NAP 2018 dokong transformasi industri automotif – PM Najib


SERDANG – Kerajaan yakin Dasar Automotif Nasional 2018 akan terus mendokong transformasi industri automotif ke arah mobiliti masa depan seterusnya menjadi enjin penggerak kepada ekonomi negara ke tahap tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi merealisasikan visi tersebut, dasar dan peraturannya perlu disemak dan diselaraskan.

Beliau menjelaskan, penglibatan secara holistik juga merentasi pemegang saham termasuk kementerian, agensi industri automatif dan golongan belia.

“Ia adalah penting dalam merancang dan melaksana strategi industri kea rah hala tuju yang sama di samping meningkatkan  daya saing automatif negara.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Institut Automotif Malay­sia (MAI) telah pun memulakan kajian semula Dasar Automatif Negara 2018 yang dikenali sebagai NAP 2018 merangkumi empat tonggak utama iaitu Kenderaan Generasi Baru, Mobiliti, Revolusi Industri (IR 4.0) dan Kecergasan Buatan,” katanya.

Mobiliti Terhubung pemangkin industri automotif – Najib

Terokai Pengalaman Mobiliti 360 darjah di MAEPS

Terokai Pengalaman Mobiliti 360 darjah di MAEPS mulai 26 April ini

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelancaran Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS di sini hari ini.

Malaysia Autoshow 2018 merupakan MAI yang memasuki edisi keempat tahun ini.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah mengambil langkah proaktif, lebih teliti dan mempunyai perancangan yang tersusun dalam merangka agenda pembangunan negara.

Jelas beliau, ia dapat dibuktikan pada pengumuman Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang menjadikan salah satu  teras menjadi tumpuan adalah Pengangkutan Futuristik. – theRakyat

#MalaysiaAutoshow2018
#MA2018
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku



Source link

read more

Rekaan Samsung Galaxy A6 Dan A6+ 2018 Tertiris – Amanz


Samsung Galaxy A8 dan A8+ 2018 dilancarkan pada penghujung 2017. Dua peranti kelas pertengahan ini mempunyai rekaan premium dan beberapa fungsi yang hanya ditemui pada peranti utama. Kita sudahpun memasuki suku ke-dua 2018 dan Samsung nampaknya akan melancarkan Galaxy A6 dan A6+ yang merupakan sepasang peranti kelas pertengahan.

Imej pengolokan rasmi dua peranti ini telahpun tertiris dan menunjukkan rekaan seakan yang berbeza berbanding A8 dan A8+. Peranti mempunyai skrin 18:0 serta panel belakang diperbuat daripada logam menyerupai keluarga Galaxy J sebelum ini. Galaxy A6+ pula dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi Galaxy A6 dipercayai akan dilengkapi skrin 5.6″ manakala Galaxy A6+ pula dilengkapi skrin 6″. Pemproses Exynos 7870 mungkin digunakan dan ini adalah pemproses yang kurang berkuasa berbanding Exynos 7885 yang digunakan Galaxy A8. Dengan ketirisan imej pengolokan rasmi ini, jelas sekali Galaxy A6 akan dilancarkan dalam masa terdekat.



Source link

read more

Ternakan Asia 2018 Dapat Sambutan Baik Pempamer – MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Pameran Ternakan Asia 2018 selama tiga hari, mendapat sambutan positif daripada pempamer hari ini, dengan mereka yang terlibat berinteraksi dengan penggiat industri bagi mengenal pasti peluang perniagaan selain menjalin rantaian.

Ada yang memperoleh sokongan padu daripada pelanggan berpotensi dan merancang meluaskan perniagaan mereka dalam pasaran baharu.

Pameran Industri makanan ternakan dan daging antarabangsa terkemuka di Asia, dari 19 hingga 21 April 2018 itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pengarah CAB Corp Bhd (Bahagian Pemprosesan Makanan), Vincent Leong Weng Fai, berkata kumpulan itu mendapat kenalan baharu setiap kali ia menyertai pameran berkenaan.

“Ada beberapa pertanyaan dari luar negara mengenai bekalan kami.

“Jadi inilah peluang yang kita dapat apabila menyertai pameran ini. Kami mendapat pelanggan baharu dari Indonesia dan Vietnam,” katanya kepada Bernama News Channel.

Beliau berkata kumpulan yang membekalkan ayam, menjalin usaha sama dengan Salim Group dalam pameran sebelumnya, dan hasilnya mereka menubuhkan usaha sama membuka ladang ayam di Indonesia tahun depan.

Kumpulan Salim beroperasi di Indonesia dengan lebih dari 11,000 kedai serbaneka Indomaret dan mengurus operasi lebih 500 restoran Kentucky Fried Chicken.

Leong berkata kumpulan itu juga merancang meneroka pasaran baharu seperti Jepun dan Papua New Guinea.

Timbalan Pengurus Besar Guangzhou Guanxing Poultry Equipment Group Co Ltd, Josh Zhou, berkata kumpulan itu mengambil bahagian dalam pameran sejak 2007.

Syarikat itu mengedar peralatan ayam automatiknya ke pasaran Malaysia menerusi platform ini, katanya.

“Kami mendapat beberapa bakal pelanggan semalam, bukan hanya dari Malaysia malah dari negara lain di Asia Tenggara,” kata Zhou.

Kumpulan Guangxing menjalin hubungan kerjasama perdagangan yang baik dengan Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali, Belgium, Belanda, Kanada dan Israel.

Sementara itu, permintaan yang semakin meningkat ke atas makanan haiwan mendorong pengeluar yang terlibat memperkukuh penghaslan makanan haiwan dengan menambah nutrisi yang diperlukan.

Justeru, pameran ini juga mengetengahkan penyelesaian kesihatan haiwan secara menyeluruh oleh pelbagai syarikat.

Seorang peserta pameran, Rhone Ma Holdings Bhd, berkata syarikat itu mahu memperluas produk baharunya, Citrex Powder, bagi meningkatkan produktiviti ternakan, ke Singapura dan Brunei.

Pengarah Pemasaran dan Teknikalnya Dr Karen Yip Lai Siong, berkata syarikat itu kini memberi tumpuan kepada produk yang sesuai, terutama bagi mematuhi keselamatan makanan.

“Jadi kita menjurus kepada produk bukan kimia dan bukan antibiotik … bagi mengurangkan penyakit,” kata Yip.

Beliau berkata platform Ternakan Asia membantu syarikat tempatan menjalin usaha sama dengan syarikat antarabangsa lain bagi mengedarkan produk kesihatan haiwan ke negara lain di Asia.

Terdapat kira-kira 212 pengeluar tempatan, serantau dan global serta pengedar di pameran itu.

Edisi kesembilan pameran ini menyasarkan nilai transaksi sebanyak RM200 juta, atau kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada acara sebelumnya.

Ia juga bertujuan menarik 7,000 pelawat dan pelawat perdagangan domestik dan asing dari 31 negara peserta, termasuk Malaysia, China, Jerman, Singapura, Taiwan dan Britain. – BERNAMA



Source link

read more

Sambutan Hari Pekerja 2018 tetap pada 1 Mei


imageMO, 21/4/2018, PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata, sambutan tahun ini bertemakan “Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara”.

Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan amanat Hari Pekerja dalam majlis yang turut menghimpunkan pekerja sektor awam dan swasta.

“Perhimpunan kali ini turut melibatkan kehadiran majikan, kesatuan-kesatuan sekerja dan pihak kerajaan yang menunjukkan bahawa wujudnya ‘tripartite’ semangat kerjasama yang kukuh dalam urusan pekerjaan di negara ini.

“Tema `Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara’ dipilih kerana ia bersesuaian dengan kehendak semasa yang inginkan pekerja berkemahiran bagi memenuhi hasrat sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Kementerian Sumber Manusia merupakan peneraju utama dalam sambutan Hari Pekerja di negara ini.

“Selaku urusetia sambutan, kami dengan sukacitanya menjemput para pekerja untuk hadir memeriahkan lagi upacara Sambutan Hari Pekerja 2018,” katanya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot sebelum ini pernah mengumumkan sambutan Hari Pekerja 2018 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).



Source link

read more

LG Mungkin Akan Melancarkan LGV40 Pada Hujung Tahun 2018 – Amanz


LG dilihat bakal memperkenalkan pelbagai telefon pintar pada tahun ini. Antara yang bakal hadir pada pertengahan tahun ini ialah LG G7 ThinQ dengan rekaan skrin bertakuk dan dipercayai menjanakan cip pemproses Snapdragon 845.

Hari ini, @evleaks memaklumkan LG turut bakal melancarkan LG V40 dan LG V35. LG V35 dengan kod nama Emma mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan LG G7 ThinQ (Neo/Judy) dan LG V40 dengan kod nama Storm ini mungkin pewaris kepada keluarga LG V3X.

Ini adalah pertama kali LG melancarkan lebih dari dua peranti dengan spesifikasi kelas utama dalam satu tahun. Kebiasaannya mereka hanya akan melancarkan satu peranti untuk siri G dan V. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti baru LG ini tidak lama lagi.



Source link

read more

MALA alu-alukan orang ramai sertai larian obor APMG 2018 – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 20 April – Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) mengalu-alukan seluruh warga Malaysia termasuk pelancong asing menjayakan larian obor bagi meraikan sambutan Asia Pacific Masters Game (APMG 2018).

Presiden MALA yang juga Naib Pengerusi APMG 2018, Ar. Yew Tung Seang berkata, larian obor itu akan berlangsung di seluruh negara dengan Kudat, Sabah akan menjadi lokasi pertama pada 28 April ini.

“Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

“Larian obor ini akan mengambil masa selama 99 hari dengan jarak sejauh 3,908 kilometer yang berakhir pada 2 September di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Larian Obor APMG 2018 di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Beliau yang juga Datuk Bandar Pulau Pinang berkata, APMG 2018 akan berlangsung dari 7 hingga 15 September di Pulau Pinang yang menyasarkan seramai 5,000 peserta melibatkan 34 negara akan mengambil bahagian pada kejohanan itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

10 Trending Baby Names You’ll See Everywhere in 2018


Olivia

funny baby face,newborn with jaundice on white blanket, infant health care conceptYou probably already know a few little ones named Olivia: This popular girl’s name has been steadily climbing in recognition since the 1990s, and it’s on trend to be the number one most popular name for girls this year. Its popularity may be thanks in part to strong female TV characters including Scandal‘s Olivia Pope and Law & Order‘s Olivia Benson. The trackers at Name.org are following the current popularity of baby names and adjusting the rankings. To keep the lead, Olivia needs to edge out Emma and stay ahead of Ava. Charlotte and Mia round out the top five predictions for the most popular names for girls. Amelia and Evelyn look to break into the top ten this year. Sophia’s trending down so far, but variations in spelling like Sofia could keep it an ultra-popular choice. Check out these 13 offbeat baby names that might get trendy.

Here’s the predicted top ten:

  1. Olivia
  2. Emma
  3. Ava
  4. Charlotte
  5. Mia
  6. Sophia
  7. Isabella
  8. Harper
  9. Amelia
  10. Evelyn

The post 10 Trending Baby Names You’ll See Everywhere in 2018 appeared first on Reader's Digest.



Source link

read more

DSA 2018 paling berjaya dianjurkan oleh Malaysia


KUALA LUMPUR – Tidak hairan apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan penganjuran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) sebagai tiada tandingan.

Daripada segi pempamer, sebanyak 1,200 syarikat dari 60 negara menyertai pameran itu dua tahun lepas berbanding 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dengan jumlah pengunjung turut meningkat kepada 40,000 orang kali ini.

Malah, apa yang lebih menyerlah lagi ialah nilai kontrak yang dimeterai pada DSA 2018 melonjak kepada RM17.8 bilion melibatkan lapan kontrak dokumen, 11 Surat Penerimaan, satu Surat Niat dan memorandum persefahaman (MoU) hanya pada pada hari kedua pameran itu berlangsung berbanding RM2.9 bilion sebelum ini.

Sebahagian pengunjung rungan pameran Deftech pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 di Kuala Lumpur.

Berdasarkan kepada faktor tersebut ia secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada penganjur untuk melakukan yang lebih baik pada penganjuran tahun 2020.

Malah bagi penganjuran itu, tarikh dan lokasinya telah pun ditetapkan pada 20 hingga 23 April 2020 di Pusat Pamern dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), sdkaligus menunjukkan komitmen untuk melakukan yang terbaik pada penganjuran edisi ke-17.

Maka tidak hairan jika penganjur mula memandang ke hadapan dengan mengunjurkan sasaran menarik syarikat dari pasaran baharu.

Dua pembantu ruang pameran Polish Armaments Group (PGZ) menunjukkan senjata yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). foto SYAFIQ AMBAK, 19 APRIL 2018.

Pada DSA 2018 tiga negara baharu iaitu Oman, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertainya dan dijangka lebih banyak lagi syarikat-syarikat dari negara-negara Timur Tengah dan kuasa-kuasa besar mengikuti jejak mereka dalam masa dua tahun lagi.

Ia mampu dicapai menerusi penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 yang dilihat sebagai platform terbaik untuk memasarkan jenama DSA.

“DSA 2020 akan menyaksikan lebih banyak penglibatan negara Timur Tengah dan kuasa-kuasa besar selain penglibatan kelebihan yang ada di negara-negara ASEAN

“Kerja-kerja DSA 2020 akan bermula hari ini dengan penganjuran LIMA pada tahun depan. Bagi saya, DSA dan LIMA boleh bekerjasama dalam memenuhi matlamat penganjuran masing-masing,” kata Hishammuddin pada sidang medianya pada hari ketiga.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2018

DSA siri ke-16 yang berlangsung selama empat hari bermula Isnin lalu telah mengumpulkan 350 delegasi dari 45 negara.

Peserta-peserta pempamer pula masing-masing memberikan pendapat bahawa pameran yang dianjurkan Malaysia kali ini cukup memuaskan dan berbeza daripada sebelum ini.

Rata-rata mereka beranggapan pemilihan lokasi pameran juga bertepatan dengan menggunakan sebuah lokasi yang luas dan selesa.

Malah, mereka mengiktiraf penganjuran DSA kali ini sebagai yang berprestij pernah mereka sertai.

Mereka turut berharap agar penganjuran pada masa akan datang dilakukan di lokasi sama atau sekurang-kurangnya mempunyai kemudahan infrustruktur serupa pada kali ini. – theRakyat



Source link

read more

RunCloud Akan Mewakili Malaysia Ke Startup World Cup 2018 – Amanz


RunCloud merupakan salah satu syarikat tempatan yang mana menawarkan kemudahan pengurusan pelayan dengan mudah berasaskan web. RunCloud boleh dikatakan merupakan salah satu syarikat tempatan yang masih muda, tetapi mereka telah mencipta nama pada peringkat antarabangsa dengan bilangan pengguna yang meningkat dari hari ke hari.

RunCloud Startup World Cup

Terkini, hari ini, RunCloud memenangi acara Startup World Cup edisi Malaysia, sekaligus akan mewakili Malaysia ke acara Startup World Cup 2018 yang akan diadakan pada bulan Mei kelak di Amerika Syarikat.

RunCloud

Acara berkenaan kelak akan memperlihatkan sejumlah syarikat teknologi lain turut bersaing antara satu sama lain, dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai $1 juta. Malah, syarikat yang menyertai acara Startup World Cup 2018 ini juga berpeluang untuk mendapatkan kenalan dan hubungan dalam terus memperluaskan penawaran produk mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita doakan RunCloud yang mewakili Malaysia ke acara berkenaan supaya dapat memenanginya.

Layari : RunCloud



Source link

read more

TLDM Hantar KD Lekiu Sertai Eksesais RIMPAC 2018 – MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan buat julung kali menghantar sebuah kapal jenis Frigate Kapal Diraja (KD) Lekiu TLDM bagi menyertai eksesais ketenteraan Rim of The Pacific 2018 (RIMPAC) di Honolulu, Hawaii.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kapal berkenaan akan belayar pada hujung bulan Mei ini.

Beliau berkata apa yang lebih menarik, atas inisiatif TLDM pelayaran ke Hawaii ini akan disertai beberapa kapal perang negara lain termasuk dari Indonesia, Filipina, Jepun dan India yang juga berpeluang menyertai latihan di laut PASSEX (passage exercise).

Beliau yang tidak mendedahkan jumlah pegawai dan anggota TLDM yang terlibat di dalam eksesais RIMPAC itu berkata KD Lekiu akan menyertai RIMPAC selama tiga bulan termasuk tempoh pelayaran. RIMPAC turut melibatkan jumlah penyertaan sebanyak 27 buah negara lain.

“Eksesais ini menyaksikan penyertaan sebanyak 51 buah kapal dan lima buah kapal selam dari 16 buah negara yang telah mengesahkan penyertaan dalam eksesais berkenaan,” katanya kepada Bernama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Ahmad Kamarulzaman berkata TLDM sebelum ini pernah terlibat dalam eksesais RIMPAC tetapi sebagai pemerhati dan pada tahun ini, buat pertama kalinya TLDM bakal menghantar kapal Frigate bagi menyertai eksesais dwi tahunan itu.

“Secara langsung ini menunjukkan komitmen TLDM kearah memperkasakan diplomasi pertahanan dan meningkatkan kebolehoperasian aset negara ke tahap profesionalisme yang tinggi,” katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata penyertaan TLDM juga ke arah memperkasakan kerjasama pertahanan yang secara langsung akan menyumbang ke arah keselamatan maritim serantau dan di peringkat global.

Acara di MITEC itu menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 perwakilan dari 45 negara, antaranya Korea Selatan, China, Jepun, Australia, Pakistan, Rusia dan Indonesia.

Pameran empat hari bermula Isnin lepas itu dijangka menarik kunjungan 40,000 pelawat dan menjadi platform bagi pengurusan pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea, sambil memberi peluang kepada peserta industri memasarkan produk mereka. – BERNAMA



Source link

read more