghapuskan tol sekiranya diorang dapat memerintah kelak.

Tambah memalukan ialah apabila puak Pakatan Haprak tu mendakwa Bajet Khayalan itu akan dijadikan sebagai Manifesto Pilihan Raya Umum yang akan datang. Belum pun dapat berkuasa, dah menipu. Kalau dah dapat memerintah kelak, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons