Review Category : Politik

Mayat tanpa kepala dipercayai nelayan tempatan



KUALA TERENGGANU: Mayat tanpa kepala yang ditemui di perairan Pulau Kapas, Terengganu petang semalam dipercayai milik nelayan tempatan.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, kemungkinan itu dibuat selepas mengambil kira kes kehilangan nelayan yang di laporkan baru-baru ini.

Pengarah APMM Terengganu,Kapten Maritim Rahim Ramli berkata pihaknya sudah pun memaklumkan kepada APMM Kelantan mengenai penemuan.

Jelas beliau, waris dijangka hadir ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk membuat pengecaman.

BACA: Mayat tanpa kepala ditemukan di Pulau Kapas

“Saya secara peribadi telah hubungi Maritim DM 10 Kelantan, Kapten Nurul untuk mengenal pasti bahawa dia telah melaporkan satu warga nelayan daripada Kelantan yang telah hilang jatuh laut.

Dan Kapten Nurul sudah menghubungi keluarga tersebut untuk hadir ke sini bagi mengenal pasti (mayat).

Katanya, sebelum ini keluarga tersebut telah pun hadir untuk proses pengecaman selepas penemuan mayat pada Sabtu, namun mereka mengesahkan mayat itu bukan dari ahli keluarga mereka.

“Namun begitu, untuk mayat yang ini kita akan buat (ujian) DNA lah untuk mengesahkan dan kami percaya mungkin salah satu adalah pihak keluarga tersebut,” kata Rahim.

Mayat tanpa kepala itu ditemui terapung kira-kira 11 batu nautika dari Pulau Kapas, Marang kira-kira jam 3.30 petang Ahad.

Ia merupakan penemuan mayat kedua selepas mayat seorang lelaki tanpa identiti turut ditemui terapung berhampiran Pulau Kapas pada Sabtu.



Source link

read more

Kerajaan tidak sekat Mugabe datang Malaysia – TPM Zahid



BAGAN DATUK: Kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Presiden Zimbabwe Robert Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pendirian itu selaras dengan hasrat kerajaan yang giat mempromosikan pelancongan kesihatan di negara ini kepada masyarakat antarabangsa.

“Kita tiada bantahan. Kita (Malaysia) tidak sesekali mencampuri urusan dalam negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Program fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan Mugabe, yang berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan, dan isterinya Grace mungkin mengunjungi Singapura atau Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata : “Itu hanya laporan, saya belum mendapat laporan yang beliau akan datang Malaysia atau negara jiran”.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri mengesahkan presiden Zimbabwe yang berumur 93 tahun itu sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta di ibu negara.

“Kalau beliau mahu dapatkan rawatan lanjut, mungkin beliau akan datang (ke Malaysia) atau memilih negara lain.

“Berdasarkan rekod yang ada, sejak 10 tahun kebelakangan ini tidak kurang tiga kali beliau (Mugabe) mendapatkan rawatan di Malaysia,” kata Ahmad Zahid.

–BERNAMA



Source link

read more

Syarikat dapat projek kerajaan diminta sediakan kad laporan



KUALA LUMPUR: Syarikat yang mendapat projek-projek kerajaan akan diminta menyediakan kad laporan bagi melihat pembabitan mereka dalam membantu rangkaian syarikat bumiputera.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ini bagi membolehkan kerajaan menilai sejauh mana syarikat berkenaan membantu menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi bumiputera.

“Paling tidaknya ada sebahagian daripada kerja-kerja untuk menyiapkan projek (kerajaan) tersebut diagihkan kepada syarikat kontraktor bumiputera,” katanya kepada pemberita di luar Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, kad laporan berkenaan telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pada masa ini.

Terdahulu, ketika berucap pada konvensyen berkenaan, Johari berkata kerajaan sentiasa membantu pembangunan usahawan bumiputera yang kebanyakannya terlibat dalam industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sebagai contoh, katanya melalui pembentangan Bajet 2018, pelbagai insentif disediakan kerajaan kepada PKS termasuk RM200 juta bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp serta RM500 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

Beliau berkata PKS memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara termasuk menyediakan tujuh juta peluang pekerjaan selain menyumbang hampir 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

— BERNAMA



Source link

read more

18 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan di Sungai Petani



SUNGAI PETANI: Lapan belas warga asing termasuk 17 wanita dan seorang lelaki berperwatakan wanita, yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Tuanku Haminah dekat sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata serbuan pada 12.30 tengah malam itu yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda selepas melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu.

“Seramai 18 mangsa, berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, iaitu 10 warga asing dari Thailand, enam dari Laos, dan dua dari Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi bagi tujuan persundalan, telah diselamatkan.

“Polis turut menahan empat lelaki berumur lingkungan 30-an, disyaki bekerja sebagai penjaga premis hiburan terbabit dan mereka direman selama enam hari bermula semalam (18 Nov) bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam pusat hiburan terbabit serta beberapa buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membawa pekerja asing terbabit ke premis hiburan berkenaan.

“Premis terbabit dipercayai menjadikan warga asing sebagai pelayan pelanggan malah lesen hiburan juga gagal dikemukakan sewaktu serbuan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Saifi berkata, perintah perlindungan sementara (IPO) telah dikeluarkan kepada kesemua 18 mangsa dan mereka akan ditempatkan ke pusat perlindungan sementara di Kuala Lumpur dan Melaka, sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi; Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana warga asing bekerja di negara ini tanpa permit; dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pembekuan sementara pembinaan hartanah mewah bermula 1 Nov – Johari



KUALA LUMPUR: Pembinaan kondominium dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas dibekukan bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, perkara itu diputuskan Kabinet berkuatkuasa 1 November lalu berikutan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai peningkatan hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini turut membabitkan kondominium mewah, pejabat komersil dan pusat membeli belah.

Beliau berkata, pembekuan berkenaan akan dilakukan secara sementara bagi melihat semula strategi pembangunan supaya ia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kalau dilihat laporan BNM, unit kondominium mewah dan pejabat komersial ini banyak yang telah melebihi permintaan. Jadi Kabinet telah memutuskan agar pembekuan sementara dilakukan bagi memastikan pembangunan yang sedia ada dapat terjual,” ketika ditemui selepas Program Kembali Ke Sekolah UEM-PLUS di Pusat Komuniti Taman Maluri di sini, hari ini.

Tambah beliau, pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ringgit ke bawah kini dipertingkatkan bagi memastikan permintaan rakyat untuk hartanah jenis itu dapat dipenuhi.

“Permintaan rumah mampu milik kini mencecah sehingga 48 peratus tetapi bekalan yang ada hanya 24 peratus. Kebanyakan rumah yang tidak terjual adalah rumah yang berharga lebih RM250,000. Untuk mengimbanginya kita buat keputusan untuk membekukan pembinaan kondominium mewah ini,” kata Johari lagi.



Source link

read more

Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok



BAGAN DATUK: Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara esok untuk perbincangan lanjut.

“Kami sedang mengkajinya (naikkan subsidi),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Program sehari anjuran Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd Irwan Siregar berkata demikian ketika ditanya usaha kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar di pasaran tidak terus meningkat.

Ketika ini, harga bagi seliter Petrol RON 95 ialah RM2.38 manakala RON 97 dan diesel masing-masing RM2.66 dan RM2.25.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Irwan Serigar menggesa rakyat supaya tidak mempercayai tohmahan pihak tertentu yang mengatakan negara akan muflis.

Beliau berkata sekiranya negara akan bankrap kerajaan tidak mampu membentangkan Bajet 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion.

“Saya sebagai pegawai kanan kerajaan dan duduk dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) saya tahu apa yang berlaku dan apa yang dibuat kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata tohmahan tersebut juga tidak berasas kerana Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku ketiga tahun ini mencatat pertumbuhan 6.2 peratus sebagaimana diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu.

“Ini sekali gus membuktikan Malaysia berkembang pantas di rantau ini,” katanya.

–BERNAMA



Source link

read more

Kerajaan bakal laksana kempen kesedaran penggera kebakaran



BAGAN DATUK: Kesedaran mengenai sistem penggera pengesan asap yang diyakini boleh mengesan kejadian kebakaran dengan pantas dalam kalangan rakyat masih berada pada amat rendah.

Sehubungan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, kementeriannya akan mengadakan kempen kesedaran mengenai perkara itu di seluruh negara bagi memastikan kes kebakaran melibatkan rumah dapat dikurangkan.

“Kita memang dah berbincang di peringkat kementerian mengenai sistem penggera pengesan asap ini, kita lihat ia merupakan satu alat penting untuk mencegah kebakaran.

“Kita akan menggalakkan orang ramai memasang sistem ini dengan melakukan kempen namun ianya bukanlah satu peraturan atau wajib buat masa ini,” katanya pada satu sidang media pada Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia, di Hutan Melintang pada Ahad.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah pun mewajibkan setiap kediaman yang akan dibina oleh pemaju dilengkapi alat pemadam api melalui Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL).

Namun katanya, masih terdapat beberapa buah negeri yang belum mewartakan undang-undang berkenaan justeru pelaksanaanya tidak dapat dijalankan di negeri-negeri terlibat.

“Undang-undang ini hanya dikenakan ke atas semua projek perumahan di negeri-negeri yang mewartakannya sahaja yang mana pemasangan alat pemadam api untuk mecegah kebakaran adalah diwajibkan.

“Untuk negeri-negeri yang belum mewartakannya, mereka tidak wajib menyediakan alat tersebut tetapi melalui satu mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru-baru ini, saya telah minta mereka segera melaksanakannya,” ujar beliau.



Source link

read more

Blower pendingin hawa punca kebakaran di Hospital Sibu – Subramaniam



PAGOH: Kipas (blower) dalam pendingin hawa yang bermasalah dikenal pasti sebagai punca kemunculan kepulan asap dari siling wad isolasi lelaki di Hospital Sibu, Sarawak pagi semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan kesemua wad di hospital berkenaan selamat untuk diduduki.

“Pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan masalah itu telah selesai.

“Kepulan asap berpunca daripada blower dalam pendingin hawa dan ia sudah diselesaikan oleh pihak bomba yang datang membuat pemeriksaan,” kata Dr Subramaniam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara meletak batu asas bagi pembinaan Dewan Rekreasi Tertutup Taman Sri Pagoh, di Pagoh, pada Ahad.

Terdahulu, dalam kejadian pada jam 8.29 pagi semalam, kepulan asap dikesan di wad isolasi lelaki di hospital tersebut.

Kepulan asap itu disedari oleh pekerja am yang kemudiannya memaklumkannya kepada jururawat yang bertugas di wad berkenaan.

Jururawat kemudiannya mengambil tindakan pantas memaklumkan kejadian itu kepada pengurus Fasiliti One Medicare serta pihak pengurusan hospital.

Dilaporkan kira-kira 1,000 pesakit, pelawat serta petugas hospital berjaya dipindahkan ke tempat selamat.



Source link

read more

Anak lelaki ADUN ditahan reman miliki 200 biji pil kuda



KOTA BHARU: Anak lelaki seorang Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) di negeri ini ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda pada Sabtu.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas – Salor, kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, setelah pihak polis membuat pemerhatian kira-kira lima minit mendapati seorang lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong di sini.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba suspek itu melarikan diri ke bahagian tepi rumah.

Suspek terjatuh ke atas tanah dan berlaku pergelutan, bahkan suspek melawan semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan.

Ismail berkata, polis sekali lagi menunjukkan kad kuasa polis sebelum suspek melawan dan agresif hingga berlaku pergelutan lagi.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu balutan kertas tisu berwarna putih yang mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau disyaki dadah.

Bungkusan itu disorokkannya di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakai suspek.

Sehubungan itu, katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perintah tahanan reman selama empat hari yang bermula hari ini  terhadap suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari.

Suspek kemudian dibawa menaiki trak polis ke IPD Kota Bharu untuk siasatan selepas selesai mendapatkan reman.



Source link

read more

Alat pengesan asap Pasang ditempat strategik elak rentung ketika tidur



KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam membuat pemilihan dan pemasangan alat penggera pengesan asap.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata alat tersebut tidak akan berfungsi dengan berkesan sekiranya ia tidak dipasang dan diselenggara dengan sempurna.

Malah, beliau menegaskan setiap alat penggera pengesan asap itu perlu mempunyai sijil Standard Malaysia yang diperakui JBPM.

“Sekiranya hendak pasang di kediaman masing-masing, pastikan pemasangan itu dibuat di tempat strategik dan mempunyai risiko sumber api seperti di bilik tidur, ruang tamu, kawasan yang mempunyai barangan elektronik, televisyen, komputer dan sebagainya.

“Pemasangan itu juga termasuk di dapur yang menempatkan gelombang mikro, peti sejuk dan perkakas elektronik yang mudah panas.

“Jangan letak di tempat laluan yang tidak ada risiko kebakaran kerana kesannya tidak ketara di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tambah Soiman, tahap kesedaran dalam kalangan pemilik rumah mahupun ketua keluarga berkenaan pemasangan alat tersebut masih lagi rendah.

“Saya dapati kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak rendah berkenaan pemasangan alat penggera pengesan asap.

“Oleh itu, JBPM telah buat pelbagai kempen kesedaran untuk pemasangan alat ini di rumah masing-masing.

“Malah, sistem penggera pengesan asap ini menjadi salah satu syarat kepada projek-projek perumahan baharu,” ujarnya.

Selain itu, beliau mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama pemimpin-pemimpin masyarakat telribat secara langsung dalam aktiviti kesedaran bagi mengelak peningkatan statistik kematian ketika tidur.

Mengikut statistik JBPM, kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dalam tempoh Januari hingga 16 Nov tahun ini, merupakan mangsa yang meninggal dunia ketika tidur.

“Kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons