Review Category : Hiburan

Anak terima ijazah Umie Aida bangga jadi ibu seawal usia 20 tahun



PELAKON Datin Seri Umie Aida akui berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 24,  yang menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, pada Sabtu.

Umie Aida menerusi akaun instagram(IG), meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran meskipun dibesarkan oleh seorang ibu yang baru berusia 20 tahun ketika Daniel diserahkan kepadanya.

Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda.

Namun susah senang yang dilalui menjadi kisah terindah dalam hidupnya.
 



Source link

read more

Markah penuh 11 bintang yang berjaya melangkah ke minggu ketiga GV4



SELEPAS beradu vokal dalam Konsert kedua di pentas GegarVaganza 4 (GV4), hanya 11 bintang sahaja yang bakal melangkan ke minggu ketiga.

Dengan tema ‘Sekali Dengar Terus Melekat’, konsert kedua ini menyaksikan Liza Hanim menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 83.8 %.

Manakala Ferhad pula menduduki tempat terakhir dengan jumlah markah sebanyak 52.5 %.

11 bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterus adalah Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jimbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, Elyana dan Raja Azura.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Jalaluddin Hassan.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert kedua GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 12 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:
 
1. Liza Hanim – 83.3 %

2. Haida – 72.9 %

3. Hazami – 71.9 %

4. Syura – 67.3 %

5. Aishah – 67.3 %

6. Tia Jinbara – 66.8 %

7. Lan Kristal – 64.5 %

8. Aqasha – 63.4 %

9. Firman – 67.3%

10. Elyana – 62.8 %

11. Raja Azura – 61 %

12. Ferhad – 52.5 %
 
Sementara itu, Elyana yang mempersembahkan lagu Masih Cinta nyanyian asal kumpulan Kotak dipilih sekali lagi sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my
 
Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Gegar Vaganza 2017 Konsert minggu pertama kini di Raku



KUALA LUMPUR: Fenomena Gegar Vaganza sudah bermula! Di platform Raku-Awani, anda boleh menikmati ‘playlists’ peserta minggu pertama GV2017 musim terbaharu ini.

Program realiti TV ini sudah masuk musim keempat.

Dengarkan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh peserta kesayangan anda di sini. Pasti gempak!

GegarVaganza 2017 – Konsert Minggu Pertama



Source link

read more

Alhamdulillah- Rody Kristal syukur selamat bertunang dengan penjaga gol



GITARIS kumpulan Kristal, Rody selamat bertunang dengan teman wanitanya iaitu penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.
 
Pasangan ini selamat melangsungkan pertunangan mereka di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor semalam.
 
Rody dan Niena memberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) mereka dengan memuat naik beberapa foto pertunangan mereka pada hari tersebut.
 
Dalam pada itu, Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 31 juga melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.
 



Source link

read more

Tersingkir awal Saya sentiasa bersedia – Raja Azura



BERTANDING sebaris dengan bintang tersohor tempatan dan luar negara untuk Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pengacara dan penyanyi Raja Azura menegaskan dia sentiasa bersedia dengan sebarang kebarangkalian untuk penyingkiran peringkat awal.

Kata Raja Azura, dia tidak kisah penyertaannya dalam GV4 dianggap sebagai ‘pengisi ruang kosong’, namun selagi dia masih bertanding dia akan cuba memberikan persembahan yang terbaik.

“Saya kena buat yang terbaik! Kalau tersingkir pun biarlah dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya.

“Setiap pertandingan ada menang dan kalah, kalau tiada yang kalah bila pula akan habis?

“Bintang yang tersingkir tidak semestinya tidak bagus, rezeki di luar program GV4 masih ada. Sekurang-kurangnya selepas ini kalau ada tawaran untuk saya mengacara, penganjur pun sudah tahu saya juga boleh menyanyi,” katanya kepada Astro Gempak.

Enggan patah hati kerana menduduki tangga tercorot minggu pembukaan GV4, Raja Azura akan menyanyikan lagu Apa Yang Ku Cari (nyanyian asal Endang S Taurina) untuk konsert kedua GV4 minggu ini.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Apa yang boleh saya buat – Zul komen isu Zahirah Kamal Emma



PELAKON filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”, Zul Ariffin, 31, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang berlaku antara kekasihnya, Zahirah Macwilson yang didakwa menjadi orang ketiga dalam percintaan Emma Maembong dan Kamal Adli.
 
“Saya tak tahu. Apa yang boleh saya buat? Satu soalan yang saya ingin tanyakan kepada mereka bertiga. Apa yang anda semua sudah buat? Ini semua untuk apa?
 
“Adakah perkara ini terjadi untuk mengeratkan silaturrahim? Adakah perkara ini terjadi untuk mempromosikan drama atau ada sebab-sebab lain? Saya sendiri tak pasti,” kata Zul.
 
Ketika ditanyakan mengenai status hubungan cintanya bersama Zahirah, Zul mempunyai jawapan tersendiri.
 
“Status saya sekarang ialah saya tak mahu terlibat dengan sebarang drama. Kalau saya okay pun, apa yang boleh saya buat? Saya tak okay pun, apa yang boleh saya lakukan?
 
“Bagi saya, jika perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, saya kena terima dan ‘move on’. Tiada perkara lain yang boleh saya lakukan,” katanya yang ditemui di Anugerah Skrin 2017 pada Jumaat.
 
Tambah Zul, perkara yang terjadi sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kariernya.
 
“Perkara yang terjadi ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan karier saya yang sedang berada dalam tempoh promosi filem serta drama dan ia tidak bagus.
 
“Kepada mereka bertiga, terima kasih banyak-banyak. Untuk saya pula, saya akan terus ‘move forward’ dan meneruskan kerjaya,” katanya mengakhiri perbualan.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Shila Amzah bertunang rancang langsung perkahwinan tahun depan



PENYANYI terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati pada Jumaat.

Artis berusia 27 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Haris Idraki, 28, di kediaman keluarga Shila di Cheras, semalam, lapor The Star.

Haris kini bekerja di sektor kewangan di kota London selain pernah menjadi wartawan.

Khabar angin tentang pertunangan Shila bertiup kencang di media sosial apabila artis yang mencipta nama di negara China itu memuat naik gambar-gambar di Instagram.

Pasangan Shila dan Haris dilapor bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.



Source link

read more

Siti Nurhaliza disenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berbesar hati apabila disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali ketiga. “Alhamdulillah kerana tahun ini saya tersenarai bagi tahun yang ketiga. Ia tentu saja penghormatan besar buat diri saya.
 
“Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.
 
“Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.
 
“Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua,” kata Siti.
 
Kali pertama disenaraikan bagi edisi 2016, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu sekali lagi meletakkan nama penyanyi “Aku Bukan Malaikat” itu dalam kategori seni dan budaya.
 
Tambah Siti lagi, semua pengiktirafan dan kejayaan yang diraihnya adalah berkat usaha serta sokongan insan yang menyayanginya, termasuk peminat.
 
Penyenaraian namanya sekali lagi sebagai Muslim berpengaruh menjadi pencapaian terbaharu Siti sejak mendedahkan kehamilannya, baru-baru ini.
 
Sehari selepas mengumumkan hamil empat bulan, 13 Oktober lalu, Siti diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura menerusi lagu Dirgahayu (duet bersama Faizal Tahir).
 
Pada Anugerah Silet 2017 di Jakarta, 16 Oktober, lagu duetnya bersama Cakra Khan, Seluruh Cinta, pula diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet. Ia meraih kemenangan atas kapasiti lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di Indonesia.
 
Sementara itu, menyentuh kehamilannya kini yang memasuki usia lima bulan, Siti bersyukur apabila dirinya diberikan kesihatan yang baik.
 
“Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah,” katanya ringkas.
 
Foto: Instagram @ctdk
Sumber: Berita Harian

 



Source link

read more

Pelakon Veronica Mars Malcolm in the Middle dijumpai mati dipercayai bunuh diri



SEORANG pelakon yang pernah membintangi siri TV popular “Veronica Mars” dan “Malcolm in the Middle” dijumpai mati di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Brad Bufanda, 34 tahun, dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan di bandar tersebut, lapor TMZ.

Mayat Brad ditemukan di tepi jalan oleh seorang gelandangan.

Sekeping nota bunuh diri dijumpai pada mayat Bufanda dengan nama ibu bapa mendiang tertulis pada nota berserta ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi makna dalam hidupnya.

Brad yang memegang watak Felix Toombs dalam “Veronica Mars” juga pernah tampil dalam beberapa siri seperti “CSI: Miami”, “Malcolm in the Middle”, “Boston Public” dan juga “Days of our Lives”.

Sementara itu, pengurus mendiang, Kirsten Solem dilaporkan terkejut dengan insiden yang menimpa Brad.

Menurut Kirsten, Brad tidak pernah mengambil sebarang jenis dadah atau menunjukkan sebarang tanda mengalami gangguan emosi.



Source link

read more

Jovian Mandagie bakal dedah nama anak sulungnya


Kuala Lumpur: Pereka fesyen terkenal tempatan Jovian Mandagie bakal mendedahkan nama anak perempuannya selepas berusia tujuh hari.

Perkara itu diberitahu Jovian menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Jovian dan Nina Ismail Sabri menimang cahaya mata pada Rabu turut meminta pengikut IGnya untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘J’.

Menerusi entri tersebut juga, Jovian memberitahu buat masa ini dia menggelarkan anaknya dengan nama ‘Princess Mandagie’.

Pasangan itu, berkahwin pada Disember 2013 yang lalu.

Anak perempuan sulung bermula dengan huruf J.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons