Pertikaian politik perlu ada batasan – Perak


IPOH 17 Feb. – Pertikaian politik di negeri ini mesti ada batasannya walaupun terdapat ruang demokrasi untuk sesiapa sahaja mengutarakan pandangan berlandaskan ideologi berbeza.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak menimbulkan suasana tidak harmoni semata-semata untuk manfaat sendiri mahupun demi kepentingan politik.

Menurutnya, kadang kala hanya disebabkan oleh masalah politik kecil, ia cenderung untuk menghasilkan satu lagi permasalahan.

“Kita perlu menghentikan pertikaian politik ini, sebaliknya perlu memahami antara satu sama lain dengan nilai penting iaitu kasih sayang.

“Jika kita menggarap nilai ini, tidak kira anda seorang ahli politik, ahli perniagaan, tokoh korporat atau sekadar manusia biasa, saya percaya, kita akan hidup dalam suasana harmoni dalam negeri Perak tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk S. Thangasvari; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon, barisan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk wakil rakyat pembangkang serta Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ada sesiapa mahu beli James Bond mahu jual Aston Martin miliknya



LOS ANGELES: Tokoh perisik terunggul di layar perak, James Bond, mahu berpisah dengan kereta Aston Martin miliknya.

Pelakon Daniel Craig, yang membawa peranan ikonik itu dalam empat buah filem, mahu melelong Aston Martin edisi terhad yang dihasilkan khas untuknya pada empat tahun lalu.

Firma yang menguruskan lelongan itu, Christie’s, memberitahu bahawa hasil bidaan tertinggi itu nanti akan disalurkan kepada organisasi kebajikan.

Pelbagai model kereta Aston Martin telah muncul dalam filem-filem Bond sejak 50 tahun lalu, bermula dengan Goldfinger pada tahun 1964, yang menyaksikan aktor Sean Connery memandu model DB5 berwarna perak.

Jenama tersebut telah muncul dalam kesemua empat filem Bond yang dilakonkan Craig.

Kereta milik Craig ialah model Vanquish tahun 2014 yang hanya dihasilkan sebanyak 100 buah bagi meraikan ulang tahun ke-100 Aston Martin.

Kereta Craig itu mempunyai nombor plat ‘007’.

“Ia satu penghormatan pada kerjaya beliau. Apa yang dia bawakan dalam watak Bond sangat dihargai oleh syarikat itu, dan pastinya, oleh jutaan peminatnya,” ujar Pengarah Christie’s, Becky MacGuire.

Kereta itu mempunyai luaran berwarna biru dengan kemasan dalaman material kulit berwarna biru gelap, kerana ia dihasilkan mengikut cita rasa Craig.

Hasil lelongan itu akan dimanfaatkan oleh badan kebajikan di New York, The Opportunity Network, yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk mengejar impian mereka dalam pendidikan dan kerjaya.

Craig dan isterinyaa, aktres Rachel Weisz, merupakan ahli lembaga pengarah organisasi tersebut.
Nilai kereta itu dianggarkan antara AS$400,000 hingga AS$600,000 (RM1.56 juta hingga RM2.33 juta).



Source link

read more

Berlakon je, bukan ada polis China di sini


KUALA LUMPUR- Cepat sangat membuat tuduhan, hari ini pihak Polis Diraja Malaysia tampil memberi penjelasan dan sekaligus menafikan khabar angin di media-media sosial yang kononnya kereta polis China sedang berada di Malaysia.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad berkata, kereta-kereta tersebut hanya digunakan dalam pengambaran sebuah filem.

“Polis telah mengenal pasti posting yang telah dimuat naik di Facebook.

“Pengguna tersebut menggunakan gambar profil dan nama seorang bekas pemimpin negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas terdapat agenda politik, posting yang menunjukkan dua buah kereta polis buatan Malaysia tertera tulisan Cina itu turut mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada China oleh kerajaan.

Ia turut mempertikaikan agenda Kementerian Dalam Negeri berikutan kononnya polis China boleh berada di negara ini.

SAC Asmawati berkata, dua kereta polis China itu digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan untuk pengambaran filem bertajuk The Original Sin di Putrajaya.

Jelasnya, filem tersebut menceritakan mengenai kehidupan seorang anggota polis di sebuah bandar rekaan yang dikenali sebagai Han City.

“Kami mengambil serius dakwaan yang dibuat di media sosial kerana mereka menunjukkan niat untuk menggambarkan persepsi negatif kepada agensi kerajaan,” tegasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan mengelakkan diri daripada membuat sebarang komen berbaur fitnah dan tidak memuat naik status-status yang belum disahkan ketulenannya.

“Tindakan menggunakan gambar tokoh ternama sebagai profil akaun media sosial bagi mempromosikan agenda masing-masing adalah satu tindakan tidak bijak,” katanya lagi.-theRakyat

 

 

 

 



Source link

read more

Sistem sedia ada meletakkan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun – Politik


KANGAR 1 Feb. – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempersoalkan sistem pilihan raya sedia ada dianggap pelik memandangkan apa yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dahulu sehingga kini telah membolehkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Dr. Mahathir perlu menjawab persoalan, mengapa sistem yang beliau sendiri gunakan dahulu dianggap sebagai tidak telus sedangkan pilihan raya yang diadakan pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat jauh lebih baik dan adil.

Dalam masa sama, Azlan juga mempersoal Dr. Mahathir yang tidak mengamalkan kebebasan pada zaman pemerintahannya sehingga sanggup menahan ramai pemimpin menerusi Op Lalang dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekali gus menutup ruang untuk bersuara pada masa itu.

“Kenapa beliau (Dr. Mahathir) hendak pertikai (sistem pilihan raya) yang telah meletakkan dia sebagai Perdana Menteri cukup lama. Di mana kelemahan sistem yang ada sekarang, beliau perlu jawab itu.

“Kita masih mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan saya rasa sistem sedia ada itu telah ditambah baik di zaman Perdana Menteri sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Cina negeri ini di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu telah mengadakan perjumpaan dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bagi menggesa mereka supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara bersih dan adil.

Dalam perkembangan lain, Azlan yang juga Menteri Besar yakin pengundi Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang berdasarkan pencapaian cemerlang kerajaan yang ada sekarang.

Katanya, seluruh rakyat pastinya ingin melihat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan dan Perdana Menteri telah membuktikannya melalui pelbagai tranformasi yang dibawa.

“Saya yakin masyarakat Cina tidak akan mempercayai lagi pembohongan pembangkang yang dilihat tidak pernah konsisten. Perjuangan gabungan ini hanya hendak jatuhkan Perdana Menteri dan BN sahaja,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PPBM: Cawangan pun tak bermesyuarat tiba-tiba ada perhimpunan nasional? – Najib


Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menguruskan parti dengan baik menunjukkan mereka sebenarnya pun tidak mampu untuk memerintah negara dengan baik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri tidak yakin dengan kemampuan PPBM yang kononnya mahu menjadi pengganti kepada UMNO kerana  mengadakan mesyuarat peringkat akar umbi pun gagal.

Malah mereka melanggar perlembagaan parti sendiri yang mereka cipta.

“Kita tak nampak dari segi prinsip perlembagaan, kalau kita buat perlembagaan sendiri, kita kena patuh pada perlembagaan kita.

“Saya diberitahu peringkat cawangan, bahagian mereka (PPBM) tak ada mesyuarat, alih-alih peringkat nasional ada perhimpunan, kita tak tahu macam mana perwakilan itu datang?

“Jadi, maknanya pengurusan parti sendiri boleh dipersoalkan daripada segi perlembagaan yang mereka sendiri tentukan dan diluluskan mereka dan adakah ini petanda mereka boleh jalankan tanggungjawab lebih besar? ” soal Najib pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini.

PPBM: Cawangan pun tak bermesyuarat tiba-tiba ada perhimpunan nasional? - Najib

Sebelum ini, sebanyak lapan bahagian parti itu mendakwa pucuk pimpinan PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan.

Ia menyebabkan ahli-ahli parti diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad itu tidak mengetahui status kesahihan jawatan dan kedudukan parti sehingga kini.

Beberapa laporan aduan juga dibuat oleh pemimpin Bahagian PPBM kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mempersoalkan sama ada Perhimpunan Agung PPBM pada Disember lalu sah atau pun tidak kerana gagal menjalankan mesyuarat peringkat bahagian dan cawangan.

Krisis melibatkan blok Pakatan Harapan (PH) juga semakin meruncing susulan pengumuman pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 yang menimbulkan bantahan daripada penyokong PH sendiri.

Terbaharu, kemelut pembahagian kerusi juga melanda blok pembangkang itu apabila terdapat rakan parti komponen tidak berpuas hati kerana mendapat sedikit kerusi.

Malah Konvensyen PH Negeri Sembilan baru-baru ini tercetus pergaduhan ekoran ahli PPBM negeri yang mengamuk sehingga Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menamatkan awal ucapannya ketika majlis tersebut. – MalaysiaGazette



Source link

read more

Apalah malang nasib burung merak ini ada tiket namun tidak dibenarkan naik pesawat



CHICAGO: Cubaan seorang penumpang penerbangan United Airlines di Amerika Syarikat untuk membawa bersama seekor burung merak miliknya dalam penerbangan dari New Jersey ke Los Angeles gagal apabila syarikat penerbangan terbabit melarang burung berkenaan menaiki pesawat berkenaan atas  faktor kesihatan dan keselamatan.

Penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Ventiko merupakan seorang jurukamera dan artis seni persembahan yang berasal dari New York, mendakwa sudahpun membeli tiket untuk haiwan peliharaannya itu.

Namun haiwan itu tetap dilarang menaiki penerbangan berkenaan atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Jurucakap United Airlines Andrea Hiller berkata burung merak tersebut tidak memenuhi garis panduan had saiz dan berat, malah perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Ventiko sebanyak tiga kali sebelum dia tiba di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan tersebut juga menjelaskan bahawa penumpang perlu menyediakan dokumentasi yang sahih daripada pegawai kesihatan profesional sekurang–kurangnya 48 jam sebelum berlepas.

Sementara itu, sebuah rancangan televisyen tempatan melaporkan bahawa ini bukan kali pertama wanita itu cuba untuk membawa bersama binatang peliharaannya menaiki pesawat.

Dalam cubaannya sebelum ini, wang wanita itu dikembalikan, malah syarikat penerbangan turut membayar tambang teksi ke hotel penginapan burung merak dan tuannya itu.



Source link

read more

Ada juga lelaki yang baik macam ni- Adam Sinclair cinta pandang pertama Yuna



PENYANYI Yuna akui sudah mula menyukai Adam Sinclair ketika kali pertama berjumpa dan bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada 2013.

Malah Yuna memberitahu sikap Adam yang penyayang dan mengambil berat telah membuatkannya telah jatuh hati.

“Saya dan Adam sebenarnya banyak persamaan dari segi minat dan sebagainya. Dari situ mungkin saya selesa setiap kali bersama.

“Tapi saya ingat lagi, kali pertama kami jumpa masa projek iklan itu dia seorang lelaki yang sangat baik.

“Dia seorang yang mengambil berat dan dia akan pastikan saya ‘okay’, cukup makan serta selesa ketika penggambaran itu.

“Cara layanannya itu bagi saya dia seorang yang baik, dalam hati saya ada juga lelaki yang baik macam ni,” katanya kepada Astro Gempak.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang pada 26 Januari lalu.

Mempelai kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC.

BACA: Ayah Yuna buat kejutan di majlis resepsi!

BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang

Sementara itu, Adam pula memberitahu Yuna adalah satu-satunya wanita yang istimewa baginya.

“Bagi saya Yuna wanita yang istimewa kerana saya bagai tak percaya apabila dapat meluangkan masa bersama hampir 12 jam ketika penggambaran tersebut.

“Semasa penggambaran kami duduk bersama dan boleh berbual dengan selesa dan secara ‘natural’ tanpa rasa bosan.

“Dia juga mempunyai hati yang sangat baik dan itu membuatkan saya menyukai tentangnya walaupun dia adalah selebriti terkenal,” katanya
.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Foto: Instagram Rekateemor / Hatta Dolmat
Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

As’ad Motawh mahu ada album – Hiburan


KUALA LUMPUR 28 Jan.- Penyanyi muda, As’ad Motawh menyimpan hasrat untuk melancarkan album sulungnya selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Namun bagi pemuda berusia 17 tahun itu, dia mahu memberi fokus kepada pelajarannya terlebih dahulu sebelum tampil dengan album yang bakal memuatkan 10 buah lagu itu.

“Setakat ini saya sudah merakamkan dua buah lagu ciptaan Wan Salleh. Tapi saya kena pandai bahagi masa antara kerjaya dan pelajaran.

“Saya juga merancang untuk mengadakan siri jelajah pada hujung tahun ini bagi mempromosikan album itu kelak.

“Dalam album itu, saya akan tampil dengan 10 buah lagu termasuk lagu kolaborasi bersama Sonaone. Harapnya semua akan dipermudah,” katanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cubaan kelar leher isteri selepas kantoi ada hubungan sulit budak bawah umur



BEKAS guru sekolah menengah di Michigan mencium dahi isterinya sebelum bertindak mengelar leher wanita itu selepas hubungan sulitnya dengan salah seorang pelajar diketahui.

James Chelekis, 32 tahun awal bulan ini, mengaku melakukannya tanpa niat dalam serangan yang dilakukan di rumah mereka pada Jun lepas, lapor People.com.

Serangan berlaku ketika isterinya, Amanda Chelekis menemui bukti hubungan sulit James, tetapi tidak menyedari bahawa hubungan tersebut adalah dengan budak di bawah umur.

Mereka cuba berbincang pada mulanya dan telah bersetuju untuk berjumpa pakar kaunseling perkahwinan sebelum melakukan serangan.

“Dia mencium dahi saya sebelum mengelar saya menggunakan pisau. Trauma yang saya hadapi sangat mengerikan,” jelas Amanda di mahkamah.

Amanda Chelekis, yang merupakan jururawat, dapat menampung pendarahan selama hampir sejam sebelum bantuan tiba.

Dia memfailkan perceraian selepas serangan itu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan.

James Chelekis adalah seorang guru matematik di Sekolah Menengah Crestwood.

Hasil siasatan mendapati, James mula menghubungi dan bertukar-tukar gambar dengan gadis 14 tahun itu sejak Jun 2016.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh pendakwa, ibu gadis itu menulis bahawa James Chelekis telah memanipulasi dan mengasingkan anak perempuannya bagi memulakan hubungan yang tidak sesuai dengan gadis itu.

“Dia merosakkan anak perempuan kami yang tidak bersalah,” katanya.

James Chelekis mengaku bersalah terhadap salah laku seksual jenayah dan dijatuhi hukuman 15 hingga 40 tahun penjara, ia dijalankan serentak dengan hukuman percubaan bunuh ke atas isterinya dan dijatuhkan hukuman penjara 30 hingga 60 tahun oleh Mahkamah Kent County Circuit.



Source link

read more

Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei



TAHUN 2018 bermula dengan sangat baik buat pengarah dan pelakon Sabri Yunus apabila drama Pok Ya Cong Codei trending dan tular selepas ditayangkan di Astro CITRA pada 20 Januari lalu.

Semuanya kerana satu watak yang dibawakan oleh Sabri, Pok Ya Cong Codei, seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki.

Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan ‘Cong Codei’ pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.

Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar ‘gedebe’ yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.

Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya. Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.

Dalam drama yang disiarkan di Astro CITRA itu pun, watak Pok Ya Cong Codei bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya Cong Codei menyelesaikan masalah Datuk Sahak dengan caranya dan membantu Rashdan (lakonan Fikry Ibrahim) menyelesaikan masalah mendapatkan wang untuk merawat ibunya serta mendamaikan Halim Kampung Pasir (Saidi Sabri) dan Nasir Badak atau Nasir Chow Kit (Ku Hanafi Ku Harun).

Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gangster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya. Pok Ya Cong Codei sanggup meminta maaf bila dia sedar bersikap kurang ajar ketika cuba meminta bantuan seorang lelaki berkaki palsu.

Pok Ya Cong Codei juga mempunyai sikap mulia, memberikan wang berjumlah RM40,000 yang sepatutnya menjadi upah untuk dia kepada Rashdan supaya mengubati ibunya yang berdepan masalah jantung.

Dalam drama itu, Sabri juga memberitahu penonton, sehebat mana pun seseorang, dia tetap memerlukan orang lain untuk membantu dalam banyak perkara, contohnya Pok Ya perlu menunggu Halim dan Sero tiba untuk memesan makanan kerana dia tidak tahu menggunakan khidmat pesanan dari bilik hotel.

Menerusi sisi naif Pok Ya inilah penonton akan ketawa biarpun tidak memahami dialog dalam loghat Kelantan.

Pok Ya juga digambarkan sebagai satu sosok yang mempunyai prinsip dan  sangat komited dengan tugas yang telah dipersetujui.

Drama Pok Ya Cong Codei juga membuktikan watak utama tidak semestinya perlu diserahkan kepada pelakon muda dan kacak semata-mata. Malah dua pelakon yang mempunyai wajah ‘boleh jual’, Uqasha Senrose yang memegang watak Aina dan Fikri Ibrahim tenggelam dek penangan Pok Ya Cong Codei.

Biarpun ditenggelamkan oleh Pok Ya Cong Codei, Uqasha dan Fikri memberikan lakonan yang hebat, begitu juga Mustapha Kamal dan pelakon-pelakon lain termasuk Zee Khan Hussein yang memegang watak Siti, isteri yang baru sebulan dinikahi Pok Ya.

Pok Ya Cong Codei kini trending dan tular. Pok Ya Cong Codei juga memberikan pengajaran tersendiri kepada penonton dalam komedi dan santainya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons