Suami tidak pernah mengasari saya – Isteri pelakon akhirnya bersuara



ISTERI kepada pelakon dan pengarah filem yang direman empat hari kerana menampar polis akhirnya bersuara.

Menerusi satu kenyataan singkat di Instagram, dia menegaskan suaminya itu tidak pernah mengasarinya.

Malah katanya, dia akan menyokong teguh suaminya selain berusaha memperbaik apa yang diperlukan selain memperkukuh yang sedia ada.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadapnya dan suami.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan anggota polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

BACA: Tampar polis, tendang orang awam: Pelakon direman 4 hari

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, pelakon itu dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana, Petaling Jaya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Source link

read more

Wanita diasingkan kerana haid akhirnya mati sesak nafas



ADAT, budaya atau tradisi. Bagaimanapun, ada di antaranya dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu taksub untuk mengaplikasikan adat, budaya dan tradisi tersebut.

Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal bersendirian membawa padah.

Terbaharu, seorang wanita berusia 21 tahun di kawasan terpencil di Nepal itu ditemui mati dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan bagi memanaskan diri dengan suhu tinggi kampung di pergunungan itu,” katanya pegawai kerajaan Tul Bahadur Kawcha.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Malah, kematian tetap berlaku walaupun pengubal undang-undang tahun lalu menetapkan amalan memaksa wanita keluar dari rumah ketika haid adalah salah.

Di bawah undang-undang, sesiapa yang menguatkuasakan amalan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda $30.

Amalan ini, yang dikenali sebagai Chhaupadi, telah menjadi tumpuan selepas sekurang-kurangnya dua wanita meninggal dunia tahun lalu ketika tidur di bangsal.

Ramai wanita haid masih lagi meninggalkan rumah mereka di bawah tradisi Hindu purba dan berlindung di pondok yang tidak bersih, tidak selamat atau bangsal lembu sehinggalah kitaran bulanan mereka berakhir.

Semasa diasingkan, wanita-wanita ini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau atau serangan haiwan liar selain keadaan yang tidak bersih yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan kadang-kadang dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau  ‘pembawa nasib buruk’.

Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas.

Pengasingan mereka ke ‘pondok haid’ itu juga mengehadkan wanita-wanita muda pergi ke sekolah.



Source link

read more

Cacah tular di Facebook ketua yakuza akhirnya ditahan selepas 15 tahun diburu



PERSEMBUNYIAN selama 15 tahun seorang ketua gengster Jepun atau yakuza berakhir selepas dia ditahan polis Thailand pada Rabu.

Puncanya gara-gara gambar tatu atau cacah pada badannya menjadi tular di laman Facebook.

Shigeharu Shirai diburu kerana membunuh musuhnya yang merupakan anggota kumpulan yakuza lain pada 2003.

Gambar lelaki dalam buruan berusia 74 tahun itu yang menyerlahkan cacah pada badannya diambil seorang rakyat Thailand yang kemudian memuatnaiknya di Facebook tanpa mengetahui identiti sebenar Shirai.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tua yang kurus dengan keseluruhan bahagian belakang badan dan sebahagian besar dadanya dicacah. Ketika ia dirakam Shirai sedang melepak bersama beberapa lagi warga emas di tepi jalan.

Turut kelihatan dalam gambar itu sebahagian jari kelengkingnya yang putus. Adalah menjadi amalan biasa bagi anggota Yakuza untuk memotong jari sendiri sebagai hukuman bagi menebus kesalahan.

Gambar itu kemudiannya tular sehingga sampai ke pengetahuan polis Jepun yang kemudian memohon bantuan polis Thailand untuk mengesan dan menahan lelaki tersebut.

Shirai diberkas di bandar Lopburi, utara Bangkok dan akan diekstradisi ke Jepun bagi menghadapi pertuduhan bunuh. Dia juga berdepan dakwaan menyalahgunakan visa.

Menurut polis Thai, Shirai mengaku dirinya seorang anggota yakuza namun menolak dakwaan terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

Dia meninggalkan Jepun pada 2005, dua tahun selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.

Yakuza yang menyamai kumpulan mafia telah menjadi sebahagian daripada budaya moden Jepun dengan jumlah anggotanya dianggarkan mencecah 60,000 orang.



Source link

read more

Cukur bulu di wajah gadis serigala akhirnya jumpa cinta sejati


BANGKOK: Seorang remaja perempuan di Thailand yang digelar ‘Perempuan Paling Berbulu Di Dunia’ mendedahkan dia kini telah bertemu dengan cinta hati selepas membuang semua bulu di mukanya.

Supatra Natty Susuphan, 17 tahun, dalam platform media sosial miliknya, berkongsi gambar bersama suami yang jelas menunjukkan kebahagiaan di antara mereka.

Sumber: Daily News

Menurut laporan portal Daily Mail, Supatra menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu sindrom Ambras atau lebih dikenali sebagai Sindrom Serigala, di mana bulu tumbuh berlebihan di badannya.

Supatra yang berjaya memegang rekod dunia Guinness pada tahun 2010 mempunyai pertumbuhan bulu yang berlebihan di anggota badannya seperti muka, telinga, tangan, kaki dan bahagian belakang badannya.

Sebelum ini, Supatra turut melakukan rawatan laser, namun masih gagal untuk menghalang pertumbuhan bulu melampau di badannya.



Source link

read more

Pemandu teksi jadi penyamun sambilan akhirnya ditumpaskan


GEORGETOWN: Seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur yang pulang bercuti ke kampung halaman di kedah sempat melakukan kerja ‘sambilan’ sebagai penyamun kedai serbanika.

Dia yang bergerak berseorangan dan menyamun menggunakan senjata api bagaimanapun tewas selepas di tahan Polis Pulau Pinang selepas melakukan samun 11.30 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainol Abdul Samah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan selepas menyamun kedai serbanika di Jalan Bagan Luar, Butterworth.

”Suspek bekerja sebagai pemandu teksi di Kuala Lumpur dan dia balik ke sini kemudian melakukan samun 7E.

Bila dia dapat hasil samun, dia akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk memandu teksi

– Datuk Zainol Abu Samah

“Bila dia dapat hasil samun, dia akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pemandu teksi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Suspek katanya akan berpura-pura membeli barang di kedai serbanika sebelum mengacukan pistol ke arah juruwang untuk meminta mereka menyerahkan wang tunai.

”Kes di Bagan luar, seorang lelaki berpura-pura beli roti kemudian mengacukan pistol ke arah pengadu (juruwang) dan meminta menyerahkan wang tunai.

“Selepas mendapat wang, dia melarikan diri menaiki sebuah Proton Perdana warna hitam,” ujarnya.

Menurutnya, suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kes berkenaan dilaporkan.

Suspek ditahan disebuah rumah di Padang Serai, Kedah bersama sepucuk pistol Smith & Wesson, enam butir peluru pada bahagian pinggang sementara 14 butir lagi ditemui di dalam bonet kereta di luar rumahnya.

Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan samun bersenjata api dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/ 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat ) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.



Source link

read more

Mahfuz bukan lagi ‘pondan Siam’, akhirnya keluar PAS


KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akhirnya keluar daripada PAS sekaligus membuktikan bahawa dirinya adalah anak jantan dan bukannya ‘pondan Siam’, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Malah beliau mengucapkan tahniah kepada Mahfuz, setelah sekian lama menjadi duri dalam daging, kepada parti itu.

“Saya ucap tahniah kepada Mahfuz Omar kerana menjadi anak jantan dan bukan lagi pondan Siam.

“Saya percaya PAS Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus dalam mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu mengumumkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar berkuat kuasa tengah malam ini.

Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya.

Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH).

Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal sejarah dalam politik tanah air.



Source link

read more

AKHIRNYA MAHFUZ BEAN JUMPA “TELUR” SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Mungkin Si Mahfuz Bean ni dah jumpa ‘telur’ dia sendiri apabila akhirnya dia berani ambik tindakan untuk tinggalkan PAS yang selama ini dihina dan dikutuk secara terang – terangan.

Atau mungkin, Si Mahfuz Bean tu dah jumpa dahan baru untuk berpaut sebelum tibanya Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi soalnya, siapa yang sanggup kutip Si Mahfuz Bean ni?

Adakah PAN sanggup menjadi ‘Pengutip Sampah’ PAS memandangkan parti itu sarat dengan pemimpin – pemimpin yang telah mengkhianati parti itu sejak mengikut telunjuk DAPigs?

Atau, adakah DAPigs sendiri membuka pintu mereka untuk menerima kehadiran Si Mahfuz Bean sebagai Boneka Melayu yang boleh dipergunakan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Kemungkinan besar, Si Mahfuz Bean ni telah mendapat platform dari parti yang diterajui oleh Tun Mahathir walaupun dia pernah memaki hamun Pengerusi PPBM itu secara terbuka.

Walau apa parti sekali pun yang sanggup mengutip Si Mahfuz Bean ni untuk bertanding bagi pihak mereka, kita ucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Setidak – tidaknya, Si Mahfuz Bean tu akhirnya mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Seperti kata Naib Presiden PAS, Si Mahfuz Bean tu berjaya membuktikan bahawa dirinya bukan Pondan Siam yang Kecut Buah Kerandutnya!!!




Source link

read more

Niat nak pergi belajar akhirnya didera dan dilacurkan



KAJANG: Polis menahan seorang penjaga pusat jagaan dan latihan urut tradisional berusia 41 tahun di sini selepas dipercayai mendera seorang remaja berusia 13 tahun yang menjalani latihan di pusat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa didera sejak April lalu selepas dihantar oleh ibu bapanya ke pusat berkenaan untuk menjadi tukang urut tradisional.

Menurut beliau, keterangan suspek diambil selepas pihaknya menerima laporan daripada wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jumaat lalu.

“Laporan dibuat selepas mangsa menceritakan mengenai penderaan yang dialami kepada seorang pelanggannya ketika sesi urut selepas bersalin.

“Pelanggan itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada wakil NGO yang kemudian tampil membuat laporan.

“Mangsa mengalami kesan lecur di bahagian lengan, badan dan mulut. Mangsa juga mendakwa dipukul dengan senduk panas, dicekik dan ditumbuk.

“Dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam sidang media di IPD Kajang, hari ini.

Mangsa juga dipercayai turut dirogol oleh salah seorang pelanggannya di Sri Petaling, Mei lalu.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa adalah anak kedua daripada lapan adik beradik.

Difahamkan, mangsa dihantar ke pusat rawatan kesihatan itu oleh ibu bapanya sejak April lalu akibat kesempitan hidup.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.



Source link

read more

Kalau ahli UMNO tidak seiring 4.0 apa akhirnya KBAT



KUALA LUMPUR: Kalau pelajar sekolah pun sudah digital pembelajarannya.

Kalau guru-guru pun sudah pasang gajet elektroniknya.

Tentunya UMNO juga perlu adaptasi Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) dengan UMNO 4.0.


 

“Kita mahu ahli UMNO jadi ejen kepada KBAT ini dan ia tidak hanya tertakluk di sekolah tetapi juga di luar sekolah,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Untuk ke arah itu ahli UMNO perlu berubah terlebih dahulu seterusnya menjadi ejen kepada perubahan pemikiran dan ke arah 4.0.” jelas beliau ketika ditanya mengenai apa hala tuju UMNO di masa akan datang.

KBAT ialah pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT yang merupakan satu proses dan benda baharu, jadi tidak mungkin ambil masa satu atau dua hari untuk dijadikan sebagai amalan.

Ia satu proses yang menggalakkan pelajar untuk berfikir, berkomunikasi dan membuat secara cepat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons