Review Category : Semasa

ROS jumpa Setiausaha Agung PPBM petang ini – Melaka


MELAKA 21 Nov. – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di jabatan itu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini bagi membincangkan mengenai isu dalaman parti untuk menyelesaikan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, hasil pertemuan antara pucuk pimpinan parti itu dengan Ketua Setiausaha KDN semalam, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya pertemuan tersebut dipercepatkan bagi membolehkan parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan.

“Apabila Tan Sri (Muhyiddin) memohon supaya pertemuan tersebut dipercepatkan, ROS memaklumkan akan bertemu dengan Setiausaha Agungnya pukul 5 petang ini bagi mendengar apa tindakan PPBM bagi memastikan mereka dapat mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini juga.

“PPBM perlu mematuhi perlembagaan parti sendiri iaitu mereka mesti mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun dan pertemuan tertutup itu membolehkan saya mendengar apa persiapan mereka bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Outreach Pengurusan Pertubuhan Berintegriti dan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Pertubuhan Pendaftar NGO negeri Melaka di Duyong di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Abu Talib Othman dan Pengarah ROS negeri, Nurhafidah Ali.

Jumaat lalu, ROS memberi amaran kepada PPBM bahawa parti itu boleh dibatalkan selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Netizen keliru jantina penyanyi lagu Bismillah [VIDEO] – Hiburan


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sejak single Bismillah mula dimainkan di corong-corong radio beberapa bulan lalu tanpa mengenali gerangan penyanyi lagu tersebut, menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen yang ingin mengetahui empunya suara yang disifatkan lunak dan merdu.

Ekoran populariti yang dikecapi lagu berkenaan membuatkan beberapa stesen radio dan televisyen mula mengundang penyanyinya, Ikhwan Fatanna, 27, bagi menjayakan program masing-masing.

Usai mengetahui gerangan pemilik suara di sebalik lagu itu, rata-rata peminat industri muzik tanah air terkejut kerana pada awalnya menyangka karya ciptaan Mohaid Rosli, Ayden Ali, Zel dan Ikhwan itu dinyanyikan oleh penyanyi wanita.

“Saya sudah menjangkakan situasi ini kerana pernah berhadapan dengan tanggapan awal pendengar menerusi beberapa buah lagu yang dinyanyikan sebelum ini.

“Cuma waktu itu single tersebut tidak begitu rancak dimainkan di radio. Jadi tidak timbul sebarang isu. Kali ini apabila Bismillah mendapat sambutan baik pendengar, barulah mula diperkatakan.

“Bagaimanapun, saya tidak berkecil hati dengan tanggapan tersebut. Disebabkan kekeliruan pendengar, mereka mula mengenali saya. Alhamdulillah, ada hikmahnya,” ujar pemuda kelahiran Ampang, Kuala Lumpur itu.

Menurutnya, memiliki suara yang nipis dan halus mungkin menyebabkan kekeliruan tersebut berlaku tetapi dia menerima anugerah kurniaan Allah dengan hati terbuka.

Bersyukur lagu nyanyiannya mendapat maklum balas yang positif, Ikhwan berharap karier seni yang diceburi sejak beberapa tahun lalu terus berkembang maju.

Menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan komposer tersohor Datuk M. Nasir, penyanyi yang gemar menyanyikan lagu berunsur nasihat itu berdoa agar impian tersebut dapat dicapai.

Aktif sebagai komposer, dia juga menggubah lagu untuk penyanyi lain selain dirinya dan dalam perancangan untuk menghasilkan single seterusnya.

Sebarang tempahan untuk undangan nyanyian, boleh hubungi terus menerusi akaun Intagram miliknya, @ikhwanfatanna.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perhilitan mahu doktor veterinar secara tetap – Nasional


SEREMBAN 21 Nov. – Kegagalan memahami fungsi hidupan liar terhadap keseimbangan ekologi adalah punca permohonan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mendapatkan doktor veterinar secara tetap ditolak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, sehingga kini jabatan itu mempunyai seramai 16 doktor veterinar yang dipinjamkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Katanya, semua doktor berkenaan hanya biasa mengendalikan haiwan ternakan dan apabila dipinjamkan kepada Perhilitan, mereka terpaksa dihantar menjalani kursus dan latihan termasuk ke luar negara bagi meningkatkan kefahaman mereka berkaitan hidupan liar.

“Kepakaran yang diperoleh ini menjadi tidak lagi relevan apabila mereka dipanggil balik oleh MOA dan ditempatkan semula untuk menjaga haiwan ternakan.

“Kita telah beberapa kali membuat permohonan kepada JPA untuk mendapatkan perjawatan secara tetap tetapi ditolak. Bagi saya, mereka tidak faham apa itu ekologi, apa itu perubahan iklim dan kepentingannya terhadap alam sekitar, sebab itu ditolak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Biodiversiti 2017 di sini hari ini.

Beliau yang melahirkan kekesalannya terhadap penolakan itu berkata, beberapa cadangan balas daripada pihaknya turut ditolak oleh jabatan berkenaan.

Tambahnya, pihaknya sedia berbincang dengan JPA terhadap isu-isu yang ditimbulkan dalam alasan penolakan itu seperti kenaikan pangkat bagi perjawatan tersebut.

“Kita boleh bincang kerana negara ini telah mempunyai dasar mengenai ekologi termasuk pemuliharaan hidupan liar tetapi tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama JPA.

“Kita mesti ingat bahawa hidupan liar mempunyai peranan masing-masing dalam mengekalkan keseimbangan ekologi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pas sindir Pakatan Harapan bagaimana hendak tadbir negara – Politik


KOTA BHARU 21 Nov. – Pas menyindir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimana untuk mentadbir negara sedangkan usaha menguruskan pendaftaran gabungan tersebut sehingga kini masih gagal.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kegagalan Pakatan Harapan yang didalangi DAP mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS jelas menunjukkan kelemahan pengerusinya.

“Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tiba-tiba hendak menguruskan pendaftaran parti pun tidak boleh selesai.

“Jadi bagaimana hendak uruskan negara. Lebih malang, mesyuarat agung PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebelum ini juga hanya dihadiri 12 orang sahaja.

“Dia (Mahathir) cakap hendak tukar kerajaan, guling Barisan Nasional (BN) namun kalau mesyuarat hanya 12 orang sahaja hadir, bagaimana hendak dapat sokongan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, ROS tidak boleh meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan kerana masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh dua parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, setakat ini, ROS masih belum menerima laporan akhir termasuk senarai terkini pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilaksanakan pada 12 November lalu.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, Parti PPBM pula masih gagal mengadakan perhimpunan agung selepas parti itu ditubuhkan tahun lalu.

Sebelum ini, Pada 21 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa ROS belum menjawab permohonan Pakatan Harapan untuk mendaftarkan DAP, PKR, PPBM dan PAN sebagai satu gabungan rasmi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pahang tolak beraksi di AFC – Bola Sepak


KUANTAN 21 Nov. – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) membuat keputusan mengejut untuk tidak menyertai pertandingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

PBNP dalam kenyataannya berkata, keputusan tersebut dibuat kerana ingin memberi sepenuh perhatian terhadap saingan Liga Malaysia 2018.

“PBNP ada menerima tawaran untuk menyertai Piala AFC 2018 melalui surat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 9 November.

“Bagaimanapun, PBNP menolak untuk menyertai Piala AFC 2018 melalui surat bertarikh 14 November 2017. Ia adalah untuk memberi sepenuh perhatian kepada liga domestik,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Pahang dilaporkan memperoleh ‘rezeki terpijak’ apabila bakal menggantikan Kedah beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan.

Keputusan itu dibuat ekoran kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melepasi syarat pelesenan yang ditetapkan AFC.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam kenyataan bersama Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas KFA gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tendong pusat pengeluaran benih padi – Kelantan


PASIR MAS 21 Nov. – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat untuk menjadikan Tendong sebagai pengeluar utama benih padi bermutu di negeri ini.

Ahli Lembaga Pengarah Kada, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, benih padi MR297 Siraj yang diusahakan oleh pesawah bawah selian PPK Kubang Sepat di kawasan Tendong sudah mula dituai pada hari ini.

Menurutnya, benih padi yang dihasilkan itu mengikut prosedur operasi standart (SOP) sebagaimana telah ditetapkan oleh

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Kita akan perhebatkan lagi kerjasama dalam usaha menjadikan Tendong sebagai pusat pengeluaran benih padi terbaik di negara ini pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan kerja-kerja menuai benih padi itu di Kampung Kayu Tinggi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sindiket edar dadah di pusat hiburan tumpas – Jenayah


KLANG 21 Nov.- Polis Klang Selatan hari ini berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di pusat hiburan dengan tertangkapnya dua lelaki warga tempatan dalam dua serbuan serentak di dua buah rumah di Jalan Tepi Sungai, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 34 tahun yang baharu berjinak-jinak dengan sindiket pengedaran dadah itu menjadikan rumah terbabit sebagai stor penyimpanan.

“Menerusi tangkapan ini kita berjaya merampas 2,900 biji pil ecstasy dan 27,000 biji pil eramin yang dianggarkan bernilai RM500,000.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] TUDM fokus keperluan UAV berkeupayaan tinggi – Nasional


KOTA BELUD 21 Nov. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memberi fokus terhadap keperluan dan pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) sebagai langkah persediaan menghadapi ancaman baharu di masa hadapan.

Panglima Tentera Udara Tan Sri Affendi Buang berkata, selain itu perolehan tersebut penting berikutan perubahan situasi peperangan masa kini termasuk ancaman melibatkan pengganas dan peperangan dalam bandar.

Sehubungan itu katanya, TUDM juga akan bekerjasama dengan pihak industri pertahanan tempatan dan pihak luar yang berkepakaran tinggi untuk memastikan hasrat berkenaan tercapai.

“Kita ada menggunakan UAV setakat ini tetapi dalam skala yang kecil. Jika TUDM memperoleh UAV canggih dan berkeupayaan tinggi kita mampu mempertingkatkan operasi di pelbagai kawasan termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Di samping itu, dengan dilengkapi UAV berkeupayaan tinggi, TUDM yakin dapat memberi tumpuan untuk tingkatkan keupayaan strategik yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri demonstrasi udara ke permukaan sempena Eksesais Paradise Siri 04/2017 di Lapang Sasar Udara Kota Belud di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Polis cari enam lelaki bantu siasatan kes jenayah – Jenayah


REMBAU 21 Nov. – Polis memburu enam individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah di daerah ini sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, mereka dicari untuk membantu siasatan kes lari daripada pengawasan polis, samun bersenjata, mencuri dan ugutan jenayah.

Menurut beliau, enam lelaki terbabit ialah Mohd. Yaser Araffat Mohd. Diasa, 26; Azarul Kamis, 36; Mohd. Sabri Daud, 43; Rostam Ujang, 45; Zainoriza Zainal Nanekama, 27, dan Mohamad Fadzil Che Nik, 38.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau di talian 06-6852222,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Prasarana mantapkan perakuan sumpah vendor dan pembekal – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Selaras dengan aspirasi memperkasa integriti dalam urusan dan operasinya, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperketat proses dan prosedur dalam pentadbiran serta memantapkan perakuan bersumpah kepada vendor dan pembekal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, semua vendor dan pembekal perlu menandatangani perakuan bersumpah selain disyaratkan untuk menghadiri taklimat integriti sekurang-kurangnya sekali.

“Bagi pegawai dan kakitangan Prasarana, mereka perlu membuat pengisytiharan untuk apa juga percutian luar negara bagi mengesahkan ia ditanggung sendiri dan bukannya oleh mana-mana pihak ketiga.

“Oleh itu, satu pembentukan jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan bagi mengesan pembaziran dalam perolehan dan menyekat pembayaran tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons