Review Category : Teknologi

Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Redmi Note 5 – Amanz


Suku kedua tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai peranti yang hadir untuk pasaran tempatan. Malaysia kini menjadi pasaran yang diutamakan pengeluar berjenama dan sering menerima peranti dengan pantas berbanding negara yang lain. Dan pada minggu hadapan, satu lagi peranti baru dari Xiaomi akan hadir ke pasaran iaitu Xiaomi Redmi Note 5.

Xiaomi Redmi Note 5 merupakan peranti kelas pertengahan namun dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang lebih baik dari kelasnya. Berikut merupakan lima kelebihan yang ada pada Xiaomi Redmi Note 5.

Dikuasakan Cip Terkini Snapdragon 636 dan 4GB RAM

Memperkuasakan Xiaomi Redmi Note 5 adalah cip terikni dari Snapdragon 636 yang lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan 1.8GHz. Ia turut dilengkapi dengan Adreno 509 GPU dan memandangkan ia cip terbaru, pengguna tidak perlu risau akan lengah masa kerana cip yang baru semestinya menjanjikan prestasi yang lebih.

Melengkapkan cip yang laju ini adalah RAM 4GB LPDDR4X yang biasanya ditemui pada peranti-peranti berspesifikasi tinggi. Ini membuktikan walaupun Redmi disasarkan untuk pengguna yang memerlukan peranti kelas pertengahan, tiada kompromi terhadap prestasi apabila Xiaomi ingin menawarkan sesuatu kepada pengguna. Dengan RAM sebesar ini juga, lebih banyak aplikasi dapat dijalankan secara serentak dan menjanjikan pengalaman penggunaan yang lancar.

Dari video diatas yang dirakam di Mobile World Congress, jelas menunjukkan prestasi Redmi Note 5 Pro namun kami difahamkan oleh pihak Xiaomi yang model ini bukanlah model antarabangsa sebaliknya model untuk pasaran India.

Sensor 1.4μm pixels

Untuk pertama kali dalam siri Redmi, Redmi Note 5 ini menyertakan dwi-kamera 12MP + 5MP pada bahagian belakangnya dan dilengkapi dengan sensor pengimejan yang besar iaitu sebesar -1.4μm pixels.

Redmi Note 5 Pro

Dengan sensor yang besar ini, ia membantu pencernaan cahaya yang lebih banyak sekaligus menghasilkan gambar yang lebih baik walau dalam keadaan yang kurang cahaya justeru memberikan lebih nilai buat pemilik peranti ini.

Teknologi Seumpama DSLR – Dual Photodiode Autofocus

Bagi menambah baik prestasi kamera pada peranti ini, ia disertakan dengan teknologi yang wujud pada DSLR. Teknologi yang dikenali sebagai 2PD, iaitu Dual Photodiode membantu pemfokusan yang lebih pantas dan persis. Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu 2PD, ia menjadikan setiap pixel yang terdapat pada sensor pengimejan mempunyai dua sel photodiode dan pada sensor kamera ini yang sebesar 12MP, ia menjadikan jumlah sel yang terdapat untuk merakam gambar adalah sebanyak 24MP.

Redmi Note 5 Pro

Apa yang baiknya dengan teknologi ini adalah pemfokusan yang dihasilkan lebih baik berbanding sensor berasaskan PDAF (Phase Detection AutoFocus) sekaligus memudahkan pengguna merakam gambar pada saat-saat yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Teknologi Kecerdasan Buatan Pada Fungsi Fotografi

Bagi melengkapkan kedua-dua ciri fotografi diatas, pemprosesan gambar haruslah bertindak dengan baik. Tiada gunanya jika sensor kamera yang baik dan pantas tidak disertakan dengan fungsi pemprosesan yang bagus jadi Xiaomi hadir dengan kecerdasan buatan bagi melengkapkan keupayaan fotografi mereka.

Redmi Note 5 Pro

Kecerdasan Buatan fotografi dari Xiaomi membolehkan pemprosesan gambar dihasilkan dengan lebih baik dan tepat. Apabila menggunakan Portrait Mode, fungsi Beautify 4.0 akan melakukan pengiraan untuk menghasilkan gambar yang lebih tepat. Malah fungsi kecerdasan ini turut terdapat pada kamera hadapan 13MP yang hanya mempunyai satu sensor, namun berupaya menghasilkan kesan bokeh yang baik.

Bateri 4,000 mAh Dengan Fungsi Pengecasan Pantas

Peranti yang berkuasa perlulah bertahan untuk pengoperasian sepanjang hari. Apa gunanya peranti berspesifikasi tinggi namun tidak dapat menjanjikan penggunaan yang lama. Dan pada masa kini, fungsi pengecasan pantas merupakan satu fungsi yang wajib disertakan pada semua peranti.

Melengkapkan kekuasaan cip pemprosesan Snapdragon 636 yang pantas dan juga RAM 6GB yang besar, adalah kapasiti bateri 4,000 mAh. Kapasiti ini memberikan penggunaan yang lama dan jika ia tidak mencukupi, fungsi pengecasan pantas QuickCharge 2.0 memberikan ketenangan kepada pengguna kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mengecas peranti tersebut.


Selain dari lima ciri-ciri diatas, Xiaomi Redmi Note 5 ini juga hadir dengan salah satu ciri terkini iaitu paparan bernisbah 18:9 pada skrin bersaiz 5.99-inci FHD+ dengan kapasiti storan sebesar 64GB. Peranti ini akan hadir di Malaysia 24 April in jadi sama-sama kita nantikannya pengumumannya pada hari tersebut.

Penafian: Advertorial Dari Xiaomi Malaysia



Source link

read more

SEGA Jepun Menawarkan Perkahwinan Dengan Watak Permainan Video Otome Secara Realiti Maya – Amanz


Kita kini di tahun 2018 dan permainan video tidak lagi didominasi oleh kaum lelaki. Di Jepun permainan bergenre otome (anak dara) amat popular di kalangan wanita kerana membolehkan mereka mempunyai hubungan dengan watak permainan video yang kacak. Bagi peminat permainan otome, SGEA kini menawarkan “perkahwinan” dengan watak kegemaran di dalam dunia realiti maya.

Sega VR Area Akihabara akan membenarkan pelawat berkahwin dengan watak keluaran Voltage seperti Yamato Kougami, dari permainan Chikai no Kiss ha Totsuzen ni Love Ring, Henry A. Spencer dari Ojisama no Propose Eternal Kiss  dan Date Masamune dari Tenkadoitsu Koi no Ran Love Ballad.

Bayaran untuk pengalaman perkahwinan maya ini ialah 800 Yen (~RM 29) tetapi jika anda mahukan gambar dan sijil pernikahan fizikal anda perlu membayar lagi 700 Yen (~RM 25). Perkahwinan maya ini akan hanya ditawarkan sehingga 8 Mei 2018.



Source link

read more

Inter Milan Dicemuh Kerana Meletakkan Nama Instagram Di Belakang Jersi Pemain – Amanz


Sukan bola sepak menurut Bill Shankly adalah lebih penting daripada hidup dan mati. Peminat sanggup berbunuhan di Scotland kerana kelab yang disokong. Dengan wujudnya media sosial, jumlah pengikut akaun rasmi dijadikan kayu pengukur betapa besarnya kelab pada persada global. Oleh itu pelbagai gimik dilakukan bagi meningkatkan jumlaj pengikut di media sosial.

Inter Milan melakukan gimik baru dengan meletakkan nama Instagram rasmi pemain di belakang jersi. Menurut akaun rasmi Inter, ini adalah inisiatif #InterSocialNight. Reaksi dari peminat agak negatif kerana melanggar tradisi pemain yang sepatutnya menggunakan nama sendiri.

Tetapi peminat tidak perlu risau kerana penggunaan nama Instagram pada jersi ini hanya terhad di bilik persalinan. Di dalam perlawanan sebenar Selasa lalu, kesemua pemain memakai nama sebenar di atas padang dan mereka menang 4-0 menentang Cagliari.



Source link

read more

Oppo F7 128GB Dengan 6GB RAM Berharga RM1699 Di Malaysia – Amanz


Oppo Malaysia hari ini turut telah mengumumkan penawaran satu lagi variasi Oppo F7 untuk pasaran tempatan, iaitu yang hadir dengan storan sebesar 128GB. Untuk pasaran tempatan, Oppo F7 128GB ini akan ditawarkan pada harga RM1699.

Bersama-sama peningkatan saiz storan, ia turut hadir dengan memori 6GB RAM bagi membolehkan anda menikmati kelancaran penggunaan aplikasi serta sokongan multi-tugasan yang lebih baik.

Oppo F7 128GB

Penawaran lain yang disediakan adalah lebih kurang sama dengan model asal. Oppo F7 hadir menggunakan skrin 6.23-inci dengan rekaan bertakuk, dilengkapi cip MediaTek Helio P60, sokongan dwi-SIM dan mikro-SD, serta bateri berkapasiti 3400mAh. Ia menggunakan kamera hadapan 25-megapixel untuk rakaman swafoto, selain kamera 16-megapixel dibahagian belakang. Oppo turut menekankan kepada ciri rakaman gambar dengan bantuan kecerdasan buatan pada peranti ini.

Ia hadir menjalankan sistem operasi ColorOS 5.0 berasaskan kepada Android 8.1 Oreo. Model versi biasa ditawarkan pada harga RM1399 yang hadir dengan 4GB RAM dan 64GB storan.

Oppo F7 128GB dengan 6GB RAM ini pula akan dipasarkan bermula 28 April 2018 ini. Bagi anda yang berminat, turut boleh melakukan pra-tempahan untuknya antara 23 April ini hingga 27 April kelak.



Source link

read more

LG G7 ThinQ Dijangka Hadir Dengan Butang Fizikal Khusus Untuk Google Assistant – Amanz


Pada hari ini, ramai sedia maklum yang mana terdapat beberapa peranti Samsung yang hadir dengan butang fizikal untuk pembantu maya digital mereka, Bixby. Kini, mengikut jejak, LG turut dijangka menyertakan butang fizikal khusus yang didedikasikan untuk Google Assistant.

LG G7

Butang khusus ini dijangka terletak pada bahagian kiri telefon pintar berkenaan, sementara pada bahagian kanan pula terletaknya butang kuasa. Pengimbas cap jari dikatakan akan diletakkan pada bahagian belakang peranti.

Sekiranya laporan daripada Cnet ini adalah tepat, maka ia akan menjadikan LG G7 ThinQ antara peranti terawal yang hadir dengan butang khusus untuk mengakses Google Assistant.

Pada hari ini, pengguna perlu menekan butang “Home” untuk seketika bagi mengaktifkan Google Assistant – malah ramai pengguna yang masih tidak menggunakan pembantu digital maya daripada Google ini.

LG dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka pada 2 Mei kelak, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada LG ini.



Source link

read more

Apple Menawarkan Gantian Bateri Kembung Untuk MacBook Pro 13 Inci Tanpa Touch Bar – Amanz


Apple mengumumkan hari ini program gantian bateri global percuma untuk pemilik MacBook Pro 13 inci tanpa Touch Bar. Komputer riba yang dihasilkan di antara Oktober 2016 hingga Oktober 2017 didapati mempunyai kecelaan bateri yang mengakibatkan nya mempunyai masalah kembung.

Masalah bateri kembung ini serius kerana boleh mengakibatkan bukan sahaja kebakaran tetapi kerosakan pada kerangka komputer riba. Untuk mengetahui sama ada MacBook Pro 13 inci anda terjejas dengan masalah ini ataupun tidak, anda boleh melakukan carian nombor siri melalui pautan di bawah. Sekiranya terjejas, anda dinasihatkan pergi ke pusat perkhidmatan pelanggan bertauliah Apple bagi menukar bateri yang bermasalah. Kos penukaran akan ditanggung sepenuhnya oleh Apple.

Sejak dua tahun kebelakangan ini bateri menjadi tumit Achilles kepada Apple. Program pertukaran bateri kembung untuk Apple Watch 2 baru sahaja diumumkan beberapa minggu yang lalu dan sebelum ini masalah bateri pada iPhone 6S mengakibatkan mereka turut memberikan pertukaran bateri percuma.

Layari laman semakan nombor siri MacBook Pro 13



Source link

read more

Perbandingan Motorola Moto E5 Plus, Huawei Nova 2 Lite Dan Xiaomi Redmi 5


Peranti kelas permulaan Motorola Moto E5 Plus dilancarkan serentak dengan Moto E5 dan tiga model Moto G6. Di Malaysia ada beberapa peranti kelas permulaan yang telahpun dilancarkan. Mari lihat perbandingan Moto E5 Plus berbanding Huawei Nova 2 Lite dan Xiaomi Redmi 5, dua peranti kelas permulaan yang popular di Malaysia.



Source link

read more

Flickr Diambil-Alih Oleh Perkhidmatan Perkongsian Gambar, Smugmug – Amanz


Flickr merupakan salah satu laman perkongsian gambar popular dan digunakan ramai di seluruh dunia. Ia sebelum ini telah diambil-alih oleh Yahoo!, dan boleh dikatakan kurang mendapat perhatian daripada pihak Yahoo! dalam pembangunannya.

Kini, selepas Yahoo! diambil-alih oleh Verizon sebelum ini, perkhidmatan Flickr hari ini dijual kepada SmugMug.

Bagi yang tidak mengenali akan SmugMug, ia merupakan perkhidmatan perkongsian gambar berbayar yang memudahkan pengguna memuat-naik gambar dan video melaluinya.

Buat masa ini, SmugMug merancang untuk meneruskan perkhidmatan Flickr, termasuk menyokong komunitinya. SmugMug turut mengatakan mereka akan memberikan lebih perhatian dan sumber pembangunan berbanding Verizon sebelum ini.

SmugMug dijangka berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka untuk Flickr dalam minggu-minggu akan datang.



Source link

read more

Apple Terpaksa Terus Menggunakan Skrin OLED Samsung Kerana LG Tidak Mampu Memenuhi Permintaan – Amanz


Kos skrin OLED yang mahal adalah sebab mengapa iPhone X dijual pada harga yang tidak mampu milik. Apple terpaksa membeli panel dari Samsung kerana mereka adalah pengeluar skrin OLED yang terbaik dan terbesar di dunia. Bagi mengurangkan pergantungan kepada pesaing terdekat mereka, Apple cuba mendapatkan skrin OLED dari LG. Tetapi nampaknya untuk tahun ini mereka masih perlu bergantung kepada Samsung.

Menurut laporan Wall Street Journal, LG menghadapi masalah menghasilkan skrin OLED untuk Apple. Masalah-masalah pengilangan ini membuatkan mereka gagal memenuhi permintaan dari Apple. Mereka juga dikatakan perlu menghasilkan prototaip skrin sebanyak tiga kali yang tidak pernah berlaku kepada pengeluar komponen yang lain. Ini memaksa Apple untuk terus mendapatkan bantuan dari Samsung.

Oleh sebab ini harga iPhone X tahun ini dipercayai akan kekal seperti tahun lalu. Bagi mereka yang masih inginkan peranti bertakuk dengan kamera Face ID, iPhone dengan skrin LCD 6.1″ akan dilancarkan pada harga yang lebih mampu milik sekitar RM 2200 sebuah tahun ini.



Source link

read more

Apple iPhone SE2 Mungkin Tidak Dilengkapi Bicu Audio – Amanz


Peranti gantian kepada iPhone SE dipercayai akan dilancarkan tahun ini. Pelbagai ura-ura mula kedengaran mengenai telefon pintar terkecil yang dihasilkan oleh Apple di pasaran. Menurut laporan Macotakara, iPhone SE2 mungkin tidak akan dilengkapi bicu audio seperti model terdahulu.

Ini menyelaraskan rekaan kesemua iPhone di pasaran sejak Apple dengan “beraninya” membuang bicu audio pada iPhone 7.  Tiada perubahan saiz akan dilakukan dan penggunaan TouchID juga dipercayai akan dikekalkan. Pemproses A10 Fusion akan digunakan bagi menggantikan cip A9 yang digunakan pada iPhone SE.

Bagi pengguna yang berminat dengan iPhone SE2, masanya telah tiba untuk berhijrah ke aksesori audio berkepala Lighthing atau Bluetooth.



Source link

read more