Review Category : Hiburan

Black Widow bakal ke layar perak



BUAT peminat tegar komik adi wira terbitan Marvel, pasti anda mengharapkan filem solo buat karakter Black Widow. Harapan anda mungkin akan menjadi kenyataan!

Menurut laporan portal Variety, Marvel bakal muncul dengan filem solo buat karakter Black Widow atau Natasha Romanoff yang dilakonkan Scarlett Johansson.

Penulis skrip Jac Schaeffer telah ditugaskan untuk projek terbaharu itu.

Walaupun pembikinan filem itu masih pada peringkat awal, namun penulis skrip yang telah dipilih jelas menunjukkan filem itu bakal ditayangkan di layar perak.

Karakter Black Widow telah muncul dalam filem terbitan Marvel sebanyak enam kali termasuk siri filem Avengers dan yang bakal ditayangkan adalah sekuel siri filem tersebut, Avengers: Infinity War.

Terdahulu, setelah trailer Avengers: Infinity War dimuat naik dalam YouTube, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton.

BACA: Trailer ‘Avengers: Infinity War’ trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita

Selain berkongsi keterujaan mereka untuk menonton filem ini, ramai peminat tegar Marvel berkongsi ramalan mereka, seperti watak apa yang akan mati.

Avengers: Inifinity War bakal ditayangkan di Malaysia pada April 2018.



Source link

read more

Biar betul kami dah beli tiket penerbangan – Peminat berang konsert Sheila Majid ditunda


PEMINAT setia ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal berikutan pengumuman penundaan konsertnya di Jakarta yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari depan.

Menerusi pengumuman yang dibuat menerusi akaun Instagram rasmi IME Indonesia semalam, konsert itu terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal.

“Kami sangat kesal untuk memaklumkan bahawa Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2018 terpaksa ditunda kerana masalah teknikal.

“Tiket yang dibeli masih sah untuk konsert baharu yang akan diumumkan tarikhnya,” maklum akaun penganjur konsert tersebut.

Penganjur turut memohon maaf atas masalah tersebut dan meminta peminat menghubungi pihak terbabit untuk pertanyaan lanjut.
 

Bagaimanapun, peminat yang rata-ratanya sudah membeli tiket penerbangan dan penginapan ke Indonesia sempena konsert itu berang berikutan pengumuman saat-saat akhir itu.

“Kenapa umumkan saat-saat akhir dan peminat akan menyalahkan Datuk Sheila Majid bukannya penganjur. Ini akan menjejaskan reputasi beliau,” tulis @zraishan.

“Biar betul! Kami sudah beli tiket penerbangan pun,” tulis @ridzanitaridzuan.

“Sudah beli tiket penerbangan dan tempahan hotel pun. Masih menunggu tarikh baharu,” tulis @saubingwong.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ime_indonesia



Source link

read more

Eh kenapa ramai tak puas hati Jane Teoh ditabal Miss Universe Malaysia



MENYAMBUNG legasi Miss Universe Malaysia selepas Samantha Katie James, pelajar perakaunan dari Pulau Pinang, Jane Teoh ditabalkan sebagai Miss Universe Malaysia 2018 malam tadi.

Bagaimanapun, selepas Jane ditabalkan sebagai Miss Universe Malaysia, ramai yang beranggapan gadis itu tidak layak untuk menyandang gelaran itu hingga muncul perdebatan hebat di ruang komen Instagram @missuniversemalaysia.

“Jane Teoh tak yakin diri, tak banyak bercakap. Macam mana nak bersosial dengan peserta lain nanti,” tulis @gregory_kiyai.

“47 tahun tanpa sebarang pencapaian, inilah masanya untuk mengubah corak permainan. Letak ketepi ego dan hantar dia ke tempat lebih baik untuk latihan,” cadang @alxmcjo.

Jane, 20, mengalahkan tiga finalis lain iaitu Alexis Sue Ann Seow Su-Yin, 22, Liliana Fernandez, 20, dan Jasebel Shalani Robert, 22, yang semuanya berasal dari Kuala Lumpur.

“Saya mahu diingati sebagai seorang wanita yang boleh membawa perubahan. Impian saya selaku Miss Universe Malaysia mampu meneruskan kerja kebajikan yang saya lakukan selama ini,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur itu juga menyaksikan peragawati setinggi 178 sentimeter itu ditabalkan sebagai Miss Online Personality.

Jane menerima wang tunai RM50,000, hadiah tajaan bernilai RM150,000 dan biasiswa penuh dari HELP University.

Menurut Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia (Mumo), Datin Elaine Daly, Beauty Beyond You dipilih sebagai tema tahun ini demi memecahkan tradisi stereotaip ratu cantik untuk menjadi seorang pemimpin berjaya.
 

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @janeteoh_



Source link

read more

Avengers 4 hampir siap gambar cetus pelbagai persoalan



PEMINAT filem adiwira Marvel pastinya tidak sabar menyerbu panggung wayang bagi menyaksikan sekuel ketiga Avengers: Infinity War yang dijadual ditayangkan penghujung April depan.

Bagi menambah keterujaan anda, Marvel pada Khamis mengumumkan secara rasmi penggambaran bagi siri keempat filem itu telah siap selepas mengambil masa lebih enam bulan.

Pengarahnya yang juga pasangan adik-beradik Anthony dan Joe Russo berkongsi foto kek bagi meraikan tamatnya sesi penggambaran filem himpunan adiwira Marvel itu.

Kek berkenaan dihiasi dengan patung Mad Titan Thanos yang dijulang tiga tangan iaitu Black Widow, Vision dan The Hulk.

Persoalannya, mana tangan adiwira yang lain?

Sementara itu, beberapa lagi gambar yang dikongsi di Twitter memaparkan Chris Evans, Robert Downey Jr, Paul Rudd dan Mark Ruffalo di set penggambaran, lengkap dengan kostum bagi watak masing-masing.

Dua lagi persoalan tercetus. Mengapa Evans menyarung kostum Captain America dari filem pertama The Avengers yang ditayangkan pada tahun 2012?

Adakah filem ini ada kaitan dengan kembara masa?

Avengers 4 yang belum diumumkan tajuk kecilnya ini bakal melalui proses pasca penerbitan dan dijadual ditayangkan di seluruh dunia pada 3 Mei, 2019.



Source link

read more

The true lessons from the Last Jedi



WE had many invitations this time around for the screening of the Star Wars’ latest addition to its long list of sequel-prequel movies. RHB Bank were perfect hosts, they started it off with a lovely buffet dinner which, in hindsight, was perfect for boosting our spirits in holding on to our seats for the entire 2 hours and 32 minutes.

To describe it in a single word, the movie was incongruent. Riddled with inconsistent personality, Kylo Ren, being evil enough as he is to kill his own father in cold blood, yet towards the end, humorous to the point of comical, just doesn’t jive.

The audience can’t help but to literally lose all respects for all his earlier evil conniving. The filmmakers’ attempt at lightening the mood with main characters rather than their usual comics, fell short of expectations at best.

Let’s not begin with the bizarre Leia turning into Mary Poppins moment, that really, what was the point. Having said that, no one does it better than Mary Poppins herself or cooler that Yondu Udonta from The Guardians of the Galaxy vol. 2.

So, stop it Star Wars, get your own scene. We were waiting with bated breath, mind you, for a crisis build and catharsis moment with her son Kylo Ren, seeing he had been so affected initially by the supposed ambivalence of killing her. Sigh… Sad.

Now, let’s talk about Jake Skywalker, er, I mean Luke Skywalker. For a guy, whose prowess has been built up over the past 4 episodes of the previous 7 Star Wars, we can’t help but feel the deepest disappointment at how it ends with Luke Skywalker.

The all-powerful Jedi who had managed to kill the only other previous best, bested by a virtual reality game fight with Kylo Ren- really? To quote Mark Hamill- “This is not my Luke Skywalker!”

So many scenes were considered redundant for the progression and conclusion of the movie, yet so much was lacking in order to explain further the plot developments, leaving us breathless to explain the situation to each other. Like, for example, how the hell did Rey get out of the most secure room of the ship without anyone noticing? And straight to the designated planet too, mind you.

The very same one so many hundreds died , being shot down at… At the end of the day, it felt like they were large flaws of inconsistent plot holes in the movie.  Again, another long sigh here.

How can this be? What happened that so many things went so wrong so fast? (Depending on how one views 152 minutes of one’s life). To understand this, we must understand that movies are written and corrected in phases- script, production and post-production.

To be fair, let’s assume the flaws in the plot be due alternate endings and story lines, not an ultimate lapse of judgement in post-production storyline decisions. This may seem to be a good judgement, at first look, especially with the recent problems with leakages in plots, or outright whole films like the latest season of The Game of Thrones.

So, I guess the true lesson in this is real planning and early script writing as to not leave diehard fans of many decades totally and utterly disappointed. How does one tag George R.R. Martin here? Anyone?

* Mastura Rosly is a medical doctor and a psychiatric specialist-trainee who observes social behaviour
** The views and opinions expressed in this article are those of the author and do not necessarily reflect the position of Astro AWANI.



Source link

read more

Snow On The Sahara lagu Anggun jadi realiti



FENOMENA cuaca ekstrem mengejutkan dunia apabila gurun paling panas dunia, Gurun Sahara, diliputi salji.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak berseloroh tentang keajaiban alam itu dengan judul lagu Anggun, Snow On The Sahara.

Blogger terkenal Hollywood, Perez Hilton misalnya mengakui fenomena salji di Gurun Sahara seperti mengiyakan lagu Anggun yang diterbitkan tahun 1997.

BACA: Terjadi lagi, lapisan salji di Gurun Sahara

“Salji di Gurun Sahara! Sudah tentu saya akan teringatkan kamu!” tulis Perez di Twitternya pada Rabu.

Anggun membalas kenyataan Perez dengan bersetuju atas kejadian yang berlaku.

“Saya akan memikul tanggungjawab sepenuhnya,” tulisnya diikuti emoji senyum.
 



Source link

read more

Bapa Sharifah Shahirah meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon, pelawak dan hos terkenal Sharifah Shahirah meninggal dunia jam 9.15 malam di sebuah hospital di Ampang pada Khamis.

Jenazah akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Klang Gate.

Pengumuman dibuat pelakon tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagramnya.

Dua hari lalu, isteri kepada pelakon Ijoy Azahari ini juga mengesahkan bapanya Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dimasukkan ke wad akibat jangkitan pada paru-paru menerusi satu entri Instagram.

Terdahulu pada 6 Januari, pelakon yang juga kakak kepada Sharifah Sakinah ini kehilangan nenek kepada suaminya, Eshah Said atau Mak Esah.

Mak Esah  yang meninggal dunia pada usia 88 tahun merupakan ibu kepada Datin Maria Arshad.



Source link

read more

Anda bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza kalau tidak tahu 10 lagu ini



TANGGAL 11 Januari menjadi tarikh yang pasti diraikan oleh peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tarikh itu merupakan ulangtahun kelahiran penyanyi yang diangkat mustika hati nusantara serta penyanyi nombor satu Malaysia.

Sempena meraikan hari jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza ke-39 tahun ini, kami senaraikan 10 lagu malar segar terbaik yang pastinya menjadi siulan hingga kini.

1. Kau Kekasihku

Antara judul lagu yang mengangkat nama DS Siti Nurhaliza dan menjulang kariernya sekitar 20 tahun lalu. Memang ikonik!

2. Jerat Percintaan

Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997 dan menjadi single sulung DS Siti Nurhaliza. Pasti anda akan mengimbau semula medley Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 bukan? Power habis!

3. Purnama Merindu

Lagu wajib menghiasi ruang karaoke, lagu Purnama Merindu dimuatkan dalam album keempat Siti, Adiwarna (1998). Purnama Merindu pernah memenangi Shanghai Music Festival di China dan Grand Prix Winner dalam Voice of Asia di Kazakhstan.

4. Wajah Kekasih

Balada terbaik yang pernah dimiliki oleh DS Siti Nurhaliza hingga kini. Wajah Kekasih memonopoli kebanyakan carta lagu sekitar lewat 1990-an namun lagu ini tidak pernah memenangi sebarang anugerah.

5. Cindai

Cindai membuka lembaran genre muzik irama Malaysia dan etnik kreatif. Juara Lagu AJL 1998 itu pernah melakar sejarah menerusi persembahan penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.

6. Bicara Manis Menghiris Kalbu

Bagi yang membesar pada era 1990-an pastinya muzik video Bicara Manis Menghiris Kalbu paling kerap ditayangkan di kaca televisyen.

7. Kesilapanku Keegoanmu

Lagu yang jarang dipersembahkan Siti secara live namun percubaannya mengimbau semula Kesilapanku Keegoanmu menerusi konsert Where The Heart Is tiga tahun lalu berhasil mempopularkan kembali lagu itu.

8. Cuba Untuk Mengerti

Transkripsi (2006) boleh disifatkan album cukup sifat. Cuba Untuk Mengerti mungkin tidak sepopular Biarlah Rahsia, Pastikan, Destinasi Cinta atau Siti Situ Sana Sini, namun lagu ini juga antara yang popular hingga kini.

9. Seribu Kemanisan

Siapa boleh lupakan muzik video yang dirakamkan di Phuket, Thailand sekitar tahun 1999. Jika anda perhatikan, nukilan lirik lagu ini juga sangat puitis!

10. Segala Perasaan

Dimuatkan dalam album terbaharu Simetri Siti, Segala Perasaan diangkat sebagai single pertama dan menampilkan Siti dalam karakter adiwira untuk muzik video lagu itu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Rezeki semakin bertambah selepas berhijab – Elfira Loy



PELAKON Elfira Loy mengakui rezekinya semakin bertambah selepas mengambil keputusan untuk berhijab.

Menurut Elfira, 23, selepas berhijab dia sering mendapat tawaran untuk menjadi pengacara dalam program Islamik dan banyak melakukan kerja yang lebih positif.

“Mungkin doa mak saya dimakbulkan apabila saya berhijab, rezeki dalam industri hiburan semakin bertambah terutamanya dalam program berbentuk Islamik.

“Saya sekarang ini banyak mendapat tawaran kerja yang lebih postitif dan banyak ilmu yang saya perolehi.

“Namun, saya masih yang sama seperti dulu cuma ini peluang yang lain datang jadi apa salah saya untuk mencuba.

“Saya juga tidak menolak untuk turut serta dalam rancangan yang bukan berbentuk Islamik kerana jika boleh saya mahu seimbangkan kedua-duanya,” katanya kepada Astro Gempak.

Elfira berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenal 12 Peserta Tahfiz Muda yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Elfira Loy menggalas tugas Pengacara Rehal bersama Iman Muda Asyraf dalam Tahfiz Muda 2017.

Tahfiz Muda 2017 akan diadili sepenuhnya oleh empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafiz, Ustaz Don Daniyal sebagai ‘Hakim Munabbih (Hafazan) dan Ustazah Sharifah sebagai ‘Hakim Tilawah & Taranum’ serta Ustaz Zambri sebagai ‘Hakim Tajwid’.

Jangan lupa saksikan Tahfiz Muda pada setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Maya HD (135).



Source link

read more

Allah kurniakan puteri setelah 10 kali keguguran – Syukur ucap Fazley Yaakob



PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi video di sekitar majlis aqiqah anak perempuannya, Alayna Selma di laman Facebook.

Menerusi entri tersebut, Fazley meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana dikurniakan puteri sulung selepas isterinya mengalami keguguran hampir 10 kali.

“Salam semua. Selepas penantian bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT kurniakan saya dan isteri tercinta Azrene Ahmad seorang puteri, setelah hampir 10 kali keguguran.

“Sebelum mendapat anak pertama, Payish, juga kami pernah keguguran dan kini kami ada tiga anak lelaki, Payish Piyash Piyush.

“Kesabaran dan kekuatan kasih sayang adalah tunggak di dalam setiap rumahtangga. Moga video sekitar majlis aqiqah ini menjadi tanda kecintaan kami berdua untuk Alayna Selma atau Baby Ellie.

“Kepada anakanda kesayangan Dida; semoga video ini diulang-ulang nanti bila membesar sebagai peringatan detik-detik pertama kami semua jatuh cinta kepada Ellie,” tulisnya.

Selain kehadiran keluarga dan teman rapat, majlis aqiqah puteri sulung Fazley yang diadakan pada penghujung tahun lalu turut diserikan dengan kehadiran Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Dilahirkan pada Oktober tahun lalu, Ellie merupakan anak keempat Fazley bersama isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Berkahwin pada tahun 2007, Fazley dan Azrene turur mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7.

Selain laman Facebook, Fazley turut memuat naik video sekitar majlis aqiqah itu di laman Instagram dan YouTube miliknya, Fazley Yaakob.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fazley

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons