PAS bertanding lebih 150 kerusi Parlimen


bendera_PAS.transformed_0.jpg.transformedMO, 16/4/2018, KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan muktamad itu dibuat selepas parti itu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Harian di Pulau Pinang, semalam.

“Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dihadiri semua 12 orang ahlinya, kami membuat keputusan untuk meletakkan calon di lebih 150 kerusi Parlimen seluruh negara di samping sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai senarai calon, Takiyuddin berkata senarai itu sudah hampir 95 peratus muktamad termasuk di kerusi Parlimen dan kerusi DUN di Sabah dan Sarawak.

“Kecuali di Kelantan, Sabah dan Sarawak, majlis pengisytiharan calon PAS akan di adakan serentak di seluruh negara pada 19 April,” katanya.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak akan membuat pengisytiharan calon pada 21 April, manakala Kelantan pada 25 April.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS dan rakannya dalam Gagasan Sejahtera berhasrat untuk bertanding antara 130 dan 150 kerusi Parliamen di PRU-14.

Daripada jumlah itu, katanya PAS menyasarkan untuk menang 112 kerusi Parlimen.

Sementara itu, Takiyuddin berkata Jawatankuasa Harian PAS itu juga menerima keahlian PAS kepada bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim sebagai ahli PAS seumur hidup.

Kamilia sebelum ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada tahun 2013 dan tindakan itu menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.



Source link

read more

MyFitnessPal Mengesahkan Kebocoran Data Besar Melibatkan Lebih 150 Juta Akaun Pengguna – Amanz


Adakah anda pernah menggunakan aplikasi MyFitnessPal yang dibangunkan oleh Under Armour? Sekiranya ya, anda perlu mengubah kata laluan anda dengan kadar segera telah berlaku kebocoran data yang besar melibatkan penggunanya.

MyFitnessPal mengesahkan berlakunya kebocoran data yang melibatkan 150 juta pengguna. Kebocoran ini hanya dikesan pada 25 Mac lalu dan sebenarnya berlaku pada bulan Februari. Maklumat yang bocor ialah nama pengguna, alamat emel dan kata laluan yang telah disulitkan. Maklumat kad kredit walaubagaimanapun tidak terjejas.

MyFitnessPal sudah mula menghantar emel menasihatkan pengguna untuk mengubah kata laluan dan akan mempertingkatkan sistem keselamatan mereka selepas insiden ini.



Source link

read more

Pertama kali dalam sejarah 150 tahun tumbuhan ini dijumpai di Malaysia



BUNGA ini tidak mempunyai daun, amat jarang mekar, hidup dibawah tanah untuk sebahagian besar waktu dalam setahun dan memakan cendawan.

Hidupan ini sepertinya berasal dari dunia lain tetapi bunga ‘makhluk asing’ ini telah dijumpai di hutan hujan Sarawak, Malaysia, lapor portal berita Newsweek.

Akhirnya para saintis berjaya mendapatkan sebuah spesimen bunga ini yang dikenali sebagai Thismia neptunis untuk dikaji dan difahami lebih mendalam.

Pada 1866, seorang ahli botani Itali pernah menjumpai bunga ini yang setinggi 8.89 sentimeter. Ia berwarna kemerah-merahan dengan bahagian seperti ‘sesungut’ yang keluar dari badannya yang berbentuk seperti cawan.

Saintis menyatakan bahawa bunga Thismia neptunis ini hidup di dalam tanah dan hanya mekar di atas tanah selama beberapa minggu dalam setahun.

Thismia neptunis, direkod sebagai bunga yang hanya terdapat di hutan hujan Borneo, dan dijumpai semula buat kali pertama dalam masa 150 tahun.

Bunga ini merupakan ahli keluarga Thismia genus termasuk dalam 50 spesies bungaan dan merupakan antara yang sudah dianggap pupus.

Thismia neptunis tidak menjalani proses fotosintesis atau mendapatkan nutrisi dari matahari, dengan itu tumbuhan ini tidak memerlukan bahagian hijau seperti daun, sebaliknya mereka hidup di bawah tanah dan ‘memakan’ cendawan.

Penemuan ini merupakan penemuan yang kedua didokumentasi manusia dan menjadi cabaran saintis untuk mengenal pasti sama ada spesies ini terancam ataupun sebaliknya.

Namun, disebabkan para pengkaji menganggarkan hanya terdapat kurang daripada 50 tumbuhan ini terdapat di dunia, mereka mencadangkan agar disenaraikan sebagai tumbuhan terancam yang kritikal.



Source link

read more

150 pemain ski tergantung di udara berjaya diselamatkan



AUSTRIA : Sekurang-kurangnya 150 pemain ski yang tergantung selama beberapa jam dari kerusi gantung di tengah Austria berjaya diselamatkan .

Menurut pihak berkuasa wilayah Styria, kerusi gantung yang membawa pemain ski berkenaan secara tiba-tiba berhenti akibat masalah teknikal di bahagian kabel.

Insiden berlaku di pergunungan Kreischberg di utara Klagenfurt.

Media tempatan Austria APA melaporkan operasi menyelamat membabitkan tiga helikopter, kumpulan penyelamat gunung dan turut dibantu kumpulan penyelamat lain.

Kesemua mereka  tergantung kira -kira diantara 23 dan 33 kaki di udara.

Mereka diselamatkan setelah diturunkan secara satu per satu oleh pasukan penyelamat. 

Tiada seorang pun dilaporkan mengalami sebarang kompilikasi kesan daripada cuaca sejuk biarpun tergantung selama beberapa jam.



Source link

read more

Cabul lebih 150 atlet bekas doktor dijatuhi hukuman penjara 175 tahun



MICHIGAN: Dituduh mencabul lebih daripada 150 atlet sepanjang tiga dekad berkhidmat, seorang bekas doktor pasukan gimnastik dijatuhkan hukuman penjara sehingga 175 tahun pada Rabu.

Larry Nassar, 54 tahun, mengaku bersalah di mahkamah di Lansing dekat sini, terhadap tuduhan melakukan serangan seksual ke atas remaja perempuan yang datang mendapatkan rawatan.

Dia yang pernah melalui empat Sukan Olimpik, melakukan perbuatan terkutuk itu di antara 1998 dan  2015 ketika bertugas dengan skuad gimnastik Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Michigan.

Semasa perbicaraan, Nassar memohon maaf kepada mangsanya, mengatakan: “Saya akan kenang kata-kata anda sehingga akhir hayat saya.”

Sementara itu, mangsa yang hadir di mahkamah mahu pihak yang “membela” Nassar, seperti skuad gimnastik AS dan universiti tersebut, turut bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

Hukuman ke atas Nassar dibacakan hakim Mahkamah Ingham County Circuit, Rosemarie Aquilina yang berkata: “Saya telah menandatangani sijil kematian anda.”

Susulan skandal Nassar, pasukan gimnastik AS mengambil langkah keselamatan mewajibkan laporan mandatori dibuat setiap kali penderaan seksual disyaki berlaku.



Source link

read more