Review Category : Hiburan

Tombiruo Penunggu Rimba kutip RM8 juta jadi filem kedua terlaris 2017



FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya meraih kutipan sebanyak RM8 juta sejak ditayangkan pada 12 Oktober lalu.

Sekali gus, menjadikan filem adaptasi novel Ramlee Awang Murshid itu sebagai filem kedua paling laris pada tahun 2017.

Tombiruo: Penunggu Rimba telah ditayangkan selama empat minggu di pawagam seluruh Malaysia dan negara jiran Brunei dan Singapura.

Bagaimanapun, filem Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions masih kekal sebagai filem paling laris 2017 dengan kutipan sebanyak RM18 juta.

Tombiruo: Penunggu Rimba menggandingkan Zul Ariffin dan Farid Kamil di layar perak selain pelakon berbakat lain seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Faye Khusyairi dan Datuk M. Nasir.

Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo dan sering disisihkan masyarakat kerana memiliki wajah bukan manusia.

Satu insiden tragis berlaku pada Tombiruo hingga menimbulkan kemarahan dan dendam.

Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga kerja produksi filem Tombiruo: Penunggu Rimba!



Source link

read more

Comfirm ramai beratur – Gadis cantik jual nasi ayam bakar viral



GADIS bernama Wana Sulaiman mula mendapat perhatian netizen apabila kisahnya perniagaannya yang menjual nasi ayam bakar menjadi viral di laman sosial.
 
Selain menu yang ditawarkan, rupa paras Wana yang cantik juga merupakan antara sebab peniagaannya mendapat sambutan hangat.
 
Perniagaan Nasi Ayam Bakar Blackpaper Sos dan Nasi Perang (brown rice) ini terletak di Taman Medan, Petaling Jaya.
 
Wana mula menghebahkan perniagaannya menerusi laman sosial Twitter miliknya @wanasulaiman21 dua hari lalu dengan cara meminta warga Twitter untuk ‘retweet’ statusnya bagi tujuan promosi.
 



Source link

read more

Peminat risau hidung Janet Jackson tenggelam



HIDUNG mancung bintang pop terkenal dunia, Janet Jackson ketika penampilannya di sebuah majlis baru-baru ini kelihatan sperti ‘tenggelam’, membuatkan peminat ratanya terkejut dengan perubahan tersebut.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu All For You itu telah membuat penampilan di gala karpet merah di New York, Amerika Syarikat pada minggu lepas.

Namun yang menjadi perbualan hangat peminat ialah perubahan ikonik pada hidung penyanyi berusia 51 tahun itu.

Pakar bedah plastik, Dr Matthew Schulman berkata hidungnya seperti terdapat beberapa keruntuhan pada struktur hidung dan lubang hidung.

“Ini mungkin hasil daripada pelbagai prosedur pembedahan terdahulu yang menyebabkan kecederaan kepada tulang rawan yang menyokong hidung,” katanya dipetik portal Page Six.

Menurut portal berkenaan, pada tahun 2006, Janet telah memberitahu kepada sebuah rancangan televisyen, Extra bahawa beliau telah membuat pembedahan hidung sewaktu berumur 16 tahun dan ianya bukan lagi rahsia.

“Adakah saya akan buat (pembedahan) lagi? Itu saya tidak tahu. Saya pernah lihat ramai wanita di mana hidung mereka ditarik semula dan ianya tidak terlalu comel.

“Tetapi saya beritahu kamu sekarang, tanya saya lagi dalam tempoh 20 tahun akan datang,” kata Janet.

Di majlis berkenaan, Janet Jackson menerima Anugerah Ikon Muzik OUT100.



Source link

read more

JLo cetus trend pegang bekas minuman berhias kristal



Penyanyi terkenal Jennifer Lopez (JLo) mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat apabila dilihat sering menggunakan bekas minuman Starbucks yang dihiasi kristal.

Pengasas TaylorMade Bling, Teneka Moore berkata, pakar rias kuku JLo, Elle Gerstein, menempah bekas tersebut daripada syarikat dekorasi itu sebagai hadiah hari jadi kepada penyanyi itu pada Julai.

JLo dilihat memegang gelas itu sebagai aksesori utama dalam kebanyakan gambar kebelakangan ini.

Ini membangkitkan kegilaan dalam kalangan peminat dan permintaan bagi gelas tersebut semakin meningkat.

Menurut Moore, gelas yang dihadiahkan kepada JLo itu berharga USD585. Pasangan JLo, Alex Rodriguez, turut membeli satu gelas dari Moore, berharga USD495.

Laporan TMZ juga menyatakan bahawa artis popular lain turut menempah bekas air dari Moore dan perkara ini semakin menjadi trend terbaru masa kini.



Source link

read more

Kerana tak follow di Twitter Lindsay Lohan sentap dengan JLo



MEREKA yang mengikuti perkembangan artis antarabangsa Lindsay Lohan, tentu tahu mengenai pelakon dan penyanyi itu, yang gemar ‘menegur’ rakan selebriti di Twitter.

Apa sahaja yang terlintas di fikiran, atau apa sahaja isu, Lohan tidak segan silu untuk meminta selebriti terbabit menghantar mesej secara DM (direct message) terus kepadanya.

Namun, teguran Lohan kali ini agak menggelikan hati kerana ia bukan sekadar teguran ramah seperti biasa.

Sebaliknya, ia seperti satu luahan rasa tidak puas hati.

‘Mangsa’ Lohan kali ialah bintang terkemuka, Jennifer Lopez.

Lopez secara kebetulan berada di Dubai untuk satu konsert dan Lohan pula sudah beberapa bulan menetap di situ.

Kata Lohan, dia merancang mahu bertemu Lopez namun tidak dapat berbuat demikian kerana gagal menghantar DM kepada Lopez.

Ini kerana Lopez tidak ‘follow’ (mengikuti) Lohan di Twitter.

Rata-rata peminat menganggap tindakan Lohan itu agak kebudak-budakan dan mempersoalkan keperluannya bertemu Lopez.

“Takkan dia (Lopez) nak jumpa awak semata-mata sebab awak tinggal di Dubai?” tulis seorang peminat, Jamie Parker.

“Saya terasa mahu ketawa tetapi tidak sampai hati kerana awak (Lohan) ada masalah psikologi yang serius,” tulis seorang lagi peminat, Claire Collinson.



Source link

read more

Tak nak kembali bercinta ke – Nabil usik Hans Isaac dan Neelofa



POTONGAN video temu bual antara pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa bersama tetamu undangan, Datuk Hans Isaac mencuri perhatian netizen.

Biarpun baru dimuat naik semalam, video yang disiarkan menerusi laman YouTube MeleTOP itu mendapat lebih 150,000 tontonan.

Nabil sempat mengusik Neelofa dan Hans yang pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

Menerusi sedutan video tersebut, Nabil sempat bertanya kepada Hans, adakah jejaka itu akan kembali semula bercinta bersama Neelofa memandangkan Hans kini sudah kembali solo.

Tenang menjawab persoalan Nabil, Hans mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain

“Bagi saya, buat masa sekarang, ‘kedai’ dah tutup, ‘kedai’ saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik.

“Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula,” kata Hans.

Sementara itu, peminat memuji sikap yang ditunjukkan oleh Neelofa dan Hans di ruangan komen.

Biarpun pernah bercinta dan putus di tengah jalan, mereka tetap berkawan dan profesional atas dasar kerja.

Hans muncul di MeleTOP untuk mempromosikan program baru, Lawak Ke Der Coverline setiap Jumaat, jam 9.30 malam di Astro Warna dan Astro Warna HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Video: YouTube & Instagram @meletop

 



Source link

read more

Fattah Fazura berangkat menunaikan umrah minta peminat doakan



SEMALAM, khabar angin mengenai pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pertunangan bertebaran di media sosial.

Ada juga spekulasi yang mengatakan pasangan ini melangsungkan pernikahan di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi.

Bagaimanapun menerusi sebuah kenyataan hari ini, pihak pengurusan Fazura mengumumkan pelakon cantik tersebut sudah pun berangkat ke tanah suci Mekah, pukul 12.30 tengahari tadi.

BACA: Bernikah? ‘Tunggu sidang media kami 23 Nov depan’

BACA: Benar atau tidak, netizen mula ucap tahniah kepada #Fattzura

“Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan. 

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

“Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” -Fattah Amin & Fazura”

Sekian, Terima Kasih.
 



Source link

read more

Kalahkan Zac Efron Blake Shelton lelaki paling seksi 2017



MAJALAH People menyenaraikan komposer, penyanyi dan kini juri rancangan realiti The Voice, Blake Shelton sebagai lelaki paling seksi tahun 2017.

Majalah popular itu akan mengangkat ikon tersebut untuk menghiasi muka hadapan edisi November setiap tahun.

Blake, 41, disifatkan mempunyai pesona tersendiri dan mampu membuatkan ramai hati wanita cair apabila berdepan dengannya.

Hal itu terbukti apabila penyanyi Gwen Stefani sendiri jatuh hati dengan Blake ketika digandingkan dalam rancangan realiti The Voice beberapa tahun lalu.

Malah, Blake juga menempa kejayaan dalam bidang perniagaan apabila baru membuka sebuah restoran makanan segera berkonsepkan ‘country’ di Oklahama, Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Blake Shelton merupakan lelaki paling seksi tahun ini dan paling penting dia sudah tidak sabar untuk menunjukkan wajahnya di edisi terbaharu People kepada Adam Levine,” tulis People.
 



Source link

read more

Taylor Swift dedikasi lagu Dress buat Ed Sheeran



TAJUK dan lirik lagu Taylor Swift tidak pernah lekang daripada kontroversi dan sering kali mengundang spekulasi.

BACA: ‘The old Taylor is dead’ – rangkap lirik single baharu Taylor undang spekulasi

Terbaharu, rangkap dalam lirik lagu “Dress“, “I don’t want you like a best friend” menarik perhatian peminat sehingga ada yang berpendapat lagu tersebut ditujukan kepada rakan karibnya, Ed Sheeran.

Bait lirik “There is an indentation in the shape of you, Made you mark on me, a golden tattoo” dipercayai ada kaitan dengan lagu popular “Shape Of You” nyanyian pemenang Grammy itu.

Namun, Ed Sheeran menamatkan desas-desus tersebut dalam siaran langsung Instagram di laman gaya hidup Singapura, August Man.

“Saya tidak rasa ia tentang saya.

“Dia menyebut tentang seseorang yang mempunyai potongan rambut buzzcut dan saya tidak pernah menggayakan stail rambut tersebut,” jelas Ed.

Ed Sheeran pernah berkolaborasi dengan Taylor Swift untuk menghasilkan lagu “Everything Has Changed” pada 2012 dan mereka sekali lagi bekerjasama mendendangkan lagu “End Game” dalam album keenam Taylor.

“Reputation” merupakan album come back Swift sejak album terakhirnya “1989” pada 2014.



Source link

read more

Fattzura bernikah Saya tak berani komen – Sumber rapat



KUALA LUMPUR: “Saya tak pasti, saya di pihak pengurusan jadi saya tidak berani untuk komen,” kata seorang sumber rapat dengan pelakon Fattah Amin ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

“Memang benar Abang Faz (panggilan untuk Fattah dalam kalangan rakan rapat) akan menunaikan umrah hari ini,” katanya.

“Saya tidak berani untuk menjawab bagi pihak Fazura kerana beliau ada pengurusannya sendiri,” tambahnya.

Sumber itu turut mengulas Fattah sendiri akan mengeluarkan kenyataan untuk menjawab spekulasi yang kini bertiup kencang tentang kononnya dia dan Fazura sudah bernikah secara senyap malam tadi. 

Sebelum ini, Fattah ada membuat pengumuman tentang hasrat beliau untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Memang benar, namun beliau ada beberapa komitmen yang perlu ditunaikan sebelum bertolak ke Tanah Suci,” kata sumber itu.

Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.

Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Beliau turut berpesan untuk peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

BACA: Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura?

“Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas dalam satu temu ramah baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de’Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons