Review Category : Semasa

Identiti pelakon misteri bertopeng di ASK2017 terbongkar – Berita


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tampil dengan sut merah hitam dan mengenakan topeng muka, kelibat seorang artis lelaki ketika berlangsungnya Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) mencuri perhatian umum tidak kira di dalam dewan mahupun penonton di rumah.

Ketika menghadiri majlis penganugerahan tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat lalu, identiti artis lelaki berkenaan menjadi tanda tanya setiap empunya mata yang melihat kehadirannya.

Justeru, Utusan Online cuba mendapatkan kepastian gerangan di sebalik topeng hitam berkenaan dan akhirnya bertemu jawapan apabila pelakon tersebut membuat pengakuan di laman Instagram miliknya, @adam_shadan_.

Berkata kepada Utusan Online, Adam Shadan, 26, yang pernah membintangi siri popular Titian Cinta menjelaskan, penampilannya sekadar memenuhi tema dan slogan ASK2017 iaitu glamor sekali gus mencipta fenomena.

“Maka, tercetuslah idea untuk berpakaian seumpama itu bermula dari karpet merah hinggalah ke penghujung majlis. Topeng itu saya buat sendiri untuk dipadankan dengan sut tajaan Taufik Idros Creation.

“Tidak sangka pula pada malam itu ramai yang mendekati bertanyakan nama saya. Malah, saya juga perasan beberapa kali kamera mengambil syot ke arah saya ketika berada di dalam dewan.

“Tiada niat pun untuk meraih publisiti murahan, cuma untuk suka-suka dan mengikut tema ditetapkan penganjur,” katanya yang penah berlakon dalam siri Encik Suami Mat Salih Celup dan Jojie Gigil itu.

Dalam perkembangan lain, Adam memberitahu, selepas ini dua buah drama lakonannya akan menemui penonton iaitu Jurnal Suraya dan Bilo Nogori Jupo Kelate di saluran TV3, manakala telefilem Sekolah Api di Astro Citra menerusi slot Karya 12.



Source link

read more

Disebalik kecaman, Pas sedia bantu Pulau Pinang – Politik


KOTA BHARU 5 Nov. – Disebalik pelbagai kecaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap kerajaan Pas Kelantan sebelum ini namun Pas tidak pernah mengambil sikap berdendam apabila Pemuda parti itu sedia menghantar bantuan ke negeri tersebut yang dilanda banjir teruk.

Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya dengan segala kekuatan barisan pemuda serta unit amalnya sedia menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, pada masa ini, pemuda masih menunggu arahan daripada pucuk pimpinan parti dan Jabatan Amal peringkat pusat.

“Kita akan segera membantu selepas mendapat arahan daripada Pas Pusat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut.

Guan Eng sebelum ini pernah mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu Pas sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu juga mendakwa Kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir. –  UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemuda parah rempuh MPV polis – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Seorang pemuda parah selepas motosikal yang ditungganginya merempuh kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan berdekatan susur keluar ke Subang, dekat sini pagi tadi.

Kemalangan pukul 6.20 pagi bemula apabila kenderaan MPV polis sedang membantu  sebuah kereta Perodua  Myvi mengalami kerosakan di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd.  Zani Che Din berkata, ketika anggota membuat kawalan di lokasi, sebuah motosikal jenis Bimota telah melanggar bahagian belakang kenderaan MPV tersebut.

“Akibat kemalangan itu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan di anggota badannya akibat merempuh kenderaan MPV tersebut.

“Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Beberapa kumpulan ATM telah turun ke Pulau Pinang pagi ini – Perak


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak kerja dan menghantar beberapa kumpulan untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, awal pagi ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam aspek memberi bantuan, ATM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya, antara aset-aset yang digunakan dalam operasi membantu mangsa banjir di negeri tersebut adalah trak Tatra seberat enam tan, trak seberat tiga tan, pacuan empat roda dan bot.

“Kita tidak mengira mana-mana negeri, semua kita akan bantu. Aturan gerak kerja telah disusun bermula dengan kumpulan-kumpulan tentera darat yang telah pun turun ke Pulau Pinang seawal pukul 5 dan 6 pagi ini.

“Jadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan bimbang, seperti yang kita lakukan pada Terengganu dan Kelantan ketika banjir besar dahulu, kita juga serius untuk membantu mereka di Pulau Pinang.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ATM dan sebagai Menteri Pertahanan, saya bukan hanya bangga tapi yakin dalam hal begini anggota dan pegawai saya tidak melihat kepada politik. Mereka tidak tunggu arahan daripada saya, sebaliknya mereka mengetahui tanggungjawab masing-masing.” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau persiapan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.  

Yang turut hadir,  Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada ATM bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aliff Aziz beri amaran kepada Afifah – Berita


KUALA LUMPUR 5 Nov. -Drama antara Aliff Aziz, Bella Astillah dan Afifah Nasir nampaknya kembali panas apabila pelakon lelaki tersebut menempelak adik kepada Anzalna Nasir itu di laman sosialnya Instagram.



AFIFAH NASIR

AFIFAH NASIR

Menerusi kapsyen dalam gambar baharu yang dimuat naik, Aliff mahu Afifah tidak lagi menipu dan menasihatkan pelakon itu supaya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

Kata Aliff, dia sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf daripada semua pihak termasuk isterinya, Bella namun Afifah pula dilihat terus-menerus mengeluarkan kenyataan yang menjengkelkan.

“Kenapa babitkan isteri saya lagi dalam kenyataan dia? Apa yang ingin Afifah buktikan? Adakah untuk membuktikan yang awak tidak bersalah dan sekarang semua sudah kembali baik dan normal?

“Macam saya cakap, adalah agak mustahil untuk awak mengeluarkan kenyataan yang benar. Apa kata selepas ini, bila berdepan dengan soalan, cakap sahaja perkara benar atau diam.

“Kalau betul awak dan Bella sudah berbaik, kenapa tidak tunjuk petikan perbualan kamu berdua kepada pihak media?” tegas Aliff.

Afifah sebelum ini membuat kenyataan dia dan Bella sudah berbaik selepas dia menghubungi dan membuat penjelasan terhadap insiden yang pernah menggemparkan industri seni beberapa bulan lepas.

Afifah juga berkata, dia tidak kisah untuk digandingkan dengan Aliff kerana menganggap kontroversi yang pernah melanda mereka sudah lama berlalu.

Bagaimanapun, Aliff menerusi kapsyennya menegaskan, dia tidak akan menerima sebarang tawaran yang menggandingkan mereka berdua kerana berhati-hati dengan Afifah yang disifatkan Aliff sebagai penipu.

“Kepada semua, ini kali terakhir saya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Tetapi, saya lantang bercakap untuk Afifah sedar yang lebih baik dia diam jika sukar untuk bercakap benar,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bantuan segera RM50,000 untuk Pulau Pinang – Pulau Pinang


KOTA BHARU 5 Nov. – Kerajaan Pas Kelantan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM50,000 bagi membantu Pulau Pinang yang dilanda banjir teruk.



AHMAD YAKOB

AHMAD YAKOB

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selain bantuan kewangan, pihaknya juga akan menghantar pasukan sukarelawan ke negeri tersebut.

Dalam masa sama, beliau juga menyeru semua pihak agar mengenepikan sentimen politik dengan bersama-bersama membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Pagi tadi saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan.

“Kita akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,000 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang.

“Dalam situasi sebegini, saya menyeru semua pihak agar dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengenepikan sebarang sentimen politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awal pagi ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut.

Guan Eng sebelum ini pernah mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu Pas sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu juga mendakwa Kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas turut mengajak seluruh rakyat berdoa supaya keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih.

“Bersabarlah di atas ujian Allah yang menguji rakyat di sana melalui  musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kanak-kanak 7 tahun maut jatuh kondominium – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Kondo Bayu, dekat Ampang, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Mohd. Zaid, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang dan disedari orang awam yang kemudian menghubungi polis.

“Kedua ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan kanak-kanak malang itu tinggal bersama kakaknya berusia 10 tahun dijaga ibu saudara mereka yang berusia 29 tahun.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang bermain dengan kakaknya di balkoni sebelum dikatakan tiba-tiba memanjat pagar balkoni tersebut lalu terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

4 sekeluarga tunggu 6 jam atas bumbung sebelum diselamatkan – Pulau Pinang


PULAU PINANG 5 Nov. – Empat beranak terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah mereka di Jalan Perak di sini selama enam jam akibat banjir awal pagi tadi, sebelum diselamatkan pasukan Penyelamat dan Bomba.


Yeu Ah Guat, 54, berkata, dia dan suami, Ong Chong Yee, 55, serta dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun memanjat ke bahagian bumbung rumah dua tingkat mereka selepas air di kawasan rumah naik mendadak.

Tambahnya, rumah mereka mula dilanda banjir kilat kira-kira pukul 1 pagi tadi dan hanya berjaya diselamatkan pukul 6 pagi ini.

“Dengan pakaian sehelai sepinggang, tanpa kasut dan cuaca sejuk, kami berdepan detik cemas itu namun tetap bersyukur kerana kami terselamat,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan Masjid Jamek Hashim Yahya di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ular sawa batik 3 meter yang kekenyangan ditangkap Bomba – Selangor


SABAK BERNAM 5 Nov. – Seorang remaja terjatuh daripada motosikal ditunggangnya gara-gara terkejut melihat kelibat seekor ular sawa batik sepanjang lebih tiga meter yang melintas jalan masuk ke rumahnya, di Kampung di Parit 8, Sekinchan, semalam.

 

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, Khairul Ikhwan Roslan, 17, tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia seterusnya memaklumkan penemuan ular sawa tersebut kepada ibunya, Hakimah Sawal, 53.

Menurut Hakimah, sebaik anaknya memaklumkan kejadian itu, dia segera menghubungi pihak bomba untuk meminta khidmat bantuan menangkap reptilia berkenaan.

“Sementara menunggu kedatangan bomba, kami terus memerhatikan ular sawa itu namun reptilia tersebut tidak melarikan diri.

“Ular itu mungkin kekenyangan kerana baru lepas membaham habuannya. Mungkin ayam ternakan penduduk berhampiran,” katanya.

Menurut Hakimah, ini kejadian kali pertama seekor ular sawa sebesar itu ditangkap di kawasan rumahnya.

“Kalau ular jenis tedung selar atau ular senduk sudah banyak kali ditangkap tapi ular sawa, ini kejadian pertama,” katanya.

Sementara itu, Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Pegawai Kanan Bomba II Zulkafli Mayas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.23 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi dan operasi menangkap ular sawa itu hanya menggambil masa kurang 10 minit berikutan reptilia terbabit tidak bertindak agresif kerana kekenyangan.

“Ular yang ditangkap itu kemudiaannya dilepaskan semula ke habitat asalnya yang jauh daripada kawasan penempatan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Puteri UMNO hantar 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pulau Pinang – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 5 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO akan menghantar seramai 500 hingga 1,000 sukarelawan Skuad Puteri Peduli bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang. 

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sukarelawan berkenaan akan digerakkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan.

Menurutnya, misi bantuan itu melibatkan Puteri UMNO Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

“Antara tempoh yang paling mencabar adalah semasa menghadapi bah dan selepasnya. Oleh itu, sukarelawan berkenaan akan digerakkan mengikut fasa tertentu,” katanya ditemu selepas melawat Kompleks Kraf Johor di Larkin, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons