Review Category : Teknologi

Gambar Huawei P20 Diperlihatkan Dengan Penyertaan Dwi-Kamera Di Belakang – Amanz


Menjadi kebiasaan untuk sesuatu telefon pintar melalui pengesahan pihak berkuasa di sesuatu negara sebelum ia mula dijual. Kini, melalui proses sama, Huawei dilihat telah melalui pengesahan TENAA di China, sekaligus memperlihatkan rekaan peranti berkenaan.

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia memperlihatkan penggunaan rekaan dwi-kamera pada bahagian belakang – sekaligus memperlihatkan rekaan yang memaparkan ia lebih memfokuskan kepada rakaman gambar melaluinya. Pengimbas cap jari dilihat diposisikan pada bahagian hadapan peranti.

Spesifikasi penuh untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi.

Huawei dijangka melancarkan Huawei P20, P20 Lite dan P20 Plus pada 27 Mac 2018 kelak.



Source link

read more

Alcatel 1X Diperkenalkan Dengan Sistem Operasi Android Oreo (Go Edition) – Amanz


Google sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka bersama beberapa rakan kerjasama akan memperkenalkan telefon pintar dilengkapi Android Oreo (Go Edition) pada MWC 2018 ini. Kini, selari dengannya, Alcatel telah pun mengumumkan peranti pertama dengan sistem operasi berkenaan.

Untuk makluman, Android Go Edition merupakan sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah – selain turut hadir dengan sejumlah aplikasi yang dioptimasikan khusus dan menggunakan penjenamaan “Go”.

Bercakap mengenai Alcatel, peranti pertama yang diperkenalkan oleh mereka dibawah program ini adalah Alcatel 1X.

Alcatel 1X

Alcatel 1X hadir dengan rekaan skrin 5.3-inci pada nisbah 18:9. Ia turut hadir dengan cip empat-teras, dilengkapi memori 1GB RAM, dan juga storan 16GB. Alcatel turut menawarkan ia dalam pilihan memori 2GB RAM.

Telefon pintar ini turut hadir dengan kamera belakang dalam variasi 13-megapixel atau 8-megapixel (bergantung kepada negara), selain kamera hadapan 5-megapixel.

Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 2460mAh.

Alcatel akan menawarkan telefon pintar ini bermula bulan April kelak dalam pilihan satu SIM dan juga dwi-SIM.



Source link

read more

Google ARCore 1.0 Dilancarkan Secara Rasmi – Pesaing Kepada Apple ARKit – Amanz


Selepas realiti maya, realiti gabungan ialah teknologi maya yang dijangka akan meletus. Apple memperkenalkan ARKit hampir setahun yang lalu dengan demo Star Wars yang menarik. Google tidak mahu ketinggalan dan mengumumkan ARCore sebagai pesaing dan menghentikan Project Tango.

Semalam akhirnya ARCore 1.0 dilancarkan secara rasmi dan aplikasi yang menggunakan teknologi ini sudah boleh digunakan pembangun untuk aplikasi di Play Store. ARCore 1.0 kini menyokong 13 peranti yang sudahpun berada di pasaran. Pada waktu yang sama Google bekerjasama dengan Samsung, Huawei, LGE, Motorola, ASUS, Xiaomi, HMD/Nokia, ZTE, Sony Mobile, dan Vivo untuk membawakan teknologi ini ke peranti keluaran mereka.

  1. Google Pixel
  2. Google Pixel XL
  3. Google Pixel 2
  4. Google Pixel 2 XL
  5. Samsung Galaxy S8
  6. Samsung Galaxy S8+
  7. Samsung Galaxy Note8
  8. Samsung Galaxy S7
  9. Samsung Galaxy S7 Edge
  10. LG V30
  11. LGV30+ (Android O sahaja)
  12. ASUS Zenfone AR
  13. OnePlus 5.



Source link

read more

Land Rover Hadir Dengan Telefon Pintar Tahan Lasak – Amanz


Telefon pintar dengan jenama kenderaan bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, kita telah sedia melihat penggunaan jenama seperti Porsche dan juga Bentley. Terkini, jenama kenderaan Land Rover turut dilihat hadir dengan penawaran telefon pintar tersendiri dinamakan Land Rover Explore.

Land Rover Explore dikeluarkan oleh Bullitt – yang mana turut mengeluarkan telefon pintar berjenama Caterpillar.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5-inci FHD, dilengkapi cip MediaTek Helio X27, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Land Rover Explore ini dilengkapi kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 4-megapixel – selain dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.

Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan kalis air dan debu IP68, selain penawaran pemetaan kawasan pedalaman yang baik. Land Rover Explore turut dikatakan mampu bertahan jatuhan sehingga 1.8-meter.

Land Rover Explore

Menariknya juga adalah dimana Land Rover Explore ini turut hadir dengan sokongan modular – membolehkan pengguna menambah beberapa ciri melalui modul khusus untuknya. Untuk permulaan, dua modul ditawarkan, iaitu Adventure Pack dengan bateri berkapasiti 3600mAh dan antena GPS untuk prestasi lebih baik, selain Bike Pack yang hadir dengan bateri berkapasiti 4370mAh.

Land Rover Explore dijangka dipasarkan bermula bulan April 2018 kelak.



Source link

read more

Video Pengenalan Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Tertiris – Amanz


Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan awal pagi esok tetapi spesifikasi serta rekaannya sudah tertiris sepenuhnya. Sebelum ini kesemua maklumat yang tertiris diperolehi dari sumber rahsia. Pagi ini video pengenalan kedua-dua peranti tertiris kerana dimuat turun oleh pihak Samsung sendiri.

Saluran YouTube rasmi Samsung memuat naik video di atas sebelum ianya dipadam. Ia mengesahkan pelbagai maklumat yang diterima sebelum ini. Antara yang dapat dilihat ialah Dex Pad yang mengubah peranti menjadi desktop, fungsi Bixby AI, Bixby Translate, kamera dengan bukaan lebih ubah dan edisi Enterprise Edition.

Ura-ura pengimbas jari terbina pada skrin tersasar kerana video yang menunjukkan penggunaan pengimbas cap jari pada panel belakang dan pengimbas iris di hadapan. Apakah pendapat anda tentang video di atas?



Source link

read more

Google Assistant Akan Menambah Sokongan Bahasa Indonesia Dalam Beberapa Bulan Lagi – Amanz


Google Assistant merupakan pembantu maya digital daripada Google yang hadir terbina pada telefon pintar Android. Melaluinya, pengguna boleh memberikan sejumlah arahan berasaskan suara, dan ia akan memberikan maklumbalas berkaitan dengannya.

Sehingga kini, ia telah ditawarkan dalam 8 bahasa, dan Google kini mengumumkan ia akan menyokong sekitar 30 bahasa menjelang penghujung 2018 ini.

Pengumuman Google ini selari dengan apa yang telah dilaporkan sebelum ini, tetapi kali ini Google berkongsi apakah bahasa yang akan ditambah oleh mereka tidak lama lagi.

Antara bahasa yang akan disokong oleh Google Assistant dalam bulan-bulan akan datang adalah termasuk Hindi, Indonesia, dan juga Thai.

Google masih belum mengumumkan bilakah sokongan untuk bahasa Malaysia akan ditambah. Berkemungkinan besar, kita perlu nantikan tahun hadapan untuk melihat sokongan berkenaan.



Source link

read more

Microsoft Akan Menyokong Xiaomi Untuk Memasarkan Komputer Riba Pada Peringkat Global – Amanz


Xiaomi mempunyai beberapa komputer riba dengan rekaan yang menarik, tetapi ia ditawarkan terhad untuk pasaran China sahaja sehingga kini. Perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Kini, Xiaomi dan Microsoft mengumumkan kerjasama, dimana melalui kerjasama ini, Xiaomi akan menggunakan kelebihan Microsoft untuk memasarkan, menyokong dan membangunkan produk komputer riba dan seumpamanya – sekaligus membolehkan mereka memasuki pasaran antarabangsa.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan kita mungkin akan dapat melihat komputer riba Xiaomi dengan Windows 10 ditawarkan pada peringkat global dalam masa bulan-blan akan datang.

Disamping itu, Xiaomi dan Microsoft juga turut mengumumkan kerjasama dalam arena kecerdasan buasan, dan juga sokongan perkomputeran awan.



Source link

read more

Nilai Saham Snap Inc Menjunam Sebanyak $1.3 Bilion Gara-Gara Satu Kicauan Di Twitter – Amanz


Snap Inc., syarikat yang bertanggungjawab untuk aplikasi media sosial video Snapchat baru-baru ini hadir dengan kemaskini antaramuka baru yang tidak berapa digemari oleh ramai penggunanya.

Salah satu pengguna paling popular aplikasi Snapchat ialah Kylie Jenner yang mempunyai 24.5 juta pengikut di Twitter dan 104 juta pengikut di Instagram baru-baru ini mengeluarkan satu kicauan di Twitter yang diajukan kepada pengikut-pengikut beliau, yang bertanyakan jika mereka masih lagi menggunakan aplikasi tersebut.

Kicauan tersebut menerima sebanyak 300,000 retweet. dan tidak lama selepas ia menjadi viral, stok saham Snap Inc. dilihat menjunam sebanyak  7.2 peratus pada nilai $1.3 bilion (RM5.2 bilion) dalam masa sehari sahaja.

Walaupun begitu, Kylie juga mengatakan bahawa Snapchat masih lagi salah sebuah platform media sosial kegemarannya, walaupun beliau tidak begitu menyukai rekaan antaramuka yang baru.

Walaupun begitu, CEO Snap Inc., Evan Spiegel menerima geran saham bernilai $636 juta (RM2.4 bilion) selepas tawaran awal permulaan pada bulan Mac tahun lepas yang boleh dibayar sehingga tahun 2020.



Source link

read more

Rekaan Serta Spesifikasi Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Tertiris – Amanz


Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact ialah dua peranti yang akan dilancarkan di MWC hujung minggu ini. Berbeza dengan peranti-peranti Xperia sebelum ini, kedua-dua model XZ2 akan mempunyai skrin dengan nisbah 18:9 buat pertama kali. Rekaan serta sebahagian spesifikasi peranti ini telah tertiris lebih awal.

Dimulakan dengan Sony Xperia XZ2 yang dilengkapi skrin 5.7″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 3180 mAh. Panel belakang peranti ini diperbuat daripada kaca bagi menyokong sistem pengecasan tanpa wayar.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya mengapa dagu dan dahi XZ2 masih agak besar, ini adalah kerana peranti ini menyokong sistem pembesar suara stereo S Force. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang dan butang khas kamera masih disertakan pada sisi kanan.

Tiada gambar untuk Sony Xperia XZ2 Compact tetapi ia dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 2870 mAh. Panel belakang peranti ini walaubagaimanapun diperbuat daripada polikarbonat dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan mula dijual pada bulan Mac. Apa yang kami sedari sejak kebelakangan ini ialah Malaysia akan menjadi negara terawal menerima peranti keluaran Sony. Nantikan pandang pertama kami untuk kedua-dua peranti dalam masa terdekat.



Source link

read more

Samsung Menyelamatkan Aplikasi Opera Max Dan Melancarkannya Sebagai Samsung Max – Amanz


Opera mempunyai aplikasi penjimatan data mereka tersendiri dinamakan sebagai Opera Max. Namun, sebelum ini syarikat Opera telah mengumumkan mereka tidak akan meneruskan pembangunan untuk aplikasi Opera Max berkenaan.

Perkara berkenaan kini berubah apabila Samsung dilihat telah menyelamatkan aplikasi berkenaan dan melancarkannya semula sebagai Samsung Max.

Samsung Max

Seperti ramai sedia maklum, melalui Samsung Max, ia menawarkan perkhidmatan penjimatan data untuk penggunaan data oleh aplikasi internet, dan pada masa yang sama menawarkan perlindungan privasi tambahan.

Samsung turut mengatakan mereka akan menyertakan Samsung Max pada peranti berspesifikasi pertengahan dan menawarkannya secara terbina di beberapa buah negara.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda turut boleh memuat-turun Samsung Max daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Samsung Max untuk Android



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons