Review Category : Hiburan

Benar atau tidak netizen mula ucap tahniah kepada Fattzura



KUALA LUMPUR: Meskipun kesahihan berita masih belum diperolehi, kumpulan netizen pantas berkongsi ucapan tahniah kepada pelakon terkenal Fattah Amin dan Fazura susulan laporan pernikahan pasangan selebriti itu malam tadi.

Seorang sumber rapat dengan pelakon Fattah Amin ketika dihubungi Astro AWANI juga tidak berani untuk memberikan sebarang komen.

“Saya tak pasti, saya di pihak pengurusan jadi saya tidak berani untuk komen.

“Memang benar Abang Faz (panggilan untuk Fattah dalam kalangan rakan rapat) akan menunaikan umrah hari ini,” ringkas katanya.

Ada yang tertanya-tanya dengan kesahihan berita ini. 

Sebelum ini, Fattah ada membuat pengumuman tentang hasrat beliau untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.



Source link

read more

Bernikah Tunggu sidang media kami 23 Nov depan – Fattah Fazura



KUALA LUMPUR: Spekulasi sudah mula bertiup kencang tentang aktres and aktor, Nur Fazura dan Fattah Amin sudah mendirikan rumah tangga secara senyap malam tadi masih tidak terjawab.

Berikut kenyataan media dari Fattah dan Fazura

Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

BACA: Fattzura bernikah?: ‘Saya tak berani komen’ – Sumber rapat

BACA: Benar atau tidak, netizen mula ucap tahniah kepada #FattZura

Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” – Fattah Amin & Fazura
 



Source link

read more

Amazon dapat hak terbit The Lord of The Rings versi TV



AMAZON Studios telah berjaya mendapatkan hak penerbitan siri televisyen The Lord Of The Rings, namun ia mungkin tidak mengikut jalan cerita dari filem asal.

Adaptasi naskhah fantasi JRR Tolkien itu akan diterbitkan dalam beberapa musim.

Bagaimanapun nama pelakon dan bila siri berkenaan akan dilancarkan belum lagi diumumkan.

Mengikut kenyataan media dari Amazon, versi televisyen ini akan memberi tumpuan kepada jalan cerita berbeza berbanding versi filem.

Tiga filemnya yang diarahkan Peter Jackson telah mendapat kutipan US$6 bilian dolar di serata dunia.

Novel The Lord Of The Rings pula telah dinamakan sebagai buku kegemaran millennium pada 1999 oleh pelanggan Amazon.



Source link

read more

Rasanya saya kena mandi bunga – Reaksi Kamal Adli selepas kemalangan



PELAKON Kamal Adli berdepan detik cemas pada Sabtu lalu apabila kereta yang dipandunya hampir terbabas selepas melanggar sebuah tayar treler di sekitar Nilai, Negeri Sembilan ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Kamal, 31, ketika itu dalam perjalanan dari Melaka selepas tamat penggambaran filem Escape untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku.

“Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan.

“Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat.

“Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa.

BACA JUGA: “Ikhlas itu awak, buruk itu saya” – Kamal Adli luah rasa terharu terhadap Emma

“Apapun, saya terima semuanya dengan reda. Rasanya selepas ini saya kena mandi bunga,” selorohnya kepada Astro Gempak.

Kamal yang baru dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 itu juga dilaporkan baru kehilangan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilla Shiver beberapa bulan lalu.

Malah, Kamal juga diuji dengan kisah cintanya dengan Emma Maembong yang turut membabitkan pelakon Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kamaladli, Berita Harian



Source link

read more

Fattah Amin jadikan Nabi Muhammad rujukan jika jodoh dengan wanita berusia



PELAKON sensasi, Fattah Amin tidak menolak seandainya menemui jodoh dengan wanita yang lebih matang dan berusia daripadanya.

Kata Fattah, 27, dia menjadikan kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan berkaitan jodoh dan menganggap usia bukan penghalang.

“Saya tidak kisah siapa isteri saya, terima sahaja tua atau muda sebab jodoh itu rahsia Allah.

“Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun memperisterikan Siti Khadijah yang berbeza usia 15 tahun.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata Fattah ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Gosip kisah cinta Fattah dan pelakon jelita Nur Fazura mula diperkatakan apabila kedua-duanya digandingkan untuk membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada pertengahan tahun ini.
 



Source link

read more

Tayangan Wonder Woman 2 diawalkan



KUALA LUMPUR: Berita gembira buat peminat Wonder Woman. Tayangan perdana sekuel filem adiwira lakonan Gal Gadot itu Wonder Woman 2 yang sepatutnya 13 Disember 2019 dijadualkan semula kepada 1 November 2019.

Perkara ini dimaklumkan Warner Bros. Pictures menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Jika mengikut tarikh asal Wonder Woman 2 terpaksa bersaing dengan “Star Wars: Episode IX” arahan JJ Abrams yang turut menukar tarikh tayangannya dari May 2019 kepada 20 Disember 2019.

Satu-satunya filem bajet besar yang bakal menjadi saingan Wonder Woman 2 pada tarikh itu nanti adalah filem ke-25 James Bond yang dijadual ditayangkan pada 8 November 2019.

Selain Gal Gadot selaku tarikan utara Wonder Woman 2 turut mengekalkan Patty Jenkins selaku sutradara yang turut berperanan sebagai penulis skrip bersama Dave Callaham dan Geoff Johns.

Filem pertama Wonder Woman yang ditayangkan tahun ini berjaya mencatat kutipan global berjumlah AS$821 juta.



Source link

read more

Bryan Adams tampil dengan album kompilasi hit terbaharu Ultimate



PENYANYI popular era 1990an dari Kanada, Bryan Adams tampil dengan album terbaharu berjudul “Ultimate”.

Koleksi “Ultimate” mengandungi 21 lagu hit sebelum ini, termasuk “Summer of 69” dan “Everything I Do I Do It For You”.

Lebih istimewa, “Ultimate” menampilkan dua lagu baharu “Ultimate Love” dan “Please Stay”.

Bryan Adams dalam satu temu bual berkata hanya selepas “Ultimate” diterbitkan, beliau akan membuat persembahan live dalam jelajahnya di UK pada Mei tahun depan.



Source link

read more

Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi…



Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk ‘berbulan madu’ bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.

Perancangan itu telah dibuat bersama anak-anak dan cucu-cucunya sebelum majlis perkahwinan yang diadakan semalam (Ahad).

Bagaimanapun, Jalaluddin terpaksa membatalkan impiannya untuk ke Moscow kerana beberapa sebab.

“Pada mulanya saya berbincang dengan isteri saya untuk ke Moscow bersama keluarga saya yang sudah lama merancang untuk melancong ke sana.

“Memang setiap tahun kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.

“Namun, Rapidah menolak pelawaan saya sebab dia mahu mengambil masa lebih panjang untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu barunya.

“Dengan masa yang ada ini biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan barulah kami akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya kepada Astro Gempak.

Jalaluddin dan Rapidah selamat bernikah pada pagi Ahad dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu dan menyaksikan pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 berbalas tujuh daripada pihak Rapidah.

Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka.

Jalaluddin pernah mendirikan rumah tangga dengan Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah isterinya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Ed Sheeran tahan sakit demi peminat di Singapura



PENYANYI dan komposer sensasi, Ed Sheeran tampil dalam persembahan pertamanya di rantau Asia selepas berehat akibat kemalangan basikal yang dialaminya bulan lalu.

Dalam kemalangan itu, penyanyi kelahiran Britain itu dilaporkan sedang berbasikal menuruni bukit di Suffolk.

Sheeran, 26 tahun, mengalami kecederaan apabila tangannya patah.

Menerusi satu muat naik dalam akaun Instagramnya pada Ahad, Sheeran mengakui tangannya masih sakit dan kemudiannya menunjukkan rasa lega selepas mengenakan semula ‘alat penyokong pergelangan tangan’ selepas persembahan beliau berakhir.

It still aches, but I’m able to play shows now, so I’m happy about that.” (Ia masih sakit, namun saya gembira kerana masih mampu membuat persembahan).

Kenyataan itu dibuat dalam video Instagram yang dimuat naik sempena konsert pertamanya dalam siri jelajah Asia di Singapura.

First show back x

A post shared by Ed Sheeran (@teddysphotos) on

Konsert selama 90 minit yang diadakan di Stadium Tertutup Singapura itu dihadiri 10,000 penonton.

Sheeran cukup menghiburkan ketika menyampaikan lagu-lagu hits beliau termasuk, Photograph dan Thinking Out Loud.

Wujud spekulasi sebelum ini yang mendakwa Sheeran mungkin membatalkan atau menangguhkan jelajah Asianya akibat kemalangan berkenaan.

Mungkinkah Sheeran akan menanggalkan ‘bandage’ tangannya dalam konsert di Kuala Lumpur malam esok?

Sama-sama kita nantikan!



Source link

read more

Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura



PELAKON sensasi kesayangan ramai, Fattah Amin bakal ke tanah suci Mekah pada 15 November untuk menunaikan ibadah umrah.

Malah, teka-teki individu yang bakal bersama Fattah menunaikan umrah masih belum terjawab.

Namun, kesempatan untuk bertemu Fattah sempena majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam baru-baru ini menjawab segala persoalan.

“Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri.

“Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan ibadah itu saya serahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.

Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

“Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de’Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons