Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more

Butiran CPU AMD “Matisse” Dan “Starship” Tertiris – CPU Berdasarkan Zen 2 Dengan 48 Teras Dan 96 Bebenang Kuasa – Amanz


CPU AMD Ryzen 2 bakal dilancarkan pada bulan April kelak, tetapi selain daripada beberapa butiran asas, tidak banyak yang diketahui mengenai cip pemprosesan ini.

Terkini, nampaknya beberapa butiran khusus mengenai CPU tersebut tertiris di laman web HWInfo. Pertama sekali ialah “Matisse” yang merupakan nama samaran untuk CPU Ryzen 2, yang kini sudahpun disahkan bakal menggunakan proses 7nm yang menjanjikan prestasi lebih pantas dari segi perkomputeran dan gaming berbanding dengan Ryzen generasi pertama.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang sedang menggunakan papan induk AM4 dengan CPU Ryzen generasi pertama, AMD menjanjikan bahawa CPU Ryzen generasi kedua ini boleh digunakan dengan papan induk AM4 tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, AMD juga menjanjikan bahawa 8

Satu lagi CPU AMD, yang diberi nama “Starship” bakal hadir dengan sebanyak 48 teras dan 96 bebenang kuasa yang dikatakan akan bertanding dengan CPU Intel Xeon Phi

Lebih menarik lagi, CPU AMD “Starship” ini juga dikatakan akan menggunakan proses pembinaan 7nm yang sama dengan “Matisse”, dan sama seperti CPU Threadripper dan EPYC sebelum ini, akan bertanding dengan CPU Intel tersebut berdasarkan harga dan prestasi.

Walaupun CPU AMD terbaru ini dilihat akan diumumkan pada bulan April kelak, pengeluaran dan penjualan CPU tersebut dikatakan hanya akan dilakukan sekitar penghujung tahun 2018.



Source link

read more

Qualcomm Didenda RM 4.8 Bilion Oleh EU Kerana Membayar Apple Untuk Menggunakan Modem Mereka – Amanz


Tahun 2017 ialah tahun saman menyaman untuk Qualcomm kerana kemelut mereka dengan Apple berkenaan isu royalti penggunaan modem. Tahun 2018 juga dimulakan dengan langkah kiri kerana Qualcomm telah didenda €997 juta (~RM 4.8 bilion) oleh Kesatuan Eropah kerana membayar Apple untuk menggunakan modem keluaran mereka.

Tindakan membayar pelanggan untuk tidak menggunakan produk pesaing adalah melanggar undang-undang  anti monopoli Kesatuan Eropah. Bayaran mencecah berbilion Dollar kepada Apple untuk menggunakan modem Qualcomm dari 2011 hingga 2016 menyebabkan pengeluar lain seperti Intel tidak dapat bersaing. Ini turut akan merugikan pengguna yang terpaksa mengguna produk yang tidak semestinya terbaik di pasaran.

Apple berhenti menggunakan moden Qualcomm secara eksklusif bermula dengan iPhone 7. Apple kemudian menyaman Qualcomm kerana mengenakan bayaran royalti yang tidak munasabah. Qualcomm membalas saman dan turut menuduh Apple berkongsi rahsia syarikat mereka dengan Intel yang melanggar perjanjian.

Pihak Qualcomm telah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak bersetuju dengan keputusan Kesatuan Eropah dan akan melakukan rayuan untuk menentangnya.



Source link

read more

12 terbunuh 48 cedera dalam siri pengeboman bunuh diri di Nigeria



MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala 48 yang lain cedera selepas sekumpulan pengebom bunuh diri meletupkan diri di tengah pasar di Bandar Utara Maiduguri, Nigeria.

Menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian serangan tersebut berlaku pada petang Rabu selepas beberapa individu yang disyaki penyerang memasuki pasar berkenaan.

Seorang daripada mereka meletupkan diri di tengah kesibukan pasar tersebut manakala yang lain meletupkan diri di luar pasar.

Ketua Operasi Penyelamat Badan Pengendalian Darurat Nigeria Bello Dambatta berkata, penyerang bunuh diri yang meletupkan diri di tengah pasar tersebut adalah wanita manakala yang lainnya adalah lelaki.

Beberapa siri serangan sebelum ini telah dilancarkan oleh puak pemberontak Boko Haram di lokasi-lokasi penting kerajaan dan tumpuan orang awam.

Boko Haram, yang dibentuk di Maiduguri, telah membunuh lebih daripada 20,000 orang dalam pemberontakan sembilan tahun.



Source link

read more

Tanah Yaman bermandi darah 71 terkorban dalam masa 48 jam



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya, 71 orang awam terbunuh dalam serangan udara selama 48 jam yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi yang mensasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.

Pada Isnin, beberapa serangan udara yang dilancarkan di Sanaa menyaksikan 11 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dan dua wanita.

Laporan media tempatan pula melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh termasuk dua wanita di wilayah Hodeidah manakala empat yang lain terbunuh dalam serangan di wilayah Dhamar.

Beberapa serangan udara turut dilaporkan berlaku di daerah Arhab ketika satu tunjuk perasaan menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel diadakan.

Buat masa ini belum ada sebarang komen dikeluarkan tentera pakatan Arab Saudi berhubung serangan 48 jam tersebut.

Dianggarkan lebih 18 juta penduduk tinggal di kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak dengan kesemuanya kini berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan perubatan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons