Star Wars The Last Jedi akan ditayangkan di angkasa lepas



MENONTON filem Star Wars: The Last Jedi di angkasa tentunya memberi satu pengalaman yang luar biasa dan berbeza.

Kini, mereka yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) akan berpeluang untuk merasai pengalaman itu.

Menerusi satu tweet, Robin Seemangal, seorang petugas Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Amerika Syarikat, memaklumkan Disney dan NASA telah pun bersetuju untuk menayangkan filem itu di ISS.

Portal Mashable mengesahkan perkara itu, namun tarikh bila ia akan ditayangkan belum diputuskan buat masa ini.

“Filem boleh ditayangkan di sana sama ada menggunakan komputer riba atau projektor yang disediakan,” terang jurucakap NASA itu kepada portal tersebut.

Sebelum ini, ISS pernah menayangkan filem Gravity untuk enam kru yang berada di situ.

Star Wars: The Last Jedi, arahan Rian Johnson, filem kelapan dari francais ‘Star Wars’, mula memasuki panggung di Amerika Syarikat 13 Disember lalu.



Source link

read more

Program loteri visa migrasi berantai akan ditamatkan – Trump



WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bakal menamatkan program loteri visa selepas kejadian letupan di stesen keretapi bawah tanah New York pada Isnin.

Selain itu, program migrasi yang memberi keutamaan kepada keluarga warga asing yang menetap di negara Uncle Sam itu, atau digelar ‘migrasi berantai’, juga akan dimansuhkan.

Kedua-dua dasar itu dipersalahkan pentadbiran Trump sebagai punca dua insiden serangan di New York baru-baru ini.

“Setakat ini, terdapat dua serangan pengganas di New York dalam beberapa minggu kebelakangan ini, melibatkan warga asing yang menetap di sini menggunakan kad hijau.

“Penyerang pertama memasuki negara melalui program loteri visa dan penyerang kedua melalui hubungan keluarganya dengan seorang warganegara Amerika.

“Kami akan menamatkan kedua-dua program ini. Sistem loteri visa dan penghijrahan rantaian akan ditamatkan segera,” katanya di White House.

Pentadbiran Trump sebelum ini telah berulang kali mendesak agar sistem migrasi menerusi hubungan kekeluargaan atau ‘migrasi berantai’ dimansuhkan, bertujuan mengurangkan kemasukan migran ke AS.



Source link

read more

Hina Bugis polis akan panggil Tun M



SEBERANG JAYA: Polis akan memanggil Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina masyarakat  berketurunan Bugis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,  beberapa laporan polis telah dibuat dan pihak polis akan memanggil Tun Mahathir memberi keterangan  bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, pihak polis akan memanggil beliau dalam tempoh terdekat bergantung kepada siasatan yang dilakukan pegawainya ketika ini.

…definitely kita akan panggil (Tun M) dalam masa terdekat dan kita akan selesaikan secepat mungkin

– Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

“Kini bergantung kepada keperluan pegawai siasatan tapi definitely kita akan panggil dalam masa terdekat dan kita akan selesaikan secepat mungkin,” kata Fuzi dalam  sidang media selepas menghadiri perasmian penutup persidangan polis bantuan di Seberang Jaya pada Selasa. Pada 14 Oktober lepas, Tun Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya didakwa cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

#ICYMI: Oktober lalu, Dr Mahathir mempertahankan pendirian tidak akan memohon maaf. 

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga murka dan amat kecewa dengan kenyataan bekas perdana menteri itu. Apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor? klik sini 

Kenyataannya yang melabel Bugis sebagai lanun, menyinggung perasaan masyarakat Bugis di negara ini, dan dianggap kenyataan yang menghina serta rasis.



Source link

read more

Najib akan keluar kenyataan di sidang Kemuncak Luar Biasa OIC



ISTANBUL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan semasa sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini pada Rabu, satu persidangan khas membincangkan kesan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan program kerja yang diterima Bernama, kesemua ketua delegasi akan berpeluang memberikan kenyataan berhubung isu berkaitan Dunia Islam.

Sidang Kemuncak Luar Biasa yang berlangsung di Lutfi Kirdar Congress Centre itu akan dirasmikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku pengerusi Sidang Kemuncak Islam dan Sesi Luar Biasa Persidangan Islam.

Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Raja Abdullah II, Jordan akan menyampaikan ucapan masing-masing.

Pada akhir mesyuarat kemudiannya, sidang kemuncak itu akan mengeluarkan Deklarasi Istanbul sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi Baitulmaqdis.

OIC, dengan 57 negara anggota, akan mengadakan sidang kemuncak luar biasa bagi membincangkan situasi berikutan tindakan Pentadbiran AS mengiktiraf bandaraya Baitulmaqdis yang diduduki sebagai ibu negara Israel, dan keputusan untuk memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Majlis Menteri-menteri Luar negara anggota akan mengadakan mesyuarat luar biasa pada pagi yang sama bagi membincangkan langkah secara bersepadu dan berselaras dalam mendepani perkembangan ini yang menjejas bandaraya Baitulmaqdis serta status sejarah, perundangan dan politiknya.

Sabtu lepas, Najib berkata Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan AS berhubung perkara yang melibatkan kesusian Islam, walaupun mempunyai hubungan diplomatik multi-dimensional dengan kuasa besar itu, oleh kerana ini melanggar prinsip kedaulatan sebagaimana termaktub dalam Ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Najib juga berkata beliau sedia membatalkan program rundingan tahunan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong agar beliau dapat menyuarakan bantahan Malaysia di mesyuarat khas itu.

Najib berkata beliau tidak dapat menerima masyarakat Islam ditindas dalam apa jua situasi dan tidak akan membiarkan Baitulmaqdis, tanah ketiga paling suci bagi umat Islam, dicerobohi.

Najib berkata Erdogan telah menghubungi beliau supaya hadir di mesyuarat khas OIC itu bagi menyuarakan bantahan Malaysia.

Presiden AS Donald Trump mengumumkan pengiktirafannya atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Walaupun Kongres AS meluluskan akta dipanggil Jerusalem Embassy Act pada 1995, yang menghendaki pemindahan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, presiden-presiden AS yang lalu termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, berterusan membaharui perintah menangguhkan pemindahan itu.

Status Baitulmaqdis kekal merupakan isu teras dalam konflik Israel-Palestin.

Setakat ini masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan tidak ada negara asing menempatkan kedutaannya di bandaraya itu.

– BERNAMA



Source link

read more

Kebangkitan intifada di Palestin akan lebih meluas – penganalisis



KUALA LUMPUR: Kebangkitan intifada ataupun pemberontakan yang diumumkan Hamas baru-baru ini akan melibatkan rakyat Palestin yang lebih meluas dan bukan sahaja kalangan anggota Hamas atau kumpulan penentang.

Penganalisis Asia Barat, Maszlee Malik berkata semangat intifada ini juga dipacu mesej Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang jelas menentang keputusan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

“Kita mengharapkan supaya negara-negara Islam turut serta memberikan sokongan kepada Palestin.

“Ini boleh memberi tekanan kepada Israel dan Amerika Syarikat supaya tidak melakukan apa yang mereka mahu lakukan,” kata Maszlee dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Sementara itu, Maszlee turut menjelaskan impak melaksanakan intifada terhadap negara-negara yang menyokong keputusan tersebut.

“Ia pasti akan mengeruhkan hubungan Amerika Syarikat dengan negara terbabit. Yang kedua, perjanjian damai yang sedang diusahakan di antara Hamas dan Fatah akhirnya akan membawa kepada satu perkembangan baharu.

“Jadi apa yang dilakukan oleh Trump dan negara Israel ini akan merencatkan pembangunan terhadap penubuhan negara Palestin yang merdeka.

“Kita akan kembali kepada keadaan lama, iaitu berlakunya konflik bersenjata, sepertimana yang berlaku kali terakhir, perang ke atas Gaza dan kali ini ia bukan sahaja melibatkan warga Gaza, malah membangkitkan kemarahan mereka yang berada di Tebing Barat, dan di Baitulmaqdis sendiri,” kata Maszlee.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya sebelum ini berkata keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah deklarasi perang terhadap rakyat Palestin.

Susulan itu, penunjuk perasaan Palestin berkumpul di jalan-jalan di Tebing Barat seperti Ramallah, Hebron dan Hablus serta di Semenanjung Gaza bagi menunjukkan tanda protes berhubung kepada AS.



Source link

read more

Lebih banyak negara akan sokong Baitulmaqdis ibu negara Israel – Netanyahu



PERDANA MENTERI Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kesudian mereka penyokong pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana negara yang membayangkan mereka akan menyatakan kesudian menyokong pengiktirafan tersebut.

“Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami sedang berhubung dengan beberapa negara yang akan membuat pengiktirafan serupa.

“Saya tanpa ragu percaya sebaik sahaja Kedutaan Amerika Syarikat berpindah ke Baitulmaqadis, akan ada lebih banyak kedutaan mengikuti langkah sama. Inilah masanya.

“Republik Czech sebagai contoh mengiktiraf Baitulmaqdis menjadi ibu kota Israel dalam sempadan garis pemisahan dari 1967 sebelum keamanan antara Israel dan Palestin ditandatangani,” katanya di hadapan diplomat asing di Kementerian Luar Israel pada hari Khamis.

BACA: Baitulmaqdis: Malaysia lahir kekecewaan kepada Duta Amerika Syarikat

BACA: Kebimbangan menanti Masjid Al-Aqsa

BACA: Hamas: Keputusan AS berhubung Baitulmaqdis merupakan deklarasi perang

Netanyahu turut menambah bakal mempertimbangkan Baitulmaqadis menjadi ibu negara kepada kedua-dua negara iaitu Israel dan Palestin pada masa akan datang.

Keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mengundang kemarahan dunia sekali gus mencetuskan konflik di rantau itu kepada perang agama.

Malaysia mahu Amerika Syarikat mengkaji semula keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Malah Malaysia melihat pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.



Source link

read more

Kanada tidak akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



OTTAWA: Kerajaan Kanada tidak berhasrat untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis dan akan kekal di Tel Aviv.

Agensi berita Jordan Petra, melaporkan Kanada masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Pendirian Kanada sejak sekian lama ialah, status Baitulmaqdis hanya boleh diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian umum dalam pertikaian antara Palestin-Israel.

“Kami amat komited terhadap matlamat keamanan komprehensif, adil dan berkekalan di Timur Tengah, termasuk mewujudkan negara Palestin yang aman damai bersama dengan Israel,” kata Setiausaha Kementerian Luar Kanada, Adam Austen dalam satu kenyataan pada Selasa.

Akhbar Kanada, Globe and Mail melaporkan, kerajaan Kanada menegaskan pihaknya tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhasrat untuk memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis selain mengiktiraf ia sebagai ibu negara Israel. 

Masyarakat antarabangsa, termasuk Kanada, tidak mengiktiraf pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis yang diduduki Israel pada 1967.

— BERNAMA



Source link

read more

Trump akan isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel Liga Arab bermesyuarat



Ramallah: Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). 

Gesaan itu disuarakan, di tengah laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen.

Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu “akan memberi kesan serius” dan “mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan”.

Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.

Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



Source link

read more

Nelayan terjejas banjir akan terima bantuan



PASIR SALAK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurkan bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda Perak, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun bancian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan kepada nelayan yang terjejas banjir.

“Kita mengambil berat dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka dan bukan sahaja nelayan, petani serta penternak yang terlibat juga kita akan bantu.

“Bantuan akan diberikan secepat mungkin dan ketika ini pegawai kementerian sedang memantau dan melakukan bancian terhadap golongan nelayan yang terjejas,” katanya.

Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 18 keluarga mangsa ribut di Kampung Sungai Timah di sini hari ini.

Setakat tengah hari tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak melaporkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus berkurangan kepada 568 orang daripada 134 keluarga dan tujuh pusat pemindahan sementara masih beroperasi di Manjung dan Muallim

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons