Review Category : Blog

KATA UNTUNG BILLION, TAPI KENAPA BAJET GUAN ENG DEFISIT??? ~ SEMUT HITAM


Heran kan? Kenapa pulak Si Lim Guan Eng tu umum belajawan Rejim DAPigs Pulau Pinang DEFISIT sedangkan sebelum ini dia bangga dengan jumlah pendapatan Negeri yang diperolehi?

Kalau sebelum ini, bukan main lagi Si Guan Eng tu mendabik dada kononnya peningkatan ekonomi di Pulau Pinang dibawah Rejim pemerintahannya itu cukup memberansangkan pada ketika ini.

Tapi malangnya, peningkatan hasil jumlah pendapatan itu gagal diterjemahkan oleh Guan Eng melalui pembentangan Bajet Pulau Pinang yang mengalami Defisit sebanyak RM 748 juta.

Malah peningkatan Defisit itu pula dilihat semakin bertambah sebanyak RM 81 juta berbanding tahun lalu. Adakah itu satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Lim Guan Eng?

Namun, Guan Eng cuba menutup kemaluannya itu dengan mendakwa kononnya anggaran defisit sebanyak RM 748 juta itu akan ditanggung sepenuhnya melalui Simpanan Wang Terkumpul.

Tambah menghairankan ialah apabila Guan Eng mendakwa defisit itu berpunca dari pindahan RM600 juta wang Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Perbangunan berjumlah RM684.97 juta.

Dalam erti kata mudahnya, hasil pendapatan yang diperolehi itu dipindahkan untuk melaksanakan projek – projek pembangunan Negeri yang berjumlah hampir sebanyak RM 700 juta.

Dari satu sudut, secara tidak lansung, tindakan Guan Eng itu membelanjakan wang rakyat dengan cara yang tidak berhemah sedangkan banyak projek pembangunan negeri masih lagi terbengkalai.

Sebagai contoh, projek Terowong Dasar Laut yang dilaporkan telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 305 juta bagi menyediakan kertas laporan yang masih belum disiapkan.

Bayangkan. Nak sediakan kertas laporan sahaja menelan belanja sebanyak itu. Belum lagi kita bangkitkan isu tebatan banjir yang sehingga ke hari ini masih GAGAL dilaksanakan oleh Rejim DAPigs itu.

Secara kesimpulannya, dakwaan Guan Eng yang selama hari ini berbangga dengan pencapaiannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ternyata hanya sekadar omongan kosong semata – mata sedangkan hakikatnya, dia GAGAL mentadbir negeri dengan baik!!!




Source link

read more

PAKATAN MEROYAN BILA GIANT TUTUP!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Dah takde modal nak dijadikan bahan jajaan Politik sangat gamaknya puak Pakatan Haprak ni sampai isu berkaitan dengan pasaraya Giant tutup pun diorang nak Politikkan juga.

Dalam sebaran info yang dibuat sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya 5 pasaraya itu tutup mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi Negara pada ketika ini.

Antara lain, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya penutupan itu adalah disebabkan rakyat kurang berbelanja akibat kenaikkan kos sara hidup yang terlalu tinggi pada ketika ini.

Padahal, rangkaian pasaraya Giant tu tutup kerana mereka mahu mengurangkan kos sewaan bulanan serta mencari premis yang lebih kecil berbanding yang sedia ada pada ketika ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri KPDNKK yang menjelaskan bahawa penutupan itu berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

“Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.

“Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini semalam.

Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak tu hanya cuba memberikan gambaran seolah – olah keadaan ekonomi Negara pada ketika ini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Namun IRONIKnya, bila ada pihak yang nak buka kilang di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi Negara, sibuk pulak puak Pakatan Haprak tu membuat bantahan secara terang – terangan.

Malah puak Pakatan Haprak tu juga yang memberikan gambaran dan membuat dakwaan kononnya Kerajaan cuba menjual kedaulatan Negara melalui pelaburan asing yang dibuat. Adakah itu caranya untuk menambah pendapatan ekonomi Negara???




Source link

read more

WAN AZIZAH TUNJUK KEHEBATAN DI PARLIMEN!!! ~ SEMUT HITAM


Wow!!! Hebatnya Si Wan Azizah ni. Dari mana dia belajar ilmu sedemikian rupa? Gamaknya hanya mereka yang istimewa sahaja yang memiliki kemampuan seperti Si Wan Azizah ni.

ATAU mungkin ianya merupakan satu kelebihan yang turut menjadi amalan puak Pakatan Haprak tu kot. Sebab ramai dikalangan mereka memang mahir menggunakan ilmu seperti Si Wan Azizah ni.

Bayangkan la. Mana pernah ada orang dalam dunia yang mampu bercakap dengan kerusi kosong kecuali dikalangan puak Pakatan Haprak tu sahaja yang boleh menggunakan ilmu tersebut.

Yang lebih malang ialah apabila bukan kerusi di pihak Kerajaan sahaja yang kosong. Tetapi kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu juga memperlihatkan takde orang yang duduk. Kesian!

Tapi yang kelakarnya, puak Pakatan Haprak tu dok meroyan tak tentu arah dalam laman media sosial bercerita pasal takde orang di kerusi Kerajaan. Yang dekat tempat diorang sendiri, tak nak pulak diorang komen.

Nampak sangat ketunggulan kayu Si Wan Azizah ni semakin kian terserlah sehingga pemimpin puak Pakatan Haprak seperti Lim Kit Siang dan Muhyiddin Yassin pun tak sanggup nak dengar dia membebel tak tentu arah!!!




Source link

read more

PAS ANGGAP PAN HANYA BERTAHAN HINGGA PRU KE 14!!! ~ SEMUT HITAM


PAS mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa jangka hayat parti sepihannnya, Parti Amanah Negara (PAN) yang bekerjasama dengan DAP akan berakhir berakhir selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Antara tanda-tanda awal hayat parti akan habis ialah PAN gagal mendapat sokongan rakyat di negara ini, khususnya di Kelantan yang menjadi sasaran PAN pada PRU akan datang.

PAS juga percaya, parti sekutu dalam Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR tidak akan semudahnya memberikan kerusi pada parti baharu itu.

Keyakinan itu disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang berkata, PAN yang mensasarkan untuk bertanding 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini perlu sedar bahawa mereka bukan sahaja kekurangan calon malah sehingga kini masih tidak berupaya membentuk cawangan di kawasan-kawasan tertentu.

Malah beliau juga percaya, Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak akan memberi kerusi mereka kepada parti kecil seperti PAN dalam pilihan raya akan datang.

“Kita yakin Pakatan Harapan tidak akan beri kerusi pada PAN. Dia (PAN) hendak bertanding kerusi siapa, dan tidak mustahil bakal berlaku perebutan kerusi sesama sendiri selepas ini.

“Jadi PAN perlu sedar dan melupakan niat untuk menggantikan PAS mentadbir Kelantan. PAN hanya menjadi pekakas DAP, ikut apa DAP buat, hendak ganti PAS bagaimana?,” katanya yang dipetik dri Utusan Malaysia  ketika menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa di Kampung Hujung Tanjung di sini malam tadi.

Sementara itu, Mohd. Amar turut membidas Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berikutan tindakan beliau yang berterusan menyerang parti itu khususnya berkaitan isu Wisma Tok Guru dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Katanya yang juga Timbalan Menteri Besar, serangan demi serangan oleh Husam itu dilihat sebagai langkah terdesak untuk meneruskan kesinambungan politiknya yang semakin suram.

“PAS yakin habis PRU-14 ini, kita boleh tengok karier politiknya (Husam) juga bakal berakhir. Apabila sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, PAN juga dijangka sukar untuk memilih kerusi yang ‘selesa’ di Negeri Kedah kerana sekutunya PKR juga tidak semudahnya mahu melepaskan kerusi-kerusi yang ‘selamat’ bagi parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

PKR juga membayangkan sebelum ini akan bertanding lebih banyak kerusi di Kedah berbanding pada PRU13 sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga berkemungkinan meletakkan ramai calonnya daripada PAN.




Source link

read more

LEPAS KELUAR TV, RAFIZI MULA INSAF!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Nampak sangat betapa retoriknya Si Rafizi ni bila dia berbicara secara terbuka selepas keluar dari kaca televisyen malam semalam. Cepat betul Si Sotong ni berubah pendirian.

Kalau sebelum ini, semua benda yang dibuat oleh pihak Kerajaan tak betul belaka. Takde lansung perkara yang baik dilaksanakan oleh Kerajaan pimpinan Barisan Nasional dikaca mata Si Rafizi ni.

Bahkan semuanya tindakan dan perlaksanaan yang dijalankan oleh Kerajaan demi untuk menjaga kebajikan rakyat dianggap sebagai ‘Gula – Gula’ untuk memancing undi semata – mata.

Tapi selepas keluar televisyen malam semalam, tiba – tiba Pakar Strategi PKR itu mula berubah fikiran dan mendakwa pembentangan Bajet 2018 yang dibuat oleh Perdana Menteri baik belaka.

Antara lain, Si Rafizi tu membuat pengakuan secara terbuka bahawa Bajet 2018 itu memberikan pulangan dan manfaat yang cukup besar serta mendapat kesan positif kepada ekonomi Negara.

Bahkan Rafizi juga berkata rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan sebarang pengumuman kerajaan yang mampu memberi manfaat kepada mereka tanpa mengira parti politik yang memerintah.

“Bagi saya mudah, sebaik-baiknya kalau apa-apa dikembalikan kepada rakyat, saya tiada rungutan kerana lebih banyak diberikan (kepada rakyat) adalah lebih baik,” kata Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah Rafizi turut mengakui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah memainkan peranan yang baik bagi memastikan pengurusan Felda berada pada landasan yang betul sedangkan sebelum ini dia sering menuduh Tan Sri dengan pelbagai dakwaan!!!




Source link

read more

KEMPEN ANTI-LYNAS MEMANG BERJAYA!!! ~ SEMUT HITAM


Setidak – tidaknya pemimpin puak Pakatan Haprak seperti Si Fuziah Salleh tu boleh berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh mereka sewaktu mengadakan kempen Anti Lynas sebelum ini.

Paling tidak, ADUN PAS Beserah tu pun boleh tersenyum lebar seorang diri di rumah bila merenungkan kembali kempen yang digerakkan secara besar – besaran sebelum PRU yang lalu.

Kalau nak dikirakan, dia yang paling untung kerana bukan sahaja dapat menaikkan nama menjadi calon, bahkan kini dia bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri hasil daripada kempen tersebut.

Bagi pihak DAPigs pula, mereka boleh berbangga dengan kejayaan yang dianjurkan bagi menghasut orang Melayu agar membenci pihak Kerajaan Barisan Nasional melalui kempen tersebut.

Tinggal lagi DAPigs mengalami kerugian kerana kempen itu tidak mampu memberikan kemenangan kepada Ketua Geng Hijau, Wong Tak apabila dia tewas bertanding di Parlimen Bentong.

Tambah mengecewakan apabila kekalahan yang dialami oleh Si Wong Tak itu cukup memalukan. Dia hanya tewas beberapa majoriti sahaja kepada Ahli Parlimen Bentong hari ini.



Dan sudah tentu kempen gerakan Anti Lynas itu memberikan keuntungan yang paling besar buat Fuziah Salleh kerana berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kuantan.

Biarpun hari ini Si Fuziah tu dilihat masih lagi meroyan tak tentu arah membangkitkan isu berkaitan Lynas di Parlimen, tapi bagi sesetengah pihak, itu hanya sekadar lakonan semata – mata.

Perkara itu dilihat dengan jelas apabila ada dikalangan geng Anti Lynas itu dilaporkan mendapat habuan dengan menjadi vendor secara lansung dengan syarikat memproses nadir bumi itu.

Menurut satu sumber, bukan sahaja dikalangan penyokong – penyokong Anti Lynas itu mendapat peluang pekerjaan, malah mereka juga turut mendapat kontrak dari syarikat berkenaan.

Sumber itu juga turut meluahkan rasa kecewa kerana kumpulan Anti Lynas itu sering diberikan keutamaan sedangkan suatu ketika dahulu mereka pernah mengugut untuk membakar kilang terbabit.



Soalnya sekarang, siapa yang paling untung hasil kempen gerakan Anti Lynas ini? Adakah rakyat yang mendapat keuntungan? ATAU, pemimpin puak Pakatan Haprak tu yang meraih keuntungan peribadi?

Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak yang mendalangi kempen Anti Lynas sebelum ini bukan sahaja sekadar RETORIK, malahan mereka juga bersifat HIPOKRIT kerana mengaut keuntungan dari pembinaan kilang tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri!!!




Source link

read more

BUDAYA POLITIK LONDEH JADI AMALAN PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Puak pembangkang dikalangan Pakatan Haprak tu dilihat terlalu ghairah membongkar hal-hal peribadi pemimpin tertentu dengan niat jahat biarpun perbuatan keji sedemikian amat memualkan.

Kader-kader politik pembangkang dan ‘askar siber upahan’ mereka juga seperti sudah didik untuk melakukan kerja bermoral seperti itu selain mendedahkan hal-hal peribadi pemimpin UMNO.

Padahal perbuatan seperti itu amat ditegah oleh ajaran Islam. Atas sebab itu menyentuh isu perbadi seperti itu tidak termasuk dalam agenda perjuangan UMNO dan Barisan Nasional amnya.

Sebenarnya bukan susah sangat untuk melondehkan puak Pakatan Haprak tu dengan serangan fitnah menerusi media sosial sepertimana yang telah mereka lakukan selama hari ini.

Pemimpin UMNO boleh sahaja lakukan kerja untuk ‘melondehkan’ kemaluan pemimpin – pemimpin puak Pakatan Haprak tu termasuk dalam kalangan pemimpin wanita mereka.

Bahkan, kain politik Wan Azizah selaku Presiden PKR juga boleh dilondehkan, tetapi pemimpin UMNO tidak tergamak membuat pilihan sedemikian kerana dia juga beragama Islam!

Pemimpin UMNO masih mempunyai ketinggian moral dan budi pekerti dalam Politik. Mereka tidak bersarang dengan fitnah untuk sengaja melondehkan kain pemimpin pembangkang.

Pemimpin UMNO bukan seperti pembangkang. Mereka tidak hidup dengan mencipta dan menyebarkan fitnah serta tohmohan secara membabi buta seperti yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Sedangkan serangan fitnah pada alaf ini begitu mudah dan berjalan lancar kerana disokong kecanggihan alam siber. Itulah yang dimanfaatkan oleh puak pembangkang yang membudayakan politik fitnah dan adu domba.

Di hujung jari, fitnah dan pembulian politik dilakukan pembangkang menerusi aplikasi media baru untuk mencemar reputasi pentadbiran YAB Perdana Menteri, BN dan UMNO itu sendiri.

Peperangan alam siber seolah-olah sudah tidak dapat dikawal lagi dan menjadi sebahagian daripada sumber informasi rakyat. Tak kira la sama ada sumber itu fitnah, bohong atau auta sekali pun.

Ianya tidak lagi menjadi satu penilaian wajib. Tapi sebaliknya masyarakat menerima tanpa banyak soal. Inilah petaka teknologi maklumat yang disaringkan pembangkang dengan propaganda murahan.

Blok pembangkang sudah sebati dengan pencacian dan bahan fitnah, bukannya memberikan buah fikiran berguna untuk membentuk budaya bangsa dan negara yang membangun. Mereka terlalu gila berpolitik untuk berkuasa sehingga melanggari batas perpaduan di negara ini!!!




Source link

read more

DAPigs ANGGAP, PENYAKIT MP RAUB TIADA KAITAN DENGAN PARTI!!! ~ SEMUT HITAM


Begitulah nasib mereka yang menyertai DAPigs itu rupanya. Pucuk pimpinan parti tidak mempedulikan mereka biarpun mereka sudah menjadi wakil rakyat yang mewakili parti itu sekali pun.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pucuk pimpinan parti itu lansung tidak mempedulikan kebajikan ahli parti biarpun mereka sudah dipilih menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Sehingga ke hari ini, sudah berapa kali Lim Guan Eng tampil memberikan alasan yang tidak masuk akal setiap kali munculnya krisis seperti yang sedang berlaku dibawah Rejim DAPigs pimpinannya.

Si Guan Eng tu pernah memberikan alasan kononnya banjir kilat yang melanda Pulau Pinang adalah disebabkan hujan lebat sedangkan isu itu berlaku akibat ketidak-prihatinannya.

Sementara dalam isu yang berkaitan dengan tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan projek perumahan Tanjung Bungah baru – baru ini, Si Guan Eng tu beri alasan ianya kemalangan ditempat kerja.

Padahal, tragedi yang meragut nyawa pekerja tapak pembinaan itu berlaku juga disebabkan ketidak-prihatinan Rejim DAPigs terhadap bantahan yang telah disuarakan sebelum ini.

Dari satu sudut, Si Guan Eng itu dilihat cuba nak melepas tangan dari memikul tanggungjawab dan memberikan alasan kononnya krisis yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan dirinya.

Maka tidak hairan sekiranya Si Guan Eng tu juga boleh tampil dengan memberikan alasan kononnya penyakit yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Raub itu tidak ada kaitan dengan parti.

Mungkin bagi Guan Eng, penyakit yang sedang dideritai oleh Ahli Parlimen Raub itu bukan disebabkan kerana dia menyertai DAPigs. Sebaliknya penyakit itu adalah kecuaian Si Ahli Parlimen Raub itu sendiri.

Mungkin atas dasar itu pucuk pimpinan DAPigs seperti Guan Eng mengambil pendirian untuk membiarkan Si Ahli Parlimen Raub itu menderita menanggung penyakitnya secara bersendirian tanpa mereka memberikan sebarang bantuan yang diperlukan!!!




Source link

read more

MAHFUZ BEAN AJAK AHLI PAS JADI PENGKHIANAT!!! ~ SEMUT HITAM


Tanpa rasa kesipuan, Si Mahfuz Bean tu hari ini menyeru ahli PAS untuk mengikut jejaknya yang masih bersama parti namun bakal menyokong Pakatan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Menurut kata Mahfuz, tiada guna menyokong PAS berikutan tidak akan meningkatkan kuasa politik parti itu, sebaliknya hanya mengekalkan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah.

“Sudah tentu ahli PAS boleh berfikir bahawa mengundi PAS yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah, sebaliknya mengekalkan kuasa BN.

“Saya percaya ahli PAS juga sama seperti rakyat lain yang mengharapkan peralihan kuasa. Maka saya menyeru ahli PAS untuk menyokong dan mengundi PH, secara terbuka atau senyap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam erti kata lainnya, Si Mahfuz Bean tu menyeru agar ahli – ahli PAS mengikut jejak langkahnya menjadi seorang Pengkhianat didalam parti yang telah banyak membantunya selama ini.

Ketika hadir ke Konvensyen Nasional parti Ternakan DAPigs minggu lalu, Mahfuz berkata mana – mana ahli PAS, termasuk dirinya, tidak perlu keluar parti hanya kerana menyokong PH.

Mahfuz sebelum ini disahkan Naib Presiden PAS, Mohd Ammar Nik Abdullah bahawa namanya tidak akan dicalonkan sebagai wakil parti dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Mahfuz kemudiannya berkata dia ‘sujud syukur’ jika benar nama dia tidak lagi disenaraikan sebagai calon PAS pada PRU akan datang bagi mengekalkan jawatannya selaku Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tapi IRONIKnya, Si Mahfuz Bean itu sendiri pernah tampil membuat kenyataan bahawa dia bersedia untuk bertanding bagi mana – mana parti sekali dikalangan puak Pakatan Haprak itu.

Maknanya, Si Mahfuz Bean ini kononnya mendakwa dia ‘Sujud Syukur’ kerana namanya tidak disenaraikan sebagai calon hanya sekadar RETORIK semata – mata sedangkan hakikatnya, dia masih lagi mengharapkan ada sudi kutip dia menjadi calon kelak!!!




Source link

read more

GUAN ENG TAKUT BERJUMPA KELUARGA MANGSA!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Memang tipikal bagi Si Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahu melarikan diri dari memikul beban tanggungjawab diatas kerakusan Rejim DAPigs yang dipimpinnya pada ketika ini.

Sedangkan Si Guan Eng tu memberikan alasan tragedi tanah runtuh yang melanda tapak pembinaan di Tanjung Bungah itu pun hanya dianggap sebagai kemalangan ditempat kerja semata – mata.

Maka tidak hairan la sekiranya Si Guan Eng tu enggan bertemu dengan keluarga mangsa yang terlibat walaupun ada dikalangan mereka merupakan rakyat negeri Pulau Pinang sendiri.

Sebaliknya, wakil dari pejabat Perkeso pula yang terpaksa turun bertemu dengan keluarga mangsa yang terlibat untuk menyerahkan wang pampasan bagi perbelanjaan pengkebumian kepada mereka.

Dalam masa yang sama, keluarga mangsa yang terbunuh akibat runtuhan tanah itu masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa dan tidak menyangka perkara seperti itu boleh berlaku.

Seorang ahli keluarga yang enggan dinamakan memberitahu, mereka berharap Suruhanjaya Siasatan akan dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku.

Perkara itu membuktikan bahawa Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan nasib keluarga mangsa yang terlibat. Sebaliknya, dia mengabaikan kebajikan mereka secara terbuka.

Tambah memburukkan keadaan, Si Guan Eng tu lebih memberikan keutamaan kepada pembeli dengan memberikan arahan supaya pihak pemaju mengadakan pertemuan dengan mereka. Tindakan itu memberikan gambaran bahawa pembeli lebih penting dari mangsa yang terbunuh!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons