Destinasi terakhir Al Muhd Alfie bukan ke Bangkok



KUALA LUMPUR: Thailand kini mempertingkat kawalan keselamatan sempadan terutama di lapangan terbang antarabangsa utama di negara itu sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman pengganas.

Tindakan itu juga susulan penahanan seorang rakyat Malaysia, Al Muhd Alfie Kqhyriel di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Paksitan minggu lalu.

Al Muhd Alfie, berusia 20 tahun, ditahan bersama sejumlah senjata dan peluru ketika cuba menaiki penerbangan dari Pakistan ke Thailand, berdasarkan tiket yang dibelinya.

BACA: Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

Namun pada Isnin, pihak berkuasa Thailand menafikan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebagai destinasi terakhir Al Muhd Alfie.

Sebaliknya menjelaskan Al Muhd Alfie hanya akan melakukan transit di Bangkok dan destinasi terakhirnya adalah Malaysia.

Tambah pihak berkuasa, laporan sebelum ini yang mengaitkan Al Muhd Alfie dengan penerbangan Thai Airways adalah salah kerana syarikat penerbangan terbabit tidak menyediakan sebarang penerbangan terus dari Karachi ke Kuala Lumpur.



Source link

read more

Arab Saudi bebaskan ahli perniagaan terkemuka Sabih Al Masri



AMMAN : Jutawan Palestin dan ahli perniagaan paling berpengaruh Jordan, Sabih Al Masri dibebaskan selepas ditahan beberapa hari di Arab Saudi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Arab Bank yang berpangkalan di Amman ditahan Selasa lalu ketika dia merancang untuk pergi selepas mempengerusikan mesyuarat syarikat yang dimilikinya.

Pihak berkuasa Saudi tidak mengulas mengenai penahanannya namun ia dilakukan ketika pembersihan besar-besaran oleh kerajaan Saudi terhadap isu rasuah.

Jelas sumber, beberapa pihak telah menasihati Masri supaya tidak melancong ke Arab Saudi selepas penangkapan besar-besaran dilakukan sejak awal November lalu.

Penahanan Masri itu mengejutkan pemain industri perniagaan di Jordan dan wilayah Palestin.

Masri berkata bahawa beliau akan kembali ke Jordan selepas mengadakan mesyuarat perniagaan minggu ini.

“Semua dalam keadaan baik dan saya gembira (dibebaskan). Saya diberikan ‘penghormatan’ oleh semua masyarakat di sini,” katanya.

Menurut seorang yang dipercayai saudara Masri di Amman Jordan berkata, jutawan itu berada dalam keadaan sihat.

Masri merupakan seorang ahli perniagaan dari keluarga saudagar terkemuka dari Nablus di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Masri mengumpulkan kekayaan menerusi bekerjasama dengan Saudi yang berpengaruh dalam perniagaan katering untuk membekalkan tentera semasa operasi ketenteraan pimpinan Amerika untuk merebut semula Kuwait dari Iraq pada Perang Teluk 1991.

Beliau adalah pengasas Saudi Astra Group, mempunyai kepentingan luas dalam pelbagai industri iaitu dari agro-industri hingga ke telekomunikasi, pembinaan dan perlombongan di seluruh rantau itu.



Source link

read more

Presiden Syria Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva



GENEVA: Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.

Desakan itu menyusul beberapa siri runidngan yang ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva yang tidak diendahkan Bashar.

Jurucakap pembangkang berkata siri rundingan yang memasuki pusingan ke-lapan di Geneva acapkali terganggu ekoran ketidakhadiran pemimpin utama Syria itu.

“Kita akui bahawa Geneva adalah tempat untuk membincangkan perkara-perkara politik dan sumbangan lain harus diteliti bersama dalam perbincangan di Geneva.

“Sehingga hari ini juga kami akui bahawa rejim Bashar tidak berminat untuk terlibat dalam proses rundingan politik di Genva dan sentiasa cuba mencari alasan untuk tidak terlibat,” jelasnya juriucakap Yahya Aridi selepas pertemuannya bersama Wakil Khas PBB ke Syria Staffan De Mistura pada Selasa.

Tambahnya jika perbincangan di Geneva tidak diendahkan Bashar, beliau berharap agar pemimpin itu akan turut serta dalam siri rundingan yang ditaja Rusia dan Turki di Sochi.

Rundingan di Sochi adalah siri rundingan lanjut yang telah diadakan di Astana, Kazakhstan bulan lalu.

“Kami sedia maklum dan kami berharap Presiden Rusia Vladimir Putin berminat untuk melakukan proses sama di Geneva.

“Namun jika Rusia tetap mahu mengadakan rundingan di Sochi atau di mana-mana sekalipun, kami mengharapkan rundingan tersebut beroleh kejayaan kerana kami terlibat secara langsung di kedua-dua siri rundingan,” jelasnya.



Source link

read more

BEZA ZAID AL ARAKI DENGAN HEW “SKREW MELAYU”!!! ~ SEMUT HITAM


Dari sudut keturunan, memang nampak jelas perbezaan diantara kedua – dua pemimpin DAPigs ini. Yang satu tu pemimpin Melayu DAPigs. Yang satu lagi pemimpin berbangsa Cina DAPigs.

Tapi yang paling ketara perbezaan diantara mereka berdua ialah sifat Perkauman yang memang cukup terserlah dan kuat meresap dalam jiwa puak – puak DAPigs itu sendiri secara terbuka.

Mana tidaknya. Jika Si Hew yang menghina orang Melayu itu sebelum ini mendapat sokongan seratus peratus dari pucuk pimpinan DAPigs itu dan mendapat tempat dikalangan mereka.

Tapi malang buat Si Zaid Al Araki tu apabila dia ditinggalkan keseorangan tanpa mendapat sebarang bantuan dari pucuk pimpinan DAPigs sewaktu dia menghina titah Sultan Selangor.

Tambah memalukan lagi ialah apabila Si Zaid Al Araki itu juga tidak mendapat sokongan dari pemimpin PPBM walaupun kenyataan yang dibuat adalah untuk mempertahankan Tun Mahathir.

Namun, dari satu sudut, perkara itu bukan satu perkara yang menghairankan sangat memandangkan DAPigs itu memang sebuah parti yang mengamalkan sikap Kiasu serta Ultra Chauvanist.

Bahkan DAPigs yang terkenal sebagai sebuah parti Anti Islam itu juga turut mengamalkan sifat perkauman yang cukup nyata. Maka sebab itu mereka tidak mengendahkan Si Zaid Al Araki tu.

Waima pemimpin Melayu yang dah jadi wakil rakyat pun tidak dipedulikan oleh DAPigs apabila mereka tidak mengambil peduli lansung dengan nasib yang menimpa Ahli Parlimen Raub itu.


Sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen Raub itu tidak menerima sebarang bantuan perkhidmatan perubatan dari pucuk pimpinan DAPigs setelah dia menghidap penyakit stroke.

Tambah malang lagi ialah apabila tidak ada seorang pun pucuk pimpinan DAPigs yang sudi tampil mengadakan jamuan makan untuk mengutip derma bagi membiayai bantuan tersebut.

Yang lebih diutamakan oleh DAPigs adalah untuk meracuni pemikiran masyarakat supaya mereka membenci Kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh dengan tuduhan serta dakwaan yang bersifat perkauman. Itulah bahana yang menimpa Si Zaid Al Araki tu sendiri!!!




Source link

read more

ZAID AL ARAKI NI JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Jika selama hari ini, bila DAPigs dilabelkan sebagai sebuah parti chauvanist yang Anti Islam dan Anti Ketuanan Melayu, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu cuba untuk menafikannya.

Sedangkan buktinya sudah cukup jelas. Memang DAPigs parti yang tidak menerima sistem ketuanan Melayu dan mereka tidak menghormati institusi Raja – Raja Melayu secara terbuka.

Sehari selepas protes ahli UMNO yang mengutuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, ahli DAPigs itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli dengan kenyataan Sultan Selangor yang menggesa agar bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PPBM itu disiasat di bawah Undang-Undang Akta Hasutan 1948.

Dalam wawancara baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

Terdahulu, ahli DAPigs itu juga tampil memberikan kritikan secara terbuka terhadap cadangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berkaitan dengan isu solat zohor secara berjemaah.

Antara lain, ahli DAPigs itu mendakwa cadangan tersebut sebagai satu langkah yang bodoh dan menganggap solat secara berjemaah ini hanya sekadar Ritual Keagamaan yang tidak mendatangkan faedah.




Source link

read more

Bashar Al Assad tolak rundingan damai dakwa pembangkang



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digesa membuka mata kepada tindak-tanduk pentadbiran Presiden Syria Bashar Al-Assad yang didakwa tidak menghormati pelan damai yang sedang dirintis badan dunia itu.

Pembangkang Syria mendakwa Bashar jelas menolak pelan damai PBB dengan tidak hadir pada pertemuan yang dirancang di Geneva pada Selasa.

Jurucakap pembangkang Syria, Nasr Hariri berkata, delegasi pembangkang yang hadir di Geneva adalah bagi menghormati resolusi damai oleh Majlis Keselamatan PBB, Resolusi 2254 dan 2118.

“Kami di sini untuk melaksanakan Geneva Communique (Resolusi) 2254 dan 2118.

“Dan anda tahu bahawa rundingan hanya berlaku apabila adanya perbincangan dua pihak, pembangkang dan rejim Bashar.

“Kami datang ke Geneva dengan satu delegasi, dengan satu pandangan politik. Dan kami berada di sini, seperti yang saya sebutkan, untuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan.

“Kami tidak membuat resolusi ini,” jelasnya selepas pertemuan dengan Wakil Khas PBB ke Syria, Staffan De Mistura, di Geneva pada Selasa.

Nasr dalam pertemuan itu turut menggesa De Mistura agar mewar-warkan kepada dunia tentang apa yang berlaku di Geneva pada hari tersebut.

“Jadi, kini ia menjadi tanggungjawab komuniti antarabangsa. Ia adalah tanggungjawab PBB, dan utusan khas de Mistura, untuk mengumumkan kepada dunia bahawa pentadbiran Bashar yang menolak rundingan.

“Kami berada di sini dan kami akan terus mencapai satu penyelesaian politik, yang diaspirasikan oleh rakyat Syria berdasarkan Geneva Communique 2254,” tambahnya.



Source link

read more

PM amat terkejut serangan pengganas ke atas masjid Al Rawda



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau amat terkejut dengan serangan keganasan terhadap sebuah masjid di Mesir pada Jumaat, yang mengorbankan 235 jemaah.

“Amat terkejut dengan serangan ke atas jemaah yang tidak bersalah di Masjid al-Rawda, Mesir. Ingatan dan doa saya bersama-sama mangsa dan anggota keluarga tersayang mereka,” kata Najib dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 235 jemaah terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di masjid terletak di utara wilayah Sinai itu, yang menyasarkan jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Menurut laporan media tempatan (seperti dipetik oleh Al-Jazeera), penyerang telah meletupkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu terhadap jemaah.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini, lapor media.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di Masjid Al Rawdah – Wisma Putra



PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut di masjid Al Rawdah di perkampungan Al Radwa, Utara Sinai, Mesir, semalam.

Serangan itu, yang berlaku semasa solat Jumaat, mengorbankan 235 orang dan mencederakan 109 orang yang lain.

Wisma Putra, dalam kenyataan pada Sabtu, berkata Kementerian Luar memantau rapi keadaan itu, dan kedutaan Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu.

“Malaysia turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mesir, serta keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu,” kata kementerian berkenaan.

Kementerian itu turut mengingatkan semua rakyat Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada pada setiap masa.

Rakyat Malaysia di Mesir juga dinasihati agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.

Menurut laporan media tempatan (seperti yang dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid.

Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut laporan media itu.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons