China lubuk duit buat Pakcik Aamir



MAKIN tua makin hebat, rezeki pula bertambah lebat. Dari hanya hero setempat beliau kini berjaya menerobos tembok besar China.

Pada usia 52 tahun, segelintir orang mungkin memilih untuk kurang bekerja atau lebih banyak habiskan masa bersama keluarga namun tidak bagi ‘Pakcik Aamir.’ Dia memilih untuk melebarkan langkahnya lebih jauh. Menggapai lebih banyak bintang.

Pakcik Aamir atau atau Uncle Aamir adalah nama jolokan bagi pelakon berbakat besar Bollywood Aamir Khan di China. Namanya mekar di negara itu menerusi filem Dangal yang mencatat kutipan kasar AS$190 juta tahun lalu.

Ada yang kata Aamir tidak mungkin mampu meneruskan momentum kehebatan Dangal. Telahan itu silap kerana buah tangan terbaharu Aamir, Secret Superstar semakin jadi bualan di negara berpopulasi 1.42 penduduk itu.

Menurut data daripada ENT Group, Secret Superstar mengekalkan popularitinya dalam kalangan kaki wayang di China untuk minggu ketiga berturut-turut.

Mula ditayangkan pada 19 Januari lalu, filem bajet rendah ini telah mencatat kutipan AS$109 juta hanya dalam tempoh 24 hari. Ia mengatasi kutipan filem domestik Till the End of the World dan filem Hollywood Maze Runner: The Death Cure.

Menerusi filem ini Aamir berlakon sebagai pemuzik disamping pelakon utamanya Zaira Wasim yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi namun menerima tentangan keluarganya.

Zaira pernah bergandingan Bersama Aamir dalam Dangal dengan memegang watak Geeta Phogat ketika kecil.

Secret Superstar diterbitkan sendiri Aamir bersama isterinya Kiran Rao menerusi syarikat mereka Aamir Khan Productions dan diarahkan Advait Chandan.



Source link

read more

Selepas Shah Rukh Khan John Cena beralih kepada Aamir Khan pula



MUNGKIN ada sesuatu yang menarik dalam dunia Bollywood di mata dan hati John Cena.

Menerusi  instagramnya penggusti World Wrestling Entertainment (WWE) ini kerap berkongsi gambar pelakon Bollywood.

Terbaharu Cena berkongsi foto Aamir Khan yang diambil dari filem Secret Superstar.

Seperti biasa Cena tidak menyertakan sebarang kapsyen atau keterangan mengenai gambar yang dikongsinya.

Sebelum ini penggusti yang juga pelakon bertubuh sasa ini pernah berkongsi beberapa foto pelakon Bollywood beserta petikan kata-kata antaranya dari Rahul Dravind, Kapil Dev and Amitabh Bachchan.

Paling diingati adalah pada 10 Januari lalu apabila dia berkongsi foto serta petikan kata-kata dari Raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan. 

Malah kedua dua selebriti ini sebelum itu turut berbalas twitter.

Dengan perkembangan ini siapa tahu satu hari nanti Cena,Shah Rukh dan Aamir mungkin akan berkongsi pentas sama ada pentas lakonan atau juga mungkin pentas WWE.

Kalau jadi kenyataan mungkin kita akan dapat melihat Cena bergelek mengikut rentak Bollywood tidak lama lagi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons