Review Category : Semasa

Loji Kumbahan Kajang Utama berkapasiti 150,000 PE – KL & Putrajaya


KAJANG 4 Nov. – Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kajang Utama milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) kini mampu beroperasi pada kapasiti tertingginya iaitu 150,000 PE (Penduduk Setara) selepas siap dinaiktaraf baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, loji berkenaan yang mengguna pakai teknologi Reaktor Kelompok Penjujukan (SBR) mampu merawat air sisa daripada kawasan Kajang 2, Kajang 3 Timur dan Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Katanya, dengan teknologi baharu merawat itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti air yang dilepaskan ke Sungai Langat daripada loji selain meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dengan penutupan loji lama yang sering bermasalah.

“Ini juga sebagai langkah rasionalisasi bagi mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan melalui penutupan 28 loji rawatan kumbahan awam, enam loji di premis kerajaan dan dua loji persendirian,” katanya selepas merasmikan pembukaan semula operasi loji itu di sini hari ini.

Turut berlangsung serentak Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kajang Utama yang dihadiri kira-kira 800 penduduk setempat bagi mengikuti taklimat dan pameran sistem pembetungan IWK serta bersantai menyertai acara sukaneka dan cabutan bertuah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hujan tak halang penyokong Lang Merah banjiri skrin gergasi – Bola Sepak


ALOR SETAR 4 Nov. – Hujan yang berterusan sejak awal pagi ini tidak menghalang lebih 300 penyokong Lang Merah berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini untuk memberi memberi sokongan kepada Kedah yang bersaing pada aksi final Piala Malaysia menentang JDT.

Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama MBAS, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Alor Setar dan Pemuda Bahagian Alor Setar memberi peluang kepada penyokong Lang Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam, Selangor melihat aksi Lang Merah menerusi paparan skrin gergasi.

Difahamkan selain Dataran MBAS, lebih 80 skrin gergasi ditempatkan di semua 15 kawasan Parlimen di Kedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Muhamad Fahmi Mohd. Fauzi, pihaknya menyediakan dua khemah dan kerusi untuk kira-kira 200 penyokong Lang Merah.

“Bagaimanapun, sambutan yang diterima menggalakkan apabila lebih 300 penyokong Lang Merah datang untuk bersama-sama bersorak memberi sokongan kepada Kedah.

“Malah, bilangan penyokong juga semakin bertambah dari masa ke masa. Selain menonton bola di paparan skrin gergasi ini, pihak kami juga ada menyediakan hadiah untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, penyokong Kedah, Wan Azliza Wan Yusoff berkata, pemasangan skrin gergasi itu memberi peluang kepada peminat Lamg Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam merasai kehangatan perlawanan akhir tersebut.

“Menonton perlawanan akhir ini di rumah mungkin lebih selesa terutama dalam keadaan hujan berterusan ini tetapi kemeriahannya tidak sama.

“Memberi sokongan kepada pasukan Kedah bersama ratusan penyokong Lang Merah yang lain lebih seronok,” ujarnya .

Bagi Shuhaizam Rozali dari Pendang pula, berkumpul beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah lebih menyeronokkan berbanding menonton bersendirian di rumah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 1,000 penyokong JDT serbu Restoren E&Y – Sahul – Bola Sepak


JOHOR BAHRU 4 Nov. – Lebih 1,000 penyokong Johor Darul Takzim (JDT) tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia antara Harimau Selatan menentang Kedah di Restoran E&Y (Sahul) di Adda Heights, malam ini.

Sejak pukul 7 malam, pengunjung sudah mula memenuhi ruangan restoran itu yang menyediakan tayangan skrin gergasi bagi menyaksikan perlawanan penting tersebut.

Pengusaha restoran, Sahul Hameed E. Yaccob berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sementara menunggu aksi final berlangsung, antaranya cabutan bertuah, teka bola dalam balang dan teka jaringan gol.

“Penyokong Harimau Selatan bukan hanya dapat menyaksikan perlawanan akhir, malah berpeluang membawa balik pelbagai barangan dan cenderamata JDT seperti jersi, baju T, mafla, topi dan bola.

“Saya tidak sangka mendapat sambutan hebat kerana di lokasi lain turut mengadakan tayangan skrin gergasi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penumpang terkandas, tanah runtuh di Dabong – Nasional



KUALA KRAI 4 Nov. – Seramai 70 penumpang terkandas selepas kereta api yang membawa mereka dari Kuala Lipis, Pahang ke Tumpat tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan tanah runtuh di kilometer 392 antara Dabong dan Bukit Abu di sini petang tadi.

Kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang itu berikutan hujan lebat yang berlarutan di negeri ini sejak malam tadi.

Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Zaid Ibrahim berkata, kereta api dari Kuala Lipis yang bertolak dari stesen Dabong kira-kira pukul 6.05 petang itu terpaksa berhenti dan berpatah balik selepas dimaklumkan berlaku tanah runtuh di kawasan tersebut.

“Kereta api terpaksa berundur semula ke stesen Dabong kerana  laluan tersebut yang ditenggelami air tidak dapat dilalui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua penumpang tersebut kemudiannya dibawa ke stesen kereta api Kuala Krai menggunakan bas.

“Kerja-kerja membaik pulih laluan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat dan kita sedang menunggu maklum balas daripada pasukan jurutera yang bertugas,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Empat maut kereta bertembung bas – Terkini


MARANG 4 Nov.- Empat beranak yang dalam perjalanan pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhadapan Penjara Marang di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang itu, Mohd. Sari Muda, 52, isteri, Mizah Mamat, 52, dan anak perempuannya, Saerah Saari, 18, serta anak saudara mereka, Nur Adibah Ramli, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu bas persiaran, Abdul Jalil Awang, 56, dan 30 penumpang yang merupakan murid dan guru pengiring Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baging, Cherating, Kuantan, Pahang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Sari dan tiga ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jerung Surau di sini selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Kerteh, Kemaman.

Beliau berkata, bas persiaran yang membawa rombongan murid sekolah rendah terbabit pula dalam perjalanan pulang dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Cendering, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Abdul Jalil mendakwa kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa dilihat meluncur laju sebelum terbabas ke laluan bertentangan pada jarak kira-kira 500 meter dari kenderaannya.

“Dua buah kereta di hadapan berjaya mengelak kereta tersebut. Saya juga cuba mengelak dengan memasuki laluan bersebelahan.

“Kereta itu tiba-tiba memasuki laluan asalnya dan merempuh hadapan bas yang saya pandu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

19 terkorban dalam Taufan Damrey – Nasional


HANOI 4 Nov. – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban manakala lima lagi cedera berikutan Taufan Damrey yang melanda bahagian tengah dan selatan negara itu pada pagi hari ini.

Kesemua mangsa yang maut adalah mereka yang berasal dari wilayah Khanh Hoa, Phu Yen dan Binh Dinh.

Taufan tersebut dijangka melintasi wilayah selatan Kemboja pada petang hari ini. – BERNAMA



Source link

read more

Gara-gara baldi terbalik, banduan merusuh – Nasional


MANILA 4 Nov. – Gara-gara sebuah baldi yang terbalik, seorang banduan maut dalam rusuhan di penjara Quezon City semalam.

Menurut pegawai penjara, Norberto Felicen, rusuhan itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ruang tempat tidur yang sempit dan mengakitbakan dua kumpulan banduan bergaduh.

“Kami mempunyai 3,424 banduan di dalam sebuah fasiliti yang hanya mampu menampung 800 orang sahaja. Di mana sahaja ada ruang, mereka perlu menggunakannnya untuk tidur.

“Ia merupakan salah satu punca menyebabkan rusuhan berkenaan,” kata Felicen kepada AFP. – AFP



Source link

read more

PM Lebanon letak jawatan – Nasional


BEIRUT 4 Nov. – Perdana Menteri Lebanon, Saad al-Hariri membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya selepas khuatir wujud rancangan untuk membunuhnya dan mengkritik Iran serta sekutu negara itu, Hezbollah.

Pengumuman peletakkan jawatannya itu dibuat menerusi siaran secara langsung stesen penyiar tempatan.

“Kita hidup dalam suasana yang sama sebelum pembunuhan ayah saya, Rafik al-Hariri. Saya telah menghidu wujudnya rancangan untuk membunuh saya,” katanya. – REUTERS



Source link

read more

‘PJ Fair 2017’ padat dengan seni, budaya sejagat – KL & Putrajaya


PETALING JAYA 4 Nov. – Lebih 8,000 warga Petaling Jaya tidak putus-putus membanjiri Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya di sini sempena ‘PJ Fair 2017’ yang sarat dengan pelbagai aktiviti riadah dan warna-warni persembahan kebudayaan sehingga lewat malam ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, penganjuran masuk tahun kelima yang bertemakan Festival Kesenian Rakyat (Folklore Festival) itu merupakan antara pelan strategik yang terkandung dalam Pembangunan Mampan PJ 2030 khususnya yang berkait dengan budaya dan komuniti.

Katanya, aspek kebudayaan jadi teras festival tahunan itu antaranya persembahan kebudayaan dari dalam dan luar negara, demonstrasi makanan, jualan buah-buahan tempatan termasuk mengetengahkan budaya baharu seperti ‘urban dance’, ‘busking’, ‘foodgasm’ serta pertandingan kayak dan memancing.

“Delegasi dari negara luar iaitu ‘PJ Sisters City’ turut memeriahkan festival malam ini iaitu Kota Bandung (Indonesia), Asan City dan Seong Bok-gu (Korea Selatan) serta Miyoshi (Jepun). Sekali gus mewujudkan silang budaya,” katanya semasa berucap merasmikan ‘PJ Fair 2017: Festival Kesenian Rakyat’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Piala Malaysia:Cabrera tidak sabar robek kubu Kedah – Bola Sepak


JOHOR BAHRU 3 Nov. – Pemain import Johor Darul ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera tidak sabar untuk merobek kubu pertahanan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok bagi membantu Harimau Selatan menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.



GONZALO CABRERA

GONZALO CABRERA

Cabrera, 28, membantu JDT melangkah ke perlawanan akhir sejak 2014 dengan menjaringkan satu gol serta membantu Gabriel Guerra melakukan jaringan ketika menewaskan Perak 3-0 pada semi final kedua di Larkin.

Beliau mahu mengulangi kejayaan itu dengan meletakkan namanya dalam senarai penjaring bagi membantu JDT membawa pulang Piala Malaysia ke Johor.

“Sudah pasti ia menjadi impian buat mana-mana pemain untuk menjaringkan gol penting buat pasukan di perlawanan utama seperti ini bagi menentukan siapa yang layak bergelar juara.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya dan akan membuat sehabis baik pada perlawanan akhir esok untuk membawa pulang Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan dari negeri ini menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 ketika dimenangi Johor FA selepas menewaskan Selangor 3-1.

Penyerang kelahiran Argentina itu berkata, gandingan bersama-sama Mohammad Ghaddar dan Guerra bakal menjadi pemusnah buat Lang Merah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi pada musim lalu.

“Kami tahu pertembungan ini adalah penting buat JDT dan kami yakin dengan kemampuan serta kualiti yang ada pasukan mampu memberi kelebihan kepada kami.

“Tidak dinafikan lawan kami di pentas akhir ini merupakan satu pasukan yang kuat dan kami juga tidak kurang hebatnya dan dibarisi pemain-pemain yang berkualiti. Jadi, kita tengoklah siapa lebih hebat pada perlawanan esok,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons