Review Category : Semasa

Penjenayah pandu dalam keadaan bahaya elak ditahan – Jenayah


KUALA LUMPUR 20 Nov.- Polis meminta penunggang motosikal yang merakam video dua penjenayah yang memandu laju ketika melarikan diri dari ditahan di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor pada Sabtu lalu tampil membantu siasatan.

Video berdurasi empat minit 25 saat itu yang mula tular di media sosial yang memaparkan penjenayah terbabit dikejar kenderaan anggota peronda.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi berkata, dalam kira-kira pukul 6.30 petang itu, kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna kelabu dilihat anggota pasukan peronda memandu dalam keadaan mencurigakan.

Ujarnya, mereka kemudiannya diarahkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan namun mereka enggan

“Kedua-dua mereka bagaimanapun terus memecut laju sejauh lebih lapan kilometer bermula dari Persiaran Kewajipan menuju ke SS19/6, Subang Jaya bagi mengelak diri mereka dari ditahan.

“Sebaik sahaja tiba berhampiran di sebuah kawasan perumahan, mereka bertindak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan diri di kawasan semak berhampiran,” katanya.

Tambah Mohammad Azlin, sehingga kini pihaknya masih memburu kedua-dua suspek dan semakan terhadap kereta terbabit turut mendapati kenderaan berkenaan dilaporkan hilang di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

“Selain mengesan kedua-dua suspek, kita juga meminta penunggang yang merakamkan video terbabit untuk tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malam Puisi Rasuah acara tahunan SPRM – Nasional


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadikan Malam Puisi Rasuah sebagai acara tahunan bagi menyampaikan mesej anti rasuah kepada masyarakat.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, acara yang dilancarkan buat pertama kali pada malam ini adalah hasil kerjasama pihak SPRM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menurutnya, acara puisi pada malam ini adalah bagi memberi pendekatan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

“Usaha ini adalah rentetan daripada teater Bahara Emas berkisarkan rasuah yang dipentaskan baru-baru ini dan SPRM juga akan menerbitkan satu drama bersiri bertajuk ‘Banteras’ awal tahun hadapan.

“Kita mahu mesej anti rasuah disampaikan dalam pelbagai ruang supaya masyarakat sedar betapa pentingnya memerangi gejala rasuah dan kita berharap rakyat bersama-sama menyatakan sokongan kepada SPRM demi mewujudkan negara yang bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Puisi Rasuah SPRM-DBP di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP, di sini malam ini.

Dalam majlis tersebut, Dzulkifli turut mendeklamasikan sebuah puisi hasil nukilan Syed Indrera Syed Omar atau Siso dari kumpulan Kopratasa yang bertajuk Jangan Nangis Dulu Bangsaku.’

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

11 kereta tergelunsur akibat tanah mendap – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Sebanyak 11 buah kereta rosak selepas tergelunsur ke dalam longkang akibat mendapan tanah di Jalan LP 1A/2, Taman Lestari Perdana, Serdang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada pukul 6.20 petang.

“Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa dan tidak melibatkan struktur bangunan.

“Kita telah menutup kawasan tersebut daripada dimasuki orang awam dan menyerahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Video ahli politik India buang air kecil jadi tular – Luar Negara


MUMBAI 20 Nov. – Seorang ahli politik India menjadi perhatian ramai apabila rakaman video yang menunjukkan beliau sedang membuang air kecil di khalayak ramai menjadi tular.

Ram Shinde yang merupakan Menteri Pemuliharaan Air di negeri Maharashtra dirakam membuang air kecil di tepi jalan pada Sabtu lalu.

Penularan video berkenaan memberi tamparan hebat kepada kerajaan India yang berusaha melarang orang ramai daripada melakukan tindakan tersebut di khalayak ramai. – AFP



Source link

read more

Penjenayah Twitter disabitkan kesalahan – Luar Negara


TOKYO 20 Nov. – Suspek pembunuhan sembilan mayat tanpa kepala yang dijumpai di sebuah kawasan pangsapuri di pinggir Tokyo bulan lalu disabitkan kesalahan pertama hari ini.

Takahiro Shiraishi, 27, dipercayai memperdaya sembilan mangsanya, kebanyakannya wanita ke kediamannya sebelum melakukan pembunuhan selepas mengetahui mereka memuat naik status ingin membunuh diri di Twitter.

Shiraishi mengaku membunuh kesemua mereka dan hari ini dia disabitkan kesalahan melakukan pembunuhan pertama terhadap Aiko Tamura. – AFP



Source link

read more

VjQyZkBjTurki keluar waran tangkap kepada 107 guru – Luar Negara


VjQyZkBj

ISTANBUL 20 Nov. – Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap kepada 107 orang guru yang disyaki terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu.

Seramai 51 orang telah ditahan di Ankara selepas pendakwa raya tempatan mengeluarkan waran tersebut.

Kesemua guru berkenaan sebelum ini digantung bertugas sepanjang siasatan terhadap mereka dijalankan. – REUTERS



Source link

read more

Lima tebusan Abu Sayyaf diselamatkan – Luar Negara


MANILA 20 Nov. – Tentera Filipina berjaya menyelamatkan lima nelayan tempatan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Lima nelayan itu dijadikan tebusan selama 35 hari sejak mereka ditahan oleh kumpulan berkenaan berdekatan Kepulauan Sulu.

Ketua Tindakan Mindanao Barat Filipina, Leftenan Jeneral Carlito Galvez berkata, kesemua tebusan berjaya melarikan diri ketika tentera kerajaan berbalas tembakan dengan Abu Sayyaf.

Tambahnya lagi, tentera sedang berusaha menyelamatkan 17 lagi tebusan termasuklah seorang warga Belanda, Vietnam, lima rakyat Indonesia dan 10 penduduk tempatan. – BERNAMA



Source link

read more

20 maut dalam nahas lori – Luar Negara


KARACHI 20 Nov. – Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk wanita serta kanak-kanak terkorban selepas sebuah lori terbalik di selatan negara itu.

Lima orang turut dilaporkan cedera dalam kemalangan berkenaan yang berlaku di daerah Khairpur, wilayah Sindh.

Pegawai polis daerah tersebut, Azfar Mahesar berkata, ketika kejadian, lori itu dikatakan cuba memotong sebuah van penumpang ketika ia terbalik dan melanggar kenderaan lain. – AFP



Source link

read more

Bapa wajar diberi cuti bersalin sebulan – Nasional


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus memperjuangkan pelaksanaan cuti bersalin sebulan untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, meskipun ia memakan masa namun kementeriannya tidak akan berganjak daripada perjuangannya itu.

“Pelaksanaan cuti bersalin satu bulan kepada warga bapa bukan sesuatu yang baharu malah telah dilaksanakan di banyak negara serta terbukti keberkesanannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Swedish Dad and Malaysian Dad di sini hari ini.

Azizah menambah,  cuti bersalin untuk bapa bagi sektor kerajaan adalah satu minggu manakala sektor swasta adalah bergantung kepada sesebuah syarikat itu sendiri.

Beliau menyifatkan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja adalah tidak mencukupi. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Tuduhan Hsien Loong tidak bertanggungjawab- Khairy – Politik


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mendakwa niat sebenar tuntutan Malaysia terhadap semakan keputusan ke atas Pulau Batu Puteh adalah kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap sebagai tuduhan tidak bertanggungjawab yang hanya boleh merosakkan hubungan baik Malaysia dengan Singapura.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Singapura itu kerana memperlekeh permohonan Malaysia untuk semakan keputusan terhadap tuntutan tersebut.

Katanya, Malaysia telah memfailkan permohonan berkenaan pada 2 Februari 2017 berdasarkan penemuan fakta baharu melalui tiga dokumen dalam Arkib Negara United Kingdom pada 4 Ogos 2016.

“Keputusan membuat permohonan selepas penemuan fakta baharu adalah hak yang diberikan dan dipatuhi Malaysia dan permohonan yang dibuat adalah untuk pentafsiran penghakiman bukannya dibuat secara sambil lewa tanpa asas yang kukuh.

“Malah semasa penemuan fakta baharu pada Ogos 2016, PRU-14 masih belum diumumkan, Parlimen Malaysia sendiri masih belum dibubarkan sehingga ke hari ini iaitu lebih setahun dari tarikh penemuan fakta baharu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, memang mudah untuk meraih sokongan politik dengan membuat tuduhan kepada negara lain.

“Namun tidak seperti beliau, Malaysia memandang serius isu kedaulatan sepanjang masa dan bukan semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya atau konvensyen politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons