Kejam Bayi 14 bulan dibunuh bapa sendiri dengan racun tikus


CIREBON: Seorang bayi berusia 14 bulan terbunuh setelah dipercayai diracun bapa kandungnya sendiri.

Dalam kejadian di sini pada Ahad, lelaki itu bertindak demikian selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli susu formula daripada isterinya yang bekerja di Batam.

Bayi tersebut, Kaisar Alfikar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Waled Kabupaten Cirebon pada Ahad, lapor portal berita tempatan.

Menurut polis, bapa bayi tersebut M Taufik, 27 tahun, yang bekerja sebagai buruh bertindak membunuh anak kandungnya dengan memberikannya susu formula yang dicampur racun tikus.

Sumber: Official NET News

“Kejadian itu berlaku apabila Taufik gagal mendapatkan wang daripada isterinya selepas pertelingkahan yang berlaku di antara mereka melalui pesanan ringkas.

“Pada mulanya suspek hanya mengugut isterinya, namun selepas ugutannya tidak diendahkan, suspek sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut.

Menurut polis, selepas meracun anaknya, suspek cuba membunuh diri dengan minum campuran susu sama namun gagal.

Suspek yang masih belum stabil kini ditahan untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, jenazah Kaisar disemadikan di Kampung Cijambe, Jawa Barat pada malam Ahad.



Source link

read more

1 maut 14 cedera belon udara panas terhempas di Mesir



KAHERAH: Sekurang-kurangnya seorang pelancong terbunuh dan 14 lagi cedera selepas belon udara panas terhempas berhampiran bandar Luxor pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita MENA. 

Ketika kejadian, belon itu membawa kira-kira 20 orang termasuk pelancong dari pelbagai negara.

Pegawai keselamatan di Luxor memberitahu Xinhua, seorang lelaki warga Afrika Selatan berusia 34 tahun terbunuh dalam nahas itu, manakala yang cedera termasuk lima orang Australia, empat Perancis, tiga pelancong Afrika Selatan dan dua dari Argentina.

Sementara itu, beberapa media lain melaporkan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai seorang wanita.

MENA menambah dua mangsa yang cedera dilaporkan mengalami kecederaan serius dan mangsa cedera kini menerima rawatan di Luxor International Hospital.

Nahas berlaku ketika belon itu sedang melewati Tebing Barat di bandar berkenaan dan terhempas disebabkan angin kencang manakala belon udara panas lain berjaya mendarat dengan selamat.

Pelabuhan Laut Mediterranean dan Laut Merah di seluruh Mesir ditutup akibat angin kencang yang menyebabkan gelombang setinggi tiga meter.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah mengumumkan darurat disebabkan angin berdebu dan jarak penglihatan yang kurang baik.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Luxor menyaksikan banyak kemalangan belon udara panas berlaku.

Sebelum ini, pada 2013, 19 pelancong termasuk sembilan dari Hong Kong, terbunuh apabila belon panas yang dinaiki terbakar.

Pada 2016 pula seramai 22 pelancong China cedera ketika belon udara melakukan pendaratan dan selepas kejadian itu Mesir menghentikan sementara aktiviti belon udara panas. 

— BERNAMA



Source link

read more

JPJ Aliff Syukri anda ada 14 hari



KUALA LUMPUR : Pengarah Urusan dan Pengasas Produk Kecantikan dan Kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai tempoh 14 hari waktu bekerja untuk hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi keterangan.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan menghantar notis temu siasat kepada pihak Aliff Syukri.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menipu kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor yang boleh dikenakan penalti RM2,000 jika didapati bersalah,

“Notis berkenaan dihantar kepada syarikat kosmetik D`Herbs Holding Sdn Bhd tengah hari tadi memandangkan kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat berkenaan,

“Pihak D`Herbs perlu membawa segala dokumen berkaitan bagi membantu proses siasatan termasuklah dua pemandu warga Australia yang memandu kereta berkenaan pada malam kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: Kereta mewah ditahan: Aliff Syukri serah pada peguam

BACA: Bukan sita, sebab saya ada duit – Aliff Syukri

Kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost yansg didaftarkan di bawah syarikat D’herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, pada ambang tahun baharu.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak sedangakan ia digunakan di Semenanjung.

Dua warga Australia yang berada dalam kenderaan itu turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu sah dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.



Source link

read more

14 pondok Madrasah Muhammadiah Kota Bharu terbakar



KOTA BHARU: Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, musnah dalam kebakaran malam ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

“Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.

— BERNAMA



Source link

read more

Chun Yong kekal 14 tonggak naib juara AFF – Sukan


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong mengekalkan kesemua 14 pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan Futsal AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) 2017, bulan lalu dalam senarai 20 pelatih yang dipanggil bagi menghadapi Kejohanan AFC (Konderasi Bola Sepak Asia) 2018, tahun depan.

Bagi melengkapkan senarai 20 pemain untuk kem latihan pusat kali ini, Chun Yong memanggil penjaga gol, Syafiq Hamzah (KL City), Hazizi Mansor (KL City), Iskandar Harun (Sarawak), Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United), Ahmad Harith Naim Nasir (Kuantan Rangers) dan Saiful Aula Ahmad (Melaka).

Lima lagi pemain iaitu Muhammad Shamsul Akmar Zamri (Pahang), Nur Hazim Suleiman (Perak), Mohd. Firdaus Ambiah (Melaka), Muhd. Amirul Sugito (KL Petaling Putra) dan Muhammad Nurasyraf Mohd. Azle (KL City) diletak dalam senarai menunggu jika 20 pelatih yang dipanggil mengalami kecederaan.

Pemain akan memulakan latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak (FAM), Kelana Jaya pada 2 Januari ini, sebelum bertukar angin dengan berlatih di Kota Bharu, Kelantan selama seminggu bermula pada 8 Januari.

Anak-anak buah Chun Yong kemudian kembali ke Kelana Jaya pada 14 Januari bagi meneruskan latihan sehingga 19 Januari.

Skuad futsal negara akan ke Beirut, Lebanon pada 28 Januari untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan negara itu dan kembali ke tanah air pada 25 Januari. Mereka kemudian berlepas ke Taiwan pada 30 Januari bagi menghadapi Kejohanan AFC yang berlangsung dari 1 hingga 11 Februari.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan A dengan berdepan Vietnam pada 1 Februari, diikuti tuan rumah, Taiwan (3 Februari) sebelum aksi terakhir menentang Bahrain pada 5 Februari.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan ke suku akhir yang dijadual berlangsung pada 8 Februari, disusuli separuh akhir pada 9 Februari dan final pada 11 Februari.

Dalam 11 daripada 14 penyertaan sebelum ini, Malaysia kandas seawal peringkat kumpulan termasuk di Uzbekistan pada 2016 apabila skuad kendalian Marcelo Serpa ketika itu sekadar menghuni tangga keempat Kumpulan D tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Australia, 1-11 di tangan Jepun dan 2-6 kepada Qatar. – UTUSAN ONLINE

SENARAI 20 PELATIH FUTSAL KEBANGSAAN

Abu Haniffa Hasan (Melaka), Muhammad Awaluddin Hasan (Melaka), Mohd. Khairul Effendy Bahrin (Melaka), Saiful Aula Ahmad (Melaka), Mohd. Firdaus Razali (Melaka), Saiful Nizam Mohd. Ali (Melaka), Yazid Kamaruzuan (Melaka), Azrul Hadee Mohd. Taufiq (Felda United), Muhammad Azri Rahman (Felda United), Mohd. Azwann Ismail (Felda United), Syed Aizad Daniel Syed Nasir (Felda United), Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United), Mohd. Ridzwan Bakri (Pahang), Akmarulnizam Mohd. Idris (Pahang), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak), Mohamad Awalluddin Mat Nawi (Perak), Muhammad Syafiq Hamzah (KL City), Hazizi Mansor (KL City), Iskandar Harun (Sarawak), Ahmad Harith Naim Nasir (Kuantan Rangers).

* Mengikut pasukan diwakili musim 2017



Source link

read more

14 pejalan kaki cedera dirempuh kereta di Melbourne



Polis Australia mengesahkan berjaya menahan suspek pemandu yang merempuh pejalan kaki di Melbourne pada Khamis.

Dalam kejadian itu, seramai 14 orang awam mengalami kecederaan selepas dilanggar suspek.

Kanak-kanak pra-sekolah antara yang menjadi mangsa insiden terbabit dan kesemua mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran.

Media tempatan melaporkan jumlah mangsa sebenar adalah seramai 16 orang namun siasatan masih dijalankan.

Polis bagaimanapun menolak dakwaan insiden ada kaitan dengan pengganas dan identiti suspek masih belum dikeluarkan.

Januari lalu bentuk serangan sama berlaku di Melbourne dan menyaksikan empat orang awam terbunuh manakala lebih 20 yang lain cedera.



Source link

read more

Rampant City crush Spurs 4-1 to go 14 points clear



MANCHESTER City emphatically underlined their complete dominance of the Premier League on Saturday as they beat Tottenham Hotspur 4-1 to go 14 points clear at the top of the table.

A 16th straight Premier League win was secured with a first-half header from Ilkay Gundogan and further efforts after the break from Kevin De Bruyne and a double from Raheem Sterling, rendering Christian Eriksen’s stoppage-time goal a consolation.

The margin of victory and the performance from City, against a team considered potential rivals in pre-season, suggests it will take a series of unlikely outcomes for the title to go anywhere other than the Etihad Stadium.

While second-placed Manchester United can claw back three points at West Bromwich Albion on Sunday, it seems all but a forlorn pursuit.

In the past six days, Pep Guardiola’s side have won against United at Old Trafford and then crushed Swansea City 4-0 in South Wales in midweek, yet there was no sense of complacency or tiredness as they faced another acid test.

With Leroy Sane’s speed a constant threat and De Bruyne capable of turning defence into attack with one perfectly precise pass, City looked barely troubled by the absence of David Silva, who was missing due to personal reasons.

Just as in the Manchester derby last week, City showed that for all their pretty football, they are also adept at taking a more basic route to goal and opened the scoring from a set piece.

Gundogan was left unmarked from a 14th minute Sane corner and the German’s stooping header flashed past Hugo Lloris in the Spurs goal.

ATTACKING INTENT

The home side were bursting with attacking intent and sensed the opportunity to the kill game off early as Sergio Aguero had a low shot parried by Lloris with Sterling unable to keep his follow-up effort down.

Spurs manager Mauricio Pochettino deserved credit for at least trying to take City on at their own attacking game, rather than following the example of so many other teams and merely seeking to nullify and frustrate the leaders.

Yet Harry Kane’s curling shot from the edge of the area in the 35th minute, which went just wide of Ederson’s left-hand post, was the nearest they came to scoring in the first half.

Spurs came out positively after the break, however, enjoying a spell of pressure and City’s Brazilian keeper had to make a superb save in the 55th minute to keep out another Kane attempt.

Guardiola took off Aguero and introduced Gabriel Jesus and while the Brazilian’s direct impact was minimal, City took total control following the switch.

De Bruyne blasted in the second in the 70th minute, after being picked out by Gundogan at the end of a counter-attack and five minutes later City missed a penalty when Jesus struck the post.

The third came 10 minutes from the end when Raheem Sterling tapped-in from close range after a typically devastating City counter-attack and the England forward added a fourth after a mistake from Eric Dier left him to cheekily round Lloris and slot home.

Eriksen scored an injury time consolation for Spurs with a fine solo effort but that was barely enough to interrupt the songs of celebration from the appreciative City supporters.



Source link

read more

George Clooney balas budi 14 rakan karib dengan beri AS1 juta seorang



KUALA LUMPUR: George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini.

Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.

Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.

Misteri beg hitam

Ketika memasuki kediaman Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit  berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.

Genap setahun selepas itu, Clooney mengahwini Amal Alamuddin pada 27 September 2014.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada Jun 2017.

BACA: George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander



Source link

read more

Ibu sanggup redah api selamatkan bayi 14 bulan dalam kebakaran di Labuan



LABUAN: Seorang ibu nekad meredah api untuk menyelamatkan bayi perempuannya berusia 14 bulan daripada rumah mereka yang sedang terbakar, dengan memeluk dan membawanya keluar menerusi pintu dapur dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari ini.

Ling Siew Lee, 40, berjaya menyelamatkan bayi perempuannya, Lim May Tung, yang berada di tingkat atas, sebelum rumah dua tingkat didiami mereka di Taman Guan Huat, Pulau Buah di sini , terbakar.

Siew Lee dan bapa mertuanya, Lim Sing Sung, 70, menghadapi kesukaran bernafas setelah terhidu asap tebal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari dan menggegaskan dua jentera bersama 17 anggota ke lokasi.

“Kami berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian, tetapi sebahagian daripada rumah itu sudah pun musnah,” katanya.

Suami Siew Lee tiada di rumah ketika kejadian.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons