Review Category : Hiburan

Foto mesra ZuLofa cetus perdebatan



FOTO mesra antara Zul Ariffin dan Neelofa mencetuskan perdebatan antara netizen.

Menerusi entri yang dimuat naik oleh pengarah Michael Ang di laman sosial Instagram miliknya (@michaelang38), terdapat sekeping foto menunjukkan Neelofa seakan ‘berpelukan’ dengan Zul.

Netizen mula meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen Instagram Michael.

Ada yang mengecam Neelofa kerana foto tersebut dikatakan tidak sesuai dengan penampilan wanita bertudung serta status Neelofa yang sudah bergelar ‘hajjah’.
 

[BACA: Guna Hashtag #Zulofa, Peminat Tak Sabar Mahu Lihat Zul Ariffin Bercinta Dengan Neelofa]

Tidak kurang juga ada netizen yang berfikiran positif dan menganggap semuanya hanya sekadar lakonan.

Peminat Neelofa turut yakin pengacara rancangan MeleTOP itu tahu menjaga batas untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Untuk meredakan keadaan, Michael turut memuat naik foto aksi sama yang dijayakan oleh Zul dan dirinya sendiri dengan kapsyen, “Itu cuma satu lakonan! Sila faham guys! Chill sudah!”.
 

Mereka sedang berada di Rom, Itali bagi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Menerusi naskah adaptasi novel karya Suri Ryana itu, drama bersiri arahan Michael ini turut dibintangi oleh Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Michael & Zul



Source link

read more

Aiman Tino bida nombor plat RM40000



PENYANYI remaja popular, Aiman Tino berjaya membida nombor plat kereta yang diingininya dengan harga RM40,000.

Aiman membida nombor plat A1M yang dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M).

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 20, berkata, plat kereta ‘AIM 477’ yang dibidanya itu jika dibaca sekilas seperti menyebut namanya.

“Saya sudah tertarik membidanya dari tahun lalu. Syukur, saya rasa pembelian nombor plat kereta ini sebagai ganjaran untuk diri saya sendiri setelah penat mencari rezeki.

“Biarpun harganya agak mahal, saya rasa nombor plat kereta ini berbaloi untuk simpanan sendiri. Saya akan menggunakan nombor plat kereta ini untuk kereta saya sendiri,” kata Aiman kepada Kosmo.

Setakat ini, Aiman masih belum membuat keputusan untuk membeli sebarang kereta. Namun begitu, penyanyi lagu Permata Cinta ini begitu menggemari kereta jenama Volkswagen.

Sumber: Kosmo

 



Source link

read more

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang tapi cincin tak pulang – Sumber



KUALA LUMPUR: Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.

Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, sukar untuknya menanyakan perkara yang menyentuh hal peribadi Sufian, namun jika benar ‘putus’, mengapa cincin tidak dipulangkan? kata Sufian kepada sumber itu.

“Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya,” kata sumber itu lagi.

BACA: “Its complicated!” – Sufian Suhaimi enggan ulas status pertunangan dengan Elfira Loy

BACA: “Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik” – Sufian


 

Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terakhir’ itu khabarnya  tetap menerima dan meneruskan persembahan nyanyian di beberapa lokasi, antaranya Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.

BACA: Dikatakan sombong? Ini respon Elfira Loy…

BACA: Sebak, terima kasih Ya Allah – Elfira Loy

Namun sumber itu berkata jika ditakdirkan masih ada jodoh antara kedua-duanya, mereka tetap akan disatukan juga satu hari nanti.



Source link

read more

Ashraf Sinclair ambil 5000 kalori setiap hari demi Dosa



PELAKON Ashraf Sinclair akui dia perlu menjalani latihan fizikal intensif sebelum menjalani penggambaran drama siri eksklusif Astro First, Dosa.

Ashraf Sinclair berkata dia dan pelakon lain perlu berlatih setiap hari selama sebulan kerana ia banyak membabitkan babak aksi dan seni silat termasuk menggunakan senjata.

“Terus-terang ia sangat mencabar kerana membabitkan 22 koreografi persilatan dan rasanya seperti berlakon dalam lapan filem.

“Saya turut menjalani latihan intensif selama sebulan sehingga berat badan juga turun dua kilogram ketika menjayakan drama ini.

“Bayangkan selama sebulan kami perlu berlatih setiap hari dari jam 4 petang hingga 9 malam.

“Ia sangat memenatkan, lebih-lebih lagi berlatih ketika bulan puasa,” katanya kepada Astro Gempak.

Dosa arahan pengarah terkenal Indonesia, Ifa Isfansyah menampilkan kolaborasi pelakon hebat Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selain Ashraf, drama ini turut dibintangi Datuk M Nasir, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Reuben Elishama, Daniella Sya, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid dan Tegar Satrya.

Selama menjalani latihan tersebut, Ashraf memberitahu dia kehilangan banyak kalori dan perlu mengambil jumlah makanan yang banyak.

“Saya hilang 5,000 kalori setiap hari dan untuk ‘top up’ kembali saya perlu ambil makanan yang sangat banyak seperti kebiasaannya.

“Saya makan nasi dengan banyak sekali setiap hari selain mengambil makanan tambahan protein untuk tenaga yang lebih.

“Selain itu, saya juga makan ‘peanut butter’  begitu sahaja setiap hari.

“Hasilnya badan saya jadi lebih kurus sedikit tetapi mempunyai otot dan ‘six pax’ di perut,” katanya lagi.

Siri mini lapan episod berjudul Dosa ditayangkan platform digital on demand dan Astro Go serentak dengan tayangan di saluran Astro First bermula 14 Februari lalu.

Karya asal drama ini diilhamkan Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan penulis skrip terkenal Indonesia, Salman Aristo.
Ia menggunakan khidmat Pengarah Koreografi handalan dari Indonesia, Cecep Arif Rahman.

Drama ini juga kerjasama antara Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (Indonesia).

Foto: Instagram Dosa Mini Series
Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Potong rambut pendek penampilan Lisa Surihani dapat pujian peminat



PELAKON Lisa Surihani menjadi perhatian peminat selepas mengambil keputusan untuk menukar imej baru dengan berambut pendek.
 
Lisa yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pengarah Yusry KRU itu muncul dengan penampilan baru bermula awal Februari lalu.
 
Rata-rata peminatnya memuji Lisa kelihatan cantik, semakin muda dan gaya potongan rambut itu juga bersesuaian dengan aktres tersebut.
 
Malah menerusi foto terbaru yang dikongsi oleh pelakon Mawar Rashid yang merakamkan gambar bersama Lisa turut mendapat perhatian.
 
Foto yang dimuat naik oleh Mawar menerusi akaun Instagram (IG) semalam dihujani dengan kata-kata pujian terhadap kedua-dua wanita cantik itu.
 
Tidak kurang ada juga yang menyatakan Lisa, 31,  kelihatan sebaya dengan Mawar yang berusia 22 tahun.
 



Source link

read more

Nedim bersyukur Dre kembali ke pangkuan kongsi saat manis bersama



SUAMI kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz mengucapkan rasa syukur apabila anak kesayangannya, Dre atau Mohamed Nedrin kembali ke pangkuan.
 
Nedim mula berkongsi detik bahagia bersama Dre di akaun Instagramnya semalam dan entri tersebut disukai lebih 83,000 pengikutnya dan dihujani ribuan komen.
 
Rata-rata komen mengucapkan tahniah kepada Nedim termasuk berkongsi rasa sebak apabila membaca kapsyen ditulis Nedim.
 
Menerusi entri tersebut Nedim berkata, tidak tergambar perasaannya apabila mendapat berita anak kesayangannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
 
“Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Alhamdulillah, sepanjang lima bulan saya berada dalam kesakitan, Allah itu sentiasa ada bersama saya,” tulisnya.
 

Lebih menyentuh perasaan apabila Nedim tanpa henti memuat naik beberapa fotonya bersama Dre termasuk mengadakan sambutan hari lahir anak kesayangannya itu.
 
Menerusi foto-foto yang dimuat naik, jelas kelihatan wajah riang seorang ayah yang pernah ‘kehilangan’ jantung hatinya selama hampir setengah tahun.
 



Source link

read more

Ada sesiapa mahu beli James Bond mahu jual Aston Martin miliknya



LOS ANGELES: Tokoh perisik terunggul di layar perak, James Bond, mahu berpisah dengan kereta Aston Martin miliknya.

Pelakon Daniel Craig, yang membawa peranan ikonik itu dalam empat buah filem, mahu melelong Aston Martin edisi terhad yang dihasilkan khas untuknya pada empat tahun lalu.

Firma yang menguruskan lelongan itu, Christie’s, memberitahu bahawa hasil bidaan tertinggi itu nanti akan disalurkan kepada organisasi kebajikan.

Pelbagai model kereta Aston Martin telah muncul dalam filem-filem Bond sejak 50 tahun lalu, bermula dengan Goldfinger pada tahun 1964, yang menyaksikan aktor Sean Connery memandu model DB5 berwarna perak.

Jenama tersebut telah muncul dalam kesemua empat filem Bond yang dilakonkan Craig.

Kereta milik Craig ialah model Vanquish tahun 2014 yang hanya dihasilkan sebanyak 100 buah bagi meraikan ulang tahun ke-100 Aston Martin.

Kereta Craig itu mempunyai nombor plat ‘007’.

“Ia satu penghormatan pada kerjaya beliau. Apa yang dia bawakan dalam watak Bond sangat dihargai oleh syarikat itu, dan pastinya, oleh jutaan peminatnya,” ujar Pengarah Christie’s, Becky MacGuire.

Kereta itu mempunyai luaran berwarna biru dengan kemasan dalaman material kulit berwarna biru gelap, kerana ia dihasilkan mengikut cita rasa Craig.

Hasil lelongan itu akan dimanfaatkan oleh badan kebajikan di New York, The Opportunity Network, yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk mengejar impian mereka dalam pendidikan dan kerjaya.

Craig dan isterinyaa, aktres Rachel Weisz, merupakan ahli lembaga pengarah organisasi tersebut.
Nilai kereta itu dianggarkan antara AS$400,000 hingga AS$600,000 (RM1.56 juta hingga RM2.33 juta).



Source link

read more

Tiada istilah mudah jika ingin bergelar pelawak – Ali Puteh



PELAWAK anggota kumpulan Puteh, Ali mengingatkan anak didiknya supaya mengambil serius dalam setiap perkara yang ingin dilakukan jika mahu bergelar seorang pelawak.

Menurut Ali, kebanyakan mereka menganggap bergelar pelawak merupakan sesuatu perkara yang mudah.

“Apa yang saya perhatikan, ramai orang ingat jadi pelawak ni mudah sehingga ada yang buat lawak sambil lewa.

“Saya sering mengingatkan anak didik saya dalam Gegar Lawak ini supaya ambil serius setiap perkara yang mereka ingin lakukan atas pentas.

“Jadi dalam kelas saya tiada istilah bermain kerana saya mahu mereka semua fokus dan bersungguh-sungguh menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang menarik.

“Saya bukannya garang pun tapi saya harus tegas dalam kelas supaya mereka ini serius kerana tiada siapa dapat membantu mereka jika diri sendiri tidak mahu lakukan yang terbaik,” katanya kepada Astro Gempak.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
 
Selain Ali Puteh, program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik-Jentik dan Dzawin sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
 
Manakala pelawak Douglas Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
 
Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
 
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Berlakon dengan Aliff Aziz Saya tak takut tapi berjaga-jaga – Farah Nabilah



PELAKON Farah Nabilah kini bergandingan dengan penyanyi Aliff Aziz dalam drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” yang sedang giat menjalani penggambaran.

Tidak takut bergandingan dengan Aliff yang pernah terpalit dengan kontroversi, Farah mahu menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah.

Tambah gadis jelita itu, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga serta berfikiran positif.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

“Mungkin dahulu dia ada buat silap tetapi sekarang mungkin dia sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat lakonan,” kata Farah lagi.

Drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” bakal menemui penonton sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Farah



Source link

read more

Pergi dalam usia yang cantik amal ilmu yang cantik- Rakan artis doakan Azmil Mustapha



BUKAN sahaja keluarga, rakan artis turut terkesan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Azmil Mustapha.

Hasil di tinjauan di Instagram (IG), rata-ratanya turut merakamkan ucapan takziah buat bintang filem Ali Setan ini.

Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari Rabu.

BACA: Selamat tinggal, Taufik… 

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Sheila Mambo

“Assalamualaikum.. Pergi dalam usia yang cantik, amal ilmu yang cantik, difahamkan meninggal ketika sedang tidur. SubhanALLAH. Ya ALLAH, ampunkan dia ya ALLAH… Pandang la segala kebaikan dia ya ALLAH… Lenyapkanlah segala keburukan dia ya ALLAH… terimalah segala amalannya ya ALLAH… tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh… Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Erra Fazira

Abby Fana

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun…moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…Alfatihah.

Fedtri Yahya

“Alfatihah… semoga pengakhiran yang terindah… Kehebatan hijrah dan istiqamah.

Yasin Sulaiman

Suffian Amrin

“Bila ada iman dan taqwa, ALLAH akan aturkan rezeki, keselamatan dan semuanya untuk kita. Jangan risaulah..” pesan berguna dan gelak tawa yang pasti akan dirindui. Semoga ALLAH tempatkan Allahyarham Haji Azmil Mustapha bersama para Anbiya Syuhada dan Solehin di Syurga. #Alfatihah #azmilmustapha

Diana Rafar

“Al fatihah…. semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…Arwah Uncle Azmil sangat baik.. selalu terserempak di Shah Alam sentiasa senyum sangat peramah… Salam takziah untuk seluruh ahli keluarganya.

Fizo Omar



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons