20 darjah Celsius bukan luar biasa – MetMalaysia


81450150032_HeavyRainMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Adakah ini bermakna Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun menafikan ramalan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Jan), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.

“Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

“Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

“Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup,” jelas beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C

 

-Astro AWANI



Source link

read more

20 darjah Celsius bukan luar biasa – MetMalaysia


KUALA LUMPUR: Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Adakah ini bermakna Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun menafikan ramalan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

BACA: Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Jan), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.

“Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

“Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

“Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup,” jelas beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C



Source link

read more

Sekurang-kurangnya 20 terbunuh serangan udara di wilayah Taiz Yaman



SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dilaporkan telah terbunuh dan berpuluh-puluh lebih cedera dalam satu serangan udara yang dipimpin oleh Saudi di sebuah pasar di barat daya Yaman.

Laporan Al Jazeera yang memetik sumber berkata, serangan itu menyasarkan pasar Souk Al-Shahra iaitu sebuah pasar popular di kawasan pemberontak Houthi di wilayah Taiz kira-kira 200 kilometer barat daya Sanaa.

Saudara mara sesetengah mangsa tidak dapat mengenal pasti jenazah jenazah mereka kerana dipercayai hancur.

Sebuah rangkaian televisyen yang dikendalikan oleh kepimpinan Houthi, meletakkan jumlah mangsa lebih daripada 50 orang.

Gambar-gambar dimuat naik di laman web mereka yang memperlihatkan beberapa motosikal dan kedai musnah akibat serangan itu.



Source link

read more

20 termasuk bayi terkorban dalam perjalanan ke gereja di Agoo



AGOO: Bayi lima bulan dan dua kanak-kanak berusia tujuh dan 10 tahun antara 20 terkorban dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di utara Filipina awal pagi tadi.

Dalam nahas jam 3.30 pagi waktu temptan itu, mangsa dalam perjalanan ke Gereja Our Lady of Manaoag di Agoo, La Union untuk menghadiri acara keagamaan sempena perayaan Hari Krismas sebelum kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan bas dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Polis Agoo, Roy Villanueva, jeepney tersebut dipercayai cuba memotong kenderaan lain.

Tambahnya, 19 penumpang dan pemandu jeepney terbabit maut di tempat kejadian.

Sementera itu Villanueva berkata 10 penumpang bas cedera dalam nahas berkenaan dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.

Pemandu bas terbabit bersama 15 penumpang lain hanya cedera ringan.

Filipina mengalami beberapa insiden menyayat hari menjelang Hari Krismas.

Pada Sabtu sekurang-kurangnya 37 maut dalam kebakaran di pusat membeli-belah di Davao.

Lebih 200 penduduk luar bandar pula maut susulan rebut Tropika Tembin yang melanda negara itu.

Tembin muncul kurang dari seminggu selepas Ribut Tropika Kai-Tak melanda bahagian tengah Filipina.



Source link

read more

Polis tahan 20 lelaki disyaki pengganas – Jenayah


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Sebanyak 20 suspek ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas dalam beberapa siri operasi sejak 30 November hingga 15 Disember lalu.

Operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertempat di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan juga Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua lelaki yang ditahan terdiri daripada tujuh warga tempatan, tujuh warga Filipina, lima warga Indonesia dan seorang warga Afrika.

“Seorang daripada suspek yang berusia 24 tahun merupakan pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh.

“Suspek juga terlibat dalam insiden pengeboman di Bandung pada Julai lalu sebelum menyusup masuk ke negara ini bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, kesemua tangkapan yang berusia antara 16 hingga 50 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta 747 Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 20 juta guna MRT Sungai Buloh-Kajang sejak 16 Dis 2016



KUALA LUMPUR: Lebih 20 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang sejak ia mula beroperasi 16 Dis tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata hasil maklum balas orang awam termasuk di media sosial menunjukkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam itu dalam melancarkan pergerakan mereka.

“Apa yang penting ialah melihat peningkatan trend positif dalam penggunaannya … ia juga bukti bahawa pelaburan kerajaan dalam pengangkutan awam memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Azmi dan Pengerusi Prasarana Tan Sri Khalid Abu Bakar mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan meninjau jaringan pengangkutan awam berasaskan rel termasuk MRT, Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel.

Turut berkenan berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Jajaran pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang merangkumi laluan Sungai Buloh-Semantan mula beroperasi pada 16 Dis 2016 manakala fasa kedua melibatkan laluan Semantan-Kajang beroperasi sejak 17 Julai lepas.

–BERNAMA



Source link

read more

Selepas melampias nafsu si durjana upah kanak-kanak perempuan 20 sen



JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menerima 20 sen (Rp 800) dari seorang lelaki yang didakwa meliwatnya di rumah suspek di Jagakarsa.

Menurut laporan ‘The Jakarta Post’, ketika kejadian kanak-kanak malang terbabit sedang bermain dengan sepupunya tidak jauh dari rumah suspek.

Suspek berusia 40 tahun tahun terbabit dikatakan telah memujuk mangsa ke rumahnya sebelum meliwat mangsa.

Suspek kemudian memberi duit syiling Rp 500, Rp 200 dan Rp 100 kepada mangsa dan memberi amaran kepada kanak-kanak malang itu agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.

Susulan laporan yang dibuat penjaga kanak-kanak terbabit kepada pihak berkuasa Indonesia, suspek berjaya ditahan polis di Jakarta Selatan dan siasatan lanjut masih dijalankan.



Source link

read more

Abang Nak Tegur 2.0 duet dengan isteri raih banyak like



KUALA LUMPUR: Bila berduet dengan isteri baru netizen suka.

Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur versi Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen sehingga menerima hampir 300,000 ‘dislike’ berbanding 4,000 ‘like’ di laman YouTube.

Terbaharu, dengan menampilkan Abang Nak Tegur versi 2.0 duet bersama isterinya, Datin Nur Shahida, lagu itu kini seolah-olah sudah mula diterima netizen.

Video lagu mereka berdua yang dimuat naik oleh KRU dua hari lalu diterima baik netizen sehingga mencapai 117,000 ‘like’ berbanding 6,000 ‘dislike’.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen suka dengan versi ini dan menyifatkan duet suami isteri jutawan ini lebih baik daripada versi asal lagu ini.

BACA: Kenapa ‘unlike’ video saya? – Datuk Aliff Syukri

BACA: Aliff Syukri promosi lagu ‘Abang Nak Tegur’ di Sepanyol

BACA: Muzik video ‘Abang Nak Tegur’dapat ‘dislike’ tertinggi di YouTube

Biarpun baru dua hari dimuat naik, video lirik Abang Nak Tegur 2.0 kini sudah ditonton lebih 600,000 pengguna berbanding video asal yang setakat ini mencapai hampir 3.5 juta tontonan dalam tempoh dua minggu.

Duet Aliff Syukri dan isterinya ini juga kini trending di nombor satu di laman YouTube Malaysia.



Source link

read more

Dasar Rumah Negara 2.0 bakal siap – Noh Omar



KUALA LUMPUR: Dasar Rumah Negara (DRN) 2.0 bagi tempoh 2018 hingga 2022 kini dalam fasa akhir penyediaan, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata DRN 2.0 merupakan kesinambungan DRN sedia ada bagi tempoh 2013 hingga 2017.

“DRN 2.0 digubal secara lebih komprehensif dengan mengambil kira penambahbaikan, antaranya cabaran baharu industri perumahan seperti penyediaan rumah transit untuk golongan belia kategori M40, reka bentuk dan kawal selia harga perumahan terkini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di sini.

Noh berkata DRN 2.0 akan melibatkan kerjasama Khazanah Research Institute dan kerajaan-kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Noh berkata kementerian juga sedang di peringkat akhir pembangunan portal Sistem Bank Data Perumahan yang dijangka boleh diakses mulai tahun depan.

Menerusi portal berkenaan, orang ramai dapat melihat stok dan penjualan rumah di bawah kategori unit rumah kuota bumiputera yang terdapat dalam pasaran hartanah semasa, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

20 tan gula bertaburan di pondok tol – Terkini


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Ribuan guni gula bertaburan selepas treler yang membawa muatan berkenaan terbalik di pondok Tol Hentian Jejantas Sungai Buloh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, pemandu treler berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika melalui pondok tambah nilai di susur masuk Hentian Jejantas Sungai Buloh menghala ke Jalan Duta.

Menurut sumber, treler tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Johor Bahru.

“Pemandu treler mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

“Kejadian menyebabkan dua laluan tol ditutup bagi menjalankan kerja-kerja mengalihkan 20 tan gula yang bertaburan di atas jalan,” katanya di sini. – UTUSAN

ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons