Review Category : Politik

Macau Scam akibatkan kerugian RM7.2 juta di Selangor



PETALING JAYA: Sebanyak 228 kes yang berkait dengan penipuan ‘Macau Scam’ dicatatkan membabitkan kerugian kira-kira RM7.2 juta di Selangor dari Januari hingga November ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan banyak peringatan kepada orang ramai namun kes berkaitan penipuan seumpama ini masih berlaku melibatkan pelbagai latar belakang mangsa termasuk golongan profesional.

“Masyarakat harus berhati-hati dalam melakukan sebarang transaksi melibatkan kad kredit dan jangan mudah panik serta terpedaya dengan sindiket ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Judi Dalam Talian di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Jenayah ‘Macau Scam’ ini kebiasaannya melibatkan penipuan menggunakan panggilan palsu daripada talian antarabangsa yang memperdaya mangsa untuk mendedahkan nombor akaun bank, nombor pengeluaran wang otomatik (ATM) atau kad kredit .

Orang ramai boleh melayari portal rasmi Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan modus operandi anggota sindiket yang licik menipu rakyat negara ini.

Mazlan berkata sepanjang tahun lepas sebanyak 213 kes berkaitan penipuan itu telah direkodkan melibatkan kerugian yang dianggarkan lebih RM17.3juta.

Beliau berkata anggota sindiket itu juga dikesan menyamar sebagai pegawai bank dan menawarkan bantuan kononnya untuk mengelakkan wang mangsa dirampas atau dibekukan sebelum meminta mangsa memindahkan wang ke akaun lain yang dibekalkan oleh sindiket.

“Sekiranya sesiapa menerima panggilan yang mengatakan daripada pihak polis atau bank, jangan takut…orang ramai boleh terus datang ke balai polis yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata sebanyak 3,885 barang kes melibatkan kesalahan mesin judi dalam talian yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bernilai RM2.3 juta akan dilupuskan.

Beliau berkata, tahun ini sehingga Oktober sebanyak 628 serbuan telah dibuat IPD Petaling Jaya terhadap premis judi dalam talian.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sebanyak 609 individu terdiri daripada penjaga dan pelanggan telah ditahan manakala 7,834 unit mesin judi dirampas.

Katanya, setakat ini aktiviti perjudian itu masih terkawal dan berharap orang ramai dapat berperanan lebih aktif bagi menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan itu kepada polis.- BERNAMA



Source link

read more

Golongan muda Muslim perlu sedia perancangan untuk 30 tahun – Khairy



KUALA LUMPUR: Golongan muda Muslim di seluruh dunia perlu menyediakan perancangan untuk tiga dekad akan datang bagi menghadapi pelbagai cabaran yang menanti termasuk mewujudkan kerja untuk masa depan, kata Menteri dan Belia Khairy Jamaluddin.

“Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan perancangan untuk 30 tahun akan datang yang telah dimulakan di Malaysia. Dan ini juga penting untuk dunia Islam, saya percaya kita perlukan perancangan untuk masa depan kita.

“Jika anda tidak bersuara sebagai golongan muda Muslim dan golongan muda di negara anda, dengan itu pemimpin anda tidak akan respons terhadap perubahan itu,” katanya semasa merasmikan Forum ‘Towards The Renascence of Muslim Future Thinkers: Vision TN50 of Malaysia’ di sini, pada Isnin.

Beliau berkata golongan muda Muslim perlu memikirkan tentang halangan-halangan dalam masyarakat dan bagaimana mereka akan mengendalikannya.

“Era maklumat digital akan membawa perubahan terhadap masyarakat kita, sama ada kita suka atau tidak. Sekiranya negara-negara tidak melakukan pembaharuan secara sukarela, sekiranya mereka tidak melakukan perubahan itu mulai sekarang, dengan itu mereka akan dipaksa untuk melakukan perubahan.

“Tiada negara yang kebal dengan perubahan dan pastinya tiada negara kebal dengan tekanan sosial ke arah perubahan. Perubahan itu perlu datang daripada anda semua,” katanya.

Kerajaan telah mendekati lebih 1.5 juta belia menerusi sesi Dialog TN50 sejak ia diperkenalkan pada Januari.

Kira-kira 60,000 aspirasi golongan muda daripada pelbagai bidang dikumpulkan menerusi pelbagai saluran termasuk secara dalam talian dan interaksi bersemuka.

— BERNAMA



Source link

read more

1.3 juta penumpang pengangkutan awam setiap hari menjelang akhir tahun



PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan yakin dapat mencapai sasaran 1.3 juta penumpang pengangkutan awam setiap hari di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini jumlah penumpang harian ialah sekitar 1.2 juta.

Beliau berkata perkongsian mod pengangkutan awam di Greater KL pada 2010 hanya pada 10 peratus dan meningkat kepada 23 peratus tahun ini.

“Kami menetapkan matlamat tinggi untuk mencapai perkongsian mod 40 peratus bagi pengangkutan awam darat di kawasan bandar menjelang 2030. Menerusi usaha bersepadu, perkongsian mod mencatatkan pertumbuhan signifikan,” katanya berucap pada Malam Gala Kementerian Pengangkutan, di sini Isnin malam.

Liow juga berkata kementerian mencatat skor 104 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setakat Oktober lalu.

Beliau berkata seramai 665,875 penumpang persiaran tiba di pelabuhan negara ini setakat Oktober lalu berbanding sasaran 577,500 ketibaan.

“Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi kita yang kukuh serta keupayaan kita mengendalikan pelabuhan dengan cekap dan berkesan. Kita akan bekerja lebih keras untuk mencapai KPI lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga merancang untuk mengurangkan kadar kemalangan daripada 2.5 kepada 2.29 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan tahun ini.

Terdahulu, Liow berkata Malaysia akan bertanding mempertahankan kerusinya dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa untuk penggal ketujuh berturut-turut.

Beliau juga berharap media akan terus menyokong dan membantu kementerian menyalurkan maklumat mengenai usaha kementerian dan kerajaan.

Pada majlis itu, Liow turut menyampaikan sijil penghargaan kepada organisasi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

— BERNAMA



Source link

read more

Kolaborasi swasta dalam STEM pacu negara menjadi negara maju



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengalu-alukan usaha kolaboratif dan penyertaan pihak swasta dalam pembangunan pendidikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) negara.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penglibatan pihak swasta dalam pembangunan Pendidikan STEM boleh membantu meningkatkan dan memacu negara menjadi sebuah negara maju.

“Sektor swasta boleh membantu mempercepatkan proses mendidik pelajar terutama dalam kemahiran teknologi serta inovatif dalam budaya digital dan robotik.

“Contohnya, kementerian dalam sesuatu masa hanya boleh menganjurkan satu pertandingan robotik, tetapi dengan adanya kolaborasi ini, pihak swasta boleh menganjurkan lebih banyak pertandingan yang dapat dimanfaatkan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup ‘World of Robotics National Championship 2017’ di sini, pada Isnin.

Katanya, penganjuran pertandingan seumpama ini turut selari dengan Anjakan Kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

World of Robotics National Championship (WRC) yang diadakan selama tiga hari bermula Sabtu lepas adalah pertandingan peringkat kebangsaan anjuran World of Robotics Sdn Bhd.

Ia bertujuan mengembangkan potensi dalam bidang sains dan inovasi robotik dalam kalangan pelajar.

Lebih 500 pelajar daripada 90 sekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah menyertai pertandingan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Pemancing hilang Mayat kedua ditemui



LENGGONG: Usaha mencari mangsa kedua bot karam di perairan Sungai Kampung Kelantan berakhir dengan penemuan mayat pada pagi Isnin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar 7.55 pagi di perairan berkenaan.

Mangsa, Mohd Faliq Fadhul, 26 tahun ditemui pada pagi Isnin selepas mayat rakannya Amirul Asyraff Abdullah, 24 tahun ditemui pada petang semalam (Ahad).

BACA: Mangsa pertama bot karam di Lenggong ditemui

Kedua-dua mereka dipercayai telah keluar ke perairan Sungai Kampung Kelantan pada Sabtu lepas sebelum bot yang disewa mereka didapati karam oleh pemilik bot berkenaan yang melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Operasi menaikkan mangsa sedang dijalankan dan seramai 39 anggota termasuk PDRM, BBP Lenggong, APM, orang kampung terlibat dan lima unit bot digunakan dalam operasi selama dua hari ini.

“Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Mohd Annuar Mohd Saff,” ujarnya lagi.



Source link

read more

Rumah mampu milik HBA saran kaji kos wujudkan cukai khas untuk pemaju



KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewujudkan langkah yang menguntungkan bagi menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik di kalangan pemaju.

Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA) berpendapat langkah itu juga bagi mendorong pemaju menceburkan diri dalam pembinaan rumah mampu milik mengambil kira kos pembinaan dan sebagainya.

Setiausaha Agung kehormat HBA Chang Kim Loong berkata antara langkah yang baik yang boleh diambil adalah mewujudkan satu cukai khas dan mengkaji kos bagi pembinaan hartanah jenis ini.

“Mereka (pemaju) berorientasikan keuntungan, mereka tidak berada di sana untuk melakukan amal, jadi perlu adakan langkah yang menguntungkan pemaju untuk membina rumah mampu milik.

“Maksudnya, mereka mesti melihat pembinaan rumah mampu milik tidak menjejaskan keuntungan mereka. Jadi bagi membolehkan pemaju menceburkan diri dalam pembinaan rumah mampu milik, satu pendeposit cukai khas harus diberikan kepada pemaju,” katanya.

Tambah Chang, kerajaan perlu bersedia mengurangkan kos pematuhan, pembinaan dan kos utiliti pembinaan untuk kemasukan elektrik dan air yang sangat tinggi ketika ini.

“Pemaju sentiasa mengadu tentang kos pematuhan yang tinggi, caj pembangunan, premium penukaran, yuran permohonan kepada majlis tempatan adalah sangat mahal. Mungkin kita harus melihat ke dalam Syabas TNB dan semua syarikat utiliti dan SOP pematuhan mereka dalam menggalakkan pembinaan rumah mampu milik di kalangan pemaju,” jelas Chang.

Chang turut menyarankan agar satu jabatan khas diadakan bagi menyimpan dan mengawal data-data mengenai pembeli, pemaju serta menyelia pembinaan rumah mampu milik di setiap negeri agar kita tahu status rumah mampu milik yang disediakan buat rakyat.

Chang berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Selasa yang mendakwa bahawa permintaan rumah mampu milik kini mencecah sehingga 48 peratus manakala pembangunan yang ada hanya 24 peratus.

Oleh yang demikian, kerajaan kini sedang menggalakkan pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ringgit ke bawah dipertingkatkan bagi memastikan permintaan rakyat untuk hartanah jenis itu dapat dipenuhi.



Source link

read more

Perancang perkahwinan Zurin Jundi didakwa tipu wanita



JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan kerugian berjumlah RM8,500 pada tahun ini.

Zurina Ahmad Zundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang telah berlangsung pada 16 Sept lepas. 

Kesalahan itu dilakukan di butik Zurin Jundi Wedding Planner di Bandar Baru Uda di antara 22 Mac hingga 13 Mei tahun ini. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda. 

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan  17 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen. 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan nak tunafoto sangat… | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Selaras dengan pertambahan pelbagai istilah baharu Bahasa Inggeris dalam dunia digital, Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu turut memperkenalkan beberapa istilah baharu dalam Bahasa Malaysia. Antara perkataan baharu yang diperkenalkan adalah tunafoto dan suafoto maut yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu fotobomb dan killfie.

Berikut senarai perkataan baharu yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia:Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu perkenal istilah baharu selaras dengan perkembangan dunia digital.



Source link

read more

Jodoh tidak kenal paras rupa – atlet paralimpik


KAMPAR: KEKURANGAN diri bukan penghalang untuk atlet paralimpik mencipta kejayaan di bidang sukan tetapi juga bahagia bertemu jodoh.

Pertemuan tanpa dirancang ketika mewakili negara dalam Sukan Asia Paralimpik, Incheon, Korea tiga tahun lalu akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Majlis persandingan kedua-dua atlet paralimpik negara Mohd Shahmil Md Saad, 31, dan Rafidah Mohamad Shahir, 38, berlangsung sederhana tetapi meriah di rumah pengantin perempuan di Kampar pada Ahad.

Lebih menarik, Shahmil yang merupakan atlet angkat berat negara serta Rafidah yang merupakan atlet boling turut diarak oleh rakan-rakan atlet paralimpik pada hari persandingan mereka.

 Kekurangan diri bukan penghalang untuk atlit paralimpik mencipta kejayaan di bidang sukan tetapi juga bahagia bertemu jodoh.  Pertemuan tanpa dirancang ketika mewakili negara dalam sukan Sukan Asia Paralimpik, Incheon, Korea tiga tahun akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.  Majlis persandingan kedua-dua atlit paralimpik negara yang istimewa ini, Mohd Shahmil Md Saad, 31 Dan Rafidah Mohamad Shahir, 38, yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampar diadakan dengan begitu meriah sekali pada Ahad.  Lebih menarik, Shahmil yang merupakan atlit angkat berat negara serta Rafidah yang merupakan atlit boling turut diarak oleh rakan-rakan atlit paralimpik seperjuangan negara pada hari persandingan mereka.  Walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki, Shahmil tampak begitu segak dan yakin memimpin isterinya, Rafidah yang ayu berbusana selain diraikan dengan begitu meriah oleh sekitar 500 pengunjung.  Rafidah dan Shahmil ketika ditemui Astro AWANI berkata, selain berasa bersyukur kerana dipertemukan sewaktu membawa nama Malaysia, mereka juga berharap perkahwinan itu akan berkekalan sehingga ke jannah.  Dalam pada itu, Shahmil mengucapkan rasa syukur kerana dipertemukan seorang wanita istimewa dan memahami kerjayanya sebagai seorang atlit paralimpik negara.  "Bukan semua yang dapat menerima keadaan saya seperti ini, dan memahami bidang tugas kerjaya saya yang tidak tentu, jadual yang ketat dan sebagainya.  "Saya anggap jodoh ini amat indah, kerana perkenalan kami tidak lama, dan saya berharap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.  Bagi Rafidah sesi perkenalan mereka bermula sebagai seorang sahabat ketika mewakili negara pada Sukan Asia Paralimpik di Incheon, Korea.  Katanya, sepanjang perkenalan dan persahabatan dia amat selesa dengan layanan Shahmil sebelum lelaki yang kini suaminya itu melamarnya.  "Saya sendiri tak percaya pemilihan mewakili negara ke luar merupakan satu takdir untuk kami berdua mendirikan rumah tangga pada hari ini," katanya.  Dalam majlis itu, pasangan tersebut turut berkesempatan melakukan dua perkahwinan serentak bersama adik lelaki kepada Rafidah.  Majlis yang cukup sederhana itu jelas membuktikan bahawa cinta dan jodoh tidak mengenal erti paras rupa dan fizikal seseorang malah kebahagiaan tersebut turut dikongsi bersama rakan-rakan paralimpik seangkatan yang lain.
Walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki, Shahmil tampak begitu segak dan yakin memimpin isterinya, Rafidah yang ayu berbusana selain diraikan dengan begitu meriah oleh sekitar 500 pengunjung.

Rafidah dan Shahmil ketika ditemui Astro AWANI berkata mereka bersyukur dipertemukan sewaktu membawa nama Malaysia di persada sukan ternama dan berharap perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke Jannah.

Dalam pada itu, Shahmil mengucapkan rasa syukur kerana dipertemukan seorang wanita istimewa dan memahami kerjayanya sebagai seorang atlet paralimpik negara.

“Bukan semua yang dapat menerima keadaan saya seperti ini, dan memahami bidang tugas dan kerjaya saya yang tidak menentu, jadual yang ketat, dan sebagainya.

“Saya anggap jodoh ini amat indah, kerana perkenalan kami tidak lama, dan saya berharap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

Bagi Rafidah, sesi perkenalan mereka bermula sebagai seorang sahabat ketika mewakili negara pada Sukan Asia Paralimpik di Incheon, Korea.

Katanya, sepanjang perkenalan dan persahabatan mereka, dia berasa amat selesa dengan layanan Shahmil sebelum jejaka itu kemudian melamarnya.

“Saya sendiri tak percaya pemilihan mewakili negara merupakan satu takdir untuk kami berdua mendirikan rumah tangga pada hari ini,” katanya.

Dalam majlis itu, pasangan tersebut turut berkesempatan melakukan dua perkahwinan serentak bersama adik lelaki Rafidah.

Majlis yang cukup sederhana itu jelas membuktikan bahawa cinta dan jodoh tidak mengenal erti paras rupa dan fizikal seseorang malah kebahagiaan tersebut turut dikongsi bersama rakan-rakan paralimpik seangkatan yang lain.



Source link

read more

Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula – Abdul Rahman



KUALA LUMPUR: Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula di negara ini bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar agar mereka mampu bersaing dalam dunia yang penuh cabaran pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, sebagai bahasa perantara di peringkat antarabangsa, individu yang menguasai bahasa Inggeris akan mempunyai kelebihan berbanding mereka yang tidak menguasainya, apatah lagi dalam kepesatan teknologi yang kebanyakannya berasaskan kepada bahasa itu.

“Saya percaya sekolah (aliran) Inggeris perlu ditubuhkan di negara ini kerana kita ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah swasta, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan macam-macam sekolah jadi apa salahnya kita ada sekolah (aliran) Inggeris.

“Malaysia satu ketika dahulu dianggap satu negara yang mempunyai kefasihan bahasa Inggeris yang tinggi, tapi sekarang ini banyak pihak yang memperkatakan bahawa graduan kita tidak menguasai bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Masa Depan Pekerjaan, Tempat Kerja dan Tenaga Kerja di sini hari ini.

Katanya, bagi merealisasikan idea itu semua pihak termasuk pemimpin politik, badan bukan kerajaan, Persatuan Ibu bapa dan Guru serta anggota akademik perlu membincangkan perkara itu secara holistik tanpa menjadikannya polemik politik.

Abdul Rahman berkata pengwujudan sekolah aliran Inggeris juga dilihat sebagai satu daripada langkah yang dapat menyediakan pelajar yang ada hari ini dengan kepakaran dan kapasiti yang sesuai untuk menjadi tenaga kerja yang mampu menghadapi perkembangan teknologi pada masa akan datang.

“Banyak kajian yang telah dibuat mendapati bahawa pekerja di masa akan datang akan berdepan cabaran cukup hebat kalau mereka tidak memiliki kepakaran dan kapasiti bersesuaian untuk berhadapan dengan teknologi baharu yang akan mengambil alih banyak kerja-kerja manusia,” katanya.

Katanya, sebagai persediaan ke arah itu, agensi kerajaan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) telah diberi mandat untuk merangka tindakan bagi mengenal pasti kaedah bagaimana pelajar dan graduan yang berkemahiran dan mempunyai kapasiti tersebut dapat dihasilkan.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Abdul Rahman berkata teknologi yang berkembang pesat dijangka memacu gangguan digital dalam setiap industri di negara ini dan berpotensi menyebabkan lebih banyak pekerjaan akan berdepan risiko ‘digantikan’.

Beliau berkata berdasarkan hasil dapatan kertas kerja terbaru Khazanah Research Institute, sebanyak 54 peratus pekerjaan di Malaysia berisiko tinggi digantikan akibat gangguan teknologi menjelang dua dekad akan datang.

“Dari segi tahap kemahiran, lebih 70 peratus pekerja kemahiran sederhana dan 80 peratus pekerja kemahiran rendah bagi semua sektor ekonomi utama adalah berisiko tinggi.

“Secara kritikal, rakyat Malaysia yang mungkin paling terjejas oleh perpindahan teknologi, memandangkan 90 peratus pekerjaan kemahiran sederhana dikuasai rakyat Malaysia,” katanya.

Persidangan sehari itu dianjurkan TalentCorp yang bertujuan membincangkan cabaran pekerjaan, tempat kerja dan tenaga kerja sejajar dengan perkembangan teknologi serta persediaan menghadapi pekerjaan masa depan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons