Review Category : Semasa

Korban gempa bumi di sempadan Iran-Iraq meningkat 130 orang – Luar Negara


BAGHDAD/ANKARA 13 Nov. – Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di sempadan Iran-Iraq semalam meningkat lebih 130 orang dengan lebih 120 mangsa terkorban di Iran dan beberapa lagi di Iraq.

Seorang kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi di sempadan Iran-Iraq dibawa ke Hospital Sulaimayniyah, Iraq, semalam. – AFP

Timbalan Gabenor wilayah Kermanshah di Iran, Mojtaba Nikkerdar berkata, sekurang-kurangnya 129 mangsa terkorban di wilayah itu.

“Masih ramai lagi mangsa berada dalam runtuhan bangunan. Kami berharap jumlah kematian dan yang cedera tidak meningkat, namun harapan ini nampak tipis,’’ katanya.

Lebih 60 mangsa yang terkorban ditemukan di bandar Sarpol-e-Zahab yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sempadan kedua-dua negara.

Menurut para pegawai di Iraq, sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan lebih 50 cedera di negara itu. – Reuters



Source link

read more

Bukan Alibaba sahaja fokus DFTZ – Nasional


HONG KONG 13 Nov. – Syarikat-syarikat ternama China dan Hong Kong dipelawa mengambil bahagian dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang baru dilancarkan dan akan menjadi hab baharu ekonomi digital di Kuala Lumpur International Airport Aeropolis.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, walaupun DFTZ telah menjalin kerjasama dengan Alibaba Group (China) Company Limited, perkara itu tidak terhad kepada syarikat berkenaan sahaja.


Malah jelasnya, kerajaan mengalu-alukan pembabitan syarikat-syarikat asing lain dengan DFTZ disasarkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-dagang.


“Sekali lagi, kita boleh melihat contoh China sebagai peneraju pemain e-dagang. Di pentas antarabangsa, kaedah cashless di China dilihat lebih maju berbanding negara lain.


“Sebagai pasaran e-dagang terbesar dunia, China telah meletakkannya sebagai penanda aras pemain utama inovasi dan pembangunan,”katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2017 di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet Ngor.


WCES berlangsung di Island Shangri-La Hotel Hong Kong dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan ucaptama perasmian WCES 2017 malam ini.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MAIPs beri sumbangan kepada masjid tertua di Sulawesi Selatan – Nasional


MAKASSAR, Indonesia 13 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke masjid Tua Katangka, masjid yang tertua di Sulawesi Selatan, semalam.

Baginda turut menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid yang berusia 414 tahun itu, yang dibina oleh Sultan Alauddin yang juga merupakan Raja Gowa pertama memeluk Islam pada kurun ke-16.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada masjid berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan kepada Imam masjid Tua Katangka, Madtuang Daeng Pabe Sh dan siak masjid, Harun Rahman Daeng Neela.

Baginda, yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah mengetuai delegasi universiti berkenaan melawat beberapa tempat bersejarah di Makassar.

Lawatan tersebut dianjurkan sempena Seminar Institusi Raja Edisi Ke-Lima (SIRaj V) yang antara lainnya bertujuan untuk mempelajari sejarah kesultanan di Sulawesi Selatan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Henti langgan akhbar untuk tutup “kelemahan” kerajaan Selangor – Politik


PASIR SALAK 12 Nov. – Tindakan kerajaan negeri Selangor mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri bukan satu langkah bijak bagi menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri Selangor takut kelemahan itu didedahkan oleh media arus perdana yang sekali gus boleh menjejaskan kedudukan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Media berperanan membuat laporan sebagai nadi rakyat. Anda boleh mengharamkan surat khabar atau boleh melarang orang daripada membeli surat khabar tetapi orang akan bercakap juga.

“Apa yang hendak ditakutkan dengan laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian sekiranya mereka mempunyai kerajaan yang kuat? Kerajaan negeri Selangor takut kelemahan mereka terdedah dan didedahkan oleh media,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Arena Square Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kampung Kunci Air 4 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Larangan terhadap wanita bertudung dalam perhotelan perlu diteliti – Nasional


KUANTAN 12 Nov. – Polisi larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan mungkin perlu diteliti bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.



MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

Menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, beliau berpandangan isu tersebut tidak sepatutnya timbul memandangkan Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Islam agama rasmi selain memperuntukkan kebebasan untuk rakyat negara ini mengamalkan agama masing-masing.

“Perkara itu juga tidak adil bagi golongan wanita muda (yang rata-rata bertudung) dan sedang mencari pekerjaan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Puteri UMNO Cawangan-cawangan Negeri Pahang, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung mereka. – BERNAMA



Source link

read more

Kerajaan janji dana tambahan RM3 juta kepada SMC – Wilayah


BAGAN DATUK 12 Nov. – Kerajaan menjanjikan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada Sri Murugan Centre (SMC) jika institusi pendidikan itu berjaya membuktikan kecemerlangan pelajar mereka dalam setiap peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana tersebut sebagai tambahan kepada bantuan sebanyak RM3 juta yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini kepada SMC pada Mei lalu.

“Saya amat berbangga dengan peranan SMC. Saya benar-benar tersentuh.

“Wang RM3 juta sebelum ini belanjakanlah dulu baik-baik. Kalau semuanya (pelajar SMC) dapat keputusan baik, saya akan tambah RM3 juta lagi. Ini janji saya pada pada SMC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Vetri ‘Road to Victory in 2018’ di Dewan Sanmarka Orang India di Hutan Melintang dekat sini.

Yang turut hadir, Pengarah yang juga pengasas SMC, Tan Sri Dr. M.Thambirajah dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Nasib rakyat lagi penting daripada CEC – Yee Cheu – Politik


PULAU PINANG 12 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Shah Alam, Selangor hari ini tidak menjadi kepentingan perjuangan politiknya buat masa ini.



TEH YEE CHEU

TEH YEE CHEU

Ujar ADUN DAP itu, jemputan penduduk yang memintanya hadir ke program menandatangani petisyen mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah banjir di Taman Seri Setia di sini hari ini lebih mustahak dan perlu diutamakan.

“Saya tidak pasti dapat surat jemputan CEC atau tidak, rasanya dapat tetapi temu janji bersama penduduk yang dibuat minggu lalu perlu didahulukan.

“Saya yang juga perwakilan cawangan Taman Bungah bukan mahu memboikot CEC tetapi mendahulukan perkara yang sepatutnya dilakukan wakil rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

CEC hanya dihadiri 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan DAP yang lawak mengundi menyaksikan penurunan jumlah pada 2013 iaitu 1,725 orang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Najib bertemu Shinzo Abe di Manila – Nasional


MANILA 12 Nov. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe di sini sempena menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Abe tiba di Hotel Crown Tower, penginapan Najib di bandar raya ini pada kira-kira pukul 5.20 petang waktu tempatan dengan diiringi kira-kira 20 delegasi.

Mengiringi Najib dalam mesyuarat hari ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai.

Najib dan Abe dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala untuk kepentingan bersama, terutama membabitkan projek berprofil tinggi seperti keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Mereka juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-20 ASEAN-Jepun, Selasa ini dan tahun ini genap 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

RM700,000 untuk Kemas hadapi banjir di Kelantan – Kelantan


MACHANG 12 Nov. – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM700,000 kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di negeri ini sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana banjir tahun ini.

Pengarah KEMAS negeri, Anuar Mat Zain berkata, peruntukan tersebut disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini.

”Peruntukan ini adalah sebagai persiapan awal seandainya berlaku banjir besar namun jika keadaan terkawal (tidak serius) kita akan gunakan peruntukan ini untuk menaik taraf infrastruktur yang ada di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Kanak Kanak Tabika KEMAS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, di sini hari ini.

Seramai 223 murid berumur 6 tahun daripada 52 kelas Tabika di seluruh Parlimen Machang terlibat dalam majlis tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Keputusan CEC : Majoriti muka lama kekal terajui DAP – Politik


SHAH ALAM 12 Nov. – Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini menyaksikan kebanyakan barisan kepimpinan lama kekal menerajui parti itu kecuali hanya dua muka baharu sahaja yang dipilih.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat mendahului senarai undi tertinggi dengan memperoleh 1,199 undi sekali gus mengekalkan kedudukannya dalam barisan kepemimpinan parti pembangkang itu.

Turut kekal terpilih ialah anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng serta anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo apabila masing-masing memperoleh 1,180 dan 1198 undi.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperolehi mereka didapati berkurangan berbanding ketika keputusan pemilihan semula CEC 2013 yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Perndaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini.

Sementara itu, muka baharu yang terpilih dalam jawatankuasa itu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liew dengan memperoleh undi 688 dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang mendapat 586 undi.

Keputusan pemilihan semula CEC DAP 2017 itu diumumkan kira-kira pukul 5 petang ini oleh wakil firma audit antarabangsa, Grant Thornton.

Berikut keputusan penuh pemilihan CEC DAP 2017 :

1. Lim Kit Siang – 1,199 (1,436)

2. Gobind Singh Deo – 1,198 (1,409)

3. Lim Guan Eng – 1,180 (1,304)

4. Loke Siew Fook – 1,175 (ANTHONY) – (1,263)

5. Liew Chin Tong – 1,123 (1,438)

6. Teo Nie Ching – 1,080 (1,081)

7. Chong Chieng Jen – 1,057 (1,294)

8. Teresa Kok Suh Sim – 1,033 (1,127)

9. Tan Kok Wai – 1,021 (1,088)

10. Tony Pua Kiam Wee – 1,020 (1,158)

11. Nga Kor Ming – 967 (956)

12. Fong Kui Lun – 949 (1,193)

13. Chow Kon Yeow – 900 (1,203)

14. M Kula Segaran – 826 (1,088)

15. Chong Eng – 734 (1,111)

16. Teng Chang Khim – 702 (1,164)

17. Ronnie Liu Tian Khiew – 688

18. Ngeh Koo Ham – 659 (809)

19. Zairil Khir Johari – 649 (1,132)

20. VN Sivakumar – 586



Source link

read more