Iskandar akur mula dari bawah – Badminton


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Akur terpaksa bermula dari bawah, pemain perseorangan badminton, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berazam akan memanfaatkan setiap peluang kejohanan yang diberikan kepadanya.

Mengikut syarat baharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Iskandar Zulkarnain terpaksa beraksi dalam kejohanan tahap empat sehingga enam ekoran kedudukan ranking dia jatuh ke tangga ke-99.

“Tahun ini sangat mencabar. Tidak banyak kejohanan yang boleh saya sertai kerana peraturan baharu (dikeluarkan BWF) menyebabkan saya susah untuk beraksi di kejohanan bertaraf tinggi.

“Dalam hal ini saya tidak boleh menyalahkan sesiapa, saya sendiri perlu lebih bersungguh-sungguh untuk menaikkan prestasi sendiri.

“Saya tidak boleh bazirkan peluang yang diberikan dan perlu bermain bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) baru-baru ini.

Iskandar Zulkarnain berkata, dia akan menggunakan pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi sebelum ini untuk kembali kompetitif di gelanggang dalam misinya untuk menaikkan ranking dunia.

Jelasnya ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya supaya tidak berputus asa walaupun terpaksa bermula daripada bawah.

“Yang menambah semangat saya adalah jurulatih Misbun, dia selalu nasihatkan saya supaya jangan malu dan segan walaupun terpaksa bermula daripada bawah,” katanya.

Ranking dunia pemain berusia 26 tahun itu jatuh berikutan kurang penyertaan dalam kejohanan bertaraf siri super kerana kecederaan teruk di bahagian belakang badan.

Mengikut struktur baharu kejohanan BWF, kategori 1 termasuk kejohanan akhir musim menawarkan hadiah wang tunai US$1.5 juta (RM6.038 juta), kategori 2 dengan tiga kejohanan menyediakan hadiah wang tunai US$1 juta (RM4.024 juta).

Lima kejohanan dipilih untuk kategori 3 dengan tawaran hadiah wang tunai US$700,000 (RM2.81 juta) setiap satu dan tujuh kejohanan dalam kategori 4 (US$350,000/RM1.40 juta) dan 11 kejohanan dalam kategori 5 iaitu hadiah wang tunai US$150,000 (RM603,846) setiap kejohanan.

Kategori 6 adalah kategori terbuka dengan negara anggota BWF perlu memohon pengiktirafan.

Kategori 1 hingga 3 hanya melibatkan pemain perseorangan ranking dalam kelompok antara lapan hingga 10 manakala 15 beregu terbaik dalam ranking dunia layak menyertai kategori tersebut.

Iskandar Zulkarnain akan memulakan saingan tahun ini dengan menyertai pusingan kelayakan Terbuka India iaitu kejohanan tahap empat pada 30 Jan hingga 4 Feb ini.- BERNAMA





Source link

read more

Chong Wei akur kehebatan Axelsen – Badminton


KUALA LUMPUR 17 Dis. – Datuk Lee Chong Wei sudah memberikan yang terbaik sepanjang satu jam, 24 minit, namun ia tidak memadai buatnya untuk menghalang juara dunia, Viktor Axelsen daripada merangkul kejohanan badminton penutup musim 2017, Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebentar tadi.

Chong Wei, 35, juara empat kali terpaksa akur dengan pemain yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Axelsen apabila tunduk 21-19, 19-21, 15-21 iaitu kekalahan ketiga berturut-turut kepada jaguh No. 1 dunia dari Denmark itu.

Kekalahan tersebut bermakna Chong Wei menutup tirai 2017 hanya dengan dua kejuaraan iaitu All England dan Terbuka Hong Kong. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Duterte akur arahan Trump nyanyi lagu cinta



MANILA: Presiden Amerika Syarikat sering didakwa menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk meminta negara-negara kecil agar akur dan patuh kepada permintaan beliau.

Kali ini, Presiden Donald Trump ‘memaksa’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menyanyikan lagu bergenre romantik berjudul “Ikaw” yang bermaksud “Kamu” dalam Bahasa Melayu.

Lagu itu pada asalnya dinyanyikan Pilita Corrales sempena majlis makan malam meraikan pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.


Source: YouTube AP Feed

Duterte kemudian berdiri dan mula menyanyi bersama-sama sehingga lagu itu habis.

Dengan nada berseloroh, Duterte berkata beliau menyanyikan lagu itu atas ‘arahan’ Presiden Trump.

Ini bukan kali pertama Duterte menyanyikan lagu berkenaan di khalayak ramai, malah beliau pernah menyanyikan lagu sama ketika lawatannya ke Kemboja sebelum ini.

Trump hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.

Malaysia diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons