Review Category : Teknologi

Syarikat Yang Menjual Pengikut Palsu Di Media Sosial Kini Disiasat – Amanz


Penjualan pengikut palsu di media sosial bukanlah perkara baru. Ramai selebriti atas talian membeli pengikut palsu bagi menunjukkan mereka berpengaruh dan sekaligus membolehkan mereka mengenakan bayaran yang tinggi untuk promosi berbayar. Devumi ialah antara syarikat yang melakukan perniagaan menjual pengikut palsu ini.

Mereka kini disiasat di Amerika Syarikat kerana 55,000 dari 3.5 juta pengikut palsu yang dijual didapati menggunakan identiti insan sebenar tanpa kebenaran. Nama, gambar profil dan maklumat peribadi insan sebenar telah digunakan tanpa kebenaran pada bot yang dijual. Ini adalah menyalahi undang-undang New York.

Masalah penggunaan identiti individu sebenar untuk menghasilkan akaun palsu ini turut berlaku di Malaysia. Tahun lalu tular berita akaun palsu yang menggunakan wajah insan yang telah meninggal dunia di Facebook.

 



Source link

read more

Lokasi Pangkalan Tentera Rahsia Amerika Syarikat Dibongkar Oleh Aplikasi Kesihatan Strava – Amanz


Strava merupakan sebuah aplikasi kesihatan dimana orang ramai boleh memuat-naik dan berkongsi maklumat senaman mereka dengan sesiapa sahaja. Ini merupakan sesuatu yang sangat baik bagi mereka yang ingin memperbaiki senaman mereka untuk menjadi lebih sihat.

Aplikasi Strava ini digunakan oleh pelbagai pihak, termasuklah askar Amerika Syarikat yang ditempatkan di markas-markas rahsia di selurruh dunia. Baru-baru ini, Strava dilihat mengeluarkan sebuah peta data dimana tiga trillion mata GPS para pengguna mereka diperlihatkan pada bulan November 2017.

Masalah disini ialah apabila pihak tentera Amerika Syarikat melihat peta data ini, dan mendapat tahu bahawa terdapat askar-askar mereka yang menggunakan aplikasi Strava ini, dan memuat naik peta larian mereka ke pelayan awanan untuk dikongsi bersama orang ramai.

Peta data tersebut bukan sahaja memperlihatkan peta larian askar-askar tersebut, tetapi juga memberikan gambaran umum beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat yang sepatutnya dirahsiakan.

Untuk Amerika Syarikat, ini adalah sesuatu yang cukup merbahaya kerana lokasi-lokasi rahsia ini berada di kawasan-kawasan dimana konflik-konflik yang cukup serius dan merbahaya sedang berlaku, dan keselamatan askar-askar tersebut boleh terjejas kerana lokasi-lokasi tersebut terbongkar.

Buat masa ini, pihak syarikat Strava masih belum menyatakan apa-apa mengenai menurunkan segelintir data-data yang dimuat-naik ini untuk keselamatan askar-askar tersebut.



Source link

read more

Program Windows 10 Mobile Insider Ditamatkan Microsoft – Amanz


Program Windows 10 Mobile Insider diperkenalkan oleh Microsoft bagi memperkenalkan fungsi baru kepada sistem operasi telefon pintar mereka. Peserta akan dapat menguji sistem baru lebih awal berbanding pengguna biasa. Bagi peserta di seluruh dunia, berita buruk pagi ini ialah tiada lagi binaan terbaru akan diberikan selepas ini.

Brandon LeBlanc, yang merupakan pengurus program pasukan Windows Insider Program mengesahkan tiada lagi binaan baru menerusi akaun Twitter beliau. Pengumuman beliau ini tidak mengejutkan tetapi pastinya mengecewakan peminat sistem operasi ini. Microsoft sendiri tidak mempunyai perancangan menghasilkan peranti baru dan tidak lagi memberikan tumpuan kepada Windows Mobile 10. Tetapi mereka hanya akan memberikan kemaskini keselamatan sahaja.



Source link

read more

Aplikasi Zayan Membantu Anda Untuk Menjadi Muslim Produktif – Amanz


Sebagai umat Islam, aplikasi yang boleh memberi kita notifikasi waktu solat dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan agama amat penting. ZAYAN merupakan sebuah jenama radio dan juga platform digital yang merujuk Muslim Kontemporari yang menjurus kepada kehidupan, travel, fesyen dan technology. ZAYAN juga memainkan lagu-lagu yang bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa.

Dan menariknya, mereka telah membangunkan aplikasi ZAYAN semasa pelancaran jenama radio tersebut pada awal November 2017 yang lalu. Aplikasi ZAYAN merupakan sebuah platform untuk umat islam di luar frekuensi ZAYAN dimana para pengguna boleh menggunakan aplikasi ini bagi mendengar radio secara langsung dan juga mengamalkan pengisian Islam yang terdapat dalam aplikasi ini.

Ciri umum untuk aplikasi seperti ini adalah fungsi peringatan waktu solat, diaman pengguna akan diberi notifikasi tentang waktu-waktu solat untuk lokasi yang anda telah tetapkan. Anda hanya perlu cari lokasi yang anda berada sekarang, dan anda boleh pilih sama ada untuk menerima notifikasi ataupun tidak apabila waktu solat telah masuk.

Apa yang menariknya dengan aplikasi ZAYAN dan aplikasi-aplikasi di luar sana adalah aplikasi ini boleh membuat kad ucapan digital. Ciri-ciri ini boleh direka mengikut kehendak pengguna dengan ayat-ayat yang berunsurkan islamik dan juga ucapan – ucapan perayaan. Ciri ini mempunyai ciri-ciri seakan aplikasi penyunting gambar seperti pilihan tulisan, pilihan warna dan pelbagai ciri-ciri penyunting gambar yang lain.

Selain itu, salah satu ciri penting adalah fungsi pembacaan Quran. Apa yang menariknya, aplikasi ini telah membahagikan ayat-ayat yang perlu dibaca supaya anda boleh khatam Al-Quran dalam masa 30 hari. Sebagai contoh, untuk hari pertama aplikasi ZAYAN telah dibahagikan kepada 5 sesi pembacaan Al-Quran untuk setiap hari. Ini boleh diamalkan untuk pengguna membaca Al-Quran setiap kali anda habis solat.

Pengguna juga boleh membaca ayat-ayat Al-Quran yang berpandukan video bacaan yang telah disediakan. Jadi sekiranya anda konsisten dalam mengamalkan aplikasi dwibahasa ini, anda boleh khatam Al-Quran dalam masa 30 hari.

Fungsi pengiraan tasbih pula boleh digunakan dengan cara menyentuh skrin setiap kali zikir diucapkan. Fungsi ini membolehkan anda untuk menyemak kembali bilangan zikir yang anda telah ucapkan. Seperti fungsi tasbih sebenar, setiap 33 biji tasbih akan diberi tanda. Begitu juga fungsi tasbih dalam aplikasi ini, setiap 33 kali skrin disentuh, anda akan diberi notifikasi bunyi dan skrin akan ditetapkan semula. Kemudian, apabila cukup 5 kali skrin ditetapkan semula, anda akan diberi zikir lain seperti Alhamdulillah, Laa ilaha illallah, Allahuakbar, dan Laa Hawla Walaa quwata illa billah.

Sekiranya anda sukar untuk mencari surau atau masjid untuk menunaikan solat, anda boleh meminta bantuan aplikasi ZAYAN untuk mencari lokasi surau atau masjid yang terdekat. Anda hanya perlu masukkan lokasi yang anda inginkan dan aplikasi ZAYAN akan mencadangkan beberapa buah lokasi solat yang terdekat dengan lokasi anda. Sekiranya anda sudah membuat pilihan, anda hanya perlu menyentuh pada pilihan yang diinginkan dan aplikasi ini akan membawa anda ke aplikasi Waze atau Apple Maps.

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi calendar dimana memberi peluang kepada anda untuk melihat dan mengetahui tahun Masihi dan juga tahun Hijrah. Kalendar ini juga akan memberitahu anda Tarikh-tarikh penting untuk umat Islam, seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul. Manakala fungsi Tips pula memberikan anda petua-petua berguna seperti bagaimana untuk menjadi muslim yang produktif. Petua-petua ini juga boleh dijadikan sebagai kata-kata hikmah yang dapat memberi motivasi kepada anda.

Kemudian, untuk fungsi “Checklist” pula, ia memberi anda peluang untuk membuat refleksi diri secara harian. Sebagai contoh, terdapat 6 amalan yang perlu dilakukan setiap hari, antaranya zikir, senyum, menepati waktu solat dan sebagainya. Untuk setiap amalan yang anda sudah lakukan pada hari itu, anda hanya perlu menanda kedalam aplikasi tersebut. Fungsi ini bagus untuk anda membuat refleksi diri dan memperbaiki amalan anda setiap hari untuk menjadi mukmin sejati.


Jadi, aplikasi ini jelas diperlihatkan dapat memberi kebaikan kepada pengguna yang beragama Islam sekaligus dapat membantu pegguna dalam bentuk akhlak yang baik sekiranya pengguna konsisten dalam menggunakan aplikasi ini. Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini di App store untuk peranti iOS dan Google Play Store untuk Android.

Muat-turun: Aplikasi Zayan (iOS)

Muat-turun: Aplikasi Zayan (Android)

Penafian: Advertorial Dari Astro



Source link

read more

Grab Menggunakan Teknologi Red Hat Untuk Memenuhi Permintaan Pengguna Di Asia Tenggara – Amanz


Grab, syarikat aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan kini boleh dikatakan salah sebuah syarikat yang berkembang paling pesat dalam masa terdekat ini di rantau Asia Tenggara.

Para pemandu Grab kini dikatakan membuat 3.5 juta perjalanan setiap hari, dan sistem terdahulu mereka sukar untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna-pengguna sekarang. Dalam pada itu, Grab juga sering hadir dengan ciri-ciri baru yang boleh membuatkan mesin-mesin pelayan mereka menghadapi masalah downtime.

Untuk mengatasi masalah ini, Grab kini bekerjasama bersama-sama dengan Red Hat melalui sistem Red Hat Ansible Tower, sebuah enjin automasi sistem IT yang membantu Grab mengurangkan masalah downtime sebanyak 40 peratus dan meningkatkan waktu agregat uptime sehingga 99.99 peratus.

Ini cukup penting untuk Grab, kerana sistem aplikasi mereka telah berkembang sebanyak 300 kali sepanjang tiga tahun yang lalu bersama-sama dengan pengembangan penggunaan aplikasi tersebut di pelbagai bandar di rantau Asia Tenggara.

Grab dikatakan bakal berkembang lagi sebanyak 300 peratus di tahun-tahun yang akan datang, dan dengan sistem enjin automasi IT Red Hat Ansible Tower ini, ianya diharap mereka boleh terus berkembang tanpa perlu risau mengenai sebarang masalah teknikal mengenai mesin-mesin pelayan mereka.



Source link

read more

Xiaomi Mi Box 4 Dan 4C Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Kecil – Amanz


Xiaomi hari ini telah melancarkan dua model baru untuk Mi Box mereka. Xiaomi Mi Box 4 dan Mi Box 4C yang dilancarkan ini mempunyai saiz lebih kecil dan rekaan luaran yang kurang melengkung berbanding Mi Box sebelum ini.

Dari segi spesifikasi Mi Box 4 masih lagi menggunakan pemproses 1.5 GHz empat teras Amlogic Cortex-A53, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 8 Gigabyte. Ia mampu memaparkan video pada resolusi 4K HDR. Terdapat sokongan video H.265, HDR10, Dolby Audio dan DTS-HD.

Sebuah alat kawalan jauh disertakan dengan sokongan kawalan suara. Sebuah output HDMI dan USB-A disertakan pada bahagian belakang. Di atas kertas tiada kemaskini dilakukan pada komponen dalaman Mi Box 4 berbanding Mi Box 3S sebelum ini.

Mi Box 4C ialah model lebih murah dengan perbezaan memori hanya sebesar 1GB RAM dan sokongan audio terhad kepada DTS-HD. Kedua-dua model mempunyai rekaan tubuh 95 x 95 x 16 mm dan berat 146 gram. Xiaomi Mi Box 4 dijual pada harga RMB 349 (~RM 214) manakala Mi Box 4C pula pada harga RMB 249 (~RM 153).



Source link

read more

Samsung Pay Menambah Sokongan Kad Kredit Dan Debit Public Bank – Amanz


Samsung Pay merupakan platform pembayaran yang disediakan oleh Samsung untuk memudahkan para pengguna mereka untuk membuat pembayaran di pelbagai kedai terus menggunakan telefon pintar. Ketika pengenalan, ia menyokong sejumlah jenis bank, dan hari ini, Samsung turut menambah sokongan untuk kad kredit dan debit keluaran Public Bank.

Pengguna yang mempunyai akaun Public Bank, boleh menambah kad kredit atau debit ke akaun Samsung Pay, dan menggunakannya untuk tujuan pembayaran. Walaubagaimanapun, Public Bank mengatakan yang mana mereka masih tidak menyokong Visa Electron dan Lifestyle Debit Cards buat masa ini.

Dengan penambahan ini, Samsung Pay menyokong 7 bank melaluinya, iaitu CIMB, CITI, Hong Leong, Maybank, Public Bank, RHB dan juga Standard Chartered.



Source link

read more

KGI – iPhone X Tahun Ini Akan Dilengkapi Memori Sebesar 4GB RAM – Amanz


Kita masih lagi di bulan Januari tetapi ura-ura mengenai model kemaskini kepada iPhone X sudahpun didengari sejak beberapa bulan yang lalu. KGI Securities ialah penganalisa yang paling kerap memberikan ramalan mengenai model tahun 2018. Terkini KGI mengatakan kedua-dua model iPhone X tahun ini akan dilengkapi memori sebesar 4GB RAM.

Model tahun ini hanya dilengkapi memori sebesar 3GB RAM. Dengan penggunaan RAM lebih besar mungkin iPhone X 2018 akan akhirnya dapat memintas OnePlus 5T yang dilengkapi 8GB RAM sebagai peranti yang terpantas dalam melakukan multi-tugas. Dua model yang akan dilancarkan dipercayai akan dinamakan iPhone X dengan skrin AMOLED 5.8 inci dan iPhone X Plus dengan skrin AMOLED  6.5 inci. Saiz bateri iPhone X juga dijangka mencecah 3400 mAh dengan rekaan huruf L menggunakan dua sel.

Sebuah lagi model iPhone akan menggunakan rekaan seperti iPhone X tetapi dengan skrin Full Active LCD sebesar 6.1 inci. Skrin LCD tanpa sokongan 3D Touch dengan bingkai yang nipis ini dipercayai akan menggunakan komponen keluaran JDI. Tidak seperti iPhone X, bateri yang digunakan tidak berbentuk L.



Source link

read more

Google Melabur Pada Go-Jek, Pesaing Uber Dan Grab Di Indonesia – Amanz


Syarikat teknologi seperti Google sering membuat pelaburan pada pelbagai startup teknologi lain dalam memperluaskan portfolio mereka, selain terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena teknologi.

Terkini, Google mengumumkan yang mana mereka membuat pelaburan pada salah satu startup popular di Indonesia, iaitu Go-Jek. Bagi yang tidak mengenali akan Go-Jek, ia menawarkan perkhidmatan seumpama Uber dan Grab di Indonesia – tetapi lebih daripada itu, pengguna turut boleh membuat tempahan makanan, perkhidmatan dan sebagainya menggunakan perkhidmatan berkenaan. Disamping itu, Go-Jek juga turut mempunyai penawaran dompet digital mereka tersendiri.

Nilai pelaburan tidak diumumkan oleh Google. Google mengatakan pelaburan ini akan membolehkan mereka bekerjasama dengan startup terkemuka di Indonesia, selain pada masa yang sama meneruskan komitmen mereka untuk ekonomi digital di Indonesia.



Source link

read more

Samsung Mempatenkan Sistem Nyah-Kunci Peranti Menggunakan Imbasan Salur Darah – Amanz


Terdapat pelbagai cara peranti boleh dinyah-kunci pada waktu sekarang. Paling popular sekarang ialah imbasan wajah tetapi sebelum ini imbasan cap jari digunakan dengan lebih meluas. Samsung menyertakan imbasan anak mata pada peranti utama mereka. Tetapi di masa hadapan mereka mungkin memperkenalkan sistem imbasan saluran darah pula.

Sebuah paten sistem imbasan salur darah telah difailkan pada tahun 2016. Pengimbas nadi pada bahagian belakang peranti seperti S8 atau pada tubuh Gear Fit boleh digunakan untuk sistem ini. Menurut paten, setiap individu mempunyai laluan salur darah yang unik. Oleh itu ia boleh digunakan untuk pengenalan identiti pengguna seperti cap jari. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermaksud ia bakal diperkenalkan pada peranti sebenar dalam masa terdekat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons