Review Category : Politik

Empat sekeluarga rentung selamat disemadikan



GEORGE TOWN: Mayat empat ahli keluarga Ketua Pemuda MCA Tanjong, Lim Swee Bok selamat disemadikan di Kremotorium Batu Gantung, di sini, pada Ahad.

Jasad dua anaknya Lim Yin Chun, sembilan tahun, dan Lim Jia Yiin, lapan tahun, yang maut bersama ibu dan nenek mereka dalam kejadian kebakaran minggu lalu dibawa dari Jalan Maccalum ke Batu Gantung dan selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi.

Sementara itu mendiang ibu Swee Bok, Lau Sai Poh, 62, dan isterinya, Cheng Yen, 35, pula selamat disemadikan pada jam 3.45 petang.

Suasana pilu menyelubungi pusat itu sebaik upacara terakhir dijalankan.

Swee Bok yang menangis sepanjang upacara itu dilihat ditenangkan kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan rapat yang hadir.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Rabu lepas, empat beranak itu ditemukan rentung setelah terperangkap dalam kebakaran di tingkat bawah kediaman mereka di Pintasan Cecil5, Pengkalan Weld dekat sini.



Source link

read more

Mahasiswa UiTM bantu pulihkan semangat kanak-kanak Rohingya



SHAH ALAM: Budaya kerja sukarelawan dalam kalangan mahasiswa mampu membina kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu berkaitan kemasyarakatan.

Atas kesedaran itu, mahasiswa daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak Rohingya di Rohingya Education Centre (REC), Klang baru-baru ini

Program itu kata Ketua Projeknya, Amirah Aidel adalah salah satu usaha untuk memberi semangat kepada kanak-kanak Rohingya sekali gus menerapkan soal pendidikan dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, program ini disertai 16 sukarelawan dan 80 kanak-kanak Rohingya.

“Kami mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak–kanak pelarian Rohingya, bertujuan membantu meluaskan pengetahuan mereka tentang kesihatan serta pendidikan,” katanya.

Selain itu, Amirah berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi pendedahan kepada ilmu kesihatan, pertandingan mewarna, mengeja dan bercerita.

“Aktiviti itu diharap dapat membantu pembangunan pendidikan kanak-kanak itu, walaupun hidup mereka dilanda krisis dan jauh dari negara asal mereka.

“Walaupun terpalit dengan beberapa kenangan pahit, kami mahu mereka tidak melupakan soal pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua REC Rosmah Tazilah berkata banyak pengalaman yang boleh dipelajari daripada kanak-kanak Rohingya itu.

“Macam mana mereka boleh mampu bertahan dan bangkit kembali. Kita juga dapat bantu membantu sesama muslim dan berharap agar mahasiswa mampu melihat usaha amal jariah ini bukanlah sekadar untuk program saja,” katanya.

_______________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Farah Solhi, Taufiq Mahfuzah, Izzatie Shaharum, Ain Yazid, Syamil Khalid dan Ridzuan Anwar.

**Awani Rangers UiTM adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Source link

read more

Tiada keperluan tubuh pasukan rawatan khas Anwar Ibrahim – Subramaniam



PAGOH: Tiada keperluan untuk menubuhkan pasukan rawatan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun bentuk perubatan yang terbaik akan terus diberikan kepada pemimpin pembangkang itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pembentukan pasukan perubatan khas itu adalah tidak perlu kerana rawatan dan perhatian yang sewajarnya telah diberikan kepada Anwar sejak dahulu lagi sama seperti pesakit lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan selepas pembedahan kepada Anwar sehingga sembuh.

Jelas Subramaniam, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) KKM, mereka sentiasa menerima apa jua cadangan dan akan menilai keperluannya.

Katanya, pihak KKM sejak awal lagi telah memberi perhatian penuh sebagai perawat yang bertanggungjawab.

Malah, golongan pakar juga merawat mengikut keperluan perubatan dan segala keputusan mereka adalah mengikut keperluan perubatan yang dibuat atas dasar profesional.

“Kami di kementerian memberi rawatan terbaik kepada semua tanpa melihat latar belakang politik.

“Sejak dahulu kami telah berunding dan memberikan rawatan terbaik untuk Datuk Seri Anwar, dan tanggungjawab itu akan digalas selaras dengan keperluan kesihatan beliau,” kata Dr Subramaniam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara meletak batu asas pembinaan Dewan Rekreasi Tertutup Taman Sri Pagoh, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Ismail Mohamed dan Pengerusi MIC negeri Johor, Datuk M. Asojan.

Terdahulu, keluarga Anwar memohon agar layanan terbaik diberikan kepadanya termasuk tempoh masa yang panjang untuk beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan bahu baru-baru ini.



Source link

read more

Lelaki terlibat kegiatan curi kenderaan ditahan



BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Pulau Pinang berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Padang Serai, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu rumah itu pada pukul 12.03 tengah hari dan menahan lelaki berusia 20 tahun berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Wira yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Bukit Mertajam 13 Nov lepas,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang tidak bekerja itu terlibat dalam beberapa kes curi kenderaan di sekitar SPT dan Pulau Pinang sejak tiga bulan lepas.

Katanya suspek mencuri kenderaan sebelum menukar nombor pendaftarannya dan menjual kepada sindiket menjual kenderaan curi dengan harga murah.

Nik Ros Azhan berkata polis sedang mengesan sindiket yang terlibat dengan kegiatan lelaki itu dan suspek yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang penagih dadah berusia 33 tahun kerana terlibat kegiatan mencuri motosikal dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Teh, Machang Bubok di sini semalam.

Beliau berkata dalam serbuan pukul 6 petang itu, polis turut merampas sejumlah dadah dan peralatan menghisap bahan terlarang berkenaan serta sebuah motosikal curi yang telah diubah suai.

“Lelaki itu bersama seorang lagi rakannya terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal sejak enam bulan lepas dan modus operandi mereka ialah mencuri kenderaan di kawasan pusat membeli belah sebelum meleraikan komponennya atau terus menjual kepada pembeli dengan harga murah,” katanya.

Katanya komponen motosikal yang dileraikan dijual kepada geng mat rempit dengan harga murah.

— BERNAMA



Source link

read more

Ahmad Zahid isteri ziarah Anwar di HKL



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Ahmad Zahid memuat naik gambar dan turut mendoakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cepat sembuh.

“Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh,” ujar Ahmad Zahid.

BACA: Najib, Rosmah lawat Anwar di HKL

Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.

HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.



Source link

read more

Chef Wan antara penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UUM



SINTOK: Dua Profesor Adjung di Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah sempena Majlis Konvokesyen ke-30 universiti berkenaan, di sini hari ini.

Mereka ialah Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dan Profesor Adjung Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Safinaz Tan Sri Dr Fng Ah Seng.

Kedua-dua ijazah disampaikan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen UUM ke-30, di sini hari ini.

Redzuawan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Seni Kulinari) manakala Fng yang juga Pengasas dan Pengarah Urusan Epic Valley Holdings Sdn Bhd menerima Ijazah Kerhormat Doktor Falsafah (Tanggungjawab Sosial).

Seramai 5,935 graduan menerima ijazah dalam majlis yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini membabitkan lapan sesi.

Ia membabitkan 4,439 graduan Sarjana Muda dan 1,496 graduan pasca siswazah yang meliputi 301 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Pengurusan (4), Doktor Pentadbiran Perniagaan (29), Ijazah Sarjana (1,107) dan Diploma Siswazah Dalam Pendidikan seramai 55 orang.

Sementara itu, Chef Wan dalam ucapannya, berkata beliau tidak pernah bermimpi jauh sekali berangan-angan yang pada suatu hari beliau akan berdiri di atas pentas menerima pengiktirafan sebagai ‘tukang masak’.

“Anugerah ini sudah pastinya akan menjadi perangsang untuk saya terus berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan lagi prestasi diri saya dan juga turut sama memberikan sumbangan kepada UUM, masyarakat dan negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Katanya, apa yang dilakukan beliau selama ini untuk memperkenalkan masakan Melayu tradisional Malaysia agar lebih dikenali di peringkat antarabangsa dan juga sebagai kelestarian masakan Melayu agar ia tidak luput ditelan zaman.

“Saya amat berbangga sekiranya setiap resipi yang saya kongsikan dapat diguna oleh setiap masyarakat di luar sana dan mungkin ia juga boleh menjadi sumber pendapatan mereka.

“Saya juga percaya bahawa dengan makanan yang baik, kita dapat membina sebuah bangsa Malaysia yang berjaya satu hari nanti,” katanya.

–BERNAMA



Source link

read more

Pesawat C130 TUDM mendarat cemas di Labuan


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya melakukan pendaratan cemas tanpa peralatan kekaki (landing gear) setelah mengalami masalah teknikal di Lapangan Terbang Labuan, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat tersebut berjaya didaratkan pada pukul 5.15 petang tadi setelah terpaksa berlegar di ruang udara Labuan selama enam jam bagi membakar minyak.

“Pesawat C130 itu telah menghadapi masalah kekaki pesawat hingga menyebabkannya gagal mendarat secara normal.

Phillips juga menempah sebuah bilik berharga AS$150 (RM624) dengan menyerahkan lesen memandunya sebagai bukti identitinya.

“Bagaimanapun, juruterbang dan kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala, landasan lapangan terbang itu ditutup sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyaraan di sini pada Sabtu.

Pesawat C130 milik TUDM berjaya mendarat cemas di Lapangan Terbang Labuan petang ini.



Source link

read more

PBS mahu Kerajaan Persekutuan beri perhatian serius hak Sabah – Pairin



PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu tiga isu utama dikemukakan parti itu menerusi memorandum kepada Jawatankuasa Negeri Sabah mengenai Hak-Hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia dan memo kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi perhatian serius, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin berkata isu utama dikemukakan itu merupakan hak-hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merangkumi Borneonisasi dan penurunan kuasa selain memasukkan sejarah pembentukan Malaysia ke dalam sukatan pelajaran di sekolah.

“Kami berhadap cadangan, keluhan dan ketidakpuasan hati dikemukakan kepada jawatankuasa bersama di peringkat Persekutuan akan diberi perhatian serius,” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah serta Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan air.

Pairin berkata meskipun pelantikan pegawai kanan perkhidmatan awam persekutuan dalam kalangan rakyat Sabah semakin baik, namun beliau mahu lebih ramai lagi rakyat Sabah mengisi jawatan itu termasuk dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti tempatan di Sabah atau Semenanjung.

“Ini adalah bersesuaian dengan jaminan Borneonisasi sekali gus sejajar dengan matlamat asal Persekutuan Malaysia dalam MA63,” katanya, dan menambah, sudah tiba masa lebih ramai rakyat Sabah dilantik dan diserapkan ke dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tentera serta polis,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata jawatankuasa PBS telah mengkaji perkara dijanjikan dalam MA63 mengenai isu pengagihan kuasa selain mencadangkan tindakan pemulihan bagi menyemak semula hak-hak sepatutnya dinikmati Sabah termasuk berkaitan sistem pentadbiran mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak.

PBS juga mahu kerajaan Persekutuan mempertimbang menambah baik dan memperincikan maklumat sejarah pembentukan Malaysia dalam silibus pendidikan negara merangkumi Laporan Suruhanjaya Cabbold; 20 perkara Sabah dan 18 perkara Sarawak, Jawatankuasa Antara Kerajaan dan MA63, katanya.

Menurutnya, fakta berhubung pembentukan Malaysia dalam buku teks sejarah sekolah sedia ada sekarang terlalu ringkas, dan dengan penambahbaikan tersebut generasi akan datang lebih memahami serta menghargai pembentukan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Pairin berkata, PBS turut mengalu-alukan serta menyokong segala usaha pelbagai pihak khususnya daripada parti komponen BN untuk memulihkan kembali hak-hak rakyat Sabah seperti ditetapkan dalam MA63.

Pairin berkata rakyat Sabah boleh membincangkan isu MA63 secara terbuka semasa pentadbiran Najib, namun, perkara itu berbeza ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana MA63 dianggap sensitif dan rakyat Sabah merasa takut membincangkan perkara itu kerana tindakan akan diambil dengan menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Pada masa itu, tiada tempat dan peluang membincangkan isu (MA63) secara terbuka. Namun, PBS berterima kasih kepada perdana menteri (Najib) kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar keluhan atau kebimbangan rakyat Sabah jika ada mana-mana peruntukan perjanjian Malaysia yang disalahtafsirkan.

PBS juga yakin dan percaya perdana menteri (Najib) tidak akan mengabaikan atau mengendahkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia malah perdana menteri sentiasa prihatin untuk menangani isu berkenaan secara aman menerusi perundingan,” katanya.

Dalam pada itu, Pairin turut mempersoal tindakan Dr Mahathir yang secara tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa sekarang sedangkan ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri selama 22 tahun beliau tidak pernah berbuat demikian.

“Kenapa beliau tidak mengambil tindakan semasa berkuasa? Ini membuktikan bahawa agenda utama Dr Mahathir adalah untuk membantu parti pembangkang memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Saya tidak percaya beliau jujur dalam perkara ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kempen YouCanDuit sasar lebih ramai peserta tahun depan



JELI: Selepas beberapa siri jelajah ke seluruh negara, kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini ke negeri pantai timur iaitu Kelantan.

Kempen jelajah keenam itu diteruskan dengan misi dan visi sama iaitu menggalakkan penggunaan platform digital bagi menjana pendapatan luar biasa.

Berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan, pelbagai aktiviti dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari cara terbaik meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Di Kelantan setakat hari ini, seramai tiga ribu usahawan mikro dan pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) telah berjaya dilatih manakala program eRezeki pula mencatatkan seramai 20,000 peserta berdaftar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi DIgital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood, peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan menerusi Bajet 2018 lalu membolehkan pihaknya melatih lebih ramai peserta yang berminat untuk menjana pendapatan lebih baik.

“Alhamdullillah kami telah mendapatkan sokongan daripada kerajaan terutama Perdana Menteri yang mana dalam pembentangan bajet baru-baru ini, MDEC telah mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta.

“Setakat tahun ini kami telah memberi latihan kepada seramai 250,000 peserta dan menyasarkan penambahan sekurang-kurangnya 100,000 peserta tahun depan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

Kempen #YouCanDuit di Jeli turut dihadiri pelakon Zain Saidin, penyampai radio Era Dina Nadzir dan para peserta yang telah berjaya memperoleh pendapatan luar biasa menerusi platform yang disediakan oleh MDEC.

Sementara itu, bagi salah seorang peserta Darwisy Shahidy yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dan Warisan (Animasi) Universiti Malaysia Kelantan berkata, dia adalah peserta menerusi program eRezeki Global High Income (eGHI).

Menurutnya, menerusi program itu dia berjaya memasarkan kemahirannya dalam bidang grafik bukan sahaja di Malaysia tetapi turut menembusi pasaran Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

“Program ini banyak memberi kelebihan kepada saya dan kini saya mampu menjana pendapatan sekitar RM3,000 sebulan,” katanya.

Kempen #YouCanDuit merupakan kolaborasi bersama Karnival Jeli Best 2017 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selepas Kelantan, kempen ini bakal menjelajah ke Nilai, Negeri Sembilan pada 25 dan 26 November.



Source link

read more

Batal tempahan PKR tiada kaitan dengan Kementerian Pelancongan



KUALA KANGSAR: Pembatalan tempahan dewan di Hotel Seri Malaysia di Ipoh yang dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk mesyuarat tertutup parti itu semalam tiada kaitan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata hotel tersebut di bawah kelolaan Kementerian Kewangan dan pengerusinya juga dilantik oleh kementerian tersebut.

“Hotel tersebut bukan di bawah kementerian saya, jadi saya tidak boleh komen mengenainya, saya hanya boleh beri pandangan,” katanya kepada pemberita selepas menutup program khidmat masyarakat ‘Touch Point Cabinet Away 2017’ di Padang Rengas, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi Twitter rasmi miliknya semalam bahawa mesyuarat itu tidak dapat diadakan di hotel berkenaan susulan pihak pengurusan ditekan untuk membatalkan tempahan pada saat terakhir dan beliau meminta Mohamed Nazri menjawab isu itu.

Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamahari berkata pihaknya hanya dimaklumkan mengenai pembatalan berkenaan kira-kira pukul 10 malam pada Khamis atas arahan pihak-pihak tertentu.

Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, turut menafikan dakwaan bahawa pembatalan tempahan itu berkaitan dengan parti politik tertentu kerana hotel tersebut diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada semua.

“Hotel ini juga diwujudkan untuk mendapatkan keuntungan, jadi kalau kita tahan sesuatu program semata-mata kerana dia parti politik lain kita rugi, kalau dia (pembangkang) tak buat (program) dekat tempat kita dia akan buat dekat tempat lain juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata UMNO sedia menerima semula bekas anggotanya yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya mereka mahu meninggalkan parti itu.

Beliau berkata UMNO juga sedia memaafkan perbuatan serta kata-kata yang pernah dilemparkan mereka terhadap parti itu.

“Saya berharap PPBM akan terus ditimpa masalah supaya anggotanya sedar mereka membuat keputusan yang salah dan pulang semula kepada UMNO demi perpaduan masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau mengulas kegagalan PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan walaupun telah setahun ditubuhkan serta pengumuman keluar parti oleh beberapa ketua penaja bahagiannya di Perak baru-baru ini kerana krisis kepimpinan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons