Review Category : English

Saksikan gerhana penuh supermoon 31 Januari ini


KUALA LUMPUR: Penduduk di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia,  Australia dan Amerika Utara bakal menyaksikan fenomena gerhana penuh ‘supermoon’ pada 31 Januari ini.

Fenomena gerhana penuh ‘supermoon’ ini yang juga akan kelihatan di Malaysia akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula jam 6.51 petang hingga 12:08 pagi 1 Februari.

Agensi Angkasa Negara dalam kenyataannya memberitahu, fasa gerhana akan berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur kecuali Sabah dan Sarawak di mana  gerhana bermula selepas bulan terbit.

Fasa gerhana penuh maksimum akan berlaku pada jam 9.29 malam dan keseluruhan fenomena ini akan berakhir pada jam 12.08 pagi 1 Februari.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi, dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra Bumi.

jadual bulan

Ketika hampir berlakunya gerhana pada 31 Januari ini, bulan baru sahaja melepasi kedudukan perigee iaitu pada 30 Januari dengan jarak 358,993 kilometer dari Bumi dan sekali gus menjadikan gerhana kali ini sebagai ‘gerhana supermoon’ .

Takrifan ‘supermoon’ adalah apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000 kilometer dari bumi.

Sehubungan itu, Observatori Negara Langkawi,  akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini secara lebih dekat.

Angkasa akan menyediakan beberapa buah teleskop mudah alih untuk digunakan pengunjung dan penyertaan adalah percuma.

Lokasi-lokasi lain yang boleh dikujungi oleh orang ramai untuk aktiviti pencerapan di bawah:

a) Planetarium Negara, Kuala Lumpur

b) Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

c) Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor

d) Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka

e) Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza)

f) Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory)

g) Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan

Fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku sekali lagi pada 28 Julai dan akan turut kelihatan di Malaysia.



Source link

read more

Kerajaan mahu majukan wanita secara berterusan – PM Najib


PUTRAJAYA: Rekod kerajaan dalam meningkatkan martabat serta keterlibatan wanita dalam sektor kerajaan dan swasta adalah sangat baik, namun itu tidak bermakna kerajaan boleh berpuas hati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, kerajaan sentiasa beriltizam dalam memastikan tahap pencapaian kaum wanita di negara ini dapat dimajukan dengan berterusan, termasuk mengiktiraf tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Katanya lagi, jika negara tidak menunjukkan komitmen dalam memperkasakan wanita, serta mengenepikan kaum itu, negara berkenaan tidak mungkin akan berjaya.

“Sebab itulah kita ingin melihat melalui peranan kita memperkasakan wanita, lebih-lebih lagi pada tahun ini, maka wanita akan dapat peluang lebih, mendapat ilmu semakin meluas dan akan dibabitkan secara lebih menyeluruh dalam proses membuat keputusan sama ada dalam sektor awam atau swasta,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Logo dan Branding Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, menteri-menteri kabinet yang lain serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Berucap lanjut, Datuk Seri Najib berkata, peranan wanita dilihat semakin penting selari dengan perkembangan era globalisasi serta Revolusi Industri 4.0.

Katanya, untuk tujuan itu, beberapa program telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini, antaranya, Celik Pelaburan, ‘Malaysia Women Made’, Impact for Humanity, dan Program Revolusi 4.0.

“Saya yakin dan percaya jika semua program ini dilaksanakan sepenuhnya kita akan dapat menyaksikan peningkatan wanita dalam konteks arus pembangunan negara,” katanya lagi.



Source link

read more

Tragedi Blok 102 Polis masih jalankan siasatan kes remaja maut dihempap kerusi


KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian remaja lelaki berusia 15 tahun yang maut dihempap kerusi pejabat.

Dalam kejadian pada Isnin sekitar jam 8 malam, polis mengesahkan menerima panggilan berhubung kejadian di projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Pantai Dalam yang mengorbankan S. Sathirawan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kerusi pejabat yang terkena tepat mengenai kepalanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Polis Kuala Lumpur pada Rabu, laporan bedah siasat masih belum diperolehi.

BACA: Remaja maut ditimpa kerusi di PPR

Polis kini masih menjalankan siasatan dan menemubual 31 orang saksi yang melibatkan penghuni kediaman itu.

BACA: Tragedi Blok 102: Kerusi ‘maut’ ada di tingkat 21 pada hari kejadian – Datuk mangsa

Pasukan forensik pula mengesahkan mengambil sampel darah di kerusi terbabit serta merakam percakapan lima orang saksi di lokasi kejadian.

Kes kematian diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut merayu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi ASP Firdaus Sharil di talian 012-3388164 atau 03-9051222.



Source link

read more

Flat kerusi terbang kini bersih tapi sudah terlewat


KUALA LUMPUR: Sudah terhantuk baru terngadah.

Kotor dan jijik. Itu gambaran di flat Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, sehari selepas kejadian kerusi terbang yang mengorbankan nyawa seorang remaja S. Sathirawan, 15 yang maut akibat ditimpa kerusi yang dilempar dari tingkat atas flat berkenaan.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam, beliau melaporkan keadaan di flat berkenaan tidak terjaga disebabkan penduduknya yang tidak peka terhadap kebersihan di kawasan perumahan berkenaan.

Flat ‘kerusi terbang’ kini bersih, tapi sudah terlewat!

Ini merupakan gambaran sampah yang dirakam melalui video yang dimuat naik Nurul Izzah di Facebook beliau semalam. Video berkenaan bertujuan merakamkan reaksi beliau selepas sahaja menziarahi keluarga mangsa kejadian maut ditimpa kerusi di Pantai Dalam.

Tinjauan itu turut mendapati kes buang sampah dari tingkat atas bukan kes baharu.

Datuk mangsa mengakui nyaris terkena objek yang dilempar dari tingkat atas tidak lama dahulu.

Namun selepas menjadi perhatian umum, keadaan berubah sekelip mata, sampah mula lenyap dari pandangan.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Harits Asyraf Hasnan hari ini pula mendapati, persekitaran flat berkenaan sudah bersih.

Malah sampah-sampah yang dibuang di hujung koridor juga sudah diangkut, sehari selepas kehadiran pihak berkuasa dan pemimpin politik.

Inikah budaya masyarakat kita, tunggu sehingga nyawa melayang, baru masing-masing akan membuka mata?



Source link

read more

Anak panda gergasi kedua selamat dilahirkan di Zoo Negara


KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi di Zoo Negara selamat melahirkan anak kedua pada 14 Januari lalu.

Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan anak pasangan Xing Xing dan Liang Liang itu dilahirkan pada jam 7.50 pagi iaitu 89 hari selepas tarikh persenyawaan pasangan panda tersebut pada 18 Oktober 2017.

“Jantina anak panda gergasi ini masih belum dapat dipastikan memandangkan Liang Liang masih melindungi anaknya yang sedang dalam fasa menyusu,” katanya.

Tambah beliau, anak kedua pasangan ini yang dilahirkan dengan berat 150 gram juga membuktikan bahawa pengurusan konservasi panda gergasi di Malaysia diuruskan pada tahap terbaik.

Kedua-dua ibu dan anak panda gergasi ini berada dalam keadaan sihat dan dikuarantinkan serta tidak dipamerkan kepada pengunjung sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

panda gergasi
Liang Liang masih melindungi anaknya yang dalam fasa menyusu – Foto Dr Mat Naim Ramli (Pengarah Zoologi Pusat Konservasi Panda Gergasi)



Source link

read more

Harga petrol naik diesel kekal


KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan produk petroleum menyaksikan kenaikan manakala diesel kekal pada harga yang sama.

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen kepada RM2.30 dan RM2.57 seliter, manakala diesel pula kekal kepada RM2.32.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), harga baharu ini diguna pakai bermula 12.01 tengah malam ini hingga 24 Januari 2018.



Source link

read more

KPKT rangka strategi tambah baik kehidupan penduduk PPR


PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka strategi dalam menambah baik kualiti dan kehidupan sosial terutama dalam kalangan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar, inisiatif itu merangkumi usaha mewujudkan sistem kejiranan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Apabila sampai satu masa, kita tak boleh buat rumah biasa sahaja.

“Seperti yang kita cadangkan seperti mewujudkan bilik kaunselor seperti di rumah-rumah kos rendah termasuk PPR.

“Mereka yang duduk dalam bandar ini masing-masing sibuk. Jadi kita kena fikirkan pendekatan baru,” jelasnya.

Tambah Noh, langkah proaktif itu sekaligus akan membentuk kelompok masyarakat kejiranan yang dinamik.

“Ini akan mewujudkan kejiranan yang baik, dalam pemikiran yang positif dan tidak mementingkan diri.

“Ini budaya yang kita nak tanamkan dalam kalangan masyarakat bandar terutama di PPR,” ujarnya.

Beliau sebelum itu menyempurnakan penutupan Konvensyen Perbandaran Negara 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.



Source link

read more

UMNO yakin BN mampu pertahan semua kerusi di Parlimen Semporna


SEMPORNA: UMNO Semporna yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kesemua kerusi di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) biarpun dijangka berdepan saingan daripada bekas pemimpin parti yang berpaling tadah.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata perkara itu berdasarkan keyakinan penduduk yang melihat usaha tulus ditunjukkan kerajaan negeri dan pusat dalam memberi keselesaan hidup kepada masyarakat daerah tersebut.

“Sambutan masyarakat terhadap UMNO, Alhamdulillah dan mereka jelas menerima kerajaan sedia ada.

“Kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik di dunia dan menyediakan pelbagai program bantuan yang mencakupi semua peringkat lapisan masyarakat termasuk program warga emas, orang kelainan upaya, bantuan pendidikan serta elaun nelayan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Nasir berkata penduduk sedar bahawa janji BN membantu rakyat telah terbukti lebih 60 tahun kerajaan sedia ada memerintah jika dibandingkan janji pembangkang yang omong kosong.

“Apabila UMNO bertapak di Sabah, parti ini sedaya upaya membawa kemajuan kepada setiap daerah dan tiket pembangkang kuat hanya pada cerita yang diuar-uarkan mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun UMNO kini sudah pulih seperti sedia kala, setiap anggota perlu berpegang kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri sendiri serta terus bersatu memperkemaskan jentera.

“Ikhlas dan bersatu adalah senjata ampuh melawan pihak pembangkang. Kalau dulu lawan kita muka baharu muncul atau parti yang kita tahu kekuatannya bagaimana, tetapi kali ini lawan kita adalah bekas orang dalam kita,” katanya.

Sementara itu, Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang mahu 32 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Semporna bersedia berhadapan PRU14 dan mengemas kini data pengundi.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua anggota menolak segala propaganda serta dakyah negatif yang boleh melemahkan UMNO Semporna.

— BERNAMA



Source link

read more

Didakwa ada kekasih gelap bapa mati ditikam anak


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati dipercayai ditikam anak remajanya yang dikatakan mendapat tahu bapa kandungnya mempunyai wanita simpanan dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Skudai, kira-kira 15km dari sini, hari ini.

Mangsa, seorang penganggur berusia 45 tahun, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan akibat tikaman di dada kiri di ruang tamu kediamannya pada kira-kira pukul 11 pagi.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata polis menahan anak lelaki mangsa berusia 17 tahun, isteri mangsa berusia 40 tahun dan rakan anak mereka di sekitar taman perumahan itu.

Beliau berkata polis sedang memburu seorang lagi rakan anak lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian dipercayai akibat isteri yang cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai wanita simpanan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Noor Hashim berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam.

Menurutnya, siasatan awal, terdapat titisan darah dari bilik utama hingga tempat mangsa ditemukan.

“Mangsa dipercayai tidur di bilik utama dan terdapat kesan pergelutan di bilik utama di mana rak baju terjatuh dan katil berselerak selain tiada barang yang hilang dan tidak ada kesan pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons