Review Category : Teknologi

Aksesori Pelapik Kulit Mula Dijual Untuk Appe HomePod – Amanz


Satu perkara yang membuatkan ramai memilih untuk membeli produk Apple ialah terdapat lebih banyak pilihan aksesori. Kebanyakan aksesori yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan mempunyai rekaan yang baik. Boleh dikatakan setiap produk Apple akan mempunyai aksesori rasmi atau yang dihasilkan oleh pihak ketiga yang kreatif.

Apple HomePod juga kini mempunyai aksesori yang dihasilkan bagi menyelesaikan masalah semasa. Minggu lalu kami laporkan pengguna HomePod merungut permukaan meja rosak kerana rembesan minyak dari kaki silikon di bawah speaker pintar ini.

Hari ini sudah ada aksesori pelapik yang diperbuat daripada kulit untuk menyelesaikan masalah ini. Aksesori berdiameter empat inci ini hadir dalam dua warna dan dijual pada harga $19.99 (RM 78) sebuah. Bagi yang tidak mahu permukaan meja yang rosak, pelapik premium ini akan menyelesaikan masalah anda.



Source link

read more

Samsung Dijangka Hadir Dengan Aplikasi Sosial Berasaskan Lokasi Bersama Galaxy S9 – Amanz


Samsung akan memperkenalkan Samsung Galaxy S9 secara rasminya pada awal minggu hadapan. Bersempena dengannya, sejumlah informasi berkenaan spesifikasi dan gambar berkenaan telah pun tertiris. Kini, laporan baru hadir daripada HeraldCorp, memperlihatkan salah satu ciri baru yang turut akan disertakan oleh Samsung.

Ia dikatakan Samsung kini sedang dalam proses menyiapkan sebuah perkhidmatan sosial yang memfokuskan kepada perkongsian lokasi dan permesejan melaluinya.

Samsung buat masa ini telah mendaftarkan beberapa tanda dagang untuk tujuan berkenaan, termasuk antaranya adalah “Uhssup” dan juga “Samsung Social”. Daripada pendaftaran tanda dagang “Uhssup”, ia dikatakan menawarkan perkhidmatan perkongsian masa-nyata bersama rakan-rakan, dan pada masa yang sama berkomunikasi bersama rakan-rakan lain.

Bercakap mengenai Samsung sendiri, ini bukan kali pertama mereka bereksperimen dengan ciri seumpamanya. Sebelum ini, mereka pernah menawarkan aplikasi dinamakan ChatOn untuk permesejan, namun dihentikan selepas beberapa tahun.

Tetapi dengan beberapa aplikasi seperti Samsung Pay, Samsung Cloud dan sebagainya yang mempunyai peminatnya tersendiri – tidak mustahil untuk Samsung mencuba nasib mereka sekali lagi dalam arena sosial ini.



Source link

read more

Variasi Honor 7X Dengan Nama Huawei Mate SE Dijangka Akan Dipasarkan Di Amerika Syarikat – Amanz


Huawei dan Honor kadang-kala mempunyai penawaran peranti yang lebih kurang sama – dan kali ini perkara berkenaan akan berulang kembali melalui peranti baru yang dinamakan Huawei Mate SE.

Disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, telefon pintar ini menawarkan spesifikasi yang sama seperti Honor 7X – tetapi dengan sedikit perubahan pada storan dan memori.

Huawei Mate SE

Huawei Mate SE ini dikatakan akan hadir dengan skrin 5.93-inci dengan nisbah skrin 18:9, cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini turut menyertakan bateri berkapasiti 3340mAh.

Selain perbezaan minima pada storan dan memori, telefon pintar ini juga turut menawarkan sedikit perbezaan rekaan pada bahagian kamera belakang yang hadir dengan rekaan bingkai berwarna hitam pada bahagian kamera – lebih kurang seperti rekaan kamera pada peranti Mate lain.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya disasarkan untuk Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya selepas pelancaran rasmi oleh Huawei kelak.



Source link

read more

Sony Hadir Dengan Video Acah Untuk MWC 2018 – Peranti Dengan Rekaan Melengkung? – Amanz


Selepas pelbagai teka-teki berkaitan telefon pintar Sony Xperia akan datang, kini akhirnya pengeluar peranti dari Jepun berkenaan telah pun hadir dengan video acah pertama untuk MWC 2018 akan datang.

Melalui video acah yang diterbitkan pada media sosial, Sony memperlihatkan petanda seumpama peranti dengan rekaan melengkung.

Sony MWC

Apakah peranti yang akan diperkenalkan masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Mengikut spekulasi sebelum ini, Sony dijangka memperkenalkan dua telefon pintar pada acara MWC 2018 iaitu Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact.

Dengan kehadiran video acah ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Sony pada minggu hadapan.



Source link

read more

8 Perkara Menarik Samsung Galaxy A8 & A8+ (2018)


Siri Samsung Galaxy A8 (2018) telah membawakan peningkatan yang drastik berbanding siri Galaxy A sebelumnya, melalui penawaran skrin berbingkai nipis, sokongan dwi-kamera hadapan, dan ciri pengecaman wajah. Galaxy A8 (2018) hadir dengan skrin 5.6″ dan bateri 3000 mAh, manakala Galaxy A8+ (2018) didatangkan dengan skrin 6.0″ dan bateri 3500 mAh. Dari segi harga jualan, kedua-dua peranti ini masing-masing ditawarkan pada harga RM1799 dan RM2499.



Source link

read more

Kakitangan Di Apple Park Dilaporkan Tercedera Kerana Kerap Terlanggar Dinding Kaca – Amanz


Apple Park ialah bangunan markas baru Apple dengan rekaan seakan sebuah piring terbang. Bangunan yang direka oleh Sir Norman Foster ini unik kerana penggunaan dinding kaca pada keseluruhan dinding luaran dan dalaman. Ini adalah bagi meningkatkan kerjasama di antara kakitangan dan memudahkan cahaya semula jadi menerangi ruang pejabat.

Namun menurut laporan Time, ramai kakitangan mengalami kecederaan kerana kerap terhantuk pada dinding kaca yang digunakan. Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menampal nota Post It tetapi ia kemudian dicabut kerana mencacatkan pemandangan. Ini adalah satu lagi bukti bahawa rekaan yang cantik tidak semestinya akan menjadi sesuatu yang pratikal dalam kehidupan seharian.



Source link

read more

Fungsi Duplex Diuji Pada Google Chrome Untuk Peranti Dengan Skrin 18:9 – Amanz


Kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran sekarang sudah menggunakan skrin dengan nisbah 18:9. Tidak ramai yang menggemarkannya kerana skrin agak panjang dan susah untuk mencapai ketika melakukan tugas.

Disebabkan masalah ini Google menguji fungsi Duplex Google Chrome untuk kemudahan pengguna. Fungsi Duplex ini akan mengubah pengalaman pelayaran internet pada skrin dengan nisbah 18:9.

Fungsi ini hanya untuk aplikasi Chrome Canary iaitu aplikasi pelayar Google Chrome versi Alpha yang masih belum stabil. Jika anda ingin mencuba fungsi Duplex ini anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu.

Buka tab baru pada Chrome Canary, isikan “chrome://flags#enable-chrome-duplex” pada bar carian dan tekan “enable” kemudian tekan “Relaunch Now”.

Selepas diaktifkan, sebuah talam boleh dilihat pada bahagian bawah pelayar. Tarik talam ini ke atas untuk memaparkan laman home yang asal ada pada Chrome versi stabil. Pergi ke laman kegemaran kini lebih mudah serta pantas. Fungsi ini mungkin akan dilihat pada Chrome versi stabil tidak lama lagi kerana ianya amat memudahkan pengguna.

Muat turun Google Chrome Canary dari Play Store



Source link

read more

ASUS Memperkenalkan Tetikus Gaming ASUS Gladius II Origin – Hadir Dengan Sokongan RGB Dan Kabel Yang Boleh Ditanggalkan – Amanz


ASUS, syarikat pembuat peranti elektronik yang cukup terkenal dengan komputer, laptop, telefon pintar dan aksesori gaming mereka baru-baru ini hadir dengan beberapa aksesori gaming baru.

Diantaranya ialah ASUS Gladius II Origin, sebuah tetikus gaming yang hadir dengan beberapa ciri menarik walaupun ia mengekalkan rekaan asal tetikus Gladius II.

Tetikus Gladius II Origin ini hadir dengan sensor 12000 DPI, manakala dari segi butang, ia hadir dengan lima butang yang boleh diubahsuai penggunaannya melalui perisian ASUS Armoury.

Dua daripada butang ini hadir dengan pilihan suis Omron D2FC-F-K dan Omron D2F-01F yang boleh diuban dengan membuka skru di bahagian bawah tetikus tersebut.

Disamping itu, tetikus ini juga mempunyai kabel USB yang boleh dicabut untuk penyimpanan yang lebih kemas, dan juga sokongan untuk sistem penyalaan RGB Aura Sync yang boleh diselaraskan dengan aksesori dan komponen ASUS yang lain.

Tetikus Gladius II Origin ini sudahpun hadir di pasaran-pasaran terpilih pada harga $99 (RM390). Buat masa ini, ASUS masih belum mengumumkan samada tetikus ini akan hadir di pasaran ini ataupun tidak.



Source link

read more

Samsung Dilaporkan Mempunyai Lambakan Skrin OLED Selepas Apple Mengurangkan Pesanan – Amanz


Samsung dan Apple kerap kali menyaman antara satu sama lain di dalam mahkamah. Tetapi dua gergasi terbesar dunia peranti mudah alih ini sebenarnya memerlukan satu salam lain seakan simbiosis. Apabila Apple mula menjual iPhone X, Samsung dipercayai akan mencatatkan keuntungan $89 bilion kerana pengguna skrin OLED keluaran mereka.

Tetapi kini Samsung berhadapan pula dengan masalah lambakan skrin OLED. Menurut laporan Nikkei Asian Review, lambakan berlaku kerana Apple mengurangkan pesanan untuk skrin sehingga 50% selepas jualan iPhone X lebih rendah dari yang disasarkan. Samsung menghadapi masalah mengurangkan lambakan kerana wujud persaingan dari pengeluar OLED China yang turut meningkatkan produksi skrin untuk syarikat tempatan.



Source link

read more

Fitbit Ionic Kini Boleh Didapati Dengan Diskaun RM100 – Amanz



RM1288 RM1399 -8%

Fitbit Ionic merupakan jam tangan pintar pertama daripada Fitbit, dan telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM1399 sejak beberapa bulan lepas. Kini, beberapa penjual turut menawarkannya pada harga kurang RM1300, sekaligus menjimatkan anda lebih RM100.

Fitbit Ionic

Ditawarkan oleh All IT Hypermarket, jam tangan pintar ini boleh didapati pada harga RM1299. Selain All IT Hypermarket, anda turut boleh mendapatkannya daripada AONE Plus pada harga RM1288.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan jam tangan pintar ini dalam tempoh terdekat, boleh menyemak penawaran daripada para penjual ini hari ini.

Beli : Fitbit Ionic di AONE Plus



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons