Review Category : English

Gara-gara cemburu lelaki maut ditikam


GERIK: Gara-gara cemburu seorang lelaki mati dibunuh seseorang yang dipercayai kenalannya di Kampung Lalang, di sini, awal pagi Selasa.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berusia 28 tahun itu maut selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

“Selepas insiden itu, orang awam membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kampung Lalang untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia di sana.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis percaya punca lelaki itu dibunuh bermotifkan perasaan cemburu,” kata Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa yang mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa. 

Polis berjaya mengesan suspek dan kini sedang giat melakukan usaha memburu lelaki tersebut.

“Maklumat awal kita terima, mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan kita sudah kerahkan anggota untuk memburu suspek.

“Buat masa ini, butiran lain dalam kes ini tidak boleh didedahkan, namun semuanya dalam siasatan dan kita tumpukan untuk memberkas suspek.”



Source link

read more

Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam


KOTA BHARU: Pas sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berhubung jemputan ke Solat Hajat Wisma Tok Guru yang disifatkan sebagai provokasi angkuh.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan Husam seperti mendahului keputusan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Injuksi Erinford pada 8 Januari lalu.

“Pas tolak jemputan itu dan tidak berminat untuk melayan ucapan Husam, tetapi hal ini melibatkan keputusan mahkamah maknanya ada kaitan dengan parti.

“Husam melalui satu video di Facebook Pemuda Amanah Kelantan mengisytiharkan solat hajat dan menjemput Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli Pas, itu satu ucapan angkuh, sombong dan provokatif,” katanya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, tadi.

Beliau berkata, Adun Salor itu juga dikatakan mendahului mahkamah apabila berkali-kali menyebut beliau tuan punya bangunan sedangkan belum ada keputusan dibuat mahkamah terhadap hak milik wisma itu.

“Keputusan Injuksi Erinford lalu bertujuan mengharmonikan keadaan sementara keputusan sebenar dibuat, namun tindakan beliau seperti mencabar dan bercanggah.

“Dalam keputusan itu, defendan (Mohd Yasin Yusoff) tidak boleh mengganggu plaintif (Husam) masuk ke kawasan itu dan arahan setakat plaintif sahaja, yang lain boleh dihalang.

“Hak masih kepada Pas untuk guna kawasan, yang lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan,” katanya.

Katanya, Pas juga meminta Husam menghentikan provokasi atau mengelirukan penyokong parti masing-masing sehingga hak milik wisma itu diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Injunksi Erinford oleh Husam terhadap Mohd Yasin juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan sehingga rayuan permohonan injunksi plaintif didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.

Mahkamah turut memerintahkan tarikh sebutan semula pada 12 Februari depan sama dengan tarikh pengurusan kes induk Writ Saman yang difailkan Mohd Yasin terhadap Husam supaya mengosongkan bangunan itu.

Sebelum ini, injunksi plaintif terhadap writ saman itu ditolak mahkamah sama pada 16 November 2017.

Isu perebutan tanah di Pendek, Salor, di sini, mendapat perhatian bermula susulan tanah asal milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim atas nama isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd Yasin dengan harga RM700,000



Source link

read more

Dadah Pekerja restoran terlepas hukuman gantung


IPOH: Seorang pekerja restoran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh di sini, semalam atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah berbahaya dengan berat keseluruhan 229.15 gram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu.

“Selepas meneliti hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan,” katanya pada akhir kes pendakwaan di sini, pada Selasa.

Mengikut kertas pertuduhan, Qusrein Izad Ahmad, 33, dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 224.13 gram di hadapan bangunan kedai di Jalan Pelangi Kuning, kira-kira jam 2 pagi pada 1 Jun 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung mandatori.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 5.02 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Charan Singh dan Jagdipe Singh.



Source link

read more

Kes culik Pastor Raymond Koh Polis temui petunjuk baharu


KUALA LUMPUR: Polis menemui petunjuk baharu yang mengaitkan tertuduh, Lim Chang Nam dalam kes penculikan pastor Raymond Kong Keng Joo pada awal tahun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan polis akan meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.

Semalam, Chang Nam didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan wang sebanyak RM30,000 daripada anak lelaki Raymond pada 13 Februari lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azali Ibrahim.

BACA: Polis ambil keterangan Peter Chong bantu siasatan kes Pastor Koh

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

BACA: Polis sahkan paderi diculik ketika memandu di Petaling Jaya

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi mengelak mangsa diganggu dan menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes.

BACA: Polis tubuh pasukan khas kesan paderi yang hilang – KPN Khalid

Raymond diculik pada pagi 13 Februari lalu di Petaling Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.

Paderi itu dipercayai diculik beberapa individu ketika sedang memandu kenderaannya bersendirian di jalan tersebut.



Source link

read more

Lim Kok Wing dilantik penasihat TVET


CYBERJAYA: Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof Emeritus Dr Lim Kok Wing diumumkan sebagai penasihat TVET Malaysia.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, pelantikan Lim adalah kerana sumbangannya yang signifikan terhadap pembangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Richard turut mengumumkan cadangan penubuhan Majlis TVET yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sebahagian daripada Majlis Modal Insan (MMI).

“Telah dipersetujui bahawa kita akan menubuhkan Majlis TVET Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Ini adalah satu langkah yang sangat penting bagi TVET Malaysia.”

Beliau ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan TVET Malaysia Peringkat Menteri, di Cyberjaya.

Mesyuarat berkenaan merupakan satu manifestasi terhadap kesediaan semua pihak berkaitan kerjasama dalam mengarusperdanakan TVET seperti yang pernah digariskan oleh Perdana Menteri ketika pelancaran TVET Malaysia serta ucapan Bajet 2018 sebelum ini.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah, model penglibatan industri, model pembiayaan TVET, pemadanan permintaan dan penawaran, kolaborasi strategik penyedia TVET dan usaha mencapai 35 peratus tenaga mahir pada tahun 2020.



Source link

read more

Proses evakuasi pelancong terkandas Pulau Tioman selesai


KUANTAN: Selepas lima hari terkandas di Pulau Tioman, seramai 110 orang termasuk 98 pelancong berjaya dibawa keluar menerusi KD Terenggganu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini. 

Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata semua mereka tiba di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, pada pukul 6.45 petang tadi selepas bertolak dari Air Batang, Pulau Tioman. 

Katanya, KD Terengganu digerakkan ke Pulau Tioman pada malam semalam, dan tiba di pulau pelancongan itu sekitar pukul 3 pagi, manakala proses evakuasi bermula pada 7.30 pagi tadi sebelum memulakan pelayaran pulang pada pukul 10 pagi.

“Kita tidak menghadapi masalah melainkan beberapa orang mengalami mabuk laut. Bagaimanapun diakui ombak agak besar hari ini iaitu sekitar 3.5 ke 4 meter menyebabkannya tidak selamat kepada feri pelancongan dan bot kecil,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad Adib menambah terdapat 54 pelancong asing daripada 18 negara, 44 pelancong tempatan dan 12 penduduk pulau termasuk tiga penduduk yang memerlukan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dibawa keluar dari pulau itu. 

BACA: 93 pelancong terkandas di Pulau Tioman

Manakala KD Terengganu melibatkan kekuatan 80 pegawai dan anggota TLDM.

“Setibanya mereka di pangkalan, terdapat sebuah bas disediakan untuk membawa pelancong luar negara ke Terminal Sentral Kuantan untuk mereka meneruskan perjalanan ke ibu negara.

“Manakala tiga buah bas yang disediakan kepada pelancong tempatan akan membawa mereka ke Mersing, Johor kerana mereka meletak kereta di situ sebelum menaiki feri ke pulau tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Dr Jafri Abdul Jalil berkata pihaknya berterima kasih kepada tindakan pantas TLDM terhadap permohonan untuk membantu mengeluarkan mangsa terkandas di Pulau Tioman. 

“Kami juga berharap pelancong dapat merancang dengan lebih baik pada masa akan datang dan mengurangkan perjalanan ke pulau pada musim tengkujuh untuk mengelakkan kejadian seperti ini,” katanya. 

— BERNAMA 



Source link

read more

Syed Saddiq jangan cuba manipulasi isu pecat kakitangan kerajaan – Khairy


SHAH ALAM: Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan untuk tidak memanipulasi desakan Ketua Pemuda UMNO Perlis agar memecat kakitangan kerajaan yang berkongsi dan memuat naik fitnah terhadap pemimpin negara di laman media sosial.

“Kalau ada pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu dan fitnah, itu satu kesalahan dalam peraturan am perkhidmatan awam dan juga perundangan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Tindakan tatatertib haruslah diambil ke atas sesiapa pun yang menyebarkan fitnah dan maklumat yang palsu. Tidak bermaksud kepada kakitangan awam yang tak sokong parti tertentu.

“Nak sokong mana itu adalah pendirian masing-masing.”

Dalam perkembangan berlainan, pelaksanaan had usia 30 tahun dalam Dasar Belia Negara mungkin akan ditangguhkan memandangkan tiada pemimpin pelapis untuk ambil alih kepimpinan terutamanya di peringkat persatuan belia daerah.

“Kita memang cadang nak turunkan ke umur 30 tahun ikut amalan antarabangsa, tetapi hujah menyediakan pemimpin pelapis perlu diambil kira agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin.”



Source link

read more

FIFA 18 Bosan main game sebagai hobi Cabar diri anda untuk wakil negara


KUALA LUMPUR: BAGI pemain permainan video FIFA 18 yang mahu menjadi aktiviti itu bukan hanya sekadar hobi, inilah masanya untuk anda mengetengahkan bakat dan berpeluang mewakili negara serta Asia Tenggara sebagai pemain e-sukan.

Saluran e-sukan Astro, eGG Network dan FOX Sports Asia bakal menganjurkan Kejohanan FIFA 18 Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara pada bulan hadapan.

Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan dipilih sebagai wakil Asia Tenggara untuk berentap dengan pemain FIFA 18 terbaik dunia di Jerman.

Jika anda percaya dengan bakat dan kemampuan yang ada, daftarkan diri di egg.network/foxsports dengan segera kerana tempat penyertaan adalah terhad kepada 256 pemain.

Pusingan kelayakan akan berlangsung di Battle Arena, Petaling jaya pada 10 dan 11 Februari depan.

Adakah anda Fenrir atau Am Tuah yang seterusnya?



Source link

read more

Kejohanan AFC B23 Malaysia layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC bawah 23 tahun yang berlangsung di Stadium Kunshan, China melalui gol tunggal jaringan Mohammad Danial Amier Norhisham pada babak pertama.

Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu, Malaysia mempamerkan aksi membanggakan apabila mula mengasak dari awal perlawanan untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Usaha itu berhasil pada minit ke-28 apabila Mohammad Daniel berjaya menjaringkan gol yang dicari melalui satu rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Arab Saudi, Amin Al Bukhari.

Asakan berterusan Arab Saudi untuk mencari gol bagaimanapun menemui jalan buntu, sebaliknya Hamdan Al Shamrani pula dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas mengasari pemain Malaysia.

Gol tunggal itu sudah lebih dari memadai untuk mengesahkan tempat Malaysia dalam kalangan lapan terbaik Asia, dengan berada di tempat kedua kumpulan C di belakang Iraq, yang turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jordan.



Source link

read more

DBKL sita rumah PPR jika buang sampah dari tingkat atas


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyita rumah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) jika terdapat bukti mereka membuang sampah atau sebarang objek daripada tingkat atas ekoran kejadian seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam, semalam.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata hal seumpama itu bukan pertama kali berlaku di PPR kerana sebelum ini, DBKL mengeluarkan notis kepada seluruh penduduk PPR sekitar Kuala Lumpur berhubung perkara berkenaan.

“Kami tahu perkara ini tidak boleh dibiarkan di mana sesetengah penghuni PPR dikatakan bertindak sedemikian dan DBKL keluarkan notis kepada semua unit PPR supaya mengambil perhatian mengenai kes-kes pembuangan sampah atau sebarang objek. 

“Selepas ini, DBKL akan buat semula ulangan notis keras dan jika berlaku kes sedemikian lagi, DBKL akan kesan pemilik PPR dan kami akan mengambil tindakan tegas malah sehingga ke peringkat menyita rumah penghuni PPR,” katanya ketika menziarah keluarga mangsa di PPR Seri Pantai.

Wan Mohammad berkata DBKL juga akan memasang jaring keselamatan di setiap blok PPR bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka membaling barang dari tingkat atas.

BACA: Tragedi baling kerusi: “Sebaik berpusing, otak dia jatuh dalam tangan saya” – Ibu mangsa 

BACA: Buang barang sampai orang mati, kita jangan buta mata dan hati! 
 
Beliau berkata tindakan itu akan diambil secepat mungkin dengan memberi tumpuan kepada PPR yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ terlebih dahulu sebelum memperluaskannya di PPR lain.

“Ketika ini, terdapat 72 PPR dan perumahan awam di ibu negara dengan 13 daripadanya dikenal pasti polis sebagai ‘hotspot’. Oleh itu, dengan pemasangan jaring sama ada di bawah atau atas blok untuk melindungi orang awam daripada terkena balingan sampah atau objek dari atas,” katanya.

Semalam, seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam.

Terdahulu turut hadir menziarah keluarga mangsa adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons