Mah Siew Keong ramal 50 – 50 di Parlimen Teluk Intan


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mah Siew Keong akui sukar mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presiden Gerakan itu berkata, rekod kekalahannya pada pilihan raya yang lalu dan kemenangan tipis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2014 membuktikan Barisan Nasional (BN) tidak boleh berasa selesa dan konsisten.

“Teluk Intan adalah cabaran yang besar sebab menang pada pilihan raya kecil lalu hanya dengan lebihan 238 undi.

“Kita juga mesti akui semasa PRU13, Teluk Intan kita kalah dengan 7,313 undi,  satu angka besar.

“Bukan senang di Teluk Intan, pengundinya pelbagai kaum,  Cina 40%, Melayu 40% dan India 20%. Ini merupakan kerusi campuran,” katanya ketika sidang media selepas majlis Tumah terbuka parti itu hari ini.

Walau bagaimanapun, Mah yakin perkhidmatan, kebajikan dan kemudahan yang diberikan kepada rakyat selama tiga tahun di kawasan tersebut akan menjadi nilai tambah kepada pemilihan pengundi kelak.

“Sebab 4 tahun sudah kita buat banyak aktiviti dan fasiliti,” tambah beliau yang meramalkan peluang 50-50 di Teluk Intan.

Pada 31 Mei 2014, Mah memenangi PRK Teluk Intan mengalahkan pencabarnya Dyana Sofya Mohd Daud, dengan majoriti 238 undi berbanding calon DAP. – theRakyat



Source link

read more

Malaysia lengkapkan kemenangan 5-0 ke atas Filipina – Badminton


ALOR SETAR 7 Feb. – Malaysia melengkapkan kemenangan 5-0 ke atas Filipina dalam saingan peringkat Kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi.


Selepas Soniia Cheah dan Goh Jin Wei masing-masing menyumbang mata dalam dua permainan pertama, perseorangan ketiga, Lim Yin Fun turut meraih mata penting dengan mengetepikan cabaran Thea Marie Pomar 21-5, 21-8.


Pasangan beregu Vivian Hoo-Tee Jing Yi kemudian menyumbang mata keempat negara selepas menewaskan Aira Mae Nicole Albo-Alyssa Yasbel Leonardo 21-12, 21-8 sebelum Chow Mei Kuan-Goh Yea Ching melengkapkan kemenangan 5-0 negara dengan menundukkan Sarah Joy Baredo-Marie Pomar 21-13, 21-14.


Jing Yi berkata, dia merasakan kelainan ketika bergandingan bersama Vivian kerana kedua-dua mereka adalah pemain menyerang berbeza dengan pasangan asalnya, Soong Fie Cho.


“Saya harap gandingan kami akan menjadi lebih baik untuk perlawanan menentang Thailand esok kerana ia merupakan perlawanan yang sangat penting,” katanya.


Mengulas mengenai aksi menentang Thailand, Vivian berkata, keseluruhan pasukan sudah bersedia untuk beraksi dan akan menampilkan aksi terbaik untuk pertemuan esok.


Ketiadaan Woon Khe Wei yang mengalami kecederaan lutut kanan sewaktu aksi menentang Vietnam juga memberi kesan kepada pasukan namun Vivian menegaskan bahawa mereka semua perlu kembali fokus kepada matlamat asal mereka iaitu mencari kemenangan.


“Berdepan Thailand memang sukar, kalau saya bergandingan bersama Khe Wei sekali pun, tidak bermakna permainan akan menjadi lebih mudah.


“Saya harap gandingan saya bersama Jing Yi akan memberi kejutan besar buat pasangan Thailand kerana mereka tidak tahu cara permainan kami memandangkan Jing Yi bukan gandingan asal saya,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kereta api bertembung di South Carolina dua maut 50 cedera



SOUTH CAROLINA: Sebuah kereta api Amtrak di sini bertembung dengan kereta api barang CSX pada Ahad, mengakibatkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 50 orang cedera.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan itu, kereta api yang membawa 139 penumpang dan lapan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari New York ke Miami.

Perlanggaran itu membuatkan kedua-dua kereta api tergelincir berhampiran Columbia, South Carolina, menurut pegawai Amtrak.

Ia merupakan kemalangan serius yang kedua melibatkan kereta api Amtrak yang terjadi dalam masa tidak sampai seminggu.

Pada Rabu, kereta api yang membawa anggota Kongres dari Parti Republik menuju ke sebuah permukiman bertembung dengan lori sampah di Virginia, mengakibatkan seorang terbunuh.



Source link

read more

Dua kereta api bertembung di South Carolina dua maut 50 cedera



SOUTH CAROLINA: Sekurang-kurangnya dua maut dan 50 lagi cedera apabila sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari New York ke Miami berlanggar dengan sebuah kereta api penumpang Amtrak dan tergelincir di sini awal pagi Ahad waktu tempatan.

Kereta api penumpang itu dipercayai membawa 139 penumpang termasuk lapan anak kapal.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Charleston dan jalan utama Pine Ridge terbabit.

Ia merupakan kemalangan serius yang kedua melibatkan kereta api Amtrak yang terjadi dalam masa kurang seminggu yang lepas.

Pada Rabu, kereta api yang membawa anggota Kongres dari Parti Republik menuju ke sebuah permukiman bertembung dengan lori sampah di Virginia, mengakibatkan seorang terbunuh.



Source link

read more

KR1M 2.0 tawar 50 barangan berjenama dengan harga lebih murah


TEMERLOH – Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran merupakan antara ciri pembaharuan yang dibawa menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ia antara penambahbaikan yang dilakukan terhadap Program KR1M yang diperkenalkan sejak 2011 selepas mengkaji kelemahan-kelemahannya berdasarkan maklum balas rakyat.

Ada beberapa perubahan dari segi ciri KR1M terdahulu yang mana sebelum ini kita melaksanakannya di kedai yang khusus sahaja. Namun kali ini kita melaksanakannya di kedai yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Tunas Manja Group (TMG).

“Kita juga telah menentukan untuk tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama? sebab itu kita kekalkan barangan berjenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KR1M 2.0 di pasar raya TMG, di sini hari ini.

— BERNAMA



Source link

read more

50 Facts About the 50 States in America


The 14 Most Insightful Things We’ve Read About Donald Trump in 2016

Alabama Emma Kapotes/Rd.com The only state whose official drink is an alcoholic beverage (Conecuh Ridge Alabama Fine Whiskey, originally distilled by legendary moonshiner Clyde May). (These are the 50 dumbest laws in every state.) Alaska Emma Kapotes/Rd.com The state is known for fishing, mining, and oil, but its latest industry is peonies. Peony farms blossomed […]



Source link

read more

Pengeluaran iPhone X Dilaporkan Dipotong 50% Untuk Suku Pertama 2018 – Amanz


Adakah iPhone X peranti yang berjaya atau gagal? Ini bergantung kepada laporan siapakah yang anda rasakan lebih boleh dipercayai. Sebelum ini kami melaporkan iPhone X ialah peranti paling hangat jualannya untuk musim perayaan Krismas. Tetapi pada waktu yang sama wujud juga laporan jualannya lebih rendah dari yang disasarkan oleh Apple.

iPhone XTerkini Nikkei Asian Review melaporkan Apple telah memotong pengeluaran iPhone X sebanyak 50%. Sebelum ini mereka mensasarkan pengeluaran  sebanyak 40 juta unit untuk suku pertama 2018 tetapi kini telah mengurangkannya kepada 20 juta unit sahaja. Ini berikutan pengurangan permintaan dari pasaran US, China dan Eropah. Pengeluaran untuk iPhone 8 dan 8 Plus masih dikekalkan sebanyak 30 juta unit.

Pengeluaran yang dikurangkan ini akan mendatangkan kesan kepada Samsung yang mengeluarkan skrin OLED, Kyocera yang menghasilkan papan logik, Sony yang menghasilkan sensor kamera dan TDK yang menghasilkan bateri untuk Apple. Harga peranti yang mahal sekali lagi dijadikan penyebab mengapa jualan iPhone X sudah semakin perlahan. Di Malaysia ia sudah mula dijual dengan potongan harga sejak beberapa minggu kebelakangan ini.



Source link

read more

50 KR1M 2.0 Sudah Dibuka Seluruh


2016-06-18MO, 27/1/2018, BATU KURAU – Sebanyak 50 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan dilancarkan secara rasminya pada 4 Februari depan di Temerloh, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembukaan KR1M 2.0  ini membabitkan beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

Menurutnya, semua 50 KR1M 2.0 itu telah beroperasi setakat ini, namun tidak secara rasmi.

“Semua lokasi berkenaan telah dikenalpasti antara yang menjadi tumpuan orang ramai dan akan mendapat sambutan baik.

“Pada hari perasmian nanti, papan tanda yang digunakan KR1M 2.0 juga akan ditukar kepada warna biru, ini bermakna semua KR1M 2.0 akan menggunakan logo sama secara seragam,” katanya.

KR1M 2.0 menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG).

Ahli Parlimen Larut itu turut mengulas berhubung penganjuran Jualan Sentuhan Rakyat Larut yang akan berlangsung hari ini di Dataran Selama.

Katanya, jualan kali ini dilakukan dengan kerjasama pasar raya besar bagi memastikan tidak adanya campur tangan orang tengah.

“Bila tidak ada orang tengah, barangan keperluan ini dapat dijual pada harga lebih rendah daripada biasa.

“Contohnya jika ayam sebelum ini dijual pada harga RM8 sekilogram, pada jualan ini mungkin rakyat boleh membeli pada harga RM7 sekilogram,” katanya.

Katanya, program tersebut melibatkan penyertaan beberapa agensi termasuk Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pasar raya.

“Program ini adalah  salah satu cara untuk tangani kenaikan harga oleh orang tengah. Sebab itu kita bawa Fama, LKIM dan pasar raya untuk mereka jual sendiri terus kepada pembeli.

“Jika sambutan diterima baik dalam kalangan penduduk setempat, kita akan jalankan program ini setiap minggu, paling kurang sebulan dua kali,” katanya.

 



Source link

read more

Penyanyi 50 cent terlupa dirinya jutawan bitcoin



PADA tahun 2014, penyanyi rap terkenal, Curtis James Jackson III atau lebih dikenali sebagai 50 cent merupakan selebriti pertama yang menggunakan transaksi bitcoin untuk urusan jual beli albumnya yang bertajuk Animal Ambition.

Menerusi laporan portal antarabangsa, penjualan albumnya itu berjaya mengumpul 700 bitcoin yang ketika itu bernilai lebih AS$400,000.

Tahun berganti tahun, 50 cent membiarkan akaun bitcoinnya dan baru-baru ini, rapper terkenal itu menyedari yang dirinya kini jutawan bitcoin.

Nilai bitcoin kini telah mencecah lebih AS$11,000, berbanding pada tahun 2014 hanya AS$662. Tidak hairanlah 50 cent boleh menjadi jutawan sekelip mata.

Yang menariknya, 50 cent sebenarnya terlupa tentang urusan jual beli menggunakan bitcoin itu. Nasib baik 50 cent masih mengingati kata laluannya.



Source link

read more

PNK Malaysia naik lebih 50 peratus sejak 2009


pmnaik23j18.transformedMO, 23/1/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat lebih 50 peratus sejak 2009.

Dalam 2017 saja, Perdana Menteri berkata, PNK dijangka berkembang pada paras yang kukuh sebanyak 9.1 peratus kepada RM1.3 trilion.

Beliau berkata, pendapatan isi rumah bulanan meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM6,958 pada 2016, dengan kadar pertumbuhan tahunan 8.1 peratus.

“Kenaikan pendapatan isi rumah B40 juga amat ketara pada paras 10.2 peratus setahun kepada RM2,848 sebulan pada 2016 berbanding RM1,440 sebulan pada 2009.

“Dalam tempoh itu, kadar kemiskinan jatuh daripada 3.9 peratus kepada 0.4 peratus, sementara pekali Gini meningkat daripada 0.441 kepada 0.399, sekali gus mengurangkan jurang pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Invest Malaysia 2018 yang dianjurkan Bursa Malaysia Bhd dan Maybank.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Singh.

Yang turut hadir, Pengerusi Maybank Group, Datuk Mohaiyani Shamsudin; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Antara 2009 dan 2016, Najib berkata, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, dengan lebih sejuta adalah pekerjaan pendapatan tinggi, yang mana mewakili 69 peratus daripada 3.3 juta yang ingin dicapai menjelang 2020.

Beliau berkata, dengan catatan itu, ia menunjukkan kemajuan yang cemerlang dicatatkan.

Kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah, sementara komitmen jangka panjang kerajaan terhadap pengukuhan fiskal dan berhemah bermakna defisit akan terus dikurangkan kepada 2.8 peratus pada 2018, lebih rendah berbanding 3.0 peratus pada 2017 dan 6.7 peratus pada 2009, katanya.

Najib berkata, Malaysia juga menikmati pertumbuhan ekonomi kukuh yang diimpikan negara maju meskipun dalam krisis dan ketidaktentuan ekonomi global.

Malah, pada tahun lalu, Malaysia mengatasi semua jangkaan, dengan Bank Dunia menyemak semula jangkaan pertumbuhan ekonomi negara ini bukan saja sekali, malah dua kali kepada 5.8 peratus.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons