8 terbunuh puluhan cedera dalam insiden rempuhan trak di New York



NEW YORK: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila sebuah trak pikap merempuh orang ramai di Lower Manhattan, di sini, pada Selasa.

Suspek memandu traknya di sebuah laluan sikal dan melanggar puluhan pejalan kaki dan penunggang basikal sebelum merempuh sebuah bas sekolah dan melarikan diri.

Polis bagaimanapun berjaya menembak suspek pemandu trak tersebut yang berusia 29 tahun di bahagian abdomen sebelum menahannya, kata Pesuruhjaya Polis New York James O’Neill dalam satu sidang media.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons