Review Category : Hiburan

Yong Hwa mengaku dapat layanan istimewa



KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan K-Pop CNBlue, Jung Yong-hwa mengaku mendapat ‘layanan istimewa’ dari Universiti Kyung Hee, Korea Selatan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang selebriti diterima masuk ke pusat pengajian tersebut tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Yong Hwa kemudiannya mengaku dengan dakwaan itu dan memohon maaf melalui laman sosial Instagram miliknya.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf. Apa juga alasannya, kebenarannya, saya tahu itu salah saya dan saya memohon maaf.

“Pada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang selalu percaya pada saya, saya malu dan benar-benar kesal kerana mengecewakan anda semua,” katanya.
Malah, pihak pengurusannya, FNC Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berhubung pengakuan Yong Hwa seperti yang dipetik oleh laporan portal Soompi.

“Jika kami tahu terlebih dahulu tentang peraturan yang mana sesi temuduga perseorangan itu perlu diadakan di pekarangan universiti, kami pasti akan menetapkan jadual Yong Hwa untuk hadir sesi temuduga yang sebenar.

“Yong Hwa telah disiasat oleh pihak polis kerana melanggar peraturan universiti. Selepas kejadian in, Yong Hwa kini ‘cuti’ dari pihak universiti.

“Sebagai agensi pengurusannya, kami bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kontroversi ini,” katanya.

Susulan kejadian ini, Yong Hwa terpaksa membatalkan sesi sidang media sempena konsertnya ‘Room 622’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Memetik laporan Allkpop, kosert itu bakal berlansung pada 20-21 Januari di Olympic Hall.



Source link

read more

Aduh terharunya video Hairul Azreen hadiahkan kereta BMW untuk ayah buat netizen tersentuh



PELAKON Hairul Azreen, membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ayahnya malam tadi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hairul telah berkongsi sebuah video kejutan yang dilakukan kepada ayahnya. 

“Kami anak-anak gembira bila melihat mak dan abah gembira. Hadiah ini kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka,” tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui sebak dan terharu apabila menonton video kejutan yang dilakukan oleh Hairul kepada kedua ibu dan ayahnya. 
 

“@iaza1413 : Tonton video pun dah terharu. Apatah lagi abah dan ibunya. Beruntungnya abah dan ibu Hairul dapat anak-anak yang baik dan mengenang jasa perngorbanan orang tua.”

“@melissa_yusoh: Murah rezeki Hairul, dapat gembirakan hati mak dan ayah. Alhamdulillah, kami pun tumpang gembira.”

“@farrafarween: Alhamdulillah, bahagianya dapat bahagiakan kedua orang tua kita.”

“@irahzakaria_96: Saya pulak yang menangis bila tengok video ni. Alhamdulillah moga murah rezeki Hairul sekeluarga. Amin.”

“@ayien_evofficial: Terbaik Hairul dan Hanis. Semoga dimurahi rezeki lagi. Inilah contoh anak yang mengenang budi. Walaupun kecil tapi besar ganjarannya kalau berbuat baik kepada kedua orang tua.



Source link

read more

20 Tahun Titanic Pelakon extra dibayar RM100 ribu dan enam lagi fakta menarik


JIKA ada filem yang masih mengaut keuntungan selepas 20 tahun diterbitkan, salah satu filem itu ialah “Titanic”.

Percaya atau tidak, filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet itu masih membuat kutipan sekurang-kurangnya £15,000 (hampir RM82,000) di United Kingdom sahaja, setiap tahun.

Sempena ulang tahun filem hebat ini, kami kongsikan beberapa perkara yang anda, peminat tegar “Titanic”, tidak pernah tahu selama ini.

TAK ADA REZEKI

Watak kapten kapal Titanic, Kapten Smith, sepatutnya menjadi milik Robert de Niro. Namun de Niro mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menolak tawaran tersebut.

Pelakon Lindsay Lohan hampir menjadi sebahagian daripada keluarga besar “Titanic” kerana dia merupakan pilihan utama untuk melakonkan watak Cora Cartmell, sahabat cilik Jack Dawson, lakonan DiCaprio.

Namun cadangan untuk mengambil Lohan yang ketika itu berusia 9 tahun dibatalkan kerana warna rambutnya yang sama dengan watak Rose deWitt Bukater, lakonan Winslet.

Titanic antara filem yang tidak banyak menggunakan kemudahan teknologi CGI.

WATAK TAMBAHAN, BAYARAN MEWAH!

Sukar untuk dipercayai, namun seorang lelaki Reece Thompson III, yang membawakan watak penumpang kanak-kanak tanpa nama dan hanya melontarkan satu baris dialog, mengakui menerima bayaran royalti £20,000 (RM109,223) yang membantunya menjelaskan yuran pengajian kolej dan membeli sebuah kereta.

“Jumlahnya memang banyak, dan ia membantu saya. Saya baru berusia lima tahun ketika itu dan pengalaman berlakon dalam Titanic sangat hebat,” kata Thompson, kini 25 tahun, kepada majalah Cosmopolitan.

PENGARAH HEBAT, FILEM LUAR BIASA

Pengarah Titanic, James Cameron, menerima tiga anugerah peribadi di Anugerah Akademi menerusi hasil kerjanya dalam Titanic iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, bukan satu perkara pelik apabila Winslet mendedahkan Cameron seorang pengarah yang tegas.

“Ada kalanya dia menakutkan saya. Baran dia boleh tahan juga, semuanya kerana dia mahu hasil yang terbaik,” kata Winslet seperti yang dipetik daripada portal Daily Mail.

Bahagian depan kapal dipasang dengan satu mekanisme yang membolehkannya tenggelam 30 kaki sementara bahagian dek dapat dinaikkan sehingga 90 darjah, yang merupakan babak penting ketika Titanic tenggelam.

BUKAN CGI

Pernah terfikir bagaimana babak kapal Titanic di Lautan Atlantik dijalankan? Tentu ramai yang mengandaikan ia menggunakan teknik CGI, bukan?

Jika itu tanggapan anda, anda silap!

Untuk babak tersebut, produksi telah membeli sebuah tanah seluas 40 ekar di Mexico, di mana sebuah tangki sedalam 90 kaki dan mampu menampung 17 juta gelen air, dibina.

Airnya pula, diambil dari Lautan Pasifik, dan set penggambaran dipasang pada bicu hidraulik supaya ia boleh dimiringkan sehingga enam darjah, mirip ombak laut.

Bahagian depan kapal dipasang dengan satu mekanisme yang membolehkannya tenggelam 30 kaki sementara bahagian dek dapat dinaikkan sehingga 90 darjah, yang merupakan babak penting ketika Titanic tenggelam.

“Anda takkan jumpa lagi filem seperti ini. Jika kapal yang anda saksikan itu bersaiz 800 kaki, saiznya memang 800 kaki. Jika anda saksikan 500 orang pelakon tambahan berlari, memang 500 orang pelakon yang terlibat,” kata pengarah fotografi Titanic, Russell Carpenter.

Kate Winslet mengalami hypothermia kerana enggan memakai sut khas untuk babak di lautan.

JATUH SAKIT DEMI ROSE

Winslet, yang enggan memakai sut khas untuk babak di lautan, mengalami hipotermia selepas selesai melakonkan babak itu.

Hipotermia merupakan satu keadaan di mana badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba, menyebabkan suhu badan menjadi rendah.

“Saya mahu betul-betul menggigil kerana bimbang ia nampak tidak natural,” itu alasan Winslet.

Babak itu dilakukan dalam tangki air sedalam 3 kaki dengan suhu 26 darjah Celsius, menyamai air kolam.

LAGU TEMA DIBENCI?

Siapa tidak tahu lagu “My Heart Will Go On” nyanyian Celine Dion? Ia diiktiraf sebagai Lagu Asal Terbaik di Anugerah Akademi, selain beberapa lagi trofi di Anugerah Grammy.

Cameron, seorang peminat muzik heavy metal, pada awalnya berikrar tidak akan memasukkan apa-apa jenis skor muzik yang ‘lemau’ dalam filem itu.

Namun selepas menerima tekanan dari produksi, dia akhirnya bersetuju untuk menerima lagu ciptaan James Horner dan Will Jennings itu sebagai lagu tema.

Cameron tidak keseorangan kerana Winslet pernah membuat pengakuan tidak pernah mendengar lagu itu dalam versi penuh, dan tidak akan sekali-kali melakukannya.

Dion, ketika diberitahu tentang apa yang dikatakan Winslet, berkata, “Untunglah dia tak perlu menyanyikan lagu itu!”

Ia sekali gus membayangkan yang Dion juga tidak menyukai lagu berkenaan.

11 OSCAR, DAN AS$2.4 BILION KEUNTUNGAN

Selepas 20 tahun, Titanic mencatat keuntungan kira-kira AS$2.4 bilion, antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman. Ia menerima 14 pencalonan di Anugerah Akademi 1998, dan menang 11 daripadanya.

Ia satu rekod yang belum dapat dipecahkan. Setakat ini hanya dua filem yang menyamai rekod itu, iaitu Ben-Hur (1959) dan The Lord Of The Rings: The Return of the King (2003).



Source link

read more

Watak wanita filem moden hampir selalu dirogol – Keira Knightley



KEIRA KNIGHTLEY mengakui beliau enggan melakonkan watak dalam filem moden kerana wanita dalam filem-filem tersebut “hampir selalu dirogol”.

Menurutnya, dia lebih suka melakonkan watak dalam filem berdasarkan sejarah kerana merasakan watak-watak wanita dalam filem itu lebih berinspirasi.

“Saya tidak tahu sangat tentang filem. Saya jarang ambil tawaran berlakon untuk filem zaman moden kerana watak-watak wanitanya hampir selalu diperkosa.

“Saya selalu merasakan wanita digambarkan dalam cara yang tidak menyenangkan (dalam filem moden), manakala filem-filem bersejarah sentiasa memberikan saya peluang melakonkan watak yang berinspirasi,” kata pelakon yang berusia 32 tahun itu.

Nama Knightley menjadi terkenal selepas dia melakonkan watak bersama Orlando Bloom dan Johnny Depp dalam ‘Pirates of the Caribbean’.

Selepas itu, Knightley turut berlakon dalam beberapa filem bersejarah termasuk ‘Pride & Prejudice’, ‘The Imitation Game’ dan ‘The Duchess’.

Filem seterusnya yang dilakonkan merupakan sebuah drama bersejarah, Colette yang berlatarkan penulis novel Perancis.

Di samping usaha Knightley untuk memboikot watak-watak wanita yang kelihatan seperti ditindas dan tidak dihormati, Brie Larson pula sebaliknya memenangi anugerah bagi watak sedemikian.

Larson pada 2016, memenangi Oscar untuk pelakon wanita terbaik bagi lakonannya dalam filem ‘Room’ di mana memegang watak Joy Newsome, seorang ibu yang diculik dan dirogol berulang kali.

Filem lain yang turut memenangi anugerah meskipun mempunyai adegan yang sama seperti ‘Room’ ialah ‘The Girl with the Dragon Tattoo’ dan ‘Precious’ yang memenangi Oscar pada tahun 2009.

Bagaimanapun, Knightley berkata terdapat sedikit perkembangan dalam industri kerana dia kini menerima lebih banyak skrip filem di mana watak wanitanya lebih dihormati, tanpa adegan rogol dan bukan sebagai wanita yang hanya mampu menjadi teman wanita atau isteri.



Source link

read more

Kami Serasi – Siti Nordiana pilih Khai Bahar



KESERASIAN paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Siti Nordiana berkata idea untuk berduet bersama Khai Bahar muncul selepas nyanyiannya bersama Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat sambutan peminat.

“Saya perasan setiap kali kami berduet bersama dalam Smule, orang luar serta peminat pasti suka dan video nyanyian kami dalam YouTube pun mendapat banyak jumlah tontonan.

“Kini saya nak realisasikan impian peminat yang mahu lihat kami berduet dalam versi lagu baru pula.

“Saya pun suka bila akhirnya dapat juga kami berduet dalam lagu baru kerana saya dapati kami serasi dalam setiap lagu yang kami nyanyikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia dan Khai Bahar bakal bergabung idea untuk menghasilkan lirik dan muzik lagu duet tersebut.

“Istimewanya single duet itu ialah kami menciptanya bersama-sama dan memenuhi citarasa pendengar.

“Tapi buat masa sekarang ni saya sedang sibuk dengan single solo saya dahulu yang akan keluar pada Februari ini, kemudian barulah menyusul dengan single duet,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nana bakal menjalani penggambaran telemovie Cekelat Semanis Honey Raya bersama Fikry Ibrahim Januari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Dituduh upah pembunuh tembak Roslan Shah Ifa Raziah buat laporan polis


ARTIS versatil, Ifa Raziah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas didakwa mengupah pembunuh upahan untuk menembak Roslan Shah.

Ifa ketika ditemui berkata, dia dan suami terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan tentang satu laporan polis telah dibuat oleh Roslan terhadapnya.

“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila menuduh saya sebagai penjenayah.

“Dalam laporan Roslan, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!.

“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini?

“Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.

“Buat masa ini anak guam saya tidak ada masalah memberikan kerjasama untuk siasatan.

“Pihak kami juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi membersihkan nama anak guam saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa memberitahu sudah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Karyawan mengenai perkara tersebut.

“Esok, presiden Seniman dan Karyawan akan berada di IPD sentul bersama saya memberi kenyataan kepada pihak polis.

“Mereka (Seniman dan Karyawan) juga akan menyiasat serta meneliti perkara ini supaya tidak berulang kepada artis lain,” katanya.

Tambah Ifa, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada hari ini untuk mengambil keterangan daripadanya.



Source link

read more

Kim Kardashian suami timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang



BINTANG realiti TV, Kim Kardashian dan suami Kanye West umum timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada Selasa.

Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau lokasi bayi itu dilahirkan.

Kim dan Kanye sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata, North West dan Saint West.

“Kami gembira untuk mengumumkan kelahiran bayi ketiga kami, terima kasih kepada ibu tumpang yang membuatkan impian kami jadi nyata.

“Ini adalah hadiah terindah,” umum Kim menerusi aplikasi telefonnya.

Pasangan itu mengesahkan September lalu menanti kehadiran cahaya mata ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Kisah Kim mahu mendapatkan anak turut dipaparkan dalam siri TV “Keeping Up with The Kardashians”.

Bintang itu berdepan beberapa kesukaran, kerana didiagnos dengan komplikasi plasenta yang boleh mengancam nyawa.



Source link

read more

Kenapa lagu Zombie perlu difahami



KUALA LUMPUR: Lagu Zombie, ciptaan Dolores O’Riordan dari kumpulan the Cranberries bukan hanya‘catchy’, lagu rock keras dan bising serta penuh kemarahan.

Lagu yang popular pada pertengahan 90-an itu diinspirasi daripada tragedi pengemboman Tentera Republikan Ireland (IRA) di London pada 1993 yang dikenali sebagai Bishopsgate Bombing.

Tentera pemisah IRA meletupkan sebuah lori yang sarat dengan bahan letupan sejam selepas membuat panggilan amaran mengenai serangan itu.

Dalam serangan itu, seorang jurugambar berita terkorban dan 44 yang lain cedera.

O’Riordan amat terkesan dengan tragedi tersebut membuat keputusan untuk menulis lagu yang membawa mesej anti-peperangan yang berjudul Zombie.

Bermula dengan versi akustik, Zombie lebih masuk akal jika dimainkan dengan muzik yang lebih keras kerana ia menceritakan keganasan yang kerap berlaku di Ireland Utara dan didalangi IRA.

IRA merupakan tentera yang memperjuangkan penyatuan seluruh Ireland untuk keluar daripada United Kingdom sebelum satu gencatan senjata dicapai pada 1997 dan perjanjian damai ditandatangani di Belfast pada 1998, yang dikenali sebagai the Good Friday Agreement atau Belfast Agreement.

Selepas Zombie dikeluarkan pada 1994, Zombie berjaya menduduki carta no.1 di kebanyakan negara termasuk United Kingdom dan carta rock Amerika Syarikat selain platinum di Australia dan Jerman.

The Cranberries kemudian menyepi dari tahun 2004-2008 sebelum bergabung semula pada 2009 dengan merakam beberapa album.

Tahun lepas, Cranberries melancarkan album baharu yang dijudul Something Else termasuk versi akustik Zombie bersama Dewan Orkestra Ireland.

Siapa sangka rekod tersebut adalah yang terakhir buat O’Riordon yang meninggal dunia semalam pada usia 46 tahun.



Source link

read more

Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik – Sufian Suhaimi nafi pertunangan goyah



PENYANYI lagu Terasa Ada, Sufian Suhaimi menafikan ikatan pertunangannya bersama aktres Elfira Loy sedang retak menanti belah.

“Hubungan kami masih baik. Saya dan Elfira sudah lama tak bersua kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk, begitu juga dengan Elfira.

“Saya dan tunang juga mengikut nasihat orang dulu-dulu untuk tidak selalu bersua selepas mengikat tali pertunangan,” kata Sufian.

Dikatakan bakal menamatkan zaman bujang pada Mac nanti, Sufian menjelaskan yang sebenarnya tiada sebarang kata putus untuk tarikh sebenar hari bahagia mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, Insya-Allah majlis akan dilangsungkan tahun ini juga. Tarikh spesifik itu belum diketahui.

“Keputusan untuk mengadakan majlis bukan terletak sepenuhnya kepada saya dan tunang.

“Kami perlu sedikit waktu untuk melakukan perbincangan serta mencapai kata sepakat keluarga masing-masing sebelum menetapkan tarikh sebenar,” katanya lagi.



Source link

read more

Jakim jumpa Sajat temui jalan penyelesaian



SHAH ALAM: “Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian.”

Demikian respons Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof selepas berakhirnya pertemuannya dengan Usahawan Kosmetik Nur Sajat sekitar jam 3 petang tadi.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, berkata pertemuan mereka berlangsung harmonis.

“Insya-Allah semoga semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat,” kongsinya menerusi Facebook miliknya.
Sebelum ini, Jakim menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.

Membalas pelawaan itu kemudiannya, menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Jakim.

Bagaimanapun, Sajat menjelaskan, beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons