Dira Abu Zahar selar Fathia balas



PELAKON Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri UMNO, menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, semalam (Rabu).

Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.

“Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon, picit-picit…tulis, taip…tak payah.

“Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

BACA: PAU2017: Fathia, perbaiki hidup dahulu sebelum kecam kerajaan – Dira

BACA: Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum

Sementara itu, Fathia tidak berdiam diri selepas diselar Dira sebaliknya tampil mempertahankan diri.

Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu jika Dira mempunyai hak untuk bersuara, begitu juga dia.

Tulisnya lagi, dia teguh dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa.

Terdahulu, Fathia telah memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posting tersebut telah mendapat reaksi Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Fathia serta memuji keberanian pelakon tersebut.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.



Source link

read more

Polis Sabah buru seorang lagi rakan Abu Paliyak



KOTA KINABALU: Polis kini giat memburu seorang lagi ahli kumpulan yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu pada tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, usaha memburu suspek itu adalah susulan kejayaan pihaknya menembak mati Abu Paliyak atau dikenali sebagai Komander Paliyak atau Yusuf, 31, di kawasan perairan Pulau Kantong Kalongan, di Lahad Datu, jam 3 pagi, semalam.

Beliau berkata, suspek bersama Abu Paliyak bersama sembilan lagi ahli menganggotai Kumpulan Remy yang terkenal sebagai kumpulan penculik untuk tebusan (KFR).

“Kumpulan ini ada 11 ahli, empat telah ditembak mati pasukan keselamatan Filipina, seorang (ditembak mati) oleh pasukan keselamatan kita, semalam, dan lima lagi telah ditahan penguat kuasa Filipina.

“Sementara itu, seorang lagi masih bebas dan kini dipercayai berada di selatan Filipina namun sesekali memasuki perairan Sabah.

“Peranan individu yang diburu ini sama iaitu terlibat melakukan rompakan dan penculikan untuk tebusan dan mereka ini aktif di sekitar tahun 2014 hingga pertengahan tahun hujung 2015,” katanya.

Ramli berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Inisiatif Pesara Polis Sabah sebagai Pemimpin Keselamatan Kejiranan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya kini akan berkerjasama rapat dengan pasukan keselamatan di Filipina bagi mengesan suspek yang terlibat.

Tambah beliau, kumpulan terbabit kini hampir lumpuh kerana hampir semua ahli sudah ditangkap dan ditembak mati pasukan keselamatan.

Jelasnya, Polis Sabah sentiasa bertukar maklumat dengan pasukan keselamatan di antara dua negara iaitu Filipina dan Indonesia bagi memastikan keselamatan perairan negara ini terus terjamin.



Source link

read more

Komander Abu Sayyaf individu ditembak di Lahad Datu pagi tadi



LAHAD DATU: Seorang lelaki yang ditembak pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) awal pagi ini merupakan salah seorang ‘komander’ kepada Kumpulan Militan Abu Sayyaf.

Suspek, Abu Paliyak atau dikenali sebagai Komander Paliyak atau Yusuf, 31 juga berperanan sebagai tali barut kepada kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) yang diketuai oleh Kumpulan Remy.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, Kumpulan Remy itu aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

“Siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di laut iaitu kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar tahun 2014,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini pada Isnin.

Ramli menambah, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sebuah bot dinaiki Abu Paliyak dikesan di kawasan perairan Pulau Kantong Kalungan, Lahad Datu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika bot pasukan keselamatan cuba menghampiri bot tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba bot itu memecut laju serta Abu Paliyak melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.

Menurut beliau, ekoran tindakan Abu Paliyak itu, polis telah melepaskan tembakan balas ke arah bot suspek sebelum berjaya menghampiri dan mendapati seorang lelaki telah terbaring di dalam bot terbabit dengan kesan tembakan.

“Hasil siasatan lanjut pada bot suspek itu menjumpai selaras senapang patah yang telah diubah suai bersama satu butir kelongsong peluru di dalam kebuk senjata tersebut .

“Pemeriksaan pada badan suspek mendapati terdapat kira-kira sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di bahagian peha, perut serta lengan kanan selain jari tengah sebelah kiri suspek putus dipercayai kesan daripada kecederaan lama,” katanya.

Tambah Ramli, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan saki-baki tali barut dan ahli kumpulan mereka yang masih bebas.



Source link

read more

Houthi dakwa lancar peluru berpandu ke Abu Dhabi – Luar Negara


DUBAI 3 Dis. – Kumpulan pemberontak Houthi Yemen didakwa telah melancarkan peluru berpandu ke arah loji kuasa nuklear di Abu Dhabi hari ini.

Laporan itu diumumkan menerusi stesen televisyen rasmi kumpulan berkenaan dalam laman sesawangnya.

“Pasukan peluru berpandu mengumumkan pelancaran peluru berpandu ke arah loji kuasa nuklear al-Barakah di Abu Dhabi,” ujar laman sesawang tersebut namun tiada butiran lanjut didedahkan.

Namun sehingga kini, masih tiada laporan membuktikan dakwaan berkenaan.

Menurut Houthi, Abu Dhabi yang merupakan anggota pakatan diketuai Arab Saudi dan menentang kumpulan tersebut di utara Yemen sejak 2015 merupakan sasaran peluru berpandu mereka.

Projek al-Barakakh yang dibina oleh Syarikat Tenaga Elektrik Korea (KEPCO), dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Serangan itu adalah kali kedua diumumkan oleh Houthi yang disasarkan ke arah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun ini.

Sebelum ini, kumpulan berkenaan berkata mereka berjaya menguji peluru berpandu ke arah Abu Dhabi beberapa bulan lalu.

Walau bagaimanapun, UAE menerusi agensi berita tempatan, WAM menafikan Houti melancarkan serangan peluru berpandu ke arah mereka.

Agensi itu memetik kenyataan jabatan pengurusan krisis dan kecemasan UAE sebagai berkata, negara terbabit mempunyai sistem pertahanan peluru berpandu yang mampu menangani sebarang ancaman.

Tambah kenyataan itu lagi, loji kuasa nuklear al-Barakah berada dalam keadaan selamat. – REUTERS



Source link

read more

Abu gunung berapi Indonesia tutup semula Lapangan Terbang Lombok



JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Khamis menutup semula Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok akibat kesan abu Gunung Agung, gunung berapi di pulau Bali, kata seorang pegawai kanan kerajaan, lapor agensi China Xinhua. 

Penutupan bermula pukul 10.37 pagi waktu tempatan sehingga 12 tengah malam, menurut Ketua Direktorat Kementerian Pengangkutan Udara. 

Kenyataan mendedahkan, penyebaran abu gunung berapi menuju ke selatan dan tenggara kawasan di mana lapangan terbang itu terletak.

Sebelum ini, pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan pada Isnin dan membukanya semula sehari selepas itu. 

Semasa letusan, kerajaan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok sebagai alternatif kepada Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, yang tidak dapat menyediakan perkhidmatan penerbangan.

Pihak berkuasa penerbangan sebelum ini, menurunkan tahap amaran penerbangan. Bagaimanapun, Gunung Agung di kabupaten Karangasem masih berada pada tahap paling tinggi.

Lebih 1,500 orang terbunuh dalam letusan terakhir gunung berapi itu pada 1963. Gunung Agung satu daripada lebih 100 gunung berapi aktif di kepulauan tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Abu menghala ke selatan penutupan lapangan terbang Bali dilanjutkan



BALI: Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar yang ditutup ekoran letusan Gunung Agung di Bali, dilanjutkan untuk tempoh 24 jam lagi.

Menurut pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan, ia dilanjutkan susulan sebaran abu dari gunung berapi tersebut.

“Hasil pemantauan terhadap letusan Gunung Agung, lapangan terbang ini masih ditutup sehingga 7 pagi esok.

“Dengan kelajuan sebaran abu dari gunung berapi iaitu 5-10 knot, ia masih menghala ke arah lapangan terbang ini,” kata lapangan terbang, Arie Ahsannurohim seperti dipetik dalam DetikCom.

BACA: Gunung Agung: Lapangan terbang Bali ditutup sementara akibat abu tebal

Lapangan Terbang Ngurah Rai ditutup sejak semalam untuk tempoh 24 jam bermula 7 pagi dan sepatutnya dibuka semula 7 pagi ini.



Source link

read more

Gunung Agung Lapangan terbang Bali ditutup sementara akibat abu tebal



BALI: Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali ditutup sementara ekoran abu dari Gunung Agung yang memenuhi ruang udara.

Penutupan itu dilakukan menerusi Pemberian Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang dikeluarkan jam 7.15 pagi.

Ia berkuat kuasa selama 24 jam bermula jam 7 pagi ini hingga jam 7 pagi esok.

“Lapangan terbang akan ditutup bermula 7 pagi selama 24 jam,” kata Pegawai Hubungan Awam Ngurah Rai, Arie Ahsannurohim, seperti dipetik dalam laporan Detikcom.

“Abu gunung berapi telah menutup ruang udara di lapangan terbang ini. Biarpun partikelnya agak nipis, namun ia sememangnya abu gunung berapi,” kata Arie.

Penutupan lapangan terbang itu menyaksikan lebih 5,000 penumpang terkandas.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula sekitar jam 8.15 pagi..

Ia ditutup ekoran peningkatan aktiviti Gunung Agung yang menyebabkan 16 penerbangan terpaksa dibatalkan.



Source link

read more

Lima tebusan Abu Sayyaf diselamatkan – Luar Negara


MANILA 20 Nov. – Tentera Filipina berjaya menyelamatkan lima nelayan tempatan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Lima nelayan itu dijadikan tebusan selama 35 hari sejak mereka ditahan oleh kumpulan berkenaan berdekatan Kepulauan Sulu.

Ketua Tindakan Mindanao Barat Filipina, Leftenan Jeneral Carlito Galvez berkata, kesemua tebusan berjaya melarikan diri ketika tentera kerajaan berbalas tembakan dengan Abu Sayyaf.

Tambahnya lagi, tentera sedang berusaha menyelamatkan 17 lagi tebusan termasuklah seorang warga Belanda, Vietnam, lima rakyat Indonesia dan 10 penduduk tempatan. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons