Review Category : Dapur

5 Resipi Ayam Golek Mudah & Sedap Boleh Cuba Buat Hujung Minggu Ni.


Di hari cuti sebegini, geng mak-mak pastinya tercari-cari menu istimewa untuk disajikan buat suami dan anak-anak. Jika keluarga anda suka menikmati hidangan berasaskan ayam, apa kata anda cuba resipi Ayam Golek yang RASA kongsikan ni. Mudah dan tentunya sedap! Kalau beli, boleh tahan mahal juga harganya. Bila masak sendiri, pastinya lebih jimat & boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!

 

 

1. AYAM GOLEK THAI SOS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  | bersih dan tos
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk  jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk  jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Bahan Sos Thai::
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 4 biji cili merah  | kisar kasar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketimbar | hiris
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan  dan garam. Perapkan 30 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
  4. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.

INFO CHEF: Anda boleh kukus ayam yang telah digaul dengan bahan perapan, sebelum digoreng untuk mendapatkan isi ayam lebih lembut dan garing di luar apabila digoreng.

 

2. AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam | bersihkan
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Sos Percik:

  • 1 liter santan pekat
  • 4 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 4cm halia | kisar
  • 3cm lengkuas  | kisar
  • 3cm kunyit hidup | kisar
  • 3 biji cili merah | kisar
  • 3 batang serai  | kisar
  • Garam  dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
  2. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan  minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
  4. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
  5. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  6. Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
  7. Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
  8. Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.

INFO CHEF: Pes percik boleh disediakan awal dan disimpan dalam peti sejuk. Panaskan semula sebelum digunakan.  

 

3. AYAM GOLEK SAMBAL MERAH

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam | bersih dan tos
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan Sambal:

  • 3 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 6cm halia | kisar
  • 2 batang serai | kisar 
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 100ml susu cair
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya  untuk menggoreng dan menumis

Rempah penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan pengukus, kukus ayam  lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
  4. Untuk menyediakan sambal, keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
  5. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
  7. Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.

INFO CHEF: Jika tidak mahu menggunakan cili kering boleh tukar dengan cili merah. Atau ingin lebih pedas boleh campur cili padi.

 

4. AYAM PANGGANG KETUHAR 

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 1 batang seleri  |potong empat
  • 1 sudu teh herba thyme
  • 1 sudu teh rosemary
  • 1 biji bawang besar  |belah dua
  • Beberapa tangkai daun parsli
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos Lea & Perrins 
  • 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
  • 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos) 
  •  Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam. 
  2. Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  3. Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing. 
  4. Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
  5. Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay. 
  6. Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda. 
  7.  Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
  8. Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.

INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.

 

5.  AYAM BARBEQUE MADU 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam |  saiz sederhana | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia muda | kisar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan  serbuk kunyit
  • 3 sudu makan madu
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan  garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
  2. Masukkan dalam bekas dan perapkan satu  malam dan simpan dalam peti ais.
  3. Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
  4. Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.

INFO CHEF: Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar  bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.

 

 

 

 

Komen anda



Source link

read more

Resipi Laksa Utara Sedap & Pekat Melikat Semudah ABC. Rugi Tak Cuba!


Ada yang teringin nak makan laksa hari ni? Jom cuba buat Laksa Utara. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.

 

RESIPI LAKSA UTARA

BAHAN-BAHAN:

 

BAHAN A (KISAR HALUS)

  • 2 biji bawang besar | potong 4
  • 5 biji cili padi | optional
  • 2 biji cili merah besar | potong 3
  • Segenggam cili kering | direbus
  • Sedikit belacan | jika suka
  • Nota: Jika mahu pedas, lebihkan cili kering

 

BAHAN B:

  • 2 kuntum bunga kantan  | belah dua & ambil sekali dengan batang
  • Secekak daun kesum
  • 2 keping asam gelugur

 

CARA MEMASAK:

1.Rebus kosong ikan yang telah siap di cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar . Ketepikan.

 

 

2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.

 

3. Untuk menyediakan kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.

4. Kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi hingga sebati.

 

5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata.

 

6. Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis.Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.

 

7. Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur hingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.

 

8. Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas.

Selamat mencuba!

 

Nota: Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.

 

Kredit resipi & gambar: Miya Aira

 

Komen anda



Source link

read more

Gulai Lemak Nanas Ikan Masin Talang. Nampak Biasa Tetapi Sedap Giler!


Menu yang menjadi kegemaran serta kesukaan ramai. Masak Lemak sememangnya lauk pujaan. Jika digandingkan dengan aneka ulam-ulaman dan juga sambal belacan, mak mertua lalu pun tak perasan. Untuk hidangan ini, selain ikan talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan. Jom cuba!

 

GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN TALANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
  • 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 5 batang serai | diketuk
  • 5 helai daun kunyit | disiat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter santan cair
  • 2 kg santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan asam gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
  4. Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: 

Petua Untuk Kurangkan Masin Ikan Kering

 

Komen anda



Source link

read more

Cara Buat Apam Balik Secara Homemade. Guna Pan Biasa je. Mudah!


Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Boleh je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.

 

APAM BALIK HOMEMADE

 

BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu cair / full cream
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning

 

CARA-CARA:
1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat.
3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati.
4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan).
5.Perap adunan selama 1 jam.

 

BAHAN TABUR / INTI:

  • Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
  • 1 tin jagung manis
  • Mentega / marjerin secukupnya
  • Gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin.
2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.


3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi.
4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.


5. Lipat apam dan balikkan. Angkat.
6. Sedia untuk dinikmati.

Petua:

Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.

 

Kredit resipi & gambar: Sapura Pua

Komen anda



Source link

read more

Patutlah Viral, Sedap Rupanya Popia Ayam Cendawan Berkeju Ni!


Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Salah satu resipi popia yang sedap tular di laman web masakan ialah Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini.

 

POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU

BAHAN A:

  • 1 labu bawang holland(potong cincang)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)

 

BAHAN B:

  • 1 bungkus kulit popia (50 keping)
  • 1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
  • 1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
  • 1 bungkus keju (6 keping)
  • 1 tin cendawan (potong racik)
  • 1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
  • 1biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
  • 1 kiub ayam dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
  2. Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan cendawan dan charambells cream.
  4. Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.

 

CARA MEMBUNGKUS POPIA:

  1. Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia danlipat.
  2. Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.

 

Nota: Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.

 

Kredit resipi & gambar: Radia Tussoleha

Komen anda



Source link

read more

Daun Bawang Tanam Sendiri Tanpa Guna Tanah, Tak Perlu Beli Dah Boleh Berjimat!


Cara tanam bawang tanpa tanah. Daun cambah segar bugar. Tanam tepi rumah je. Dah tak perlu beli daun bawang. Selamat mencuba!

 

Ya! Akak memang tak pernah beli daun bawang. Akak taman macam ni. Sekejap je tumbuh dan boleh guna terus untuk masak. Tak ada bahan-bahan lain. Jimat.. Tambah sekarang mahal!– Kak Mon

 

CARA-CARA:


1. Ambil bawang merah potong bahagian atas sikit.
2. Siram bekas telur sampai lembab.
3. Masukkan bawang tadi ke dalam lekuk *bagi rapat bawah
4. Siram 2 hari 1 kali.
5. Letak tempat sedikit teduh.


6. Dalam 2 minggu lebih boleh ambil. Bergantung pada ketinggian daun bawang tu.

 

Sumber: Kak Mon

Komen anda



Source link

read more

Cukup Rasa! Tukang Masak Thai Kongsi Resipi Ayam Masam Manis Memang Terbaik.


Cukup rasanya,masakan Thai yang sedap untuk dicuba. Ada pedas, manis, masam membuatkan sesiapa sahaja yang memakannya pasti suka, cubalah buat untuk makan malam bersama keluarga, pasti berselera.

RESIPI AYAM MASAM MANIS ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng..jgn goreng terlalu garing) 

BAHAN KISAR: (jgn kisar sampai halus yer)

  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 10-15 biji cili padi(x suka pedas bleh kurangkan)
  • 2 batang serai(hiris2)
    (kisar semua bahan ini jgn terlalu halus)

BAHAN LAIN:

  • 3 sdb sos cili
  • 1 sdb sos ikan
  • 3-4 helai daun limau purut(carik2)
  • 1 1/2 sdb gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 cawan air utk kuah
  • 2 senduk minyak untuk menumis
  • 5-6 biji cili padi(hiris membulat)x buh pun boleh..
  • 1 biji bawang besar(hiris membulat)
  • Sedikit daun ketumbar(sy letak daun sup sbb x,de stok)

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak..tumis bahan kisar,masukkan gula,sedikit garam(jgn byk)dan bahan perasa..
  2. Tumis hingga betul2 naik minyak dan agak garing..masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut..masukkan ayam dan air..gaul rata..bila dah memdidih dan kuah pekat..masukkan bawang besar dan cili potong..gaul rata..sesuaikan rasa…tabur daun ketumbar(x de pun xpe) dan tutup api…siap

Kongsi resipi: Mariana Zainal

Komen anda



Source link

read more

Cara-Cara Memasak Kengsom Siakap Secara Homemade. Sedap & Mudah!


Sajian berasal dari Thailand ni memang special. Kalau diikutkan, Kengsom ni lebih kurang macam sajian asam pedas namun ada banyak versi. Andai ke restoran masakan Thai, hidangan ini memang wajib cuba. Namun anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah. Dah pandai buat, tak perlulah beli kan? Jom lihat bahan-bahan serta cara menyediakan sajian Kengsom Siakap. 

RESIPI KENGSOM SIAKAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 10 batang cili kering
  • 2cm kunyit hidup |separuh racik
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai |titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang bunga kantan |racik
  • Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih.  Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
  4. Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap.  Masak hingga ikan masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika kurang gemar sikapa, boleh diganti dengan ikan besar bersisik yang lain seperti kerisi, merah, grut, parang dan jenahak

Komen anda



Source link

read more

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan.


Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.

 

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

  • Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang [email protected]

 

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH 

  • Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

 

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

  • Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental.

 

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

  • Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.

 

Kredit petua & foto: Wan Jamiah

Link asal: https://goo.gl/AfpGmr

Komen anda



Source link

read more