Review Category : Teknologi

Qualcomm Didenda RM 4.8 Bilion Oleh EU Kerana Membayar Apple Untuk Menggunakan Modem Mereka – Amanz


Tahun 2017 ialah tahun saman menyaman untuk Qualcomm kerana kemelut mereka dengan Apple berkenaan isu royalti penggunaan modem. Tahun 2018 juga dimulakan dengan langkah kiri kerana Qualcomm telah didenda €997 juta (~RM 4.8 bilion) oleh Kesatuan Eropah kerana membayar Apple untuk menggunakan modem keluaran mereka.

Tindakan membayar pelanggan untuk tidak menggunakan produk pesaing adalah melanggar undang-undang  anti monopoli Kesatuan Eropah. Bayaran mencecah berbilion Dollar kepada Apple untuk menggunakan modem Qualcomm dari 2011 hingga 2016 menyebabkan pengeluar lain seperti Intel tidak dapat bersaing. Ini turut akan merugikan pengguna yang terpaksa mengguna produk yang tidak semestinya terbaik di pasaran.

Apple berhenti menggunakan moden Qualcomm secara eksklusif bermula dengan iPhone 7. Apple kemudian menyaman Qualcomm kerana mengenakan bayaran royalti yang tidak munasabah. Qualcomm membalas saman dan turut menuduh Apple berkongsi rahsia syarikat mereka dengan Intel yang melanggar perjanjian.

Pihak Qualcomm telah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak bersetuju dengan keputusan Kesatuan Eropah dan akan melakukan rayuan untuk menentangnya.



Source link

read more

Samsung Galaxy S9 Akan Dilancarkan Pada 25 Februari 2018 – Amanz


Bukan lagi rahsia bahawa Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan di MWC tahun ini. Tetapi tarikh sebenar pelancaran akhirnya disahkan oleh Samsung berlaku pada 25 Februari ini. Kedua-dua model Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan pada tarikh tersebut di acara Unpacked.

Dari imej acah yang diperlihatkan pagi ini, ia memberikan petunjuk bahawa Galaxy S9 akan mempunyai peningkatan pada kemampuan kamera. Maklumat mengenai spesifikasi kamera yang telah tertiris adalah rakaman 1080P 480FPS dan lensa dengan nilai fstop yang berubah mengikut keperluan gambar. Hanya sebulan sahaja lagi sebelum tarikh pelancarannya dan adakah anda sudah teruja?



Source link

read more

Fitbit Akan Menamatkan Sokongan Pebble Selepas Bulan Jun – Amanz


Fitbit sebelum ini telah mengambil-alih syarikat pengeluar jam tangan pintar Pebble, dan telah mengatakan akan menamatkan sokongan untuknya. Berkongsi mengenainya hari ini, Fitbit mengatakan mereka akan meneruskan sokongan untuk Pebble selama enam bulan lagi, dan akan menamatkan sokongan untuknya selepas 30 Jun 2018 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pelbagai sokongan dan ekosistem Pebble akan ditamatkan – termasuk dari segi kedai aplikasi dan forum untuknya. Namun, pengguna masih boleh menggunakannya – tetapi ia mungkin tidak beroperasi seperti sebelum ini dari segi penawaran aplikasi dan sebagainya.

Sebagai alternatif, Fitbit mengalakkan pengguna Pebble untuk beralih ke ekosistem Fitbit, dan mengalakkan mereka mendapatkan jam tangan pintar Fitbit Ionic yang terbaru.

Bagi anda yang masih menggunakan Pebble, adakah anda akan beralih ke Fitbit Ionic, atau akan melihat ke penawaran jam tangan pintar baru yang lain?



Source link

read more

Windows 10 Akan Mula Memperlihatkan Data Yang Dihantar Kembali Ke Microsoft – Amanz


Microsoft melalui Windows 10 sedia menyatakan yang mana mereka mengumpulkan sejumlah data dalam bentuk awanama untuk tujuan penambah-baikkan dan pembangunan masa depan sistem operasi berkenaan. Namun, ia masih menimbulkan ketidak-selesaan dikalangan pengguna kerana tidak mengetahui sepenuhnya apakah data yang dihantar kembali kepada pihak Microsoft.

Kini, dalam mengatasi kerisauan pengguna, Microsoft kini mengumumkan yang mana kelak mereka akan menambah ciri dinamakan Windows Diagnostic Data Viewer pada Windows 10. Melalui ciri baru ini, ia akan membolehkan anda melihat data apa yang dihantar ke pelayan Microsoft oleh sistem operasi anda.

Windows Diagnostic

Seperti biasa, Microsoft mengatakan mereka mengumpulkan beberapa data untuk tujuan penambah-baikkan, termasuk dari segi tetapan peranti, konfigurasi peranti, prestasi, penggunaan dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Windows Insider, anda boleh mencuba ciri baru ini bermula minggu ini, sebelum ia diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna Windows 10.



Source link

read more

Telegram Meningkatkan Had “Group Chat” Kepada 75,000 Ahli – Amanz


Telegram merupakan antara aplikasi permesejan dengan pelbagai pilihan saluran dan sembang berkumpulan dengan topik-topik berbeza dan menarik. Sebelum ini, Telegram mengehadkan jumlah ahli pada sesuatu “Group Chat” hanya sehingga 50,000 ahli sahaja, dan kini mereka meningkatkannya lagi.

Telegram Messenger Groups

Bermula kini, Telegram menyokong lebih 75,000 ahli dalam sesuatu Group Chat, sekaligus membolehkan lebih ramai menyertai sesuatu Group Chat dan membincangkan mengenai perkara yang mereka inginkan.

Bagi anda yang menggunakan atau mentadbir sesuatu Group Chat, kini anda boleh mengajak lebih ramai menyertainya. Dengan perkembangan ini, tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita lihat Telegram membuang had dan menjadikan sesuatu Group Chat itu sebagai tanpa had ahli.



Source link

read more

Telekom Malaysia Ingin Menambah Lebih 100,000 Hotspot Unifi WiFi Pada Tahun Ini – Amanz


Telekom Malaysia, melalui pengenalan jenama Unifi, mereka menyatukan sejumlah penawaran dalam usaha memudahkan pengguna kekal berhubung sama ada melalui talian tetap, talian mudah-alih, mahupun melalui WiFi.

Unifi Wifi

Bercakap mengenai Wifi sendiri, TM menyediakan penawaran dinamakan Unifi Wifi yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna (buat masa ini). Melaluinya, anda boleh menggunakannya untuk melakukan tugasan atau terus kekal berhubung di sesetengah lokasi.

Pada hari ini sendiri, ia mempunyai hampir 10,000 hotspot di seluruh negara – dan bercakap mengenainya, Telekom Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan ia kepada lebih 100,000 menjelang penghujung tahun 2018 ini.

Disamping itu, TM turut mengatakan yang mana kini lebih 1 juta pelanggan mengggunakan dan telah berhubung ke arena internet melalui Unifi WiFi ini.

Anda boleh menyemak penawaran Unifi Wifi dikawasan berdekatan anda dengan menyemaknya melalui aplikasi khusus yang disediakan untuknya.



Source link

read more

Maybank QRPay Dilancarkan Untuk Android Dan iPhone – Mudahkan Penjual Menerima Bayaran – Amanz


Maybank sebelum ini telah memperkenalkan integrasi pembayaran menggunakan kod QR pada aplikasi mudah-alih utama mereka, sekaligus memberikan akses kepada jutaan pengguna Maybank untuk menggunakannya dalam membuat pembayaran di lokasi yang menyokong Maybank QRPay.

Buat masa ini, Maybank QRPay digunakan di Menara Maybank dan UMS, tetapi perkara berkenaan akan berubah bermula hari ini.

Hari ini, Maybank telah menerbitkan aplikasi Maybank QRPay untuk semua, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja yang memuat-turunnya dan mendaftar akaun menggunakannya.

Maybank QRPay

Menariknya adalah, ia tidak terhad untuk perniagaan dengan lesen SSM sahaja, tetapi anda yang sedia mempunyai akaun Maybank boleh memuat-turun dan menggunakannya untuk menerima pembayaran.

Untuk pelanggan sedia ada Maybank, data akan dimuatkan secara automatik selepas anda memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor SSM, tetapi jikalau anda bukan pelanggan Maybank, maka anda boleh menggunakan Maybank QRPay ini dan menghubungkan ia dengan bank-bank lain, seperti CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya.

Maybank QRPay

Selepas melalui pendaftaran, anda boleh menjana kod QR khusus anda untuk menerima pembayaran spesifik – atau turut menjana kod QR tetap yang membolehkan sesiapa sahaja mengimbas kod anda dan membuat pembayaran.

Maybank dilihat lebih menyasarkan kepada pengguna perusahaan kecil dan sederhana buat masa ini – termasuk seperti di pasar malam, kedai makan dan sebagainya. Maybank QRPay ini membolehkan para peniaga dan penjual untuk menerima bayaran ke akaun Maybank mereka terus serta-merta, selain melihat transaksi dan sebagainya menggunakan aplikasi khusus ini.

Buat masa ini, Maybank QRPay boleh digunakan secara percuma tanpa caj transaksi selama tempoh tiga bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Maybank QRPay ini dan menggunakannya dalam menerima pembayaran dengan lebih mudah dan pantas daripada para pelanggan seluruh negara.

Muat-Turun Maybank QRPay untuk Android

Muat-Turun Maybank QRPay untuk iOS



Source link

read more

Chronicle – Sebuah Syarikat Di Bawah Alphabet Yang Memfokuskan Kepada Sekuriti Digital – Amanz


Kerentanan sekuriti digital dan penggodaman data syarikat merupakan sesuatu yang boleh dikatakan menjadi lumrah bagi mana-mana syarikat, tidak kira kecil ataupun besar.  Alphabet kini dilihat bakal memasuki arena sekuriti digital ini melalui syarikat terbaru mereka, Chronicle.

Menurut Alphabet, tugas utama Chronicle ialah untuk membantu syarikat-syarikat yang digodam untuk mencari data yang dicuri dan untuk membantu pihak penguat-kuasa undang-undang mencari penggodam-penggodam tersebut.

Chronicle mempunyai komputer-komputer pelayan dengan pemprosesan yang berkuasa, beserta kecerdasan buatan yang hadir melalui dua cabang – sekuriti digital dengan platform analisa dan juga VirusTotal, sebuah perkhidmatan perisikan malware yang bukan sahaja boleh membantu syarikat mencari data yang dicuri, tetapi juga menjangkakan corak serangan malware apabila data serangan bertahun-tahun dapat dipelajari.

Chronicle juga berkata bahawa kini ada beberapa syarikat Fortune 500 yang sudahpun mula menguji platform sekuriti digital mereka,



Source link

read more

TM Menyasarkan Lebih 1.5 Juta Pelanggan Unifi Home Menjelang Penghujung 2018 – Amanz


Telekom Malaysia pada Jun 2017 yang lepas telah mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 1 juta pelanggan Unifi. Kini, bercakap mengenainya, pihak Telekom Malaysia mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk angka berkenaan mencapai 1.5 juta pelanggan menjelang penghujung 2018 kelak.

Unifi

Unifi sebelum ini telah diperkenalkan pada 2010 yang lepas, dan sejak daripadanya ia telah mula meliputi sejumlah besar kawasan seluruh negara.

Untuk mencapai sasaran ini, TM dilihat mempunyai beberapa perancangan, termasuk pengenalan “Skuad Sempurna Unifi” yang mana akan melakukan promosi dan pemasangan dikawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi kosong, tetapi isi rumah berkenaan tidak menaik-taraf lagi ke Unifi.

Bersama-sama pengumuman ini, TM turut mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk mencapai lebih 100,000 hotspot untuk Unifi Wifi menjelang penghujung 2018 ini.



Source link

read more

Samsung Memperkenalkan SSD 860 PRO Dan 860 EVO – Hadir Dengan Storan Sebesar 4TB – Amanz


Selain daripada telefon, televisyen dan perkakasan rumah, Samsung juga terkenal untuk komponen storan digital cakera keras dan SSD mereka. Malah, boleh dikatakan bahawa storan-storan digital mereka diantara yang terbaik di pasaran sekarang.

Samsung baru-baru ini memperkenalkan siri SSD mereka yang terbaru, iaitu Samsung 860 PRO dan Samsung 860 EVO yang menggunakan 3D V-NAND dengan 64 lapisan dengan cip storan 256Gb dan 512Gb yang hadir dengan storan sehingga 4TB. Ia juga menggunakan pengawal SSD MJX yang membolehkan SSD berkapasiti besar mengekalkan kelajuan yang pantas.

Pilihan storan SSD Samsung 860 PRO termasuklah 256GB, 512GB, 1TB, 2TB dan 4TB, manakala Samsung 860 EVO hadir dengan pilihan storan 250GB, 500GB, 1TB, 2TB dan 4TB.

Dari segi rekaan, Samsung 860 PRO hadir dengan rekaan SSD 2.5 inci sahaja, manakala Samsung 860 EVO pula hadir dengan beberapa rekaan, termasuklah cangkerang 2.5 inci, M.2 dan juga mSATA, yang sesuai digunakan di dalam komputer bersaiz kecil dan laptop.

Samsung 860 PRO dan EVO ini hadir dengan kelajuan membaca dan menulis 560/550 MB/s dan 530/520 MB/s dan juga waranti selama lima tahun.

Dari segi harga pula, Samsung 860 Pro bermula pada harga $140 sehingga $1900, manakala Samsung 860 EVO pula bermula dari harga $100 hinggalah $1400.



Source link

read more