Review Category : Semasa

Sheila On 7 masih ‘Pria Terhebat’


IMG_20180211_110820MO, 11/2/2018, KUALA LUMPUR: Aura Sheila On 7 (SO7) cukup kental hingga mampu menarik kehadiran kira-kira 7,000 penonton menyaksikan Konsert SO7 Live in Kuala Lumpur 2018 di KWC Mall di sini, malam tadi.

Biarpun kerap bertandang ke negara ini dengan kali terakhir beraksi di lokasi sama, dua tahun lalu, penangan band berasal Yogjakarta, Indonesia itu masih kental.

Tidak hairan, persembahan mega yang turut membariskan lagu baharu termasuk single berjudul Film Favorit bukan sekadar memenuhi cita rasa peminat yang bersama mereka sejak dua dekad lalu, malah setiap seleksi disambut penonton muda berusia belasan tahun.

“Kami gembira diberi peluang kembali ke Malaysia dan terima kasih kepada peminat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Moga kalian semua terhibur dengan persembahan kami,” kata vokalisnya, Duta yang muncul tepat jam 9.15 malam.

Selain Duta, SO7 yang turut membariskan Eross, Adam dan Brian terus menghangatkan dewan itu dengan aroma masa lalu apabila bijak membuai jiwa khalayak bersama lagu malar segar mereka.

Bila Kau Tak Disamping Ku, Seberapa Pantas, Dan, Itu Aku, Pemuja Rahsia serta Sephia antara malar segar yang melonjakkan adrenalin ramai hingga masing-masing menyanyi sambil menari tanpa henti.

Sebanyak 17 lagu pilihan seakan tidak cukup untuk memuaskan khalayak apabila terasa sekejap saja masa berlalu apatah lagi banyak lagi seleksi yang tidak disampaikan.

Namun seperti diluahkan vokalisnya sebelum ini, persembahan kali ini diharap mampu menggembirakan peminat selepas ada yang menyatakan mereka kurang berpuas hati pada konsert terakhir SO7 berikutan lagu idaman tidak didendangkan.

Bak kata Duta, konsert itu adalah pengubat kerinduan pengikut tegar SO7 atau disebut sebagai Sheila Gank yang sanggup datang dari serata tempat demi konsert berkenaan.

Sudah pasti persembahan mereka melakar satu lagi kenangan buat band itu. Namun, andai ada cela, ia tidak berbekas dalam sanubari peminat hasil penangan kumpulan yang dianggap sinonim dengan lagu mereka, Pria Terhebat itu.



Source link

read more

12 kawasan panas jadi tumpuan Polis Kelantan


Datuk_Hasanuddin_Hassanasd.transformedMO, 11/2/2018, TANAH MERAH: Polis Kelantan melancarkan Ops Selamat 12/2018 dengan menumpukan 12 kawasan panas di seluruh negeri ini yang sering berlaku kemalangan sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, hari ini.

Kawasan terbabit merangkumi Kota Bharu di Jalan Kota Bharu – Machang, Kota Bharu – Pengkalan Chepa dan Kota Bharu – Kuala Terengganu.

Kawasan lain adalah di Gua Musang membabitkan Jalan Kota Bharu-Gua Musang-Kuala Lipis; Kuala Krai (Jalan Gua Musang-Kuala Krai); Machang (Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Jalan Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh); Pasir Puteh (Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu) dan Tanah Merah (Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli).

Turut terbabit kawasan di Jeli iaitu Jalan Kota Bharu-Machang-Grik; Tumpat (Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) dan Pasir Mas (Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata Ops Selamat yang dilaksanakan selama 15 hari itu bagi memastikan kadar kemalangan di negeri ini terus berkurang berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 456 kes kemalangan direkodkan tahun lalu pada musim perayaan sama berbanding 473 kes pada tahun 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes kemalangan maut dicatatkan pada tahun 2016 dengan 11 kematian, manakala tahun lalu, kes kemalangan maut mencatatkan angka sama iaitu 11 kes dengan 12 kematian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 12 di Kompleks Niaga Tok Wan Mat, Bukit Bunga di sini, hari ini.

Majlis pelancaran Ops Selamat 12 itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, selain kawalan lalu lintas, Ops Selamat pada kali ini dilaksanakan dengan konsep berbeza berbanding tahun lalu apabila turut memberi tumpuan kepada pencegahan kes jenayah pecah rumah.

“Selain polis yang menjalankan tugas, saya juga minta pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan tidak usah gopoh memandangkan banyak kenderaan akan berada di atas jalan bagi mengelakkan berlaku kemalangan,” katanya.



Source link

read more

TPM hadir perjumpaan tertutup BN Johor – Politik


JOHOR BAHRU 10 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam perjumpaan tertutup dan makan malam bersama-sama Barisan Nasional (BN) Johor di Grand Paragon Hotel di sini malam ini.

Naib Presiden UMNO itu bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hadir pukul 6.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong merangkap Pengerusi MCA negeri; Pengerusi MIC negeri, Datuk M. Asojan dan Pengerusi MyPPP negeri dan Datuk Dr. Siva Kumar.

Hadir sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamed.

Difahamkan dalam majlis berkenaan Zahid dan Mohamed Khaled menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti, ketua-ketua bahagian dan naib-naib ketua bahagian BN seluruh Johor.

Majlis berlangsung selama kira-kira dua jam itu merupakan sebahagian daripada program dihadiri beliau selama dua hari di Johor bermula petang tadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

JPJ nafi paksa pemandu lori tanggalkan pakaian – Nasional


KUALA LUMPUR 10 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan anggotanya telah mengarahkan tiga pemandu lori menanggalkan pakaian dan hanya memakai seluar dalam kerana tidak memberi suapan seperti yang diminta.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan JPJ, insiden yang tular di media sosial baru-baru ini sebenarnya berlaku pada bulan Mei 2015.

“Empat orang anggota penguat kuasa Stesen Penguat kuasa (SPK) Mentara telah diarahkan oleh Ketua SPK Mentara untuk menjalankan rondaan penguatkuasaan di sekitar Jalan Aring ke Tasik Kenyir.

“Mereka kemudian menjumpai tiga buah lori jenis semi-treler kargo am sedang berhenti di bahu jalan tanpa pemandu dan menghalang lalu lintas,” katanya.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu lori didapati sedang mandi di atas bukit berdekatan kemudian bergegas turun dengan hanya berseluar dalam.

“Penguat kuasa sudah mengarahkan mereka mengambil pakaian namun memberi alasan pakaian mereka berada di atas bukit.

“Disebabkan rasa malu dan takut dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang, mereka telah duduk di sebelah kanan belakang kenderaan JPJ,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kesemua pemandu telah meminta maaf dan penguat kuasa telah mengarahkan mereka mengalihkan kenderaan ke tempat yang lebih sesuai.

Menurutnya, satu laporan polis juga telah dilakukan oleh salah seorang pemandu lori tersebut pada 9 Februari lalu di Balai Polis Batu Gajah, Kelantan untuk menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.- UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Forkey Doe bantu kemenangan pertama buat Tok Gajah – Bola Sepak


KUANTAN 10 Feb. – Penyerang import yang baru hari ini bersama Tok Gajah, Forkey Doe membantu Pahang menewaskan Kelantan 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Penyerang dari Liberia itu yang tidak dikawal di dalam kawasan kotak penalti Kelantan mudah menanduk masuk bola sepakan percuma Chan Vathanaka pada minit ke-13 untuk membuka jaringan tuan rumah.

Gol kedua Tok Gajah muncul pada minit ke-55 menerusi jaringan Mohamadou Sumareh dan gol ketiga dijaringkan Nor Azam Azih pada minit ke-88. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Anggota TLDM maut, rakan parah – Nasional


PARIT 10 Feb. – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala rakan sejawatannya parah setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 28, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini.

Nahas pada pukul 6.10 petang itu mengorbankan Laskar Muda Mohd. Naqib Mohd. Nasir, 24, yang menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Rakannya, Laskar Muda Mohd. Firdaus Zackariah, 24, parah manakala pemandu kereta jenis Nissan Almera berusia 65 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki anggota tentera itu dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Sitiawan manakala pemandu Nissan Almera pula dalam perjalanan dari Sitiawan untuk pulang ke rumahnya di Hutan Melintang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Almera.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Myvi cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala rakannya pula parah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Kadar dividen tinggi KWSP hasil pelaburan, pengurusan baik – Najib


KUALA LUMPUR – Kadar dividen tinggi yang diisytiharkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk 2017, merupakan hasil daripada pengurusan dan pelaburan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

“Alhamdulillah hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah,” kata beliau menerusi catatan akaun Twitter dan Facebooknya.

Beliau berkata agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

“Syabas pasukan KWSP!,”katanya.

Perdana menteri juga berharap agihan dividen itu, dapat menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan mereka pada masa hadapan.

KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

Jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus dari 2016.

— BERNAMA



Source link

read more

27 maut, 16 cedera bas terbalik di Subang, Jawa – Luar Negara


JAKARTA 10 Feb. – Sekurang-kurangnya 27 penumpang maut dan 16 lagi cedera selepas bas yang membawa pelancong tempatan terbalik di wilayah Subang, barat Jawa, hari ini.

Menurut polis, bas yang membawa 40 penumpang itu telah melanggar sebuah motosikal semasa menuruni sebuah bukit menyebabkan ia terbalik beberapa kali.

Kebanyakan penumpang yang dalam perjalanan ke kolam air panas adalah dari selatan Tangerang di wilayah Banten.

Polis masih menyiasat punca kemalangan namun dipercayai brek bas terbabit gagal berfungsi.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan dari bas berkenaan dan dibawa ke hospital berhampiran.

Menurut jurucakap hospital Subang, Mamat Dudirakhmat, bilik mayat hospital berkenaan kini penuh dan tidak mampu menampung mangsa kemalangan tersebut. – AFP

habis.



Source link

read more

Terus pulihara alam sekitar – Tengku Abdullah – Nasional


KUANTAN 10 Feb. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu usaha pemuliharaan alam sekitar perlu berterusan agar khazanah alam itu dapat diwarisi sekali gus menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini.

Baginda bertitah, dalam usaha menggalakkan pelancong berkunjung ke negeri ini, masyarakat tidak boleh berkompromi dalam usaha menjaga alam sekitar.

“Kita bertuah kerana Pahang memiliki pelbagai khazanah alam yang cukup berharga. Pantai, tanah tinggi, sungai, taman negara dan pelbagai produk pelancongan seperti makanan.

“Pemuliharaan khazanah alam harus dipertingkat dari tahun ke tahun dan diberi keutamaan. Selain itu, usaha mempromosi pelancongan juga boleh melibatkan lebih ramai individu seperti melantik duta dalam kalangan ahli korporat, selebriti dan artis untuk dijadikan ikon,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat mencemar duli pada Malam Penghargaan Tourism Pahang di sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Pengarah Tourism, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Lima ditahan dalam Op Judi Online – Jenayah


KUALA LUMPUR 10 Feb. – Polis Selangor menahan empat warga asing dan seorang lelaki tempatan dalam Op Judi Online di Seri Kembangan, Selangor.

Serbuan ke atas premis tanpa lesen pada pukul 7.50 malam itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, dua warga asing yang ditahan adalah penjaga premis manakala tiga lagi pemain judi.

“Selain tangkapan, kita turut merampas lima unit telefon bimbit beserta wang tunai berjumlah RM67,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norhizam, kesemua yang ditahan dibawa ke balai berdekatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1) Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons