Review Category : Hiburan

Wow … GV4 belum mula Liza Hanim dah disambar LOL Entertaiment



Fuh! Hebat betul penangan GegarVaganza musim keempat (GV4) ni ek? Semalam Miss K sempat tengok majlis sidang media memperkenalkan barisan bintang GV4 di Facebook Live Astro Gempak.

Ketika pengacara majlis Dollah Cantik memperkenalkan barisan bintang GV4, ada di antara penonton yang kompelin kenapa artis-artisnya tak sama seperti yang dinyatakan sebuah forum gosip!

Yang kelakar tu, ada yang marah kononnya mereka ditipu! Eh…halo…rasanya tak ada apa-apa pun yang dikeluarkan Astro tentang GV4, sebelum pengumuman rasmi semalam?

Itu sebab Miss K sendiri pun, kalau nak tahu apa-apa perkembangan tentang GV, Miss K akan tengok Facebook Astro Gempak dan yang terbaru Instagram Gegar Vaganza, @gegarvaganzaofficial. Sumber-sumber lain Miss K tak percaya, sebab memang suka memandai-mandai!

Tapi…Miss K tak nafikan, bila wujud akaun dan berita palsu itu juga tandanya GV program yang berjaya dan sentiasa ditunggu-tunggu.

Haa..tempias kehangatan GV4 juga terkena pada salah seorang bintang GV4, Liza Hanim yang khabarnya sudah disambar syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

Amboi Liza…belum apa-apa lagi dah disambar! Miss K dengar lagi…Liza dan LOL Entertainment juga sedang merancang untuk keluarkan single.

Tapi disebabkan tawaran daripada GV4, Liza akan fokus kepada singlenya selepas tamat GV4 ini nanti.

Baguslah begitu, Miss K nak sangat ‘comeback’ Liza kali ini betul-betul menggegarkan industri hiburan tanah air.

Tahniah juga kepada Astro kerana berjaya menyediakan pelantar yang baik untuk bintang-bintang hebat kita kembali ke persada seni.

Okaylah, kepada semua bintang GV4 all the best dan good luck ya! Miss K belum fikir lagi nak joint team siapa sebab semuanya hebat-hebat!

Manakala di media sosial pula ramai yang mula hashtag team (#team) Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad, Miss K aja yang masih pening kepala nak pilih yang mana satu!

Miss K: Tak sabar tunggu konsert separuh akhir AF Megastar Ahad ini…Agak-agak semua ke pergi final?

 



Source link

read more

Astro Radio perkenal dua jenama baharu Zayan goXUAN



KUALA LUMPUR: Dunia hari ini semakin pantas, dipacu generasi muda yang kehidupannya bersandarkan alam media sosial, atas platform yang menyediakan segalanya.

Menyedari hal itu, Astro Radio turut tidak terlepas untuk beranjak mengikut perubahan cara kandungan dan maklumat disampaikan, dengan memperkenalkan dua jenama radio baharu iaitu Zayan dan goXUAN.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jake Abdullah, saluran baharu itu, bersama saluran-saluran lain sedia ada, tidak mahu lagi dilihat sebagai sebuah stesen.

Sebaliknya, katanya, ia mahu menjadi lebih dari itu, iaitu sebagai pentas interaktif antara penyampai dan pendengar untuk berkongsi maklumat dan gaya hidup masing-masing.

“Kami berubah daripada konsep stesen radio kepada konsep sebuah jenama.

“Anda perlu fikir yang ia adalah satu laman web dengan stesen radio, bukan lagi stesen radio yang mempunyai laman web,” katanya kepada Astro AWANI pada majlis pelancaran Zayan di Bangsar hari ini.

Setakat Ogos 2017 sahaja, lebih tiga juta rakyat Malaysia mendengar saluran radio kegemaran mereka secara streaming, menjadikan penubuhan Zayan dan goXUAN sebagai jenama radio yang dipacu platform digital untuk warganya berinteraksi.

Zayan adalah jenama radio Malaysia yang pertama untuk Muslim moden, dengan aspirasi untuk menyediakan komuniti yang semakin berkembang ini dengan muzik, kandungan serta dialog berunsurkan Islam.

“Mengapa Zayan? Saya fikir ada ruangan untuk jenama yang membawa tema ini ke dalam pasaran, terutamanya ketika ekonomi halal sedang meletus ketika ini,” kata Jake.

Zayan sudah ke udara hampir dua bulan dan nyata ia menerima maklum balas yang positif hasil daripada kandungan ilmiah dengan pendekatannya yang cukup santai tetapi sampai.

Mawi, salah seorang penyampai Zayan, berkata jenama radio ini tepat pada masanya ketika anak muda masa kini yang cenderung menolak sesuatu kandungan gaya lama walaupun ia menarik perhatian mereka.

“Kadang-kadang remaja ini mereka mahu belajar agama, tetapi mereka tak mahu yang berat-berat, sukar untuk mereka terima dan hadam.

“Tetapi Zayan adalah platform di mana mereka boleh ambil ilmu dan perkara-perkara positif secara santai,” jelasnya.

Pada masa sama, bintang Akademi Fantasia (AF) 3 yang bergandingan dengan Anas Tahir dalam segmen pagi Salam Bros ini juga bersyukur dan berbesar hati dengan wujudnya jenama radio ini yang selaras dengan jiwa dan gaya hidupnya.

Sebelum bergelar Raja SMS, Mawi pernah menjadi penyampai di majlis perkahwinan atau DJ serta di pasar raya, dan hari ini impiannya sekian lama sebagai seorang penyampai radio akhirnya termakbul.

“Saya masuk AF sebab ‘target’ saya ketika itu hendak jadi penyampai, sebab tengok ramai bintang AF seperti Nana, Adi dan Burn, menjadi penyampai, dan saya lihat ia satu peluang.

“Dapat masuk AF, saya ‘target’ dapat seminggu dua kemudian terkeluar okay lah, dapatlah jadi DJ. Tetapi lain pula jadinya, sampai final, tiba-tiba jadi penyanyi.

“Saya tak mahu jadi penyanyi sebenarnya, tetapi dah rezeki, syukur Alhamdulillah. Selepas 12 tahun, akhirnya dimakbulkan (sebagai penyampai radio),” ceritanya.

Selain Mawi dan Anas, Zayan dengan tagline ‘Indah Di Hati’, turut menampilkan Lin Ariffin, Raqib, dan Falyq sebagai penyampainya.

Aplikasi Zayan boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore dan Apple Appstore dan pendengar boleh berinteraksi dengan penyampainya menerusi platform Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Zayyan juga boleh didengari pada saluran 104.9fm di Lembah Kelang, 98.1fm di Alor Setar, 106.4fm di Ipoh, 98.9fm di melaka, 92.8fm di Johor Bahru dan 91.6 di Kuantan.

Sementara itu, goXUAN hadir sebagai penetap trend bagi Generasi Z komuniti Cina di negara ini, memberikan hits terkini, trending dan topik terhangat untuk generasi sosial celik teknologi masa kini.

Tidak seperti jenama radio lain, goXUAN hidup dengan dipacu visual, di mana mereka akan menyiarkan secara langsung dari studio dan kandungan hiburan menerusi platform digitalnya sepanjang hari.

goXUAN boleh dinikmati menerusi aplikasi percuma yang boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Appstore, begitu juga pendengar boleh berinteraksi menerusi Whatsapp dan platform lain seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Ia juga boleh didengari daripada gelombang radio di 88.9fm di Lembah Kelang dan 107.6fm di Pulau Pinang.



Source link

read more

Malang bertimpa Weinstein disaman lagi – TMZ



THE Weinstein Company (TWC) sekali lagi disaman, tetapi kali ini bukan untuk gangguan seksual.

Isteri kepada penulis novel, “The Amityville Horror” dilaporkan menyaman Harvey Weinstein, Bob Weinstein serta TWC dengan mendakwa bahawa TWC meniru hasil kerja suaminya yang telah meninggal dunia untuk menghasilkan filem itu.

Lesia Anson berkata sekuel 2017 itu ditiru bulat-bulat daripada novel dan versi filem 1979 yang kedua-duanya hasil ciptaan suaminya.

Kata Lesia, TWC tidak meminta sebarang kebenaran daripadanya untuk menggunakan hasil kerja suaminya.

Tambahnya, sekuel 2017 “Amityville: The Awakening” menerima ulasan yang tidak memuaskan seperti dilaporkan laman web hiburan TMZ.

Ia dilaporkan menjadi filem yang mengalami minggu pembukaan yang teruk dengan hanya menjana AS$742 dari sepuluh pawagam.

Filem Amityville: The Awakening ditayangkan di pawagam hujung Oktober lepas di tengah-tengah  kehangatan dakwaan skandal seks oleh Harvey Weinstein.



Source link

read more

Berakhir sudah hubungan bintang Korea Lee Min Ho dan Suzy



PELAKON Korea, Lee Min Ho dan penyanyi Bae Suzy daripada kumpulan Miss A dilaporkan telah berpisah selepas dua tahun bersama.

“Lee Min Ho dan Suzy telah berpisah baru-baru ini.

“Sebabnya adalah peribadi dan mereka tetap menjadi kawan baik,” menurut laporan portal hiburan allkpop.

JYP Entertainment telah mengesahkan kesahihan berita ini dan mengatakan bahawa pasangan kegemaran ramai ini telah berpisah.

Pasangan tersebut mengakui hubungan percintaan mereka pada Mac 2015, dan pernah berbual tentang satu sama lain dalam sesi wawancara.



Source link

read more

Bieber-Selena Gomez tidak selindung aksi romantis



SEJAK dua minggu kembali menjalin hubungan cinta, pasangan penyanyi Justin Bieber dan Selena Gomez tidak teragak-agak untuk muncul di khalayak ramai secara berdua-duaan.

Orang ramai mula menyedari kehadiran pasangan selebriti ini di beberapa kawasan yang kurang dikunjungi di Los Angeles, California.

Semalam, seorang penguna Twitter memuat naik gambar pasangan berkenaan sedang beriadah di sebuah taman.

Gomez sebelum ini berpacaran dengan penyanyi The Weeknd sementara Bieber, Yovanna Ventura.

Media juga melaporkan sejak Bieber dan Gomez memutuskan hubungan dengan kekasih mereka sebelum ini, pasangan muda berkenaan dilaporkan sering kelihatan bersama.



Source link

read more

Confirm ramai beratur – Gadis cantik jual nasi ayam bakar viral



GADIS bernama Wana Sulaiman mula mendapat perhatian netizen apabila kisahnya perniagaannya yang menjual nasi ayam bakar menjadi viral di laman sosial.
 
Selain menu yang ditawarkan, rupa paras Wana yang cantik juga merupakan antara sebab peniagaannya mendapat sambutan hangat.
 
Perniagaan Nasi Ayam Bakar Blackpaper Sos dan Nasi Perang (brown rice) ini terletak di Taman Medan, Petaling Jaya.
 
Wana mula menghebahkan perniagaannya menerusi laman sosial Twitter miliknya @wanasulaiman21 dua hari lalu dengan cara meminta warga Twitter untuk ‘retweet’ statusnya bagi tujuan promosi.
 



Source link

read more

Idris Khan kahwin model cantik Maghribi 20 Januari 2018



PELAKON dan model kacak, Idris Khan, 29, bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari 2018.

Bagaimanapun, lokasi untuk majlis itu masih belum diputuskan.

“Saya dan Sanaa akan berkahwin pada 20 Januari 2018 di Kuala Lumpur. Cuma lokasi sebenar masih belum ada.

“Keluarga Sanaa akan turun ke sini untuk majlis perkahwinan kami.

“Setakat ini persiapan menjelang majlis itu berjalan lancar dan saya tidak terlalu tertekan untuk memikirkan soal itu (kahwin),” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Idealyst Medispa Putrajaya pada Rabu.



Source link

read more

Lagu kandas Saya tak ada niat pertikai tugas juri – Ayda Jebat


SELEPAS wujudnya dakwaan yang mengatakan penyanyi Ayda Jebat ‘sentap’ kerana lagu nyanyiannya, Mata, tidak tersenarai untuk bertanding pada Anugerah Juara Lagu ke-32, penyanyi itu tampil memberikan penjelasan.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 25, menjelaskan yang dirinya tidak berniat untuk mempertikaikan tugas juri.

“Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk mempertikaikan kerja atau tugas juri. Malah saya menghormati keputusan mereka. Saya cuma mahu bertanya untuk kebaikan diri sendiri. 

“Saya mahu bertanya kekurangan dan kesilapan saya. Sudah tiga kali saya kandas di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, jadi saya mahu tahu apa sebabnya agar saya tidak mengulangi kesilapan saya di masa akan datang,” katanya lagi.

Tambah Ayda, penting untuk dirinya mengetahui sebab tersebut agar dia dapat memperbaiki kelemahan sendiri.

“Saya bertanya mengenai markah saya sahaja, bukannya markah peserta-peserta lain. Saya mahu melihat kesilapan sendiri untuk penambahbaikan.

“Saya mahu melakukan yang terbaik di masa akan datang dan tidak mahu mengecewakan peminat saya. Mereka ibarat nadi penggerak saya dalam industri hiburan. Sudah pasti saya mahu membuat mereka rasa bangga,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Pencuri Hati ini bakal muncul dengan filem Pinjamkan Hatiku yang bakal ditayangkan di pawagam 30 November ini.

Filem arahan Osman Ali sedang giat menjalani sesi promosi dan menggandingkan Ayda bersama dua aktor hebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @aydajebat



Source link

read more

Muka saya garang tapi dalam hati ada taman – Awie



VOKALIS kumpulan Wings, Awie mengakui ramai artis muda takut untuk menegurnya kerana dia mempunyai raut wajah yang garang.

Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 49, berkata dia  tidak memandang perkara itu sebagai masalah sebaliknya bersikap terbuka untuk mula menegur mereka dahulu.

“Ramai juga yang memberitahu bahawa mereka takut untuk menegur saya kerana raut wajah saya nampak garang dan tegas.

“Namun apabila sudah berbual dan kenal baru mereka tahu bahawa saya merupakan seorang yang kelakar serta tidak seperti yang mereka jangkakan.

“Jadi disebabkan itu saya mengambil langkah untuk mula menegur mereka dahulu kerana saya faham mungkin ada yang malu dan takut nak tegur.

“Jangan risau untuk menegur saya kerana muka sahaja nampak garang tetapi dalam hati ini sebenarnya ada taman,” katanya kepada Astro Gempak.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, baru-baru ini.
 
Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usaha sama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Say Yes To The Dress Asia tonjol keunikan gaun perkahwinan Asia


KUALA LUMPUR: Siri TV realiti TLC, Say Yes To The Dress (SYTTD) versi Asia akan membuat penampilan pertamanya pada 24 November ini yang bakal dihoskan oleh pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan pengacara Daphne Iking.

Apa yang menariknya dalam Say Yes To The Dress Asia ini busana perkahwinan dari pelbagai bangsa di Asia akan ditonjolkan, yang pasti ia akan melibatkan gabungan warna-warna meriah mengikut budaya dan adat pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan India.

Seramai 18 pasangan akan bersama-sama Jovian dan Daphne mencari busana yang tepat buat majlis perkahwinan masing-masing.

Rakaman perjalanan dalam pencarian gaun yang tepat bagi setiap pengantin akan dirakamkan dan ia pastinya akan melibatkan pelbagai emosi sebelum menjelangnya hari bersejarah itu buat semua pasangan.

“Budaya Asia yang kuat akan menampilkan perspektif berbeza dalam SYTTD versi Asia ini. Banyak kisah yang menyentuh hati yang mana faktor keluarga dan rakan memainkan pengaruh yang besar dalam keputusan pengantin perempuan,” kata Daphne yang juga merupakan perunding imej dalam SYTTD Asia.

Budaya Asia yang kuat akan menampilkan perspektif berbeza dalam SYTTD versi Asia ini. - Foto oleh Say Yes To The Dress Asia

Manakala bagi Jovian, SYTTD versi Asia ini lebih dari sekadar mencari gaun putih buat sesebuah perkahwinan.

“Apa yang membezakan acara ini adalah warna dan kepelbagaian perkahwinan Asia. Kita mempunyai pengantin dari pelbagai kaum dan anda boleh melihat budaya dan tradisi yang indah sebagai sebahagian daripada apa yang akan ditunjukkan dalam siri realiti ini,” kata Jovian yang turut membawakan beberapa busana rekaannya di dalam siri ini.

Seramai 18 pasangan akan bersama-sama Jovian dan Daphne mencari busana yang tepat buat majlis perkahwinan masing-masing. - Foto oleh Say Yes To The Dress Asia

Pembikinan siri sebanyak lapan episod ini diadakan sepenuhnya di Lembah Klang membabitkan 18 pasangan pengantin.

Karya asal siri oleh Endemol Shine, SYTTD versi Asia ini akan menemui penonton pada 24 November jam 9 malam di TLC (Astro Channel 707).



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons