Review Category : Sukan

Bual Bola: Robbo kecewa De Gea tidak menang anugerah FIFA



Bekas penjaga gol England dan Tottenham Hotspur, Paul Robinson, terkejut David De Gea tidak tersenarai sebagai finalis penjaga gol terbaik anugerah FIFA baru-baru ini.

Siapa seorang lagi pilihan Robinson?

Selain itu, Robinson menyifatkan peningkatan prestasi pemain dalam liga perdana Inggeris ataupun Premier League meningkat secara mendadak berbanding 20 tahun dahulu.

Setiap orang yang bekerja di belakang tabir sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian dalam pelbagai bidang termasuk gaya hidup seorang pemain, nutrisi, latihan dan tempoh rehat yang diperlukan.

Ikuti bahagian 1 sesi bertemu peminat bersama dengan kelab penyokong Tottenham, Malaysia Spurs di Kelana Jaya, Sabtu lepas.

Jangan lupa saksikan rancangan Bual Bola setiap Jumaat 10:15 malam di Astro Awani.



Source link

read more

Bual Bola: Sepakan penalti hanya permainan minda – Paul Robinson



Tekanan mengambil tendangan penalti semakin tinggi dalam bola sepak moden

34 daripada 146 penalti yang dihadiahkan kepada Liverpool gagal disudahkan pemainnya, jumlah yang sama dicatat Arsenal (134 penalti) iaitu tertinggi dalam Premier League (PL).

Bukan mudah untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sekarang berbanding dahulu. Bagi bekas penjaga gol England dan Tottenham Hotspur, Paul Robinson memberitahu penyerang dan penjaga gol mengetahui rahsia pemain yang bakal mengambil tendangan sebelum sepakan penalti itu diambil dan ia menjadi satu permainan psikologi.

Ikuti bahagian 2 sesi bertemu peminat bersama dengan kelab penyokong Tottenham, Malaysia Spurs di Kelana Jaya, Sabtu lepas.

Jangan lupa saksikan rancangan Bual Bola setiap Jumaat 10:15 malam di Astro Awani.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons