Aceh haramkan sambutan Hari Valentine



BANDA ACEH: Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali mengeluarkan amaran bertulis yang menguatkuasakan larangan sambutan Hari Valentine pada Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat selepas sambutan itu didapati bertentangan dengan pelaksanaan syariat Islam di rantau tersebut, maka ia diharamkan, lapor Detik News.

Tambahan pula, hal itu termaktub dalam UU Nomor 44 Tahun berkaitan Penyelenggaran Keistimewaan Provinsi Daerah Istimewa Aceh serta Qanun Provinsi Aceh Nombor 11, Tahun 2002 tentang Pelaksanaan Syariat Islam di bidang aqidah, ibadah dan syiar Islam.

Mawardy turut menasihati masyarakat Aceh untuk membuat laporan sekiranya ada mana-mana pihak yang menganjurkan perayaan itu.

“Kepada semua warga Aceh, kalian tidak dibenarkan untuk menyambut Hari Valentine dan sekiranya terlihat mana-mana pihak yang menganjur sambutan itu, sila segera lapor kepada pihak polis negeri dan pegawai agama tempatan,” ujar Mawardy.

Polis daerah dan pegawai agama di Aceh Besar diminta untuk terus mengawasi setiap kegiatan yang melanggar syariat Islam, adat istiadat dan norma masyarakat Aceh.

Selain itu, Mawardy telah menghantar surat larangan itu kepada semua wakil rakyat di Aceh.

“Kita sudah menerima surat larangan sambutan Hari Valentine dari ketua daerah Aceh Besar. Kita akan lakukan pemeriksaan bagi mencegah sambutan ini dianjurkan pada esok hari,” kata Ketua Syariat Islam Aceh Besar, Carbaini.

Terdahulu, Mawardi telah mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala.

BACA: Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung



Source link

read more

12 transgender Aceh dipaksa gunting rambut polis jalankan siasatan



BANDA ACEH: Ketua Polis Nasional Indonesia mengarahkan siasatan dijalankan berhubung penahanan 12 transgender yang ditahan di Aceh.

Ini kerana kesemua mereka dilaporkan telah dipukul dan dipaksa menggunting rambut mereka sebelum dibebaskan tanpa sebarang hukuman.

Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai populasi masyarakat Islam terbesar namun Aceh merupakan satu-satunya daerah yang menguatkuasakan undang-undang Islam dan menentang homoseksual.

Polis dan pegawai agama di Aceh sering melakukan serbuan di rumah dan tempat kerja bagi mencari mereka yang terlibat dengan aktiviti seks sejenis.

Hujung minggu lalu, satu serbuan dilakukan di sebuah salon kecantikan dan 12 transgender telah ditahan dalam serbuan tersebut.

Pejuang hak asasi dan media tempatan melaporkan kesemua 12 transgender yang ditahan telah dipukul dan dipaksa untuk menggunting pendek rambut mereka.

Jurucakap polis Aceh, Mishabul Munauwar berkata, terdapat beberapa keping gambar suspek tular dan pihaknya sedang menyiasat jika benar berlaku serangan fizikal.

Katanya susulan itu, ketua polis nasional mengarahkan agar satu siasatan dijalankan bagi menyiasat kejadian sebenar di sebalik gambar tersebut.

Siasatan itu adalah sesuatu yang dialu-alukan kumpulan hak asasi manusia di sana.

Selain itu, polis di Aceh dalam beberapa bulan ini telah meningkatkan operasi bagi membanteras operasi spa gay dan parti gay yang beroperasi di sana.

Beberapa orang turut ditahan dalam operasi tersebut.

Menurut Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, mereka tidak membenci golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender namun apa yang dipandang serius ialah kelakuan dan tindakan mereka.

Tahun lalu, kerajaan wilayah Aceh menerima kecaman dan kritikan antarabangsa apabila menjatuhkan hukuman secara terbuka di depan orang ramai dengan merotan dua lelaki gay yang didakwa melakukan hubungan seks sejenis.



Source link

read more

Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung



BANDA ACEH: Wilayah Aceh di Indonesia mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala atau berdepan hukuman oleh polis agama tempatan.

Di wilayah yang terletak di pulau Sumatera itu, wanita Islam diwajibkan memakai tudung yang menepati syariat Islam, sementara wanita bukan Islam boleh memilih untuk memakai pakaian yang sopan.

Bagaimanapun, sesetengah anak kapal beragama Islam yang biasanya tidak bertudung sering tidak mempedulikan peraturan yang dikenakan terhadap orang tempatan itu.

Ini menyebabkan pihak berkuasa Aceh terpaksa membuat peraturan baru, kata Mawardy Ali, ketua daerah Aceh Besar.

“Saya harap syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana syariah Islam dilaksanakan,” katanya pada Selasa (30 Jan).

Tambahnya, beliau akan menemui wakil syarikat-syarikat penerbangan yang terkesan dengan peraturan itu dalam minggu ini.

“Kami mengeluarkan peraturan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan sepanjang minggu ini. Selepas ini, kami akan bercakap mengenai hukuman pula, jika didapati ada yang melanggar peraturan,” kata Mawardy.

“Jika anak kapal (Islam) gagal mematuhinya, kami akan memberi teguran. Jika dia mengulangi kesalahan serupa, saya akan memerintahkan polis syariah menangkapnya.”

Beliau tidak menyatakan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada mereka yang enggan patuh tetapi menambah, tindakan yang diambil tidak termasuk sebat di khalayak ramai.

Sebatan di khalayak merupakan hukuman yang biasa dilaksanakan di Aceh untuk pelbagai jenis jenayah termasuk menjual alkohol dan mengamalkan hubungan sejenis.

Umat Islam di wilayah lain di Indonesia secara umumnya mengamalkan Islam yang sederhana di mana wanitanya bebas memilih sama ada untuk bertudung kepala atau tidak.

Undang-undang Islam hanya dilaksanakan di Aceh, setelah wilayah itu memenangi autonomi khas pada 2001.



Source link

read more

Pondan Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan



BEBERAPA buah salon kecantikan di Aceh yang mengambil wanita transeksual atau ‘pondan’ sebagai pekerja telah diserbu oleh pihak polis.

Susulan serbuan itu, kesemua 12 individu ‘pondan’ tersebut dipaksa memakai pakaian lelaki dan dipotong rambutnya untuk berkelakuan seperti lelaki.

Aceh merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang menerapkan hukum agama Islam dengan ketat.

Ketua Polis tempatan, Untung Surianata berkata, pihak polis menahan mereka selama tiga hari untuk memberi khidmat kaunseling dan bimbingan. Mereka kini dikatakan sudah berperwatakan seperti lelaki.

Tambahnya, serbuan yang dilakukan merupakan sebahagian daripada operasi membanteras aktiviti tidak bermoral selepas menerima aduan dari jiran sekeliling yang menganggap mereka sebagai pengaruh negatif kepada anak-anak mereka.

Namun, serbuan itu mendapat tentangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kerana pihak polis dikatakan bertindak di luar batasan dan tidak berperkemanusiaan.

Pesuruhjayanya, Beka Ulung Hapsara berkata, semua penduduk negara itu sepatutnya dilindungi dan diberi layanan yang sama rata.

“Selepas menerima gambar serangan yang dilakukan pihak polis dan informasi yang telah dikumpul, ia jelas menunjukkan pihak polis telah menyalah guna kuasa mereka. Polis sepatutnya melindungi mereka dari ancaman,” tegasnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons