Review Category : Semasa

Isu 1MDB tidak lagi bimbangkan rakyat – Nasional


SEREMBAN 27 April – Isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menarik perhatian dan membimbangkan rakyat negara ini.



ARUL KANDA KANDASAMY

ARUL KANDA

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, terdapat isu-isu lain yang lebih menjadi tumpuan dan 1MDB bukan salah satu daripadanya.

“Kepada rakyat Malaysia, 1MDB bukan lagi isu teratas, ada isu lain seperti kos sara hidup dan peluang pekerjaan. 1MDB adalah isu di tahap ke-10 atau ke-11 kepada rakyat.

“Tetapi sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab kita tetap memberi penerangan kerana isu itu dipolitikkan dan pembangkang menipu rakyat.

“Walaupun isu ini tidak membimbangkan rakyat, kita mahu mereka mendengar sendiri dan membuat penilaian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Bicara Isu-Isu Semasa di Dewan Besar Gedong Lalang di sini malam tadi.

Yang turut hadir calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Sementara itu, Arul Kanda kesal dengan penyiaran sebuah artikel oleh portal pembangkang, Malaysiakini yang sengaja menghentamnya tanpa fakta kukuh dalam isu 1MDB.

Katanya, penulis tersebut tidak hadir semasa sesi penerangan oleh beliau di pejabat portal tersebut dua minggu lalu, namun bertindak menyerangnya termasuk mempersoalkan kewajaran pelantikannya dalam 1MDB.

“Inilah masalah media propembangkang. Mereka hanya nak jawapan yang mereka nak dengar. Saya jurucakap syarikat bukan tukang jawab.

“Saya bercakap berdasarkan fakta, dokumen dan sudut pandangan syarikat. Saya bukan ahli politik atau mahu kawasan (untuk bertanding) dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak tertekan dengan isu tersebut walaupun sering menjadi sasaran pembangkang kerana masalah 1MDB telah berjaya diselesaikan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ceramah gabungan pembangkang PKR hambar – Politik


JOHOR BAHRU 27 April – Ceramah dan sesi pengenalan calon gabungan pembangkang PKR Zon Selatan malam tadi hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 200 orang.

Malah, majlis yang sepatutnya bermula pukul 8.30 malam hanya dapat dimulakan sejam kemudian sementara menanti ketibaan orang ramai.

Sehingga majlis berakhir kira-kira pukul 11 malam, hanya lima calon Zon Selatan yang hadir terdiri daripada Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, calon Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh (Permas) dan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) yang hadir.

Calon yang ditunggu-tunggu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri (dahulu Gelang Patah) bagaimanapun tidak kelihatan.

Seperti dijangka, intipati ceramah kesemua calon hanya berkisarkan isu kitar semula mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kos sara hidup.

Salahuddin turut cuba menyemai rasa benci rakyat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan mengaitkan calon Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas itu dengan isu rasuah.

Salahuddin turut mempertikai Mohamed Khaled yang bertanding di dua kerusi, DUN dan Parlimen sedangkan dia sendiri turut bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Musa Hitam wakili Najib pada sidang Kemuncak ASEAN Ke-32


KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-32 di Singapura pada 27-28 April ini.

Musa akan diiringi isteri, Toh Puan Zulaikha Sheardin, ketua setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim serta para pegawai kanan Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Sidang kemuncak itu akan menjadi platform bagi para pemimpin ASEAN untuk menangani cabaran memuncul seperti keganasan dan keganasan pelampau.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Wisma Putra berkata sidang kemuncak itu juga akan memberi peluang kepada para pemimpin ASEAN untuk menilai kemajuan yang dicapai dalam usaha yang sedang dilakukan bagi memperkasakan Komuniti ASEAN.

“Sidang kemuncak yang akan diadakan ini merupakan mesyuarat pertama para pemimpin ASEAN dalam tempoh kepengerusian Singapura pada 2018,” katanya.

Tema sidang kemuncak ini, yang dipilih Singapura, ‘Resilient and Innovative’ (Daya Tahan dan Inovatif), bukan sahaja akan membicarakan tentang perpaduan ASEAN, tetapi juga mencerminkan penekanan serta komitmen Singapura dalam mengetengahkan skim yang memanfaatkan inovasi.

“Para pemimpin juga akan mengambil peluang untuk bertukar-tukar pendapat tentang arah tuju masa depan inisiatif diterajui ASEAN dan isu kontemporari yang mempunyai kaitan dengan kepentingan rantau ini serta masyarakat antarabangsa secara lebih meluas,” katanya.

Usaha itu, yang berlandaskan dokumen “ASEAN 2025: Bersama Maju Ke Hadapan”, yang menggariskan matlamat utama bagi tiga tonggak ASEAN, akan didahului dengan beberapa mesyuarat di pelbagai peringkat.

Mesyuarat berkenaan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ASEAN (CPR) pada 25 April, diikuti Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) ASEAN pada 26 April, Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, Mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN dan Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN pada 27 April.

— BERNAMA



Source link

read more

PRU14: Musa dan tiga presiden parti komponen BN pertahan kerusi


KOTA KINABALU – Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, kecuali Tan Sri Joseph Kurup akan mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Kurup yang juga Presiden PBRS memberi laluan kepada anaknya Arthur Joseph Kurup untuk bertanding kerusi Parlimen Pensiangan yang disandangnya pada PRU13.

Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula hanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan melepaskan kerusi Parlimen Keningau yang akan ditandingi Naib Presiden PBS Datuk Daniel Kinsik.

Musa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Sabah akan mempertahankan kerusi DUN Sibuga. Presiden UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran manakala Presiden LDP yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang (DUN Tanjong Kapor).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak diberi kepercayaan bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang berpindah ke kerusi Parlimen Sepanggar.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dan Kota Marudu.

Pengumuman nama-nama calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN berkenaan dibuat oleh Musa pada satu majlis di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun; Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Papar, Beaufort, Silam dan Tawau.

Penyandang kerusi Parlimen yang diberi kepercayaan oleh BN untuk mempertahankan kerusi masing-masing ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan), Datuk Dr Ewon Ebin (Ranau), Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Mohd Zakaria Edris (Libaran) dan Datin Linda Tsen Thau Lin (Batu Sapi).

Turut mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13 ialah Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

BN Sabah turut menampilkan muka-muka baharu untuk bertanding kerusi Parlimen iaitu Datuk Joseph Lee (Kota Kinabalu) dan Caesar Mandela Malakun (Penampang). Yamani Hafez Musa pula menggantikan penyandang kerusi Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang akan bertanding di kerusi DUN Sindumin.

— BERNAMA



Source link

read more

Ismail Sabri, Hasan Ariffin kekal calon BN Pahang


KUALA LUMPUR – Penyandang kerusi Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penyandang kerusi Rompin, Datuk Hasan Ariffin antara muka-muka lama yang dikekalkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) pada 9 Mei depan.

Antara yang kelak di kawasan masing-masing adalah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang masih ditempatkan di DUN Pelangai.

Antara muka-muka baru yang diketengahkan sebagai calon adalah, Datin Chew Mei Fun yang bertanding di Parlimen Raub, Datuk Dr. Johan Mat Sah di Parlimen Indera Mahkota.

Berikut adalah senarai penuh nama-nama calon bagi BN Pahang pada PRU14 kelak:

P78 CAMERON HIGHLANDS – Datuk C Sivarraajh

N1 TANAH RATA – Long Tiak Man

N2 JELAI – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

 

P79 LIPIS – Datuk Abdul Rahman Mohamad

N3 PADANG TENGKU – Datuk Mustapa Long

N4 CHEKA – Lee Ah Wong

N5 BENTA – Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak

 

P80 RAUB – Datin Paduka Chew Mei Fun

N6 BATU TALAM- Datuk Abdul Aziz Mat Kiram

N7 TRAS – Ng Leap Pong

N8 DONG – Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin

 

P81 JERANTUT – Datuk Ahmad Nazlan Idris

N9 TAHAN – Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak

N10 DAMAK – Datuk Natalie Lim Chong Ly *^

N11 PULAU TAWAR – Nazri Ngah

 

P82 INDERA MAHKOTA – Datuk Dr Johan Mat Sah

N12 BESERAH – Datuk Suhaimi Sulong

N13 SEMAMBU – Quek Tai Seong

 

P83 KUANTAN – Datuk Andrew Wong Kean Hwee (MCA)

N14 TERUNTUM – Tee Choon Ser (MCA) **

N15 TANJUNG LUMPUR – Tengku Zulkifli Tengku Ahmad

N16 INDERAPURA – Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif

 

P84 PAYA BESAR – Mohd Shahar Abdullah (Ketua Pemuda) **

N17 SUNGAI LEMBING – Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah

N18 LEPAR – Abdul Rahim Muda

N19 PANCHING – Datuk Mohd Zaili Besar

 

P85 PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak

N20 PULAU MANIS – Datuk Khairuddin Mahmud

N21 PERAMU JAYA – Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali

N22 BEBAR – Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

N23 CHINI – Datuk Seri Abu Bakar Harun

 

P86 MARAN – Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib

N24 LUIT – Nurhidayah Mohamad Shahaimi **

N25 KUALA SENTUL – Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

N26 CHENOR – Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail

 

P87KUALA KRAU – Datuk Seri Ismail Mohamed Said

N27 JENDERAK – Datuk Mohamed Jaafar

N28 KERDAU – Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

N29 JENGKA – Datuk Wan Salman Wan Ismail

 

P88 TEMERLOH – Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

N30 MENTAKAB – Datuk Wong Tat Chee

N31 LANCHANG – Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

N32 KUALA SEMANTAN – Norazmi Md Ludin **

 

P89 BENTONG – Datuk Seri Liow Tiong Lai

N33 BILUT – Jason Poo Mun Hoong

N34 KETARI – Datuk Lau Hoi Keong

N35 SABAI – Datuk R Goonasakaren

N36 PELANGAI – Datuk Seri Adnan Yaakob

 

P90 BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

N37 GUAI – Datuk Seri Norol Azali Sulaiman

N38 TRIANG – Tan Tin Loon **

N39 KEMAYAN – Datuk Mohd Fadil Osman

 

P91 ROMPIN – Datuk Hasan Arifin

N40 BUKIT IBAM – Datuk Wan Kadri Wan Mahusain

N41 MUADZAM SHAH – Datuk Razali Kassim

N42 TIOMAN – Datuk Seri Mohd Johari Hussain -theRakyat



Source link

read more

Doktor, bekas menteri dan ustaz, mana satu pilihan Indera Mahkota


KUALA LUMPUR – Sudah pastinya kerusi Indera Mahkota, Pahang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Pakatan Harapan (PH).

Namun yang membarisi calon-calon ketiga-tiga parti memang cukup berbeza dari segi keperibadian, intelektual dan kepimpinan yang dipamerkan mereka.

Pas mencalonkan Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan manakala gabungan PH meletakkan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

Oleh yang demikian BN perlu meletakkan calon boleh menang di kawasan itu bagi memberikan kelebihan mutlak kepada parti itu.

BN meletakkan Datuk Dr. Johan Mat Sah doktor bagi merampas penguasaan PKR di kerusi berkenaan.

“Saya yakin rakyat di sini memerlukan khidmat bukan sahaja wakil rakyat tetapi juga seorang doktor yang boleh mereka harapkan.

“Latar belakang saya sebagai doktor selama 28 tahun mampu saya gunakan untuk menjaga rakyat Indera Mahkota.

“Sekarang rakyat ada pilihan untuk bersama Barisan Nasional, saya akan pastikan semua masalah dan rintihan rakyat Parlimen ini akan didengari oleh kerajaan,” katanya kepada theRakyat.

Dr Johan berjanji akan menjalankan amanah dan tanggungjawab itu sebaik mungkin, di samping bekerja keras memastikan kemenangan BN di Pahang khususnya Parlimen Indera Mahkota.

“Terima kasih kerana pucuk pimpinan BN dan negeri memilih saya sebagai calon untuk merapatkan kerusi ini daripada PKR.

“Saya berjanji akan melaksanan tugas sebaik mungkin bukan sahaja sebagai wakil rakyat tetapi juga seorang doktor bagi menjaga pengundi disini, kepada pengundi ingatlah bahawa BN adalah pilihan terbaik buat mereka,” katanya lagi.

Mengikut laporan terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat pertambahan jumlah pemilih bagi kerusi Indera Mahkota kepada 66,620 pengundi berbanding 66,105 pada PRU-13 lalu. theRakyat



Source link

read more

PRU 14: Senarai penuh calon BN Sabah


KOTA KINABALU – Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini:

P.167 KUDAT Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)

N.01 BANGGI Datuk Mohd Mijul Unaini (UMNO)

N.02 TANJONG KAPOR Datuk Teo Chee Kang (LDP)

N.03 PITAS Datuk Bolkiah Ismail (UMNO)

P.168 KOTA MARUDU Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)

N.04 MATUNGGONG Julita Majunki (PBS)

N.05 TANDEK Datuk Lasiah Baranting @ Anita (PBS)

P.169 KOTA BELUD Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (UMNO)

N.06 TEMPASUK Datuk Musbah Jamli (UMNO)

N.07 KADAMAIAN Ewon Benedick (UPKO)

N.08 USUKAN Datuk Japlin Akim (UMNO)

P.170 TUARAN Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO)

N.09 TAMPARULI Datuk Jahid Jahim (PBS)

N.10 SULAMAN Datuk Hajiji Noor (UMNO)

N.11 KIULU Datuk Joniston Bangkuai (PBS)

P.171 SEPANGGAR Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (UMNO)

N.12 KARAMBUNAI Datuk Jainab Ahmad Ayid (UMNO)

N.13 INANAM Datuk Johny Goh (PBS)

P.172 KOTA KINABALU : Datuk Joseph Lee (PBS)

N.14 LIKAS : Datuk Chin Su Ying (LDP)

N.15 API-API : Datuk Dr Yee Moh Chai (PBS)

N.16 LUYANG : Dr Pamela Yong (MCA)

P.173 PUTATAN : Datuk Dr Marcus Mojigoh (UPKO)

N.17 TANJUNG ARU : Datuk Ir Edward Yong Oui Fah (PBS)

N.18 PETAGAS : Datuk Yahya Hussin (UMNO)

P.174 PENAMPANG : Caesar Mandela Malakun (UPKO)

N.19 KAPAYAN : Datuk Francis Goh (MCA)

N.20 MOYOG : Datuk Donald Peter Mojuntin (UPKO)

P.175 PAPAR : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (UMNO)

N.21 KAWANG : Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (UMNO)

N.22 PANTAI MANIS : Datuk Abdul Rahim Ismail (UMNO)

P.176 KIMANIS : Datuk Seri Anifah Aman (UMNO)

N.23 BONGAWAN : Datuk Mohamad Alamin (UMNO)

N.24 MEMBAKUT : Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (UMNO)

P.177 BEAUFORT : Datuk Azizah Mohd Dun (UMNO)

N.25 KLIAS : Datuk Isnin Haji Alisaneh (UMNO)

N.26 KUALA PENYU : Datuk Limus Jury (UPKO)

P.178 SIPITANG : Yamani Hafez Musa (UMNO)

N.27 LUMADAN : Matbali Musa (UMNO)

N.28 SINDUMIN : Datuk Sapawi Amat Wasali @ Ahmad (UMNO)

P.179 RANAU : Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)

N.29 KUNDASANG : Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS)

N.30 KARANAAN : Datuk Masidi Manjun (UMNO)

N.31 PAGINATAN : Datuk Abidin Madingkir (UPKO)

P.180 KENINGAU : Datuk Daniel Kinsik (PBS)

N.32 TAMBUNAN : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)

N.33 BINGKOR : Peter Jino Aliun (PBS)

N. 34 LIAWAN : Datuk Sairin Karno (UMNO)

P.181 TENOM : Datuk Rubin Balang (UMNO)

N.35 MELALAP : Datuk Radin Maleh (PBS)

N.36 KEMABONG : Jamawi Jaafar (UMNO)

P.182 PENSIANGAN : Arthur Joseph Kurup (PBRS)

N.37 SOOK : Datuk Ellron Angin (PBRS)

N.38 NABAWAN : Datuk Bobbey Suan (UPKO)

P.183 BELURAN : Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (UMNO)

N.39 SUGUT : Datuk James Ratib (UMNO)

N.40 LABUK : Abd Rahman Kangkawang (PBS)

P.184 LIBARAN : Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (UMNO)

N.41 GUM-GUM : Datuk Juslie Ajirol (UMNO)

N.42 SUNGAI SIBUGA : Tan Sri Musa Aman (UMNO)

P.185 BATU SAPI : Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS)

N.43 SEKONG : Datuk Samsuddin Yahya (UMNO)

N.44 KARAMUNTING : Lim Kai Ming (LDP)

P.186 SANDAKAN : Datuk Lim Ming Ho (LDP)

N.45 Elopura : Chan Tzun Hei (Gerakan)

N.46 TANJUNG PAPAT : Datuk Raymond Tan Shu Kiah (Gerakan)

P.187 KINABATANGAN : Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO)

N.47 KUAMUT : Datuk Masiung Banah (UPKO)

N.48 SUKAU : Datuk Saddi Abdul Rahman (UMNO)

P.188 SILAM : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (UMNO)

N.49 TUNGKU : Mizma Apehdullah (UMNO)

N.50 LAHAD DATU : Datuk Mohammad Yusof Apdal (UMNO)

N.51 KUNAK : Datuk Nilwan Kabang (UMNO)

P.189 SEMPORNA : Datuk Ramlee Marahaban (UMNO)

N.52 SULABAYAN : Datuk Seri Nasir Tun Sakaran (UMNO)

N.53 SENALLANG : Datuk Seri Nasir Tun Sakaran (UMNO)

N.54 BUGAYA : Razak Tun Sakaran (UMNO)

P.190 TAWAU : Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (PBS)

N.55 BALUNG : Datuk Osman Jamal (UMNO)

N.56 APAS : Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (UMNO)

N.57 Sri Tanjong : Loo Suh Fui (PBS)

P.191 KALABAKAN : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (UMNO)

N.58 MEROTAI : Lim Ting Kai (LDP)

N.59 TANJUNG BATU : Datuk Hamisa Samat (UMNO)

N.60 SEBATIK : Datuk Abdul Muis Picho (UMNO)

— BERNAMA



Source link

read more

NAP 2018 dokong transformasi industri automotif – PM Najib


SERDANG – Kerajaan yakin Dasar Automotif Nasional 2018 akan terus mendokong transformasi industri automotif ke arah mobiliti masa depan seterusnya menjadi enjin penggerak kepada ekonomi negara ke tahap tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi merealisasikan visi tersebut, dasar dan peraturannya perlu disemak dan diselaraskan.

Beliau menjelaskan, penglibatan secara holistik juga merentasi pemegang saham termasuk kementerian, agensi industri automatif dan golongan belia.

“Ia adalah penting dalam merancang dan melaksana strategi industri kea rah hala tuju yang sama di samping meningkatkan  daya saing automatif negara.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Institut Automotif Malay­sia (MAI) telah pun memulakan kajian semula Dasar Automatif Negara 2018 yang dikenali sebagai NAP 2018 merangkumi empat tonggak utama iaitu Kenderaan Generasi Baru, Mobiliti, Revolusi Industri (IR 4.0) dan Kecergasan Buatan,” katanya.

Mobiliti Terhubung pemangkin industri automotif – Najib

Terokai Pengalaman Mobiliti 360 darjah di MAEPS

Terokai Pengalaman Mobiliti 360 darjah di MAEPS mulai 26 April ini

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelancaran Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS di sini hari ini.

Malaysia Autoshow 2018 merupakan MAI yang memasuki edisi keempat tahun ini.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah mengambil langkah proaktif, lebih teliti dan mempunyai perancangan yang tersusun dalam merangka agenda pembangunan negara.

Jelas beliau, ia dapat dibuktikan pada pengumuman Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang menjadikan salah satu  teras menjadi tumpuan adalah Pengangkutan Futuristik. – theRakyat

#MalaysiaAutoshow2018
#MA2018
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku



Source link

read more

Manifesto Pakatan Harapan P. Pinang berbeza mengikut kaum?


PULAU PINANG – Parti Gerakan Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut dengan manifesto Pakatan Harapan negeri ini bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dibuat berbeza mengikut tiga kaum.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, daripada apa yang dilaporkan akhbar Cina, kandungan manifesto Pakatan Harapan negeri ini yang dilancarkan malam tadi itu tidak sama bagi cetakan Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada tindakan berkenaan bertujuan membohongi pengundi yang pastinya tidak memahami ketiga-tiga bahasa berkenaan.

“Bagaimana kandungan manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang ini boleh berbeza mengikut kaum? Bukankah mereka sepatutnya menjadi pemimpin kepada semua kaum?” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Chang Yeow yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri turut mempersoalkan mengenai 68 kandungan manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang itu yang disifatkan `pembohongan tambahan’ kepada penduduk negeri ini.

Ujar beliau, Kerajaan DAP Pulau sehingga kini masih belum menunaikan 51 janji mereka sejak 10 tahun mentadbir negeri dan kini membuat lebih banyak janji baharu.

“Dengan manifesto baharu itu, bermaksud Pakatan Harapan kini mempunyai 119 janji untuk ditunaikan kepada penduduk. Adakah mereka beranggapan rakyat akan percaya mereka mampu melaksanakannya dalam tempoh lima tahun akan datang?” katanya.

Paling mengecewakan juga, tambah beliau, manifesto Pakatan Harapan itu tidak memasukkan janji untuk menghentikan projek di lereng bukit atau memulihkan kembali kawasan berisiko itu yang sudah digondol sebelum ini.

“Ini menunjukkan Pakatan Harapan Pulau Pinang langsung tidak mengendahkan mengenai kepentingan menjaga dan mempertahankan alam sekitar di negeri ini,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

Jebat kebanggaan UPM – TheRakyat


SERDANG – Semangat juang Putra Motorsports Team (PMT) tidak pernah kenal erti menyerah kalah walaupun kecundang ketika mewakili negara pada Student Formula Japan (SFJ) pada tahun 2016.

Sebaliknya, pasukan yang terdiri dari enam mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM)  ketika itu wajar berbangga apabila berjaya ‘mencuri’ hati juri ketika sesi penilaian sekaligus mara ke pusingan seterusnya walaupun pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun tersebut.

Pada tahun ini, peluang datang lagi buat mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu apabila mereka akan menggalas amanah besar demi menaikan nama Malaysia setanding dengan negara lain di SFJ 2018.

Percubaan kali kedua oleh PMT bagi merebut gelaran di Jepun itu bakal berlangsung pada 4 hingga 8 September 2018.

Wakil PMT, Anton Ongko Wiharto berkata, SFJ merupakan perlumbaan anjuran Kesatuan Jurutera Automotif Jepun (JSAE) yang bertujuan untuk memupuk dan meluaskan lagi penguasaan skil teknikal khususnya dalam kalangan pelajar universiti di dalam bidang automotif.

Jelas beliau, menerusi peraturan dan had regulasi tertentu, setiap pasukan dikehendaki menghasilkan jentera sendiri dan setiap pasukan wajib melaporkan dengan terperinci kos pembangunan dan pembikinan yang telah dilaburkan.

“Markah penilaian akan diberikan berdasarkan persembahan laporan yang baik serta perincian setiap bajet yang telah dilaburkan. Pasukan yang telah melepasi pusingan ini layak menyertai pusingan seterusnya yang dinamakan Acara Dinamik.

“Tahun 2016 menyaksikan PMT merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang layak mara ke pusingan Dynamic Event walaupun itu merupakan percubaan pertama di SFJ,” kata mahasiswa tahun ketiga kelahiran Jakarta di Indonesia itu.

Anton berkata, PMT kini sedang mencari penaja untuk menyertai SFJ berjumlah RM150,000 dalam usaha merealisasi impian ahli yang kini seramai 17 orang.

Sementara seorang lagi ahli PMT, Nur Fitriana Ma’ruf,memberitahu, tahun 2018 menyaksikan persaingan sengit di SFJ apabila mencatatkan penyertaan seramai hampir 100 buah pasukan dari seluruh dunia.

Tambah beliau, pihak PMT menyasarkan beberapa anugerah termasuklah Rekaan Terbaik dan Anugerah Pasukan Terbaik menggunakan jentera yang digelar Jebat.

“Jebat ini menggunakan enjin empat silinder berkuasa 600cc yang diperoleh daripada motorsikal Suzuki GSX-600R K5. Kuasa yang dihasilkan ini sebanyak 30hp disalurkan ke roda belakang.

“Beratnya keseluruhan jentera Jebat ini adalah 390 kilogram dan keistimewaannya apabila penggunaan polimer gentian kaca diperkukuh (GFRP) dihasilkan secara in-house berdasarkan kajian ahli PMT sendiri,” katanya. – theRakyat



Source link

read more