57 rumah setinggan musnah terbakar



SANDAKAN: Sebanyak 57 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut Batu Sapi dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.37 tengah hari tadi.

Katanya operasi memadamkan kebakaran membabitkan 19 pegawai dan anggota bomba menggunakan empat jentera, dan api dapat dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran pada 3.22 petang.

Beliau berkata pihaknya menggunakan sumber air daripada jentera bomba untuk memadamkan api.

Katanya tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kira-kira 250 penghuni rumah setinggan itu tinggal sehelai sepinggang berikutan api merebak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan dalam rumah. — Bernama



Source link

read more

Kes denggi di Kelantan menurun 57 peratus tahun ini



KOTA BHARU: Kes denggi di Kelantan mencatat penurunan 57 peratus kepada 2,455 kes pada tahun ini, berbanding 5,742 kes pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, kes kematian akibat denggi juga mencatat penurunan dengan dua kematian setakat minggu ke-48 tahun ini, berbanding 10 kematian tahun lalu.

“Penurunan kes berkaitan denggi amat membanggakan kerana ia jelas menunjukkan kerjasama antara pelbagai jabatan dan orang ramai membuahkan hasil.

“Bagaimanapun, kes berkaitan denggi boleh kembali meningkat jika penduduk kembali kepada tabiat lama dengan tidak mementingkan kebersihan kawasan persekitaran kediaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Gotong-royong Perdana Kali Ke-2 di Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Jabatan kesihatan Kelantan tidak menerima sebarang laporan berkaitan penyakit terbabit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir lalu.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Razin berkata kerajaan sedang membina sebuah klinik kesihatan jenis 3 di Gual Tinggi, Pasir Mas bagi menggantikan Klinik Kesihatan Rantau Panjang yang sering ditenggelami banjir ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata kos pembinaan klinik baharu itu menelan belanja sekitar RM30 juta dan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11. — Bernama



Source link

read more

Uber sembunyikan kebocoran data libatkan 57 juta pengguna



SYARIKAT khidmat pengangkutan atas talian, Uber hari ini mengesahkan telah menyembunyikan kebocoran data yang menjejaskan 57 juta penumpang dan pemandu seluruh dunia pada 2016.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat tersebut juga telah membayar USD$100,000 (RM413,770) kepada penggodam untuk memadamkan data-data tersebut.

Bekas ketua pegawai eksekutif Uber, Travis Kalanick memaklumkan beliau menyedari perkara tersebut sejak tahun lalu.

Uber turut memberitahu, para penggodam menemui 57 juta nama, alamat dan nombor telefon penumpang dan pemandu.

Dari jumlah itu, 600,000 identiti pemandu termasuk butiran lesen mereka terdedah.

Halaman sumber bagi membantu mereka yang terjejas turut dibuat.

Setakat ini hanya pemandu ditawarkan perlindungan pemantauan kredit secara percuma.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons