Review Category : Semasa

Persediaan bagi hari penamaan calon PRU-14


KUALA LUMPUR – Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang dikeluarkan hari ini berhubung persediaan calon-calon bagi menghadapi Hari Penamaan Calon pada 28 April ini sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-14

1. Bagi maksud menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-14, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon pada 28 April 2018 (Sabtu). Tempoh masa untuk mengemukakan Kertas Penamaan Calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dengan betul boleh dikemukakan kepada Pegawai Pengurus oleh salah seorang daripada berikut:

i) calon dan pencadang dan penyokong;

ii) mana-mana dua orang daripada mereka; atau

iii) mana-mana seorang daripada mereka.

2. SPR mengingatkan bakal-bakal calon yang hendak membayar Deposit Pilihan Raya, iaitu RM10,000 (Parlimen) dan RM5,000 (DUN) boleh berbuat demikian secara Bank Draf atau secara Tunai. Bayaran tersebut boleh dibuat sebelum Hari Penamaan Calon dan perlu membawa resit berkenaan pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran.

3. Selain itu, bakal-bakal calon yang bertanding mewakili parti politik dan simbol parti itu yang telah berdaftar dengan SPR juga diingatkan supaya membawa surat kebenaran daripada seorang pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan untuk penggunaan simbol parti berkenaan.

4. Untuk memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan harmoni, tidak ada gangguan, semua pihak diminta supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

5. Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) memperuntukkan mengenai perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan semasa Hari Penamaan Calon seperti yang berikut:

(a) Memberi, membekalkan alat muzik/ pembesar suara atau menggunakannya sendiri bagi tujuan diayah politik dengan apa-apa cara atau digunakan di dalam atau di atas vesel, binatang atau apa-apa kenderaan.

(b) Menunggu atau berdiri-diri dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon.

6. Jika ada mana-mana pihak yang melanggar peruntukan seksyen ini mereka boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan dan kedua-duanya.

7. SPR berharap proses penamaan calon dan aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan Negara.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.-theRakyat



Source link

read more

Isu mendiang Narayanan sudah diperjelas kepada keluarga – JPN


PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah berhubung dengan waris mendiang MM Narayanan Nair a/l T. Narayanan Nair bagi memberi pencerahan berkenaan tular maklumat mendiang masih tersenarai dalam daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata pihaknya telah memperjelas kekeliruan berhubung perkara itu dan ia difahami serta diterima baik oleh keluarga mendiang.

“Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan sewajarnya,” demikian menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, JPN menasihati orang ramai agar menghubungi pejabat JPN yang terdekat sekiranya terdapat sebarang kekeliruan berkenaan dokumen yang dikeluarkan jabatan itu.-BERNAMA



Source link

read more

Industri mobiliti cipta lebih 700,000 peluang kerja – PM


welcome_cropped.transformedMO, 26/4/2018, SERDANG: Datuk Seri Najib Razak berkata industri automotif bakal berkembang menjadi lebih canggih pada masa depan dan akan dikenali sebagai mobiliti terhubung yang dijangka berpotensi untuk mencipta lebih sejuta peluang pekerjaan baharu.

Malah, Perdana Menteri berkata industri mobiliti terhubung akan menjadi pelengkap kepada inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, industri baharu itu juga akan membuka penempatan kepada kira-kira 480,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) dan 300,000 graduan universiti awam.

Katanya, mobiliti terhubung berupaya meneroka dan menganalisis data raya atau ‘big data’ yang dapat dicapai menerusi kewujudan internet berkelajuan tinggi dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sebagai faktor pemboleh kepada industri ini.

“Teknologi daripada mobiliti terhubung juga dapat meningkatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan generasi akan datang seperti sistem untuk memaksa sesebuah kenderaan diperlahankan dalam jarak tertentu dengan kenderaan di hadapan yang sudah pun digunapakai ketika ini.

“Masyarakat luar bandar juga tidak akan ketinggalan dalam memperoleh manfaat visi mobiliti terhubung termasuk menyokong aktiviti pertanian, kesihatan, perikanan, penternakan, perladangan dan lain-lain.

“Rakyat juga akan berpeluang membangunkan perniagaan berasaskan logistik melalui pendekatan secara logistik pendanaan masyarakat dan pengangkutan multimodal.

“Penambahan jenis perkhidmatan juga akan wujud hasil daripada kemudahan perkongsian perjalanan, pengembara terhubung dan lain-lain. Semua ini akan membuka laluan kepada perniagaan baharu dan menjadi pemangkin kepelbagaian perkhidmatan semasa.

“Mobiliti terhubung disasarkan akan melalui peralihan dari satu produk kepada perkhidmatan dan dalam jangka panjang mempunyai kapasiti amat besar untuk membuka peluang perniagaan dan pekerjaan bagi mereka yang mengambil peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Jerayawara Mobiliti Terhubung dan Malaysia Autoshow 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri J Jayasiri dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari.

Pameran automotif anjuran MAI selama empat hari bermula hari ini itu disertai banyak syarikat automotif terkemuka negara dengan lebih 100 model kenderaan dipamerkan.

Dalam pada itu Najib berkata, beliau yakin Dasar Automotif Negara 2018 (NAP 2018) akan terus mendokong transformasi industri automotif ke arah mobiliti pada masa depan dan seterusnya menjadi enjin penggerak kepada ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Katanya, MITI dan MAI telah memulakan kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) 2018 yang merangkumi empat tonggak utama iaitu kenderaan generasi baharu, mobiliti, IR 4.0 dan kecerdasan buatan.

“Bagi merealisasikan visi ini, dasar dan peraturan hendaklah disemak dan diselaraskan. Pembabitan secara holistik merentasi pemegang kepentingan termasuk kementerian, agensi industri automotif dan golongan belia adalah penting dalam merancang dan melaksanakan strategi industri ke arah hala tuju yang sama di samping meningkatkan daya saing industri automotif negara,” katanya.



Source link

read more

Adam Rosly dihukum penjara, denda


27ADAM.transformedMO, 26/4/2018, KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Allaudeen Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia dijalankan secara serentak.

Jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dikenakan penjara setahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Adam Rosly yang diwakili peguam Datuk Sulaiman Ismail untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga selesai rayuan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan.

Dalam rayuannya, peguam tertuduh memohon dikenakan hukuman ringan dan mendakwa anak guamnya sudah insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

“Mohon hukuman yang paling ringan terhadap tertuduh. Dia tidak berniat melakukan perbuatan itu tetapi akibat tertekan ketika mahu menyediakan dan menyerahkan dokumen kepada SPRM.

“Anak guam saya kini mempunyai masalah kewangan kerana semua akaun dan hartanya disita oleh SPRM,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memohon tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pengajaran.

“Sebagai ahli politik, tertuduh sepatutnya menjadi contoh kepada anak muda lain untuk menjadi orang yang bertanggungjawab, sebaliknya dia memberi dokumen palsu kepada SPRM bagi melepaskan diri.

“Faktor kepentingan awam perlu diutamakan berbanding kepentingan tertuduh dan hukuman juga perlu menunjukkan betapa serius kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Seramai 11 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu ketika percakapannya dirakam dua pegawai penyiasat SPRM.

Pernyataan itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan; sumber pendapatan; hasil jualan kenderaan; banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu, Ampang, yang dibeli secara tunai, pinjaman wang daripada ‘Along’ sebanyak RM500,000 dan pinjaman RM200,000 daripada ibu mentua dan neneknya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat SPRM, Putrajaya, antara jam 9 pagi hingga 12.15 tengah hari pada 10 Februari 2017 dan antara jam 9 pagi hingga 2 petang, pada 22 Februari 2017.

Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, dia didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu serta dua baucar tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Source link

read more

PAS serves up seafood businessman to contest Langkawi seat


yuyuk

MO,26/4/2018, ALOR SETAR: PAS has announced Zubir Ahmad as its candidate for the Langkawi parliamentary seat, making it a three-cornered fight for this hot spot in GE14. Kedah PAS commissioner Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrulrazi made the announcement at a press conference here on Thursday (April 26). Zubir will be up against Pakatan Harapan chairman Tun Dr Mahathir Mohamad and incumbent Datuk Nawawi Ahmad of Barisan Nasional.

Zubir, a seafood entrepreneur and the party’s Langkawi division chief, was chosen by the top leadership after its political partner Parti Ikatan Rakyat Malaysia refused to name a candidate for the seat. “I am an ‘anak Langkawi’ (Langkawi native) through and through. Since the PAS machinery has been on the ground for years now, I believe the people here are familiar with me and are willing to make the change.

“Dr Mahathir is well respected but I believe he will be splitting the Barisan Nasional votes in Langkawi. If he does, that will benefit PAS in the election,” Zubir said when met here.  Dr Fakhruddin also announced that PAS’ initial candidate for Jerai, Mohamad Ismail, has been withdrawn and replaced with Mohd Sabri Azit due to “technical difficulties”.

Dr Mahathir, who is also the Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman, will contest as an independent candidate, but will use the PKR logo. This is because the Registrar or Societies had “provisionally dissolved” Pribumi.

–TheStar



Source link

read more

Senarai Calon BN Pahang | Merdeka Online


imageMO, 26/4/2018, KUANTAN  – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan senarai calon parti itu bagi 14 kerusi Parlimen dan 41 kerusi DUN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan majoriti penyandang dikekalkan.

Bagi satu lagi kerusi DUN iaitu Bukit Ibam, calonnya akan diumumkan pada petang ini.

Berikut adalah senarai calon PRU-14 BN Pahang:

P.078 – CAMERON HIGHLANDS

C. Sivarraajh

N.01 – TANAH RATA

Leong Pak Man

N.02 – JELAI

Wan Rosdy Wan Ismail

P.079 – LIPIS

Abdul Rahman Mohamad

N.03 – PADANG TENGKU

Mustapa Long

N.04 – CHEKA

Lee Ah Wong

N.05 – BENTA

Mohd. Soffi Abd. Razak

P.080 – RAUB

Chew Mei Fun

N.06 – BATU TALAM

Abdul Aziz Mat Kiram

N.07 – TRAS

Ng Leap Pong

N.08 – DONG

Shahiruddin Ab. Moin

P.081 – JERANTUT

Ahmad Nazlan Idris

N.09 – TAHAN

Wan Amizan Wan Abdul Razak

N.10 – DAMAK

Natalie Lim Chong Ly

N.11 PULAU TAWAR

Nazri Ngah

P.082 – INDERA MAHKOTA

Dr. Johan Mat Sah

N.12 – BESERAH

Suhaimi Sulong

N.13 – SEMAMBU

Quek Tai Seong

P.083 – KUANTAN

Andrew Wong Kean Hwee

N.14 – TERUNTUM

Tee Choon Ser

N.15 – TANJUNG LUMPUR

Tengku Zulkifli Tengku Ahmad

N.16 – INDERAPURA

Shafik Fauzan Sharif

P.084 – PAYA BESAR

Mohd. Shahar Abdullah

N.17 – SUNGAI LEMBING

Md. Sohaimi Mohamed Shah

N.18 – LEPAR

Abdul Rahim Muda

N.19 – PANCHING

Mohd. Zaili Besar

P.085 – PEKAN

Mohd. Najib Tun Razak

N.20 – PULAU MANIS

Khairuddin Mahmud

N.21 – PERAMU JAYA

Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali

N22 – BEBAR

Fakhruddin Mohd. Ariff

N23 – CHINI

Abu Bakar Harun

P.086 – MARAN

Ismail Ab. Muttalib

N.24 – LUIT

Nurhidayah Mohamad Shahaimi

N.25 – KUALA SENTUL

Shahaniza Shamsuddin

N.26 – CHENOR

Mohamed Ariffin Awang Ismail

P.087 – KUALA KRAU

Ismail Mohamed Said

N.27 – JENDERAK

Mohamed Jaafar

N.28 – KERDAU

Syed Ibrahim Syed Ahmad

N.29 – JENGKA

Wan Salman Wan Ismail

P.088 – TEMERLOH

Mohd. Sharkar Shamsudin

N.30 – MENTAKAB

Wong Tat Chee

N.31 – LANCHANG

Mohd. Sharkar Shamsudin

N.32 – KUALA SEMANTAN

Nor Azmi Mat Ludin

P.089 – BENTONG

Liow Tiong Lai

N.33 – BILUT

Jason Poo Mun Hoong

N.34 – KETARI

Low Hoo Liong

N.35 – SABAI

R. Goonasekaran

N.36 – PELANGAI

Adnan Yaakob

P.090 – BERA

Ismail Sabri Yaakob

N.37 – GUAI

Norol Azali Sulaiman

N.38 – TRIANG

Tan Tin Loon

N.39 – KEMAYAN

Mohd. Fadil Osman

P.091 – ROMPIN

Hasan Ariffin

N.40 – BUKIT IBAM

N.41 – MUADZAM SHAH

Razali Kassim

N.42 – TIOMAN

Mohd. Johari Hussain



Source link

read more

PERODUA perkenal Bezza GXtra | Merdeka Online


27BEZZA.transformedMO, 26/4/2018, SERDANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini memperkenalkan varian terbaharu model Bezza iaitu Bezza GXtra yang akan menggantikan varian 1.0 Standard G.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata varian baharu itu ditawarkan pada harga RM35,000 untuk manual manakala RM37,500 untuk automatik dan kini ia sudah dibuka untuk tempahan.

“Bezza baharu ini didatangkan skirt sisi serta pemegang pintu luar krom, dan kini boleh didapati dalam warna Ocean Blue yang mana sebelum ini ia hanya ditawarkan pada varian 1.3L.

“Di bahagian dalam, papan pemukan dan panel audio dihiasi kemasan ‘piano black’, manakala corong udara, sayap stering serta tapak gear dihiasi trim bewarna terang sekali gus menghasilkan suasana yang lebih unggul.

“Selain itu, ia juga dilengkapi Bluetooh pada sistem audio,” katanya pada majlis perasmian Perodua Bezza GXtra sempena Malaysia Autoshow 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Pelancaran Bezza GXtra itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir ialah Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Aminar Rashid berkata, sejak pelancaran model Bezza pada pertengahan 2016, ia menjadi sedan paling laris di negara dengan hampir 100,000 unit dijual sehingga kini.

“Bezza menjadi pilihan orang ramai khususnya kalangan keluarga kecil di Malaysia kerana kebolehpercayaannya, kos pemilikan yang rendah, pemanduan mudah dan ruang yang luas.

“Bezza GXtra mewakili langkah seterusnya dalam jangka hayat model ini. Dengan menyediakan spesifikasi trim yang setanding dengan Bezza 1.3 Premium X, kami memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan berbanding sebelumnya,” katanya.

Bezza GXtra dikuasakan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan E-AT.

Penggunaan bahan api cekap diteruskan daripada varian terdahulu, iaitu 22.8 kilometer seliter (km/l) bagi varian manual manakala 21.3km/l untuk automatik.



Source link

read more

Mobiliti terhubung bakal cetus fenomena baharu automotif


27madani.transformedMO, 26/4/2018, SERDANG: Industri automotif tempatan bakal berkembang kepada industri mobiliti terhubung dalam tempoh lima tahun akan datang, demikian mengikut Institut Automotif Malaysia (MAI).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Sahari, berkata industri mobiliti terhubung adalah keadaan yang mana semua jenis mod pengangkutan mempunyai akses kepada internet dan boleh berinteraksi secara langsung, sama ada dalam keadaan statik mahupun ketika sedang bergerak.

Katanya, interaksi itu boleh berlaku di antara kenderaan dengan kenderaan, kenderaan dengan infrastruktur mahu pun kenderaan dengan persekitaran.

“Contohnya, kereta pada masa depan akan mempunyai akses kepada internet dan mampu untuk berkomunikasi dengan kereta lain yang turut mempunyai akses internet.

“Ia juga boleh berhubung dengan infrastruktur seperti lampu trafik, boleh tahu tahap kesesakan jalan raya, hospital, sekolah, pejabat atau apa-apa kemudahan yang mempunyai internet.

“Jika anda mahu buat temu janji, tidak perlu buat panggilan, hanya menerusi sistem ini sudah boleh aturkan temu janji.

“Kita jangkakan industri mobiliti terhubung akan mula berkembang di Malaysia dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jerayawara Mobiliti Terhubung dan Malaysia Autoshow 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Madani berkata, kecerdasan buatan adalah antara elemen yang terbabit dalam mobiliti terhubung.

Katanya, kecerdasan buatan boleh bertindak sebagai sensor kereta menjadikan kenderaan lebih pintar apabila boleh membuat rumusan berpandukan data yang diperoleh.

“Sebagai contoh, apabila sensor ini mengesan ada seorang kanak-kanak di depannya, data ini akan diproses dan dirumuskan supaya ia berhenti bagi mengelakkan berlaku perlanggaran,” katanya.

Beliau percaya industri itu bakal menawarkan banyak manfaat baharu termasuk peluang pekerjaan.

“Industri automotif akan berubah dari apa yang ada hari ini kepada industri mobiliti terhubung. Banyak perkhidmatan dan perniagaan baharu akan muncul,” katanya.



Source link

read more

Rakyat perlu hayati sejarah, undang-undang negara


27HAYATI.transformed_0MO, 26/4/2018, KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, rakyat perlu memahami dan menghayati sejarah serta undang-undang negara bagi mengelak berlaku perpecahan dan konflik dalam kalangan masyarakat.

Titah baginda, pemahaman rakyat mengenai hal itu dapat mengikis rasa tidak puas hati terhadap sesuatu peruntukan undang-undang yang digubal.

“Perasaan tidak puas hati boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat. Jadi, saya menasihatkan seluruh rakyat tidak menabur fitnah kerana kesannya dapat memporak-perandakan masyarakat,” titah baginda pada Majlis Titah Diraja di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul adzis Abas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Baginda bertitah, kepemimpinan yang adil dan berwibawa penting untuk menangani konflik.

“Prinsip ini juga berkait rapat dengan tindak balas dalam kalangan orang yang dipimpin atau rakyat yang disarankan mentaati pemimpin yang dipilih,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, penerimaan masyarakat secara keseluruhan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, masih belum berada di tahap sepatutnya.

Titah baginda, peluasan fungsi bahasa Melayu masih belum terjamin untuk dilestarikan secara tuntas.

“Keadaan ini disebabkan penggunaan bahasa Inggeris secara global yang memberi kesan terhadap perkembangan bahasa kebangsaan di negara ini.

“Persoalan mendaulatkan bahas Melayu bukan persoalan penyatuan dan perpaduan semata-mata atau ketaasuban pada kegemilangan masa lampau, tetapi ia penting untuk pembentukan jati diri sebagai benteng terakhir dalam menangani arus deras tanpa sempadan,” titah baginda.



Source link

read more

Incumbents, newcomers: Sabah BN unveils GE14 candidates


MUSA AMAN / KOTA KINABALU

MO,26/4/2018, KOTA KINABALU: The Sabah Barisan Nasional announced its list of candidates for the 14th General Election here, calling it a strong team that complement each other. Sabah BN Chief Tan Sri Musa Aman said with the list unveiled it was time for all component parties to work as a team to secure the people’s mandate and ensure continuity of the BN administration. For the 25 parliamentary seat, 14 incumbents were retained and six newcomers were named. Of the 60 state seats, 37 incumbents and 17 newcomers were named.

The list also includes 10 women candidates. There are also seven candidates who switched seats, four former representatives are making a return to the fold. In announcing the candidates, Musa said it was important for all to close ranks and show a unified front as the election is not about personal victory. “We must abide to whatever decision made by top leadership; do not be resentful. “If I could, I would let all become candidates as we have many credible faces in this hall, but we only have 60 state seats and 25 parliament seats.

“We need to compromise. What is important we continue the fight and ensure we win (during elections),” he said. Musa warned Sabah BN would face trouble if there is an enemy within the coalition. “We have prepared early, do not destroy all our preparation because of some dissatisfaction – we must appear strong in facing the elections,” he added.

The following is the complete list of candidates:

Parliament P.167 KUDAT

Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)

State N.01 BANGGI

Datuk Abdul Mijul Unaini (UMNO)

State N.02 TANJONG KAPOR*

Datuk Seri Teo Chee Kang (LDP)

State N.03 PITAS

Datuk Bolkiah Ismail (UMNO)

Parliament P.168 KOTA MARUDU

Dato’ Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)

State N.04 MATUNGGONG

Julita Majunki (PBS) – new

State N.05 TANDEK

Datuk Anita Baranting (PBS)

Parliament P.169 KOTA BELUD

Datuk Seri Dr. Md Salleh Md Said Keruak (UMNO) – switch

State N.06 TEMPASUK

Datuk Musbah Jamli (UMNO)

State N.07 KADAMAIAN

Ewon Benedick (UPKO) – new

State N.08 USUKAN

Datuk Japlin Akim (UMNO) – comeback

Parliament P.170 TUARAN

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO)

State N.09 TAMPARULI

Datuk Jahid Jahim (PBS)

State N.10 SULAMAN

Datuk Seri Hajiji Noor (UMNO)

State N.11 KIULU

Datuk Joniston Bangkuai (PBS)

Parliament P.171 SEPANGGAR

Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (UMNO) – switch

State N.12 KARAMBUNAI

Datuk Jainab Ahmad (UMNO)

State N.13 INANAM

Datuk Johnny Goh (PBS) – comeback

Parliament P.172 KOTA KINABALU

Datuk Joseph Lee Han Kyun (PBS) – new

State N.14 LIKAS

Datuk Chin Su Ying (LDP)

State N.15- API-API

Datuk Dr. Yee Moh Chai (PBS)

State N.16 LUYANG

Dr. Pamela Yong (MCA) – new

Parliament P.173 PUTATAN

Datuk Dr Marcus Mojigoh (UPKO)

State N.17 TANJUNG ARU

Datuk Edward Yong Oui Fah (PBS)

State N.18 PETAGAS

Datuk Seri Yahya Hussin (UMNO)

Parliament P.174 PENAMPANG

Ceasar Mandela Malakun (UPKO) – new

State N.19 KAPAYAN

Datuk Francis Goh Fun Shun (MCA) – new

State N.20 MOYOG

Datuk Donald Peter Mojuntin (UPKO) – comeback

Parliament P.175 PAPAR

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (UMNO)

State N.21 KAWANG

Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (UMNO)

State N.22 PANTAI MANIS

Datuk Abdul Rahim Ismail (UMNO)

Parliament P.176 KIMANIS

Datuk Seri Anifah Aman (UMNO)

State N.23 BONGAWAN

Datuk Mohamad Alamin (UMNO)

State N.24 MEMBAKUT

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (UMNO)

Parliament P.177 BEAUFORT

Datuk Azizah Mohd State (UMNO)

State N.25 KLIAS

Datuk Isnin Aliasnih (UMNO)

State N.26 KUALA PENYU

Datuk Limus Jury (UPKO)

Parliament P.178 SIPITANG

Yamani Hafez Musa (UMNO) – new

State N.27 LUMADAN

Matbali Musah (UMNO) – new

State N.28 SINDUMIN

Datuk Sapawi Ahmad (UMNO) – switch

Parliament P.179 RANAU

Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)

State N.29 KUNDASANG

Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS)

State N.30 KARANAAN

Datuk Masidi Manjun (UMNO)

State N.31 PAGINATAN

Datuk Abidin Madingkir (UPKO) – new

Parliament P.180 KENINGAU

Datuk Daniel Kinsik (PBS) – new

State N.32 TAMBUNAN

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)

State N.33 BINGKOR

Peter Aliun (PBS) – new

State N. 34 LIAWAN

Datuk Sairin Karno (UMNO)

Parliament P.181 TENOM

Datuk Rubin Balang (UMNO) – switch

State N.35 MELALAP

Datuk Seri Radin Malleh (PBS)

State N.36 KEMABONG

Jamawi Jaafar (UMNO) – new

Parliament P.182 PENSIANGAN

Arthur Joseph Kurup (PBRS) – new

State N.37 SOOK

Datuk Ellron Angin (PBRS)

State N.38 NABAWAN

Datuk Bobbey Ah Fang Suan (UPKO)

Parliament P.183 BELURAN

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (UMNO)

State. N.39 SUGUT

Datuk James Ratib (UMNO)

State N.40 LABUK

Abd Rahman Kongkawang (PBS) – new

Parliament P.184 LIBARAN

Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (UMNO) – switch

State N.41 GUM-GUM

Datuk Juslie Ajirol (UMNO) – switch

State N.42 SUNGAI SIBUGA

Tan Sri Musa Aman (UMNO)

Parliament P.185 BATU SAPI

Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS)

State N.43 SEKONG

Datuk Samsudin Yahya (UMNO)

State N.44 KARAMUNTING

Lim Kai Min (LDP) – new

Parliament P.186 SANDAKAN

Datuk Lim Ming Hoo (LDP) – new

State N.45 ELOPURA

Chan Tzun Hei (GERAKAN) – new

State N.46 TANJUNG PAPAT

Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah (GERAKAN)

Parliament P.187 KINABATANGAN

Datuk Bung Moktar Radin (UMNO)

State N.47 KUAMUT

Datuk Masiung Banah (UPKO)

State N.48 SUKAU

Datuk Saddi Abdul Rahman (UMNO)

Parliament P.188 SILAM

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (UMNO)

State N.49 TUNGKU

Mizma Apehdullah (UMNO) – new

State N.50 LAHAD DATU

Datuk Mohammad Yusof Apdal (UMNO)

State N.51 KUNAK

Datuk Nilwan Kabang (UMNO)

Parliament 189 SEMPORNA

Datuk Ramlee Marahaban (UMNO) – switch

State N.52 SULABAYAN

Datuk Harman Mohamad (UMNO) – comeback

State N.53 SENALLANG

Datuk Nasir Sakaran (UMNO)

State N.54 BUGAYA

Razak Sakaran (UMNO) – new

Parliament P.190 TAWAU*

Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (PBS)

State N.55 BALUNG

Datuk Osman Jamal – new

State .56 APAS

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (UMNO) – new

State. 57 SRI TANJONG

Lo Suh Fui (PBS) – new

Parliament P.191 KALABAKAN

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (UMNO)

State N.58 MEROTAI*

Lim Ting Kai (LDP) – new

State N.59 TANJUNG BATU

Datuk Hamisa Samat (UMNO)

State N.60 SEBATIK

Datuk Abdul Muis Picho (UMNO)



Source link

read more